Wednesday 2 December 2015

12 Manfaat Utama Lecithin untuk Kesihatan Kita

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah

Set Slimming Premium
Tahukah anda?

Akademi Sains Kebangsaan telah menetapkan bahawa Lesitin (Lecithin) amat penting dalam diet harian. Kandungan kolina dan inositol sebagai sumber fosfolipid merupakan komponen utama membran sel dalam setiap organisma hidup yang berfungsi untuk mengawal aliran nutrien ke dalam dan keluar dari sel.

Setiap sajian membekalkan 3.1 gram Lesitin yang mengandungi:
  • 468 miligram fosfatidilkolina (kolin)
  • 282 miligram fosfatidilinositol (inositol)
Setiap kapsul mengandungi 520 miligram Lesitin soya, termasuklah:
  • 80 miligram kolin
  • 48 miligram inositol
Ia dihasilkan daripada sumber semula jadi iaitu kacang soya organik, bukan GMO.


12 Manfaat Utama Lecithin

1. Lesitin bertindak menyerap vitamin yang larut lemak (vitamin A, D, E, dan K).

2. Lesitin membantu melindungi hati iaitu dengan menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Sekaligus ia membantu memulihkan kesihatan hati.

3. Lesitin dikenali sebagai agen pemecah lemak. Ini bertepatan dengan fungsinya yang berupaya membantu proses pemecahan lemak dan kolesterol. Ia bertindak sebagai pembersih salur darah, membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.


4. Lesitin berfungsi untuk pelangsingan. Ia boleh menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang betul boleh mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

5. Lesitin membantu mencantikkan kulit. Ia menggalakkan pembentukan membran sel, melembap dan menghaluskan kulit, serta melambatkan penuaan.

6. Lesitin boleh menghasilkan otot yang cantik kerana ia bertindak mengaktifkan metabolisme sel.

7. Lesitin memperbaiki alergi / alahan. Ia menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah yang mana ia mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit, dermatitis.


8. Lesitin menghalang pembentukan batu karang. 90% dari batu karang terjadi disebabkan kandungan kolesterol dalam badan. Maka Lesitin berfungsi mengemulsi kolesterol berlebihan untuk mengelakkan kejadian batu karang.

9. Lesitin berupaya mempertingkatkan daya ingatan dan mengurangkan tekanan (stress). Ia mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang meningkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang penyakit Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil digalakkan untuk ambil Lesitin secukupnya untuk membantu tumbesaran janin secara sihat.

10. Lesitin menghalang tekanan darah tinggi. Ia memperbaiki tekanan darah dengan menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah.

11. Lesitin memperbaiki prostat lelaki. Kajian telah membuktikan masalah prostat dan uretha lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan Lesitin dalam kuantiti yang banyak.

12. Lesitin mengurangkan masalah sembelit. Ia adalah pelembut najis yang berkesan. Ia melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.


Lecithin adalah suplemen.

Suplemen bukanlah ubat.

Suplemen Shaklee dihasilkan secara semulajadi yang sudah terbukti selamat, berkesan dan mesra alam.

Suplemen adalah pengganti komponen nutrisi yang kita tak dapat dari makanan.

Pengambilan suplemen bertujuan untuk mengurangkan risiko terkena penyakit. Seeloknya diambil seawal mungkin, ketika tubuh masih sihat segar bugar.

Namun begitu, ini tidak langsung menghalang mereka yang diuji (dengan kesakitan) untuk ambil suplemen sebagai jalan ikhtiar untuk kesembuhan. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan; lihat pada kesesuaian.

Ini adalah usaha dan ikhtiar kita untuk lebih sihat.

Jom ikhtiar sihat bersama Shaklee!


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: