Showing posts with label Mealshake. Show all posts
Showing posts with label Mealshake. Show all posts

Wednesday, 3 February 2016

5 Tips Lancarkan 'Pelaburan' Waktu Pagi

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah... 

Assalamu'alaikum semua~

Bangun pagi, gosok gigi,
cuci muka, pakai baju,
makan roti, minum susu,
pergi sekolah, senang hati.

InshaAllah semoga semuanya senang hati pagi ni. Tak demam, tak selsema, tak cirit birit, tak sembelit.

Alhamdulillah, memang best bila semalam dapat telan Ostematrix sebelum tidur. Sangat membantu nak bangun awal pagi. Tak perlu berlama-lamaan dalam toilet. Tahu tak, bila kita dapat buang sisa toksin dalam badan, nutrisi yang kita ambil melalui menu sarapan pagi akan mudah menyerap sampai ke otak. Barulah ia dapat bagi kesan pada luaran; badan segar, cergas dan ready to start fresh!

Kenapa Ostematrix (pil kalsium) boleh elak masalah sembelit?

Bezanya Ostematrix Shaklee dengan pil kalsium yang ada kat pasaran ialah Ostematrix mengandungi magnesium. Selain daripada membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang ia juga secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis. 


Magnesium juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. 

Sebiji Ostematrix bersamaan dengan segelas susu atau 80 biji badam!



5 Tips Melancarkan 'Pelaburan' Waktu Pagi


Jangan tangguh

Bila start sakit perut, cepat-cepat pergi toilet, buang. Jangan tangguh-tangguh. Jangan fikir, kejap lagi lah, nanti dulu lah. Terus pergi. Segerakan.

Jangan sebabkan rasa malas atau tengah khusyuk buat sesuatu kita tundakan proses tu. Tindakan kita menahan-nahan dengan sengaja boleh menyebabkan masalah sembelit, keadaan di mana kita akan susah nak buang air besar waktu lain.

Makan buah dan sayur-sayuran setiap hari

Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber serat yang baik untuk kesihatan tubuh kita. Tapi kalau susah nak dapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar, dan rasa renyah nak kupas, potong dan sebagainya, bolehlah gantikan dengan sumber serat dari bahan lain seperti suplemen serat.

Antara sumber suplemen serat yang baik diamalkan adalah:



Terkenal sebagai Raja segala tumbuhan yang bersifat alkali, kaya dengan fiber, meneutralkan asid dalam badan serta membantu proses detox dan buang lemak juga kolesterol.
Untuk ibu menyusu, ia membantu banyakkan susu jika diambil bersama Ostematrix dan ESP.



Berfungsi sebagai herba 'julap' yang selamat kerana menggalakkan pembuangan air besar secara semulajadi.



Merupakan multivitamin dan mineral yang didatangkan dalam bentuk serbuk, ditambahkan dengan protein dan mengandungi serat (fiber). Sesuai untuk kanak-kanak yang cerewet dan memilih makanan serta bagus untuk warga emas yang sukar nak mengunyah daging dan makanan berserat. Ia juga mencukupkan keperluan nutrisi harian.

Serat adalah antara faktor terpenting untuk menggalakkan proses buangan yang lancar. Pengambilan serat yang banyak membuatkan gerakan usus besar menjadi baik dan teratur sekaligus menyebabkan proses pembuangan kita menjadi sihat terutamanya ketika bangun pagi.

Banyakkan minum air masak/ air mineral

Minum air masak setiap hari dengan sukatan yang tepat boleh membantu mengelakkan masalah sembelit waktu pagi. Jika di dalam usus besar kita ada setompok makanan berserat, ia mampu menarik dan menyerap banyak air. Bila air yang diserap tu banyak, najis pun akan jadi lembut.

Keadaan najis yang lembut di dalam perut akan memudahkan proses pembuangan. Tak kisah lah bila-bila pun rasa perut memulas, tak ada masalah. Sebab proses tersebut tak akan ambil masa yang lama.

Relax / Tenang

Minda dan tubuh yang stress boleh mempengaruhi otot-otot dalam tubuh. Salah satu daripadanya adalah otot pada organ pencernaan. Jika otot pencernaan terganggu, dah tentulah fungsi organ pun akan sama terganggu dan menjadi tak sihat. Buang air besar pasti tak lancar.

Senaman

Gaya hidup yang sihat akan membantu badan kita menjadi fit dan rasa segar. Organ-organ tubuh pun pasti dapat berfungsi dengan normal. Bersenam membuatkan pencernaan dan pernafasan kita menjadi lancar dan sihat.

Bersenam juga merupakan salah satu method untuk jaga kesihatan badan. Maka, usahakanlah untuk lakukan exercise setiap pagi atau petang. Ia terbukti membantu proses buangan setiap hari. Buang air besar secara rutin setiap hari dan setiap pagi membolehkan kotor-kotoran dalam tubuh dapat dikeluarkan. Badan akan rasa lebih segar dan sihat.

.
.
.
.

Sembelit atau susah nak buang air besar bukan masalah kecik. Jika hari ni kita kena (sembelit), tapi kita tak buat apa-apa pun untuk elakkan masalah ni berulang, maka berhati-hatilah, ia mungkin sedang membina sel kanser dalam badan kita, tanpa kita sedar.

Sembelit adalah pergerakan usus yang tidak normal yang diiringi dengan gejala-gejala berikut:
  • sakit meneran
  • najis keras
  • kurang buang air besar
  • rasa tak puas walaupun dah buang air besar


Bagi mereka yang ada masalah ni, cuba ikut 5 Tips ni sebagai pencegahan awal menghindarkan masalah sembelit yang berterusan.

Sembelit. 

Jangan ambil mudah.

Jangan tutup sebelah mata.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Monday, 2 November 2015

12 Info Penting berkaitan EKZEMA (ECZEMA)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..




Apakah itu EKZEMA (ECZEMA)?

Ekzema adalah penyakit kulit yang menyebabkan keradangan dan kegatalan. Tidak kira bahagian kulit yang mana pun terjejas, ekzema kebiasaannya mendatangkan kegatalan. Ada sesetengan keadaan, pesakit yang mengalami ekzema cenderung merasa gatal-gatal sebelum ruam muncul. Ruam biasanya menyerang di bahagian muka, belakang lutut, pergelangan tangan, tangan dan juga kaki. Namun begitu, ia juga boleh memberi kesan kepada bahagian badan yang lain juga.

1. Ekzema boleh terjadi disebabkan alahan, kosmetik, pakaian, cuaca, peluh, sabun, stress dan barang kemas.

2. Bayi yang lahir melalui kaedah cesarean (pembedahan) lebih cenderung mengalami alahan.

3. Memulakan makanan pejal seperti bubur nasi dan puree dapat mengurangkan risiko ekzema.

4. Tidak menvariasikan makanan atau dalam erti kata lain memilih hanya satu jenis makanan sahaja juga boleh menyebabkan alahan kerana tiada pendedahan kepada kumpulan makanan yang lain.

5. Air adalah rawatan terbaik kepada eczema. Bayi atau mereka yang ada ekzema, digalakkan mandi dengan air sahaja. Jangan gunakan sabun mandi yang mengandungi bahan kimia, banyak buih dan pewangi kerana ia boleh mengeringkan kulit.

6. Tiada ubat boleh mengubati masalah alahan 100%. Ia bukan seperti demam; makan paracetamol, terus sihat.



7. Cara mengurangkan alahan adalah dengan kawalan.

8. Mengambil probiotik boleh membantu masalah ekzema.  Probiotik adalah kuman yang memberikan manfaat kepada kita. Ia adalah bakteria yang bagus yang meregulasasikan usus supaya kita tak mudah kena alahan.

9. Mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin A, B dan C memberikan khasiat kepada tubuh serta boleh menguatkan sistem imun anda.

10. Minyak evening primrose, currant hitam dan minyak borage sangat berguna untuk mendapatkan lebih banyak EFA (asid lemak perlu) ke dalam sistem badan. EFA digunakan untuk mencipta interferon yang 'berjuang' menentang virus. Kekurangan EFA mengakibatkan badan kita lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis virus.

11. Omega-3 & 6 asid lemak dapat mencantikkan semula kulit yang terjejas kerana masalah ekzema dan ia juga boleh meningkatkan sistem imun badan.

12. Zink adalah mineral yang boleh membantu untuk mengurangkan jerawat ekzema. [PERHATIAN: Ambil zink TIDAK melebihi 30 miligram sehari]


Apakah langkah yang perlu diambil oleh mereka yang mengalami EKZEMA (ECZEMA)?

  • Tidur di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap dan mengeringkan badan.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.


Bagaimana nak ikhtiar dengan Shaklee?

Energizing Soy Protein
  • Protein tinggi boleh membantu menghasilkan sel kulit yang baru.
  • Meredakan alahan.
Omega Guard
  • Membantu mengawal keradangan kulit dan memastikan kulit kekal lembap.
  • Mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.

Vitamin E
  • Membantu merawat luka akibat ekzema.
  • Menghilangkan parut dan melicinkan kulit.
  • Mengelakkan jangkitan bakteria.

Nutriferon
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan sebarang jangkitan virus.

Herbal Blend
  • Mengurangkan rasa gatal dan pedih akibat masalah ekzema.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.

Basic H
  • Mengering dan merawat ekzema.
  • Sesuai untuk mandian.

Meal Shakes
  • Multivitamin, protein dan serat yang berkhasiat baik untuk meningkatkan antibodi.
  • Memulihkan luka dan membantu penghasilan sel baru yang sihat.
GLA
  • Membantu penghasilan lebih banyak EFA dalam badan.
  • Mengurangkan inflamasi kulit.

Pemakanan sangat penting. Banyak penyakit berpunca daripada pemakanan tetapi banyak juga penyakit boleh diubati dengan mengambil pemakanan yang betul.




Hidup dengan sihat. Cukupkan nutrisi anda bermula hari ini.

Berminat untuk mengetahui lebih banyak berkaitan produk dan cadangan suplemen yang bersesuaian, boleh hubungi saya di talian 013-720 0029.




Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Monday, 2 March 2015

Berpuasa dengan Set Berpuasa Shaklee

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

11 Jamadil Awwal 1436H

+/- lebih kurang 107 hari lagi kita bakal sampai ke bulan Ramadhan. Semoga berezeki untuk ketemu Ramadhan nanti.

Amacam? 
Dah habis ganti puasa semua? 
Kalau dah, alhamdulillah.. jika belum, sila percepatkan, jangan bertangguh lagi ye. Bagi yang dah selesai, jom ringan-ringankan diri praktis berpuasa..

Jom kita jalani ibadah puasa bersama Set Berpuasa Shaklee, menu bersahur yang sangat sihat dan mudah:


Performance Drink (PD)
membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk mencegah penyahidratan.

Energizing Soy Protein (ESP)
minuman berprotein tinggi dan glisemik rendah, membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

Meal Shakes
makanan tambahan rendah lemak dengan 19 vitamin dan mineral, menjadi sumber terbaik serat dan protein.

Dengan Set Berpuasa ni, insha Allah,

~ tidak letih/ lesu
~ kurang rasa lapar
~ kulit dan bibir tak kering
~ gastrik pun tiada
~ tak jejaskan penyusuan untuk BF mommies

Ada banyak lagi manfaat tambahan. Nak tahu, kena cuba sendiri. Dapatkan set anda hari ini ;-)

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

* Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Thursday, 11 December 2014

Cegah Demam, Batuk, dan Selsema anak anda dengan Shaklee

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Musim cuti sekolah ni banyak betul program-program yang dianjurkan khusus untuk anak-anak. Ada yang dibuat di sekolah, di masjid, di universiti dan sebagainya. Program yang sangat bagus dan bermanfaat untuk mengisi ruang masa untuk anak-anak yang bercuti sekolah tatkala ibu bapa perlu bekerja seperti biasa. :-)

Anak-anak mungkin seronok berprogram bersama rakan sebaya dan kenalan baru. Tapi mereka juga terdedah kepada risiko berjangkit dengan rakan-rakannya yang mungkin sedang mengalami demam, batuk, selsema atau sebagainya. Sebagai ibu bapa, apa persiapan anda untuk pastikan anak-anak 'kebal' dari sebarang jangkitan?

Meh saya nak share tips!

Meskipun saya belum berkahwin dan mempunyai anak sendiri, tapi semua ni dah terbukti menjadi pada sahabat-sahabat yang sudah mencuba.


Tips untuk ibu & abah merawat anak selsema, demam dan batuk 

1. Mealshake (multivitamin dan nutrisi lengkap): satu sudu kecil campur dengan susu



  • nutrisi lengkap
    • mengandungi 24 vitamin, mineral dan zat perlu
    • mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • kaya dengan protein
    • tidak mengandungi laktosa
    • membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun, dan lain-lain 
  • membantu tumbesaran
    • mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • anti-oksida
    • mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang menjadi agen anti-oksida untuk melawan jangkitan dan melawan proses penuaan.
  • mengembalikan seri wajah
    • mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi, dan copper yang cukup untuk pembinaan sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah dan kulit yang lebih cantik
  • detoksifikasi
    • kaya dengan serat laut bagi membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  • rasa yang lazat!~
    • pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga
    • tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan
    • sesuai untuk semua :-)

2. Basic H (turunkan suhu badan): jerlum atau mandikan anak dengan air campuran basic H

Sumber: Celik Vitamin

  • sumber organik
  • tidak bertoksik
  • tanpa gas beracun
  • tanpa bahan kimia berbahaya
  • tanpa bahan pewangi
  • lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • tanpa klorin

3. Chewable vita C plus (meningkatkan sistem imunisasi): ambil sebiji dalam satu masa, pagi, petang, dan malam


  • nutrien seimbang untuk tumbesaran
  • meningkatkan penyerapan zat besi
  • memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • menguatkan tulang, gusi dan gigi yang sihat
  • meningkatkan sistem imun tubuh
  • menjaga kecantikan kulit dan awet muda

4. Omega Guard (melegakan batuk): cukup sebiji sehari

Sumber: Superbvitamin

  • minyak ikan terbaik di dunia
    • 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan
    • minyak ikan paling tulen
      • mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi.
  • mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori
    • DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina
    • penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan
    • DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
    • mencegah migrain, penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran
  • meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
    • mengawal sistem imun
      • memperbaiki alahan kulit
      • psoriasis
      • demam hay
      • bronkitis
      • penyakit lelah
      • hepatitis
      • SLE (lupus erythematosus)
      • penyakit buah pinggang


Ada caranya, kita yang tentukan ;-)

Buatlah pilihan yang terbaik. 

Sanggup ke tengok tangan halus si kecil tu dicucuk jarum sehingga lebam-lebam, mulut dan hidung yang mungil tu dipaksa masuk tiub sana sini..Sanggup ke mak, abah sekalian? Tak kesian ke pada si kecil tu? Tangan kita yang tercucuk jarum peniti pun dah meng'aduh' apatah lagi anak-anak yang masih kecil tu. Fikir-fikirkan~

Saya sedia membantu!~

Sahabat Shaklee anda, 

Nurul Aini Mohd Noor || SID: 1103786
Tel: 013-720 0029 


p/s: meh tengok mereka yang dah jadikan Shaklee sebahagian daripada mereka..




*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.