Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Wednesday, 2 December 2015

9++ Risiko Kekurangan Lecithin

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Sumber: My Vitamins Adventure

Tahukah anda badan kita tidak boleh menghasilkan Lecithin secara semulajadi? 

Namun begitu, badan kita sangat memerlukan Lecithin. Kita perlu tapi kita tak boleh hasilkan sendiri.

Sumber: Diari Vitamin

Apa yang berlaku kepada badan jika kekurangan Lecithin?

  • Cenderung untuk cepat rasa marah.
  • Cepat rasa letih (berterusan).
  • Mengalami insomnia (kesukaran untuk tidur / tidur yang tidak teratur).
  • Kemurungan / depression.
  • Kemerosotan daya ingatan


Dalam kes-kes seperti ini, pengambilan Lecithin amat sangat digalakkan dan keadaan akan jadi bertambah baik (dengan izin Allah).

Sumber: Healthier Me & You

Untuk kes-kes yang lebih teruk, dinasihatkan untuk dapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum consume Lecithin. Sebagai contoh:
  • Aterosklerosis / radang pada pembuluh darah
  • Strok
  • Rasa ketakutan yang terlampau
  • Tekanan fizikal dan mental.


Tahukah anda?

Hati juga memerlukan Lecithin. Ia membantu memperbaharui struktur hati serta mampu mengelakkan risiko penyakit Sirosis hati. Mereka yang menghidapi Hepatitis juga disyorkan untuk consume Lecithin tetapi dinasihatkan agar merujuk pakar perubatan terlebih dahulu.

Semasa mengandung dan menyusukan anak, Lecithin juga diperlukan, kerana ia membantu pembentukan otak dan sistem saraf kanak-kanak.

Ia turut digunakan untuk rawatan gangguan ginekologi - menopaus, pelbagai patologi haid, dan kemandulan.

Selain itu, ia juga mempunyai kesan positif ke atas penyakit kulit seperti ekzema, dermatitis atopik, psoriasis, liken. Secara umum, ia adalah perlu untuk kulit yang sihat.

Lecithin memainkan peranan yang besar dalam pembentukan sistem pertahanan badan. 

Cara penyimpanan Lecithin sebaiknya di tempat yang kering pada suhu tidak lebih tinggi daripada 25 darjah celcius. 


Cara pengambilan bergantung mengikut keperluan. Untuk perkara ini, anda boleh komen di sini atau hubungi saya terus untuk konsultasi lanjut. 


Jika anda belum atau tidak pernah ambil Lecithin dalam diet harian anda, fikirkanlah semula. Tengok betul-betul keperluan Lecithin sebagai antara penyumbang terbesar kepada kesihatan yang baik.

Sumber: Cerita Cinta Fai

Jom ikhtiarkan kesihatan yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.

Jangan bertangguh. Cegah sebelum terlambat

Elakkan daripada melarat.

Dapatkan bekalan Lecithin anda sekarang.


Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

12 Manfaat Utama Lecithin untuk Kesihatan Kita

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah

Set Slimming Premium
Tahukah anda?

Akademi Sains Kebangsaan telah menetapkan bahawa Lesitin (Lecithin) amat penting dalam diet harian. Kandungan kolina dan inositol sebagai sumber fosfolipid merupakan komponen utama membran sel dalam setiap organisma hidup yang berfungsi untuk mengawal aliran nutrien ke dalam dan keluar dari sel.

Setiap sajian membekalkan 3.1 gram Lesitin yang mengandungi:
  • 468 miligram fosfatidilkolina (kolin)
  • 282 miligram fosfatidilinositol (inositol)
Setiap kapsul mengandungi 520 miligram Lesitin soya, termasuklah:
  • 80 miligram kolin
  • 48 miligram inositol
Ia dihasilkan daripada sumber semula jadi iaitu kacang soya organik, bukan GMO.


12 Manfaat Utama Lecithin

1. Lesitin bertindak menyerap vitamin yang larut lemak (vitamin A, D, E, dan K).

2. Lesitin membantu melindungi hati iaitu dengan menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Sekaligus ia membantu memulihkan kesihatan hati.

3. Lesitin dikenali sebagai agen pemecah lemak. Ini bertepatan dengan fungsinya yang berupaya membantu proses pemecahan lemak dan kolesterol. Ia bertindak sebagai pembersih salur darah, membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.


4. Lesitin berfungsi untuk pelangsingan. Ia boleh menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang betul boleh mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

5. Lesitin membantu mencantikkan kulit. Ia menggalakkan pembentukan membran sel, melembap dan menghaluskan kulit, serta melambatkan penuaan.

6. Lesitin boleh menghasilkan otot yang cantik kerana ia bertindak mengaktifkan metabolisme sel.

7. Lesitin memperbaiki alergi / alahan. Ia menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah yang mana ia mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit, dermatitis.


8. Lesitin menghalang pembentukan batu karang. 90% dari batu karang terjadi disebabkan kandungan kolesterol dalam badan. Maka Lesitin berfungsi mengemulsi kolesterol berlebihan untuk mengelakkan kejadian batu karang.

9. Lesitin berupaya mempertingkatkan daya ingatan dan mengurangkan tekanan (stress). Ia mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang meningkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang penyakit Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil digalakkan untuk ambil Lesitin secukupnya untuk membantu tumbesaran janin secara sihat.

10. Lesitin menghalang tekanan darah tinggi. Ia memperbaiki tekanan darah dengan menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah.

11. Lesitin memperbaiki prostat lelaki. Kajian telah membuktikan masalah prostat dan uretha lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan Lesitin dalam kuantiti yang banyak.

12. Lesitin mengurangkan masalah sembelit. Ia adalah pelembut najis yang berkesan. Ia melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.


Lecithin adalah suplemen.

Suplemen bukanlah ubat.

Suplemen Shaklee dihasilkan secara semulajadi yang sudah terbukti selamat, berkesan dan mesra alam.

Suplemen adalah pengganti komponen nutrisi yang kita tak dapat dari makanan.

Pengambilan suplemen bertujuan untuk mengurangkan risiko terkena penyakit. Seeloknya diambil seawal mungkin, ketika tubuh masih sihat segar bugar.

Namun begitu, ini tidak langsung menghalang mereka yang diuji (dengan kesakitan) untuk ambil suplemen sebagai jalan ikhtiar untuk kesembuhan. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan; lihat pada kesesuaian.

Ini adalah usaha dan ikhtiar kita untuk lebih sihat.

Jom ikhtiar sihat bersama Shaklee!


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 1 December 2015

Disember 2015: Harga Petrol & Promosi Shaklee

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..



Harga minyak RON95 turun manakala RON97 dan diesel kekal!

BulanPetrol RON95 
(RM/liter)
Petrol RON97 
(RM/liter)
Diesel 
(RM/liter)
Disember 2015(sumber)1.952.45*1.90
November 20152.052.45*1.90
Oktober 20152.052.45*1.90
September 20151.952.35*1.80
Ogos 20152.052.45*1.95
Julai 20152.152.55*2.05
Jun 20152.052.35*2.05
Mei 20151.952.25 *1.95
April 20151.952.25 *1.95
Mac 20151.952.251.95
Februari 20151.702.001.70
Januari 20151.912.111.93
Disember 20142.262.462.23
*Petrol RON97 - harga temasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 6%

Harga petrol turun.
Harga lecithin turun.
Harga kolagen pun turun.

Apa perkaitannya?

Penjimatan.

#syukurselalu

Super awesome December. Alhamdulillah~

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Promosi Shaklee SUPER MARVELLOUS December 2015

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum dan selamat pagi.

Ahlan ya Disember <3

Hari baru.
Bulan baru.
Semangat baru.
Promosi baru.

SHAKLEE Collagen Powder

Lecithin

Vita Lea for Children

PROMOSI:
Collagen/Lecithin >> Beli 6 dapat 7
Collagen/Lecithin >> Beli 2 dapat 5% diskaun
Vitalea for Children >> Beli 3 dapat 4

Semangat nak kongsi!

Jom grab~

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 22 September 2015

Road to Wellness

Teks olahan: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...



6:30 – 7:00 pagi
Minum dua cawan air suam bersama lemon setiap pagi. Ini adalah rutin mudah untuk meningkat dan melancarkan aliran jus pencernaan, membantu untuk membersihkan badan, dan mengembalikan keseimbangan pH kita, menjadikan badan kurang berasid, sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit. 

Jika teringinkan sesuatu yang manis atau karbohidrat, tambah 1 sudu teh serbuk glutamin[1] ke dalam air. Kebiasaannya saya akan minum air lemon panas ini secara berterusan sepanjang hari, dengan tambahan cayenne pepper di dalamnya untuk meningkatkan metabolisme dan mengelakkan rasa lapar lapar. Ambil satu atau dua kapsul probiotik[2] untuk immunity, detoksifikasi estrogen, dan  proses pencernaan yang lebih baik. 

7:00 – 7:30 pagi
Buat 30 minit senaman kardiovaskular semasa perut kosong. Ia akan mengurangkan paras kortisol dan membakar lebihan lemak dalam badan. Berdasarkan kajian, satu kilogram lemak dapat dibakar dengan lebih cepat apabila senaman dilakukan di waktu pagi berbanding jika ia dilakukan di kemudian hari.

7:30 – 7:45 pagi
Nikmati smoothie untuk sarapan setiap pagi sepanjang minggu bekerja. Dalam satu blender, gabungkan protein isolate[1] atau protein vegan, 1 sudu besar mentega badam semulajadi atau minyak kelapa, 1 sudu ground flaxseed, 1/2 cawan berries dan air. Jadikan ia sebagai smoothie yang power dengan mencampurkan salah satu daripada bahan ini:
  • Lecithin [3]
  • Kulit kayu manis
  • Serbuk sayur-sayuran
  • Serbuk koko tanpa gula
Jika nak, tak perlu campur berries dan letak gabungan bahan tadi dalam bekas shaker, dan minum during your day. Ambil keperluan nutrisi secukupnya seperti multivitamin[4] berkualiti tinggi, 2,000 – 5,000 IU vitamin D, dan 2 hingga 4 kapsul minyak ikan omega-3[5]. Gabungan hebat semua ini boleh mengurangkan keradangan, meningkatkan imunisasi, membantu penurun lemak dan memastikan tahap kesihatan yang optimum.

Makan snek yang mengandungi protein[1] pada pertengahan waktu pagi dan tengahari, setiap hari. Pek dua makanan ringan dan makanan tengah hari untuk ke pejabat setiap hari. Cadangan yang boleh dibuat:
  • epal kecil dengan beberapa badam
  • telur rebus
  • tomato dengan balsamic dressing dan sekeping feta cheese
  • hummus dengan potongan beberapa jenis salad dan 4% keju Allegro
  • bar protein yang mempunyai nutrisi pemakanan 40:30:30 atau 40:40:20. 

Pastikan anda makan setiap tiga jam, dan cuba untuk tidak terlepas snek petang anda. Kajian menunjukkan individu yang makan empat kali sehari menikmati penurunan berat badan yang lebih besar. Makan dengan kerap akan mengelakkan paras gula darah tinggi dan rendah yang boleh menjejaskan mood dan tenaga anda.

Letak botol air 1.5L atas meja anda dan isinya setiap pagi. Sentiasa set dalam minda untuk habiskan air tersebut. Isi air panas dalam thermos atau teapot yang cantik, masukkan 3 hingga 4 uncang teh hijau[6] dan biarkan ia terendam. Minum teh tersebut sepanjang hari sebagai tambahan kepada air anda. Pastikan teh hijau tersebut terendam untuk membolehkan bahan-bahan aktif yang terkandung di dalamnya mencapai potensi penuh.

Buat senaman atau workout. Lakukan senaman selama 30-minit, dengan rintangan berintensiti tinggi (training circuit) 3 kali seminggu untuk mengekalkan otot metabolisme aktif dan meningkatkan sensitiviti insulin. Pastikan selepas senaman minum minuman tanpa gula yang mengandungi asid amino[1] dan antioksidan. Ini amat membantu mengembalikan tenaga, proses pemulihan selepas senaman, keseimbangan insulin dan pembaikan selular.

6:00 petang – 8:00 malam: 
Makan malam sebelum pukul 8 malam untuk mengelakkan pertambahan berat badan. Lagi awal lagi bagus. Pinggan anda sepatutnya mengandungi banyak karbohidrat berserat:
  • 1/3 salad 
  • 1/3 sayur-sayuran
  • 1/3 protein
Kandungan lemak biasanya dah termasuk dalam karbo atau protein yang kita makan. Banyak atau sikit bergantung kepada menu yang kita pilih. Saya cadangkan anda masukkan karbohidrat berkanji seperti beras perang, kentang atau squash (lebih kurang 1/2 cawan) sekali sehari. Daripada ambil ketika sarapan atau makan tengahari, lebih baik jika diambil ketika makan malam, ia membantu meningkatkan paras serotonin dan membantu kita tidur. Tabiat mudah ini juga membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari tetapi kebanyakkan anda lebih suka makan nasi ketika lunch. Oleh itu, tambahkan 2 hingga 4 kapsul minyak ikan omega-3[5] bersama hidangan berkenaan.

9:30 – 10:00 malam: 
Luangkan sedikit masa, walaupun hanya sekadar 15 minit. Tarik nafas panjang, bermeditasi, berfikir, review matlamat anda, atau tulis dalam jurnal untuk merehatkan diri sebelum tidur. Tetapkan masa ini sebagai masa anda setiap hari.

10:30 – 11:00 malam:
Target untuk masuk tidur sebelum pukul 10 atau 11 malam, tidur di dalam bilik yang gelap untuk proses pemulihan yang optimum dan memaksimumkan pengeluaran melatonin serta pertumbuhan hormon. Pakar-pakar tidur bersetuju bahawa tujuh hingga lapan jam setiap malam adalah optimum. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mungkin memerlukan lebih atau kurang tidur daripada yang lain. Jika anda bangun tanpa penggera dan berasa segar apabila anda bangun, anda mungkin mendapat tempoh masa tidur yang mencukupi. Jika anda mempunyai masalah tidur kerana tahap tekanan yang tinggi, anda boleh ambil 400-800mg magnesium[7] glycinate.

Cuba amalkan jadual ini, kemudian ulanginya keesokkan hari. Sentiasa aim untuk buat rutin ini setiap hari dan anda sudah berada dalam perjalanan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum (dengan hormon yang seimbang).

'Saya' yang berkongsi jadual harian ini adalah Dr. Natasha Turner, N.D. Beliau adalah doktor naturopathic.


Dan di bawah ini adalah cadangan vitamin yang mengandungi semua nutrisi yang dicadangkan:

[1] Energizing Soy Protein

[2] Nutriferon

[3] Lecithin

[4] Vita-Lea Iron Formula

[5] Omega Guard

[6] Cinch Energy Tea Mix

[7] Ostematrix

Jom amalkan <3

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 23 July 2015

Jangan Gemuk Selepas Raya!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Beraneka juadah yang dihidangkan - kuih raya, lemang, ketupat, rendang ayam, daging, paru, kuah lode, sambal kacang~ siapa yang tahan kan? Memang laju sahaja tangan tu mencapai pinggan, ceduk semua makanan yang ada atas meja.

Tinggi kalori masing-masing. Risiko penyakit nak datang menyerang pun sama tinggi.
Boleh sahaja nak makan. Tapi sekadarnya. Ceduk buat rasa.
 

Memang semua makanan atas meja tu kita boleh telan. Selagi rasa 'ada space', selagi tu kita sumbat mulut kita dengan makanan. Ye kan? Makan memang sedap. Nikmat hidup yang tiada siapa boleh nafikan. Tapi kalau berat bertambah, saiz badan makin mengembang, sendiri yang susah hati. Kemudian menyesal?

Adakah anda mengalaminya?

Tak usah nak menyesal sangat lah. Sendiri yang buat :-)


Tahukah kita?

Kita akan rasa kenyang hanya selepas 20 minit kita makan. Bukannya bila kita 'terdampar', kemengahan, sampai rasa dah tak boleh nak masuk makanan lagi.


Jaga makan, ambil suplemen.

Set favourite ketika raya. Mesti ambil!
Bagi saya bila dah ada Shaklee, saya tak risau sangat bila nak makan. Kawal tetap kena kawal. Tapi suplemen ni saya takrifkan sebagai agen talian hayat untuk servis sistem dalaman badan. Bila makan 'merapu' banyak sangat, kenalah detoks, kena bakar lemak-lemak tu. Jadinya, Shaklee bantu saya untuk lakukan semua tu. Tak perlu nak tumbuk lesung batu, reneh akar kayu dan sebagainya untuk 'cuci' sistem dalaman tubuh kita. Shaklee kan ada. Semuanya semulajadi. Sentiasa selamat, berkesan, dan mesra alam.


Tips nak maintain atau kurangkan sedikit berat badan selepas raya:

  • Makan dan nikmati juadah raya secara slow & steady. Kunyah lumat setiap suapan. Jangan terburu-buru untuk masukkan suapan seterusnya. Enjoy the food.
  • Minum air masak / plain water secukupnya.
    • Bila bosan dengan air kosong, boleh try buat infused water. Mix buah 2-3 jenis. Ini lebih baik daripada minum air bergula.
  • Kurangkan air berkarbonat dan segala air manis. Boleh minum. 1 gelas share 2 orang atau tuang setengah gelas sahaja.
  • Mulakan qadha' puasa & puasa 6 seawal mungkin.
  • Ketika beraya, park kenderaan kita jauh sedikit dari rumah yang kita nak ziarah. Pertama, dapat bakar kalori apabila kita berjalan (salah satu cara nak bersenam). Keduanya, langkah ini adalah cara yang bagus untuk elak rasa riak kita pakai kereta baru :-)
  • Kerapkan senaman. Gunakan apa sahaja yang ada di rumah sebagai alat bantuan senaman.
    • Contohnya: 
      • botol air yang diisi penuh boleh dijadikan sebagai pemberat
      • naik turun tangga dalam tempoh 20 - 30 minit
  • Kalau ada bajet lebih, boleh join kelas dengan Kevin Zahri.


Yang penting buat!


Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 2 July 2015

Berbuka dengan 'Kepsi' & Shaklee :-)

Teks: Nurul Aini binti Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Asbab hari ni berbuka puasa 'atas jalan', benda yang paling mudah, cepat dan senang untuk grab dan makan sambil bawa kereta adalah fast food. Sila jangan tiru ye.. hehe. InshaAllah dah berazam - makanan rupa ni tak boleh nak hadap selalu.

1. kos (mahal)
2. not a healthy food
3. menggemukkan

Sekali sekala, setakat sebulan sekali ok lah. Melepaskan gian makan 'atok' (baca: kfc) which is one of my favorite food sejak dulu. Tapi ini pun gigih juga nak pastikan X < Y.

X : pengambilan kalori harian (jumlah kalori yang kita makan)

Y: jumlah kalori yang kita gunakan

Selesai buka terus telan Omega Guard, Lecithin, Vitamin C dan B Complex, dengan air teh Cinch.

Omega & Lecithin ~ bakar lemak-lemak yang kita makan

Vitamin C ~ control tekanan darah

Cinch Tea ~ energy booster 

B Complex ~ menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga, juga anti stress

Cakap pasal stress ni, saya rasa saya adalah antara orang yang akan cepat tertekan bila bawa kereta. Bukan stress sebab lambat sampai, tetapi stress dengan pengguna jalan raya. Macam-macam perangai!~

So, nak elak 'meroyan' tengah-tengah highway ni, better telan B Complex. Memang membantu. Terkawal jiwa. Cewah! Of course dengan iringan zikir dan selawat. Semua pun dengan izin Allah juga kan.

Inilah ikhtiar saya untuk terus rasa cergas ketika memandu jarak jauh.

Ok nak gerak dulu. Baru lepas berhenti solat kat R&R Pagoh.

Nak order, nak tanya, nak consult mengenai produk boleh whatsapp saya. Sampai rumah mak ayah nanti saya reply satu satu.

Take care!

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Saturday, 13 June 2015

Jom Fit!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Cerita Betul

Bukan Lagi Beruang yang Tembam


Transformasi selepas menggunakan produk Shaklee. Saya yang dahulunya 'tembam-tembam beruang' dah susut dengan banyak.
Terus terang saya katakan saya memang ragu-ragu terhadap 'ubat kurus' di luar sana sebab sebelum mengambil supplement kesihatan Shaklee, saya pernah dapat kesan sampingan yang teruk akibat makan 3 jenama produk pelangsingan - berak darah, kulit kepala kering dan menggelupas, panas baran dan macam-macam lagi.  
Ingin ditegaskan bahawa supplement Shaklee bukan ubat kurus ya! Supplemen Shaklee membantu memperbaiki kesihatan badan agar kondusif untuk penurunan berat badan. 
Maka tak ada kesan sampingan yang buruk seperti 'ubat-ubat kurus' di luar sana yang rata-ratanya memaksa air keluar dari badan dengan kadar berlebihan. 
Betul, kawal pengambilan makanan dan senaman amat penting untuk menurunkan berat badan. Dan pengambilan set Lose Weight Shaklee memudahkan lagi usaha untuk saya turun berat badan. 
Tukarlah niat anda. Turun badan mestilah untuk meningkatkan mutu kesihatan kita. Tengok lah sendiri. Dalam 6 bulan saya boleh turun 31 kilogram. 
Bukan saja berat saya turun, tapi rambut saya semakin sihat, ruam-ruam di lengan dan belakang badan sudah berkurangan, dan tahap kolestrol pun turun.

Kalau orang lain boleh, kita MESTI BOLEH

Kegemukan dan obesiti bukan lagi perkara gurauan. Ia mungkin tak mendatangkan masalah pada diri kita sekarang. Sebab kita rasa kita sihat, boleh jalan, boleh makan. Tetapi kita tak pernah ambil tahu apa yang berlaku dalam badan kita. Jangan sampai yang dalam badan tu 'menampakkan wajah mereka'.


Faham maksud saya?

Bukan jin, bukan syaitan, bukan benda mistik tetapi penyakit yang kita 'bela' dalam badan kita sendiri. Hari-hari kita bina ia dalam badan kita. Sedikit-sedikit sampailah satu masa ia menjadi wabak dan menguasai badan kita. Bila kita dah rasa keberadaannya dalam badan, masa itu dah tiada apa yang kita boleh lakukan. Tiada jalan untuk berpatah balik. Apa yang kita boleh lakukan, hanyalah kawalan untuk melambatkan prosesnya menjadi teruk.

Jangan terus bermimpi.

Badan inilah yang menjadi perantara kita menjalani alam dunia. Perlu jaga sebaiknya. Supaya ia tak menjadi beban dan membatasi kehidupan harian kita.

Jalani pemeriksaan kesihatan.

Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor dan pakar kesihatan.

Ketahui apa yang kita perlu buat dan apa yang kita perlu kurang/tinggalkan.

Ketahui jenis senaman yang bersesuaian dengan kita.

Buat jadual makan.

Ambil makanan tambahan bersesuaian untuk membantu penurunan berat badan yang lebih sihat.

Dan yang penting, dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan pilih kawan yang boleh beri galakan dan semangat untuk kita sihat.

InshaAllah, kita semua boleh. 

Saya boleh!

Anda boleh, kita boleh!~

Jom masuk kelas~~ #Jomfitkevinzahri


Saya dah mula, anda bila lagi?

Jom Sihat Bersama Shaklee ❤

Salam sayang,

Nurul Aini || 013 720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Wednesday, 10 June 2015

Persediaan menuju Ramadhan

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


7 hari lagi menuju Ramadhan kareem.


Moga ada rezeki, ada peluang, ada kesempatan untuk sampai ke madrasah Ramadhan yang dinanti-nanti.


Saya nak tanya.. 

Ada rasa apa-apa tak dalam hati? Gembira ke, sedih ke... Ke tak rasa apa-apa. Alahai ruginya tak ada perasaan langsung. Sepatutnya kena rasa gembira. Sebab apa? sebab kita nak masuk bulan yang mana kita semua berpeluang nak pulun sebanyak-banyaknya ganjaran pahala yang Allah sediakan. Bulan inilah semua orang pakat-pakat buat solat sunat, tadabbur alquran dan maknanya, memperbanyakkan zikrullah, keluarkan sedekah, zakat, menghidupkan malam dan sebagainya.

In terms of kesihatan pula, masa ini lah semua orang berazam nak turunkan berat badan, nak kempiaskan perut, nak slim, nak buang toksin dalam badan, nak cantik. Bukan tak pernah buat diluar bulan Ramadhan, tapi bila masuk bulan puasa ni, niat, azam dan tindakan kita pasti terlebih sikit semangatnya. Bergantunglah pada niat masing-masing. Kita akan dapat seperti apa yang kita niatkan. So niatlah yang baik-baik, buat yang baik-baik, yang Allah pun suka.


Sudah bersediakah tubuh kita untuk hadapi Ramadhan nanti? Dah hampir setahun lepas asyik makan, makan, dan makan. Kalau tak praktis dengan puasa sunat saya khuatir mungkin ada segelintir yang perutnya mudah terkejut nanti.


Amaran:

Jangan jadikan GASTRIK sebagai alasan nak skip puasa. Ini bukan ibadah sunat. Ini wajib. Semua orang Islam kena laksanakan. Ikhtiarlah untuk sempurnakannya sebaik mungkin. 

Meh, saya nak ajak berpuasa dengan SET BERPUASA yang hebat ni. InshaAllah~~
  • tiada gastrik
  • tiada sakit perut
  • badan bertenaga
  • tidak lesu
  • tidak mengantuk

Ada apa dalam set ni?
  • 2 CINCH SHAKE - boleh pilih nak perisa apa setiap satu canister
  • 1 kotak CINCH Energy Tea Mix
  • 1 botol Lecithin
  • 1 botol Vita-Lea Iron Formula
  • 1 botol Herb-Lax


Banyaknya~~ Boleh tak beli asing-asing??

Boleh aje~~ tapi RUGILAH sikit.
  • tak dapat Vita-Lea free
  • tak ada bonus tunai
  • tiada harga discount 10% - 30%
  • tak dapat harga tanpa GST
  • tak dapat jana duit raya
Semua atas ni tak dapat. Rugi sangat kan~~

Buat apa nak bayar lebih kalau kita boleh berjimat cermat? Tambah - tambah lagi, satu set ni boleh dikongsi bersama satu keluarga. Semua boleh guna. Kan bagus dapat berkongsi sesuatu yang hebat dengan mereka yang tersayang. Tak jimat ke macam ni??

Jimat sangat kan!~~


Tapi berkesan ke?

Meh nak cerita. Semua produk yang Shaklee keluarkan telah melalui proses dan kajian yang sangat ketat. Semuanya untuk memastikan pengguna mendapat produk yang SENTIASA
  • SELAMAT
  • BERKESAN 
  • MESRA ALAM
Hubungi saya. Saya guide satu demi satu, sampai pelanggan berpuas hati.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013 720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786