Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts
Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts

Saturday, 9 January 2016

8 waktu terbaik untuk Detox

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat dirahmati Allah semuanya.


Bila bercakap pasal soal nak turunkan berat badan, perkara utama yang tak boleh nak elak adalah proses detoksifikasi (detox). Tahu tak dalam tubuh kita setiap hari setiap jam tanpa henti menghasilkan racun. Yang kita duduk sebut toksin toksin tu lah racun. Racun ni jangan buat main. Jika tak detox dengan baik ia boleh mengundang pelbagai penyakit. Saya pernah kongsi dalam artikel "Kenali Badan Bertoksin".

Jangan jadikan alasan "saya sibuk", "tak ada masa" sebagai batu penghalang. Sibuk atau tidak, ada masa atau tidak, proses detox tetap kena buat. Ini soal badan sendiri, kesihatan tubuh badan kita. Kurang detox boleh mengakibatkan kematian. Naudzubillah!

8 Waktu Terbaik Untuk Detox

05:00 - 07:00 pagi Detox Usus

Apabila racun dalam usus besar berkumpul sampai had tertentu, ia akan menimbulkan spot (tompokan) di kulit. Tahu tak itu adalah salah satu petanda risiko untuk kena kanser kolorektal (kanser usus) semakin meningkat. Itu sebablah, kita kena pastikan dalam tempoh masa ni (5 - 7 pagi) mesti ada sekali kita buang air besar, barulah usus besar dapat detox dan dibaik pulih secara maksimum.

07:00 - 09:00 pagi Detox Perut

Perut adalah organ pencernaan manusia yang terbesar, ada fungsi-fungsi penyimpanan, transit dan pencernaan makanan. Dalam tempoh waktu ini (7 - 9 pagi), method detox terbaik adalah penggunaan posisi berlutut untuk berlatih pernafasan perut. Tahu tak cara ini dapat meningkatkan pengaliran darah di bahagian perut, meningkatkan metabolisme dan menguatkan daya pencernaan perut.

11:00 pagi - 1:00 tengahari Detox Jantung

Ambil menu lunch yang bernutrisi yang baik untuk kesihatan jantung dan limpa. Waktu ini jantung kita berdegup pada tahap maksimum. Ambil peluang untuk berqailullah (tidur sebentar sebelum masuk waktu solat Zuhur). Percayalah ia sangat bagus untuk proses detox jantung.


1:00 - 5:00 petang Detox Usus Kecil dan Bladder 

Ambil peluang untuk lakukan senaman ringan untuk merangsang usus kecil supaya agar otot dalam usus kecil dapat berfungsi dengan baik. Minum air secukupnya. Ia bagus untuk mempercepatkan proses detox. Jika kurang air, pergerakan otot dalam usus kecil akan berkurangan, maka proses penyaluran cecair ke pundi kencing jadi tidak lancar, sisa buangan tidak dapat dipindahkan ke usus besar dan bekalan nutrisi ke limpa juga terhalang.

5:00 - 7:00 petang Detox Ginjal

Apabila terdapat toksin dalam ginjal, tubuh akan mudah rasa penat. Pada waktu ini kita sibuk nak balik kerja. Berlari, berjalan cepat atau melakukan senaman pinggang beberapa ketika dapat membantu mempercepatkan detox ginjal. Cendawan hitam dan rumpai laut (seaweed) dalam menu dinner sangat membantu proses detox dan memberi nutrisi pada ginjal.

7:00 - 9:00 malam Detox Pericardium

Rasa pedih ulu hati boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Kita akan rasa sesak di bahagian dada - macam kena tusuk. Waktu ini peredaran darah sangat produktif . Tepukan secara keras pada selaput jantung atau di bahagian lekukan siku untuk melakukan detoks. Ini dapat membantu menguatkan bekalan darah pada jantung secara efektif dan meningkatkan peredaran darah yang akan memasuki otak besar. Urutan di bahagian jari tengah (di titik selaput jantung) juga mungkin boleh membantu.

Sumber: Google

9:00 - 11:00 malam Detox Sistem Limfatik dan Endokrin

Ketika proses detox sistem-sistem ini berjalan, pastikan kita dalam keadaan santai, fikiran, fizikal dan hati kita juga gembira. Urutan pada bahagian leher atau mengurut titik akupuntur di lubang di bahagian ketiak akan sangat membantu proses detox ini.

Sumber: Google

Sumber: Google

11:00 malam - 5:00 pagi Detox Hempedu, Hati dan Peparu

Proses detox hempedu, hati dan peparu mesti dilakukan dalam keadaan tidur yang baik. Oleh sebab itu, kena praktis tidur sebelum pukul 11 malam. Antara pukul 11 malam hingga 2 pagi adalah waktu terbaik untuk detox.

Sumber: izinshare.com

Amacam?

Lebih spesifik dan terfokus kan?

Tahu apa nak buat?

Jom detoks. Yoshhh~
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cop...cop...

Nak kan sesuatu yang lebih mudah?

Saya ajar sahabat-sahabat detox dengan lebih ringkas dan selamat dengan bantuan Shaklee.

Detox hati ----->>>>> DTX Complex / Garlic Complex / Alfalfa Complex
Detox usus ----->>>>> Peppermint Ginger Plus / Herb-Lax / Alfalfa Complex
Detox darah ----->>>>> Alfalfa Complex / Phytocol-ST / Vivix

Boleh baca selanjutnya dalam artikel "Detoks sihat Semulajadi dengan Shaklee".



Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Monday, 24 August 2015

Sotong sedap, tapi...

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillahirrahmanirrahim...

Sotong.


Makanan yang saya tak pernah tolak bila ada depan mata. Sambal ke goreng tepung ke kerabu ke, tak kisahlah apa pun masakan, asalkan sotong, mesti jadi pilihan utama. Memang tak tengok dah yang lain.

Tapi tahukah anda? 

Sotong adalah antara makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi. Sama seperti makanan laut yang lain, sotong kaya dengan kalsium dan protein tetapi rendah energi. Makanan yang mempunyai sotong sebagai bahan utamanya boleh menjadi sumber kolesterol pada kita.



Kolesterol adalah zat (sterol) seperti lemak dalam darah. Kolesterol boleh wujud secara semulajadi dalam aliran darah dan sel-sel tubuh manusia.



Kolesterol sebenarnya sangat berperanan membantu menghasilkan sel-sel baru membran, hempedu, sebahagian hormon dan vitamin D. Namun jika berlebihan  dalam darah akan menyebabkan masalah yang serius. 





Dah tahu kolesterol tinggi tapi tetap nak makan, jadi bagaimana?

1. Boleh makan, tapi jangan berlebihan.


2. Ambil langkah berjaga-jaga: ambil suplemen & amalkan gaya hidup aktif.


Suplemen apa yang sesuai?

Phytocol-ST inshaAllah boleh membantu.


Apa tu Phytocol-ST?

Phytocol-ST adalah rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin. Ia membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.

Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan
paras kolesterol dalam lebih 80 kajian.

Di samping itu, ia juga membekalkan 100% nilai fitosterol harian seperti yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Paling penting, ia tiada bahan pengawet, pewarna, perisa atau pun pemanis tambahan.


Bagaimana ia berperanan?


Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus.

Oleh itu, jika kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan sekaligus ia boleh merendahkan paras kolesterol LDL kita.


Sudahkah anda cuba formula terbaik ni?

Jom ikhtiarkan yang terbaik untuk kesihatan kita dengan Phytocol-ST.

Dapatkannya sekarang! Boleh hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA.



Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Saturday, 2 May 2015

Promosi Mega Shaklee Mei 2015

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Minta maaf semua. Lambat sikit nak update offer bulan ni. Terlalu banyak produk dan terlalu banyak tawaran harga runtuh!!~ Bukan setakat promo produk, Shaklee ada offer set juga bulan ni.

Meh tengok~






Rambang mata kan?? Semua pun elok, semua pun bagus. Tapi.. Tahu tak ada berita super duper baik untuk semua!!~~


Sesiapa yang daftar jadi ahli bulan ni boleh dapat Vita-Lea secara PERCUMA!! Untung sangat ni. Vitamin tertua yang kaya dengan pelbagai khasiat dan manfaat. Memang berbaloi sangat!~

Siapa tak rebut, serius rugi~~

Berminat, boleh pm/ sms/ whatsapp saya ye.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786