Showing posts with label Stress. Show all posts
Showing posts with label Stress. Show all posts

Thursday, 7 April 2016

7 Tanda Kekurangan Omega 3

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Tubuh manusia tak dapat menghasilkan asid lemak Omega-3 dengan sendiri. Kita perlu supply Omega 3 pada tubuh kita secara teratur melalui diet (pemakanan) harian kita, kerana ianya sangat penting untuk kesihatan. Asid lemak ini mempunyai peranan yang penting dalam berbagai fungsi tubuh. Ia membantu membina membran sel yang kuat bagi mencegah kerosakan sel, membantu mencegah pembekuan darah yang tak perlu, membantu mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser, inflammation, penebalan arteri, kolesterol dan kadar trigliserida tinggi dan obesiti.


Dengar Doktor kata apa:


Kita tak boleh hasilkan tapi kita sangat perlukan, nak buat macam mana tu?

7 tanda kekurangan asid lemak:
  • Kulit kasar dan kering
  • Rambut kering, kusam, rapuh dan berkelemumur
  • Kuku rapuh dan mengelupas
  • Rasa dahaga dan kerap buang air kecil
  • Masalah tidur (susah nak tidur pada waktu malam dan bangun pagi)
  • Masalah perhatian (mudah terganggu, susah nak fokus dan daya ingatan yang lemah)
  • Emotional sensitivity (contoh: kemurungan, anxiety - rasa bimbang yamng melampau, mood swing yang berlebihan)

Jika anda mengalami dua atau lebih gejala-gejala ini, berkemungkinan besar anda kekurangan Omega-3. Kekurangan boleh diperbaiki dengan manipulate semula faktor-faktor pemakanan dan lifestyle kita.

"Diet is important to start address first, but be mindful that not everyone has the same requirements or ability to digest these fats properly. Supplementation with a combination of omega-3 and anti-inflammatory omega-6 GLA may benefit those who cannot obtain sufficient levels from their diet due to increased requirements, existing health conditions or difficulties with metabolising fats."



Sumber zat Omega-3 ada 3 jenis:
  • DHA dari ikan
  • EPA dari ikan
  • ALA dari tumbuhan

EPA dan DHA boleh didapati dari ikan seperti salmon, mackerel, herring, ikan, dan tuna. Sementara ALA boleh dapat dalam minyak biji rami, minyak canola, minyak kedelai, minyak biji labu dan minyak kenari, kacang-kacangan, biji-bijian, sayuran berdaun hijau seperti selada, brokoli, kale, dan bayam. 


Tapi kena ingat, untuk dapat manfaat Omega-3 secara maksimum, cara penyediaannya mesti dengan cara yang sihat. Memasak terlalu panas seperti menggoreng atau memanggang boleh menghilangkan manfaatnya. 

Bagi yang mencari suplemen tambahan, Omega-3 biasanya disediakan dalam bentuk kapsul minyak ikan atau minyak ikan cod. Minyak ikan mesti disimpan di dalam peti sejuk (fridge), dan pastikan anda baca dulu label pada packaging berkenaan. Pastikan ia tidak mengandungi bahan tercemar logam berat seperti merkuri, timbal dan kadmium.

Perhatikan jumlah EPA dan DHA, bukan jumlah total minyak ikan.

Jadilah pembeli yang bijak!

Promosi Minyak Ikan Omega Guard sepanjang April 2016
Sumber:

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 4 February 2016

5 Sebab Ostematrix & B Complex Elak Susah Tidur Malam

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah..

Si comel dah standby nak tidur :-)

Assalamu'alaikum :-)

Alhamdulillah baru dapat update blog. Semalam waktu macam ni tak sampai lagi rumah. Dari balik kerja, terus singgah Alamanda cari hadiah CNY untuk kawan. Lepas dinner dan solat, terus ke rumah 'toh puan' (Haha.. jangan marah. Nanti kena jual).

Cik 'toh puan' a.k.a Kak Leen (sebelah kiri) dengan maknya.
Juga merupakan pengguna Shaklee B Complex.
(Sumber: facebook Kak Leen - dengan izin)
Cik kak ni kawan kakak saya. Kitorang rapat sejak belajar kat MMU lagi. Baik dan peramah orangnya. Sahabat kami ni lagi seminggu je nak bergelar isteri. Mohon sahabat-sahabat pun sama-sama doakan yang baik-baik untuk Kak Leen ni ye. Biar majlis berjalan lancar, bahagia dunia akhirat. Family gembira, Allah pun suka. <3 

Jadi semalam aktivitinya ialah menginfaqkan diri membantu apa yang patut. Sampai pukul 12.30 pagi baru gerak balik. Memang ngantuk tahap gaban teramat sangat. Boleh pulak tertinggal Cinch Tea kat rumah. Sudahnya bawa kereta tapi mata steam je. Alhamdulillah syukur selamat sampai rumah. Dah siap basuh baju, gosok gigi, basuh muka terus landing. Sambil baring tu la, ingat nak up status kat fb. Harapan~ mata lagi laju terlelap. Sebaik dah telan Ostematrix dan B Complex semalam. 

Tahu tak apa kebaikan ambil Ostematrix dan B Complex sebelum tidur?

Gabungan hebat untuk tidur yang berkualiti 

Mudah bangun pagi

Istimewanya Ostematrix ni ialah ia bantu otot kita fully relax masa tidur tu. Semua tekanan dan stress yang kita lalui waktu siang tadi akan diredakan masa kita tidur. Sebabnya kalsium Ostematrix Shaklee ni ada sifat natural tranquilizer. Bila kita tidur dengan otot yang benar-benar rehat, bangun pagi pun jadi mudah. 

Bantu atasi kekejangan dan kebas-kebas

Pengambilan Ostematrix sebelum tidur dapat membantu mengurangkan rasa kebas-kebas, cramp, sakit sendi dan gejala osteoarthritis. Seharian kita bekerja, bergerak ke sana sini. Kita paksa kaki menampung beban kita untuk berjalan ke sana ke mari; pergi site, jumpa client, turun naik tangga, main dengan anak-anak dan sebagainya. Kalau berat ideal, OK lah. Tapi kalau badan kita ni jenis terlebih 'sihat dan gebu', maka sengsaralah si kaki di hayak mengikut perintah. Jadi, Ostematrix berfungsi meredakan rasa sakit yang kaki kita alami.

Kurangkan stress

Ostematrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, serta membantu mencegah mood swing dan rasa sakit kepala. Ada orang bila stress tak boleh tidur. Apa yang diorang buat? Telan pil tidur!

Ini tidak sihat. Ubat tidur hanyalah 'penolong' untuk atasi masalah susah nak tidur. Kesan ubat tidur boleh menjadi kurang dalam masa beberapa hari digunakan. Ini akan menyebabkan seseorang akan teruja untuk tambah dos. 

Ubat tidur boleh menyebabkan seseorang hilang tumpuan. Ini boleh mengganggu aktiviti harian yang memerlukan tumpuan seperti memandu kenderaan, buat eksperimen, mengendalikan mesin berat dan sebagainya.

Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan dan tolerans apabila diambil pada masa yang panjang dan ini boleh menyebabkan kesukaran untuk menghentikan rawatan ubat berkenaan. Apabila ubat tidur diberhentikan secara mengejut, ketahuilah ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kemurungan, menggigil dan halusinasi.



Apa pula peranan B Complex untuk tidur?

Tidur nyenyak

Antara jenis vitamin B yang terdapat dalam B Complex Shaklee ialah vitamin B9 (Asid Folik). Antara fungsi Asid folik adalah membantu mengawal perasaan dan nafsu makan serta memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak.

Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika kita rasa penat, berat badan menurun dan anemia berkemungkinan kita kekurangan folic dalam darah. Antara sumber makanan untuk meningkan kadar folik anda ialah susu, sayuran hijau, tembikai susu dan juga hati.


Mudah Tidur

Selain vitamin B9, B Complex juga mengandungi vitamin B6 (Piridoksin). Vitamin B6 ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak. B6 juga membantu pemecahan karbohidrat menjadi tenaga. Ia penting untuk penyerapan vitamin B12 serta bagus untuk sistem saraf.

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf dan otot serta menyebabkan kita susah nak tidur. Sumber Piridoksin boleh ditemui dari daging lembu muda, kentang, ikan, pisang, tomato, sayuran hijau dan buah-buahan berwarna ungu.

Tapi..................

Pengambilan secara berlebihan (1000 mg sehari) boleh mengakibatkan kerosakan saraf. So, berapa banyak vitamin B6 yang kita perlukan? 

Lelaki: 1.4 mg sehari
Wanita: 1.2 mg sehari

Baca khasiat dan manfaat lain Ostematrix dan B Complex

Inilah rahsia kenapa ramai orang yang makan Ostematrix dan B Complex bagitahu diorang senang nak bangun pagi. Even tidur 4 jam je tapi bangun pagi alhamdulillah rasa segar.

Dah tiba masanya beralih kepada alternatif yang lebih selamat dan berkesan.


Selamat malam & salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Wednesday, 16 December 2015

Overcome Acute Depression using Shaklee Supplements?

Bismillah wa alhamdulillah...

*Based on true story*


How Amanda overcame her Acute Depression using Shaklee Supplements?


You overcome your depression using Shaklee supplements; how long did it took for you to start feeling the difference? 

I noticed a difference within the first 7 days in the quality of my sleep. Better sleep gave my body much needed rest and the ability to repair itself absorbing the nutrients I had been missing.


What diagnose did the doctor gave you? 

Acute Depression. and her solution after 20 minutes of listening to my symptoms was an antidepressant - Wellbutrin - " for life" . This was the " tipping point" that made me look for healthier alternatives.


What were your symptoms? 
  • Constant fatigue, 
  • lack of sleep, 
  • body aches and exhaustion during the day
  • a pervasive feeling of worthlessness, 
  • irritability, 
  • fear of having a future with " no way out" of my problems, 
  • anxiety'
  • cravings for sugary foods. 
In addition to this I suffered from sciatica (which my doctor had told me I would have to " learn to live with"), colitis, asthma and severe allergies during the season changes. These conditions were logically aggravated with stress, so when I was diagnosed with depression my asthma was in full bloom!


Why did you become involved with Shaklee? 

When I decided that I would not be medicated "for life" at the age of 47, I knew I had to do something. My mother mentioned looking for "natural alternatives" and I remembered a teacher at my son's school who sold Shaklee products.

I called her and she was very responsive and caring. She came to my house with products and her recommendations, assured me that I would feel better, when I gave my body the nutrients it was craving... and told me she would stay in touch with me if I needed anything. She did call me weekly to see how I was doing, which I thought was very considerate of her. She also mentioned that if the products did not work for me, I would get the money back and she would there to make another combination of products if this became necessary... This was a very nice introduction to the brand and I had nothing to lose. I needed to do something to feel better.


You also use cinch and you lost 20 pounds in only four months!! Your goal to fit, once again, into your wedding dress (you were married in 1991) and you did it!! Congratulations!! Please explain to us what is cinch? 

20 pounds lost in 4 months. 

Cinch is a complete Weight Management program that helps people get to a healthier weight by protecting their metabolism, and nourishing the body so the person has 2 complete meals, (out of the 3 needed daily) a multivitamin that boosts metabolism, and reduces cravings, energy teas and protein
snack bars. This program provides the food for a month and people can begin their weight transformation with monthly goals. We provide personal support and online tools for people to learn to build healthier eating habits. 

The purpose of Cinch is to balance out the body nutritionally, and have the person reach their weight loss goals while she transitions into a healthier eating pattern without dieting, or starving the body. 


Besides overcoming your depression, you are a Shaklee Global Ambassador, a Business Leader. How has Shaklee changed your life? 


It gave me a solution to a health problem and I learned that I had something precious to "share" with others. I had an AHA moment, when I realized that life is full of opportunities to find purpose and many times they come disguised as "obstacles". These obstacles could be a health challenge, that once you overcome it, you gain strength and wisdom, and then with faith you discover that you are meant to help others with your story. Shaklee improved my health and has given me the tools to learn the equivalent of a career in Health and Wellness.


Source: Amanda Aymar, Business and Wellness Mentor 




With Lots of Love,

Nurul Aini || 013-720 0029 
Your Trusted Shaklee's Member, 1103786

Monday, 14 December 2015

Kemurungan: Punca, Tanda-Tanda dan Tips Mengatasi

Bismillah wa alhamdulillah...



Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus asa atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. 


Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu  emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi  dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada  mereka yang terlibat

Punca Kemurungan

1. Mengalami  peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit  Antaranya:

  • kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia atau berpisah) dan pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai.

  • kehilangan maruah diri  tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

2. Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

3. Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)

4. Bagi sebilangan wanita,  kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan  pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan,  individu ini lebih terdedah  kepada kemurungan.



Tanda-tanda Kemurungan

  • Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan

  • Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau berlebihan tidur

  • Cepat letih. lesu dan tidak bermaya/bertenaga

  • Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan (tanpa kenikmatan)

  • Amat sensitif, banyak mendiamkan diri  dan suka mengasingkan diri

  • Perasaan pesimistik; hilang semangat, putus asa/putus harapan

  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan

  • Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku

  • "Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu. Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan

  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah

  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan

  • Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alkohol atau dadah.

  • Simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi, gangguan penghadaman, loya serta semput.


Tips Untuk Mengatasi



  • Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku  salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua  simpton tersebut berlaku.  Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

  • Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan  mendekatkan diri  kepada Allah, pasrahkan diri dan redha dengan ketentuanNya.  Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

  • Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

  • Jika terasa ingin menangis, menangislah untuk menghilangkan sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia.  Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar  oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

  • Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang–orang lain yang memerlukan kita. Jika kita  terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

  • Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri

  • Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.

  • Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.


  • Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.


Belajar sedikit demi sedikit untuk menerima kehilangan yang berlaku. Mulakan kehidupan baru. Yang pergi hanyalah jasad tetapi cinta dan kasih sayangnya tetap ada di hati kita. Teguhkan semangat!

Jika hilang sesuatu yang berharga pada diri, binalah yang baru kerana semua itu terletak pada diri sendiri. Orang yang paling penting untuk berusaha mengembalikan kebahagiaan dan keharmonian hidup kita adalah diri kita sendiri. 




Sumber: Facebook Wanita Hari Ini TV3, tulisan Hajah Kamaliah Abu, Ketua Pegawai Psikologi, UiTM; 28 September 2011


Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 25 August 2015

6 + 1 Tips for Coffee Lover!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Caramel marshmallow latte. Lembut, pahit tetapi manis. Sedap!~

Ada orang dah sampai tahap ADDICTED dengan minuman berkafein. Dulu saya juga suka sangat dengan minuman berkafein. Dalam banyak-banyak 3-in-1 yang saya pernah rasa, yang paling saya suka - Old Town White Coffee Hazelnut. Memang sentiasa ada dalam stok masa zaman U (universiti) dulu.

Masa breakfast >>> minum KOPI
Rasa nak stay up >>> minum KOPI
Nak bagi segar >>> minum KOPI
Bila travel, drive long distance >>> minum KOPI
Keluar minum pagi >>> minum KOPI
Pergi minum petang >>> minum KOPI
Jumpa kawan-kawan lewat malam >>> minum KOPI

Selalu sangat minum sampai dah jadi kebiasaan. Tidak menafikan kopi mendatangkan kebaikan untuk kesihatan. Namun pengambilan yang terlalu kerap dan tidak terkawal juga boleh merisikokan diri kita kepada pelbagai penyakit berbahaya.


Apa-apa pun, jika anda sedang mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, anda perlu elakkan minuman berkafein dalam diet harian. Terutamanya bagi mereka yang sedang consume ubat, vitamin dan sebagainya, ketahuilah kafein boleh mengganggu proses penyerapan vitamin dalam badan. Jika tak boleh tinggalkan terus, cuba usaha untuk tidak mengambil minuman ini selalu, kurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. 

Ini sedikit tips untuk kita sama-sama cuba amalkan.
  • Order kopi 'O' kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan. Campur sekadarnya. Jangan OVER!
  • Tambahkan protein ke dalam badan kita semasa bersarapan, supaya kafein yang diambil mempunyai sesuatu untuk mengikat dengan tenaga yang maksimum.
  • Bagi mereka yang tiada sebarang masalah kesihatan (obese dan sebagainya) minum 1-3 cawan kopi (minuman berkafein) sahaja sehari - MAKSIMUM.
  • Try gantikan kopi dengan teh hijau. Memang rasa kurang 'OOMPH' tapi 'impactnya' lebih dahsyat dan semestinya jauh lebih sihat.
  • Minum banyak air masak.
  • Blend buah-buahan segar (tanpa tambahan perisa terutamanya gula).

Tambahan tips untuk anda:
  • 'Hantui' diri dengan KESAN BURUK mengambil minuman berkafein secara berlebihan. Tampal pada meja ofis atau buat screen saver dekat desktop. Pandang hari-hari. =D


Nota: 
Minuman berkafein termasuklah kopi, nescafe, teh hijau, mocha, espresso, cappuccino, latte, coklat, milo, air red bull, air berkarbonat, dan lain-lain. Pembezanya adalah jumlah kandungan kafein dan bahan-bahan tambahan dalam minuman berkenaan, sama ada ia lebih baik atau boleh datangkan kemudaratan kepada peminum.


IKHTIAR UNTUK SIHAT!

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786