Showing posts with label Peppermint Ginger. Show all posts
Showing posts with label Peppermint Ginger. Show all posts

Saturday, 9 January 2016

8 waktu terbaik untuk Detox

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat dirahmati Allah semuanya.


Bila bercakap pasal soal nak turunkan berat badan, perkara utama yang tak boleh nak elak adalah proses detoksifikasi (detox). Tahu tak dalam tubuh kita setiap hari setiap jam tanpa henti menghasilkan racun. Yang kita duduk sebut toksin toksin tu lah racun. Racun ni jangan buat main. Jika tak detox dengan baik ia boleh mengundang pelbagai penyakit. Saya pernah kongsi dalam artikel "Kenali Badan Bertoksin".

Jangan jadikan alasan "saya sibuk", "tak ada masa" sebagai batu penghalang. Sibuk atau tidak, ada masa atau tidak, proses detox tetap kena buat. Ini soal badan sendiri, kesihatan tubuh badan kita. Kurang detox boleh mengakibatkan kematian. Naudzubillah!

8 Waktu Terbaik Untuk Detox

05:00 - 07:00 pagi Detox Usus

Apabila racun dalam usus besar berkumpul sampai had tertentu, ia akan menimbulkan spot (tompokan) di kulit. Tahu tak itu adalah salah satu petanda risiko untuk kena kanser kolorektal (kanser usus) semakin meningkat. Itu sebablah, kita kena pastikan dalam tempoh masa ni (5 - 7 pagi) mesti ada sekali kita buang air besar, barulah usus besar dapat detox dan dibaik pulih secara maksimum.

07:00 - 09:00 pagi Detox Perut

Perut adalah organ pencernaan manusia yang terbesar, ada fungsi-fungsi penyimpanan, transit dan pencernaan makanan. Dalam tempoh waktu ini (7 - 9 pagi), method detox terbaik adalah penggunaan posisi berlutut untuk berlatih pernafasan perut. Tahu tak cara ini dapat meningkatkan pengaliran darah di bahagian perut, meningkatkan metabolisme dan menguatkan daya pencernaan perut.

11:00 pagi - 1:00 tengahari Detox Jantung

Ambil menu lunch yang bernutrisi yang baik untuk kesihatan jantung dan limpa. Waktu ini jantung kita berdegup pada tahap maksimum. Ambil peluang untuk berqailullah (tidur sebentar sebelum masuk waktu solat Zuhur). Percayalah ia sangat bagus untuk proses detox jantung.


1:00 - 5:00 petang Detox Usus Kecil dan Bladder 

Ambil peluang untuk lakukan senaman ringan untuk merangsang usus kecil supaya agar otot dalam usus kecil dapat berfungsi dengan baik. Minum air secukupnya. Ia bagus untuk mempercepatkan proses detox. Jika kurang air, pergerakan otot dalam usus kecil akan berkurangan, maka proses penyaluran cecair ke pundi kencing jadi tidak lancar, sisa buangan tidak dapat dipindahkan ke usus besar dan bekalan nutrisi ke limpa juga terhalang.

5:00 - 7:00 petang Detox Ginjal

Apabila terdapat toksin dalam ginjal, tubuh akan mudah rasa penat. Pada waktu ini kita sibuk nak balik kerja. Berlari, berjalan cepat atau melakukan senaman pinggang beberapa ketika dapat membantu mempercepatkan detox ginjal. Cendawan hitam dan rumpai laut (seaweed) dalam menu dinner sangat membantu proses detox dan memberi nutrisi pada ginjal.

7:00 - 9:00 malam Detox Pericardium

Rasa pedih ulu hati boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Kita akan rasa sesak di bahagian dada - macam kena tusuk. Waktu ini peredaran darah sangat produktif . Tepukan secara keras pada selaput jantung atau di bahagian lekukan siku untuk melakukan detoks. Ini dapat membantu menguatkan bekalan darah pada jantung secara efektif dan meningkatkan peredaran darah yang akan memasuki otak besar. Urutan di bahagian jari tengah (di titik selaput jantung) juga mungkin boleh membantu.

Sumber: Google

9:00 - 11:00 malam Detox Sistem Limfatik dan Endokrin

Ketika proses detox sistem-sistem ini berjalan, pastikan kita dalam keadaan santai, fikiran, fizikal dan hati kita juga gembira. Urutan pada bahagian leher atau mengurut titik akupuntur di lubang di bahagian ketiak akan sangat membantu proses detox ini.

Sumber: Google

Sumber: Google

11:00 malam - 5:00 pagi Detox Hempedu, Hati dan Peparu

Proses detox hempedu, hati dan peparu mesti dilakukan dalam keadaan tidur yang baik. Oleh sebab itu, kena praktis tidur sebelum pukul 11 malam. Antara pukul 11 malam hingga 2 pagi adalah waktu terbaik untuk detox.

Sumber: izinshare.com

Amacam?

Lebih spesifik dan terfokus kan?

Tahu apa nak buat?

Jom detoks. Yoshhh~
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cop...cop...

Nak kan sesuatu yang lebih mudah?

Saya ajar sahabat-sahabat detox dengan lebih ringkas dan selamat dengan bantuan Shaklee.

Detox hati ----->>>>> DTX Complex / Garlic Complex / Alfalfa Complex
Detox usus ----->>>>> Peppermint Ginger Plus / Herb-Lax / Alfalfa Complex
Detox darah ----->>>>> Alfalfa Complex / Phytocol-ST / Vivix

Boleh baca selanjutnya dalam artikel "Detoks sihat Semulajadi dengan Shaklee".



Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 31 March 2015

Detox untuk penyerapan maksimum

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Perkara pertama yang kita perlu buat apabila kita buat keputusan nak cuba apa jua suplemen adalah menyahtoksik usus kita terlebih dahulu. Usus yang kotor akan menghalang penyerapan vitamin atau suplemen yang kita ambil. Dari 100%, mungkin hanya 5% sahaja yang terserap. Sebab itu lah walaupun dah berbotol-botol suplemen kita telan tetapi tak nampak apa-apa perubahan pada badan. Rugi kan???

Selesai detoks, kondisi badan kita akan lebih bersedia untuk bertindak balas dengan suplemen yang kita ambil. Penyerapan pun maksimum. Barulah bertepatan dengan tujuan asal kita ambil suplemen tu. Semuanya untuk kebaikan diri kita sendiri juga kan. 

So, do it right!~

Macam mana nak detox usus? Saya ada cadangan terbaik untuk sahabat-sahabat yang nak ikhtiar sihat.


Boleh sms/whatsapp saya, nanti kita sembang panjang-panjang ;-)

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786


* Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sunday, 8 March 2015

Kawal selia usus kita

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Tahu tak banyak penyakit berpunca dari usus kita. So, jangan bertangguh. Jom kawal selia usus kita. 




Jika anda mahu ikhtiar, saya suka nak suggest set ni: 

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Jangan biarkan diri sendiri merana di kemudian hari.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

* Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sunday, 1 February 2015

Detoks Sihat Semulajadi dengan Shaklee

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa Alhamdulillah... 

Nak tahu sesuatu?

Shaklee ada banyak suplemen khusus untuk bantu bersihkan sistem dalaman badan kita. Terdapat pelbagai 'agen detoks' untuk diperkenalkan kepada semua. Meh tengok satu-satu ;-)

Alfalfa Complex
Ni suplemen favorite saya. Pelbagai manfaat dengan pelbagai kegunaan. "Jamu Moden" terbaik untuk semua. Meneutralkan darah yang berasid. Mencuci usus dan menyingkirkan lemak serta kolesterol jahat. Mengembalikan tahap normal badan yang berasid.

Cinch Energy Tea Mix
Energy booster yang menjadi peneman terbaik semasa pemanduan jarak jauh. Alternatif terbaik menggantikan minuman berkafein yang memudaratkan kesihatan. Dihasilkan daripada teh hijau yang boleh membantu meningkatkan metabolisme dan memberi tubuh nutrisi dengan kandungan serat dan potasium di dalamnya.

Herb-Lax
"Julap" yang selamat. Bagus untuk usus dan proses penghadaman kita. Membantu proses pergerakan semulajadi usus dan merangsang usus melakukan proses pembersihan. Mengatasi masalah sembelit. Membantu mengempiskan perut.

DTX Complex
Menyahtoksin hati dan menggalakkan fungsi hati yang sihat. Juga membantu pengaliran hempedu yang normal. Bertindak sebagai penapis toksin dalam badan serta menyingkirkan racun yang berkumpul dalam hati.

Garlic
Antibiotik yang selamat dan semulajadi. Alternatif terbaik bagi menggantikan panadol dan paracetamol. Mengeluarkan raksa dengan pantas. Menghalang kerosakan hati akibat pengumpulan sisa bahan kimia dalam badan.

Peppermint Ginger Plus
Melegakan senak perut. Membuang angin dalam badan serta menenangkan perut. Juga membantu proses penghadaman dan mencuci usus.


Banyak kan?

Apa yang pasti semuanya SELAMAT, BERKESAN, dan MESRA ALAM.

Mana-mana yang berkenan, boleh hubungi saya ye.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786


*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Wednesday, 14 January 2015

Alfalfa untuk Detoks!~

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Cik adik, cik akak, cik abang, meh baca sikit.. ;-)

Sumber: Google

Apa tu detoks (detoksifikasi)?

Ia adalah proses pengeluaran racun atau zat-zat bersifat racun dari dalam tubuh badan kita. Atau dalam perkataan lain, kita menyahtoksik segala benda yang ada dalam tubuh kita.

Sumber: Google

Sumber: Google

Sumber: Shaklee

Ok, nanti kita cerita lagi ye. Nak pergi betulkan tayar kereta... :-D

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786


*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Friday, 12 December 2014

Bai bai Buasir

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Sumber: Google

Tempoh hari ada sahabat bertanya pasal masalah buasir. Saya pun dok ligat flashback apa yang saya makan untuk atasi masalah ni. Suatu ketika dahulu saya rajin terkena penyakit ni. Memang teruk la time tu. Adakalanya sampai berdarah!

Sumbergoogle

Sebab apa boleh jadi buasir ni?

Punca utamanya adalah kurang makan serat dan kurang minum air. Ibu saya rajin la pesan suruh makan pisang, betik dan segala buah bagi elak terjadi lagi. Tapi time makan je la ok, time tak makan buah, jadi semula. Haru..haru..~~

Nak jadikan cerita, saya start consume Ostematrix (oste). Niat asal untuk tambah kalsium sebab dah kerap semut-semut dan lenguh-lenguh lutut. Dengan izin Allah, Alhamdulillah, semut-semut dah takde, lenguh-lenguh lutut masih ada tapi dah tak kerap. Tapi yang lebih menakjubkan, buasir dah takde!


Bila makan oste, yang saya perasan, saya mudah bangun pagi, dan perkara wajib selepas bangun tidur, adalah masuk toilet. Memang macam tu setiap hari kalau telan oste 2 atau 4 biji sebelum tidur. 

Alhamdulillah sampai sekarang dah tak berlaku dah masalah ni. Sekarang ni botol oste yang masih berbaki separuh botol tu saya dah hand over kat ayah, nak bagi ayah cuba, mana tahu, mudah-mudahan dengan izin Allah, kaki ayah pun kuat. Dan mana tahu, tahun depan ada rezeki kami sekeluarga dapat tunaikan haji atau sekurang-kurangnya umrah. Mana tahu kan.. Allah punya kuasa kan. Saya mohon doa dari semua semua ye :-*

Selain oste, banyak juga produk lain untuk atasi masalah ni, boleh cuba mengikut bajet kita.

Sumber: Vitamin Suci
  • Alfalfa ~ membantu menjaga kesihatan usus sambil mengurangkan tekanan kpd rektum
  • Omega Guard ~ membantu surutkan bengkak akibat tekanan dubur ke kawasan sekitarnya
  • Ostematrix ~ mengelakkan sembelit, melancarkan pembuangan dan bertindak membekukan darah utk mengelakkan dari kanser usus
  • Zinc complex ~ digalakkan kepada mereka yang dah sampai tahap najis berdarah. Sebab zink bantu mempercepatkan penyembuhan luka (zink bagus masa perut kosong. Masa bangun awal2 pagi tu, elok telan zink).
  • ESP ~ penting untuk pemulihan (elakkan susu) 
  • Peppermint Ginger ~ bantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi)
  • Vivix ~ mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular.
Lain produk, lain effect. Yang penting, semua pun best! ❤

Mereka yang serius nak sihat boleh hubungi saya. Tiada sebarang caj dikenakan untuk setiap pertanyaan dan konsultasi ;-)

Selain saya, mereka juga dah amalkan set cegah buasir..Meh tengok..


*Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan merawat,  mencegah, men'diagnos' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.