Tuesday 25 August 2015

6 + 1 Tips for Coffee Lover!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Caramel marshmallow latte. Lembut, pahit tetapi manis. Sedap!~

Ada orang dah sampai tahap ADDICTED dengan minuman berkafein. Dulu saya juga suka sangat dengan minuman berkafein. Dalam banyak-banyak 3-in-1 yang saya pernah rasa, yang paling saya suka - Old Town White Coffee Hazelnut. Memang sentiasa ada dalam stok masa zaman U (universiti) dulu.

Masa breakfast >>> minum KOPI
Rasa nak stay up >>> minum KOPI
Nak bagi segar >>> minum KOPI
Bila traveldrive long distance >>> minum KOPI
Keluar minum pagi >>> minum KOPI
Pergi minum petang >>> minum KOPI
Jumpa kawan-kawan lewat malam >>> minum KOPI

Selalu sangat minum sampai dah jadi kebiasaan. Tidak menafikan kopi mendatangkan kebaikan untuk kesihatan. Namun pengambilan yang terlalu kerap dan tidak terkawal juga boleh merisikokan diri kita kepada pelbagai penyakit berbahaya.


Apa-apa pun, jika anda sedang mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, anda perlu elakkan minuman berkafein dalam diet harian. Terutamanya bagi mereka yang sedang consume ubat, vitamin dan sebagainya, ketahuilah kafein boleh mengganggu proses penyerapan vitamin dalam badan. Jika tak boleh tinggalkan terus, cuba usaha untuk tidak mengambil minuman ini selalu, kurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. 

Ini sedikit tips untuk kita sama-sama cuba amalkan.
  • Order kopi 'O' kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan. Campur sekadarnya. Jangan OVER!
  • Tambahkan protein ke dalam badan kita semasa bersarapan, supaya kafein yang diambil mempunyai sesuatu untuk mengikat dengan tenaga yang maksimum.
  • Bagi mereka yang tiada sebarang masalah kesihatan (obese dan sebagainya) minum 1-3 cawan kopi (minuman berkafein) sahaja sehari - MAKSIMUM.
  • Try gantikan kopi dengan teh hijau. Memang rasa kurang 'OOMPH' tapi 'impactnya' lebih dahsyat dan semestinya jauh lebih sihat.
  • Minum banyak air masak.
  • Blend buah-buahan segar (tanpa tambahan perisa terutamanya gula).

Tambahan tips untuk anda:
  • 'Hantui' diri dengan KESAN BURUK mengambil minuman berkafein secara berlebihan. Tampal pada meja ofis atau buat screen saver dekat desktop. Pandang hari-hari. =D


Nota: 
Minuman berkafein termasuklah kopi, nescafe, teh hijau, mocha, espresso, cappuccino, latte, coklat, milo, air red bull, air berkarbonat, dan lain-lain. Pembezanya adalah jumlah kandungan kafein dan bahan-bahan tambahan dalam minuman berkenaan, sama ada ia lebih baik atau boleh datangkan kemudaratan kepada peminum.


IKHTIAR UNTUK SIHAT!

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: