Thursday 4 February 2016

5 Sebab Ostematrix & B Complex Elak Susah Tidur Malam

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah..

Si comel dah standby nak tidur :-)

Assalamu'alaikum :-)

Alhamdulillah baru dapat update blog. Semalam waktu macam ni tak sampai lagi rumah. Dari balik kerja, terus singgah Alamanda cari hadiah CNY untuk kawan. Lepas dinner dan solat, terus ke rumah 'toh puan' (Haha.. jangan marah. Nanti kena jual).

Cik 'toh puan' a.k.a Kak Leen (sebelah kiri) dengan maknya.
Juga merupakan pengguna Shaklee B Complex.
(Sumber: facebook Kak Leen - dengan izin)
Cik kak ni kawan kakak saya. Kitorang rapat sejak belajar kat MMU lagi. Baik dan peramah orangnya. Sahabat kami ni lagi seminggu je nak bergelar isteri. Mohon sahabat-sahabat pun sama-sama doakan yang baik-baik untuk Kak Leen ni ye. Biar majlis berjalan lancar, bahagia dunia akhirat. Family gembira, Allah pun suka. <3 

Jadi semalam aktivitinya ialah menginfaqkan diri membantu apa yang patut. Sampai pukul 12.30 pagi baru gerak balik. Memang ngantuk tahap gaban teramat sangat. Boleh pulak tertinggal Cinch Tea kat rumah. Sudahnya bawa kereta tapi mata steam je. Alhamdulillah syukur selamat sampai rumah. Dah siap basuh baju, gosok gigi, basuh muka terus landing. Sambil baring tu la, ingat nak up status kat fb. Harapan~ mata lagi laju terlelap. Sebaik dah telan Ostematrix dan B Complex semalam. 

Tahu tak apa kebaikan ambil Ostematrix dan B Complex sebelum tidur?

Gabungan hebat untuk tidur yang berkualiti 

Mudah bangun pagi

Istimewanya Ostematrix ni ialah ia bantu otot kita fully relax masa tidur tu. Semua tekanan dan stress yang kita lalui waktu siang tadi akan diredakan masa kita tidur. Sebabnya kalsium Ostematrix Shaklee ni ada sifat natural tranquilizer. Bila kita tidur dengan otot yang benar-benar rehat, bangun pagi pun jadi mudah. 

Bantu atasi kekejangan dan kebas-kebas

Pengambilan Ostematrix sebelum tidur dapat membantu mengurangkan rasa kebas-kebas, cramp, sakit sendi dan gejala osteoarthritis. Seharian kita bekerja, bergerak ke sana sini. Kita paksa kaki menampung beban kita untuk berjalan ke sana ke mari; pergi site, jumpa client, turun naik tangga, main dengan anak-anak dan sebagainya. Kalau berat ideal, OK lah. Tapi kalau badan kita ni jenis terlebih 'sihat dan gebu', maka sengsaralah si kaki di hayak mengikut perintah. Jadi, Ostematrix berfungsi meredakan rasa sakit yang kaki kita alami.

Kurangkan stress

Ostematrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, serta membantu mencegah mood swing dan rasa sakit kepala. Ada orang bila stress tak boleh tidur. Apa yang diorang buat? Telan pil tidur!

Ini tidak sihat. Ubat tidur hanyalah 'penolong' untuk atasi masalah susah nak tidur. Kesan ubat tidur boleh menjadi kurang dalam masa beberapa hari digunakan. Ini akan menyebabkan seseorang akan teruja untuk tambah dos. 

Ubat tidur boleh menyebabkan seseorang hilang tumpuan. Ini boleh mengganggu aktiviti harian yang memerlukan tumpuan seperti memandu kenderaan, buat eksperimen, mengendalikan mesin berat dan sebagainya.

Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan dan tolerans apabila diambil pada masa yang panjang dan ini boleh menyebabkan kesukaran untuk menghentikan rawatan ubat berkenaan. Apabila ubat tidur diberhentikan secara mengejut, ketahuilah ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kemurungan, menggigil dan halusinasi.



Apa pula peranan B Complex untuk tidur?

Tidur nyenyak

Antara jenis vitamin B yang terdapat dalam B Complex Shaklee ialah vitamin B9 (Asid Folik). Antara fungsi Asid folik adalah membantu mengawal perasaan dan nafsu makan serta memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak.

Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika kita rasa penat, berat badan menurun dan anemia berkemungkinan kita kekurangan folic dalam darah. Antara sumber makanan untuk meningkan kadar folik anda ialah susu, sayuran hijau, tembikai susu dan juga hati.


Mudah Tidur

Selain vitamin B9, B Complex juga mengandungi vitamin B6 (Piridoksin). Vitamin B6 ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak. B6 juga membantu pemecahan karbohidrat menjadi tenaga. Ia penting untuk penyerapan vitamin B12 serta bagus untuk sistem saraf.

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf dan otot serta menyebabkan kita susah nak tidur. Sumber Piridoksin boleh ditemui dari daging lembu muda, kentang, ikan, pisang, tomato, sayuran hijau dan buah-buahan berwarna ungu.

Tapi..................

Pengambilan secara berlebihan (1000 mg sehari) boleh mengakibatkan kerosakan saraf. So, berapa banyak vitamin B6 yang kita perlukan? 

Lelaki: 1.4 mg sehari
Wanita: 1.2 mg sehari

Baca khasiat dan manfaat lain Ostematrix dan B Complex

Inilah rahsia kenapa ramai orang yang makan Ostematrix dan B Complex bagitahu diorang senang nak bangun pagi. Even tidur 4 jam je tapi bangun pagi alhamdulillah rasa segar.

Dah tiba masanya beralih kepada alternatif yang lebih selamat dan berkesan.


Selamat malam & salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: