Wednesday 8 April 2015

Jangan sampai jadi kon terbalik!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Semua orang tahu bagaimana bentuk kon. Bahagian atas berbentuk muncung dan tajam. Menurun ke bawah mengikut bentuk fizikal kon tersebut, diameternya semakin bertambah hingga ke tapak kon. Keluasan tapak berperanan menyokong struktur kon berkenaan supaya tidak jatuh.

Cuba bayangkan kalau kon ini diterbalikkan? Pasti ia tidak boleh 'berdiri' dengan kukuh. Setiap kali cubaan untuk menegakkannya, pasti ia tak akan ambil masa yang lama untuk terjatuh semula.

Cuba letak analogi ini pada badan kita. Apa berlaku apabila badan lebih besar dari saiz kaki? Tak stabil bukan?

Hari ini kita pasti boleh berjalan seperti biasa. Kita hidup, makan, minum, bekerja seperti biasa. Dalam diam, kaki yang selama ini mengikut sahaja kemana kita bergerak, dah tak mampu lagi menampung saiz badan kita yang makin membesar. Kita mula rasa lenguh-lenguh kaki, lutut pun dah berbunyi setiap kali nak bangun dan duduk, pergelangan kaki pun terasa beralih.


Selesakah begini? 

Inilah yang saya alami beberapa bulan sebelum ini. Sekarang saya sedang berusaha untuk dapatkan semula berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian saya.

Jom bersama-sama saya, kita cabar diri!

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda. 1103786


p/s: Sekarang saya sedang consume Cinch (pembinaan otot supaya tiada bahagian yang menggeleber), Lecithin (untuk pembakaran lemak dalam badan), Herb-Lax dan Alfalfa (sebagai agen detox-pembuangan toksin dari dalam badan).

No comments: