Saturday 9 January 2016

8 waktu terbaik untuk Detox

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat dirahmati Allah semuanya.


Bila bercakap pasal soal nak turunkan berat badan, perkara utama yang tak boleh nak elak adalah proses detoksifikasi (detox). Tahu tak dalam tubuh kita setiap hari setiap jam tanpa henti menghasilkan racun. Yang kita duduk sebut toksin toksin tu lah racun. Racun ni jangan buat main. Jika tak detox dengan baik ia boleh mengundang pelbagai penyakit. Saya pernah kongsi dalam artikel "Kenali Badan Bertoksin".

Jangan jadikan alasan "saya sibuk", "tak ada masa" sebagai batu penghalang. Sibuk atau tidak, ada masa atau tidak, proses detox tetap kena buat. Ini soal badan sendiri, kesihatan tubuh badan kita. Kurang detox boleh mengakibatkan kematian. Naudzubillah!

8 Waktu Terbaik Untuk Detox

05:00 - 07:00 pagi Detox Usus

Apabila racun dalam usus besar berkumpul sampai had tertentu, ia akan menimbulkan spot (tompokan) di kulit. Tahu tak itu adalah salah satu petanda risiko untuk kena kanser kolorektal (kanser usus) semakin meningkat. Itu sebablah, kita kena pastikan dalam tempoh masa ni (5 - 7 pagi) mesti ada sekali kita buang air besar, barulah usus besar dapat detox dan dibaik pulih secara maksimum.

07:00 - 09:00 pagi Detox Perut

Perut adalah organ pencernaan manusia yang terbesar, ada fungsi-fungsi penyimpanan, transit dan pencernaan makanan. Dalam tempoh waktu ini (7 - 9 pagi), method detox terbaik adalah penggunaan posisi berlutut untuk berlatih pernafasan perut. Tahu tak cara ini dapat meningkatkan pengaliran darah di bahagian perut, meningkatkan metabolisme dan menguatkan daya pencernaan perut.

11:00 pagi - 1:00 tengahari Detox Jantung

Ambil menu lunch yang bernutrisi yang baik untuk kesihatan jantung dan limpa. Waktu ini jantung kita berdegup pada tahap maksimum. Ambil peluang untuk berqailullah (tidur sebentar sebelum masuk waktu solat Zuhur). Percayalah ia sangat bagus untuk proses detox jantung.


1:00 - 5:00 petang Detox Usus Kecil dan Bladder 

Ambil peluang untuk lakukan senaman ringan untuk merangsang usus kecil supaya agar otot dalam usus kecil dapat berfungsi dengan baik. Minum air secukupnya. Ia bagus untuk mempercepatkan proses detox. Jika kurang air, pergerakan otot dalam usus kecil akan berkurangan, maka proses penyaluran cecair ke pundi kencing jadi tidak lancar, sisa buangan tidak dapat dipindahkan ke usus besar dan bekalan nutrisi ke limpa juga terhalang.

5:00 - 7:00 petang Detox Ginjal

Apabila terdapat toksin dalam ginjal, tubuh akan mudah rasa penat. Pada waktu ini kita sibuk nak balik kerja. Berlari, berjalan cepat atau melakukan senaman pinggang beberapa ketika dapat membantu mempercepatkan detox ginjal. Cendawan hitam dan rumpai laut (seaweed) dalam menu dinner sangat membantu proses detox dan memberi nutrisi pada ginjal.

7:00 - 9:00 malam Detox Pericardium

Rasa pedih ulu hati boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Kita akan rasa sesak di bahagian dada - macam kena tusuk. Waktu ini peredaran darah sangat produktif . Tepukan secara keras pada selaput jantung atau di bahagian lekukan siku untuk melakukan detoks. Ini dapat membantu menguatkan bekalan darah pada jantung secara efektif dan meningkatkan peredaran darah yang akan memasuki otak besar. Urutan di bahagian jari tengah (di titik selaput jantung) juga mungkin boleh membantu.

Sumber: Google

9:00 - 11:00 malam Detox Sistem Limfatik dan Endokrin

Ketika proses detox sistem-sistem ini berjalan, pastikan kita dalam keadaan santai, fikiran, fizikal dan hati kita juga gembira. Urutan pada bahagian leher atau mengurut titik akupuntur di lubang di bahagian ketiak akan sangat membantu proses detox ini.

Sumber: Google

Sumber: Google

11:00 malam - 5:00 pagi Detox Hempedu, Hati dan Peparu

Proses detox hempedu, hati dan peparu mesti dilakukan dalam keadaan tidur yang baik. Oleh sebab itu, kena praktis tidur sebelum pukul 11 malam. Antara pukul 11 malam hingga 2 pagi adalah waktu terbaik untuk detox.

Sumber: izinshare.com

Amacam?

Lebih spesifik dan terfokus kan?

Tahu apa nak buat?

Jom detoks. Yoshhh~
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cop...cop...

Nak kan sesuatu yang lebih mudah?

Saya ajar sahabat-sahabat detox dengan lebih ringkas dan selamat dengan bantuan Shaklee.

Detox hati ----->>>>> DTX Complex / Garlic Complex / Alfalfa Complex
Detox usus ----->>>>> Peppermint Ginger Plus / Herb-Lax / Alfalfa Complex
Detox darah ----->>>>> Alfalfa Complex / Phytocol-ST / Vivix

Boleh baca selanjutnya dalam artikel "Detoks sihat Semulajadi dengan Shaklee".



Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: