Wednesday 3 February 2016

5 Tips Lancarkan 'Pelaburan' Waktu Pagi

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah... 

Assalamu'alaikum semua~

Bangun pagi, gosok gigi,
cuci muka, pakai baju,
makan roti, minum susu,
pergi sekolah, senang hati.

InshaAllah semoga semuanya senang hati pagi ni. Tak demam, tak selsema, tak cirit birit, tak sembelit.

Alhamdulillah, memang best bila semalam dapat telan Ostematrix sebelum tidur. Sangat membantu nak bangun awal pagi. Tak perlu berlama-lamaan dalam toilet. Tahu tak, bila kita dapat buang sisa toksin dalam badan, nutrisi yang kita ambil melalui menu sarapan pagi akan mudah menyerap sampai ke otak. Barulah ia dapat bagi kesan pada luaran; badan segar, cergas dan ready to start fresh!

Kenapa Ostematrix (pil kalsium) boleh elak masalah sembelit?

Bezanya Ostematrix Shaklee dengan pil kalsium yang ada kat pasaran ialah Ostematrix mengandungi magnesium. Selain daripada membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang ia juga secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis. 


Magnesium juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. 

Sebiji Ostematrix bersamaan dengan segelas susu atau 80 biji badam!



5 Tips Melancarkan 'Pelaburan' Waktu Pagi


Jangan tangguh

Bila start sakit perut, cepat-cepat pergi toilet, buang. Jangan tangguh-tangguh. Jangan fikir, kejap lagi lah, nanti dulu lah. Terus pergi. Segerakan.

Jangan sebabkan rasa malas atau tengah khusyuk buat sesuatu kita tundakan proses tu. Tindakan kita menahan-nahan dengan sengaja boleh menyebabkan masalah sembelit, keadaan di mana kita akan susah nak buang air besar waktu lain.

Makan buah dan sayur-sayuran setiap hari

Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber serat yang baik untuk kesihatan tubuh kita. Tapi kalau susah nak dapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar, dan rasa renyah nak kupas, potong dan sebagainya, bolehlah gantikan dengan sumber serat dari bahan lain seperti suplemen serat.

Antara sumber suplemen serat yang baik diamalkan adalah:



Terkenal sebagai Raja segala tumbuhan yang bersifat alkali, kaya dengan fiber, meneutralkan asid dalam badan serta membantu proses detox dan buang lemak juga kolesterol.
Untuk ibu menyusu, ia membantu banyakkan susu jika diambil bersama Ostematrix dan ESP.



Berfungsi sebagai herba 'julap' yang selamat kerana menggalakkan pembuangan air besar secara semulajadi.



Merupakan multivitamin dan mineral yang didatangkan dalam bentuk serbuk, ditambahkan dengan protein dan mengandungi serat (fiber). Sesuai untuk kanak-kanak yang cerewet dan memilih makanan serta bagus untuk warga emas yang sukar nak mengunyah daging dan makanan berserat. Ia juga mencukupkan keperluan nutrisi harian.

Serat adalah antara faktor terpenting untuk menggalakkan proses buangan yang lancar. Pengambilan serat yang banyak membuatkan gerakan usus besar menjadi baik dan teratur sekaligus menyebabkan proses pembuangan kita menjadi sihat terutamanya ketika bangun pagi.

Banyakkan minum air masak/ air mineral

Minum air masak setiap hari dengan sukatan yang tepat boleh membantu mengelakkan masalah sembelit waktu pagi. Jika di dalam usus besar kita ada setompok makanan berserat, ia mampu menarik dan menyerap banyak air. Bila air yang diserap tu banyak, najis pun akan jadi lembut.

Keadaan najis yang lembut di dalam perut akan memudahkan proses pembuangan. Tak kisah lah bila-bila pun rasa perut memulas, tak ada masalah. Sebab proses tersebut tak akan ambil masa yang lama.

Relax / Tenang

Minda dan tubuh yang stress boleh mempengaruhi otot-otot dalam tubuh. Salah satu daripadanya adalah otot pada organ pencernaan. Jika otot pencernaan terganggu, dah tentulah fungsi organ pun akan sama terganggu dan menjadi tak sihat. Buang air besar pasti tak lancar.

Senaman

Gaya hidup yang sihat akan membantu badan kita menjadi fit dan rasa segar. Organ-organ tubuh pun pasti dapat berfungsi dengan normal. Bersenam membuatkan pencernaan dan pernafasan kita menjadi lancar dan sihat.

Bersenam juga merupakan salah satu method untuk jaga kesihatan badan. Maka, usahakanlah untuk lakukan exercise setiap pagi atau petang. Ia terbukti membantu proses buangan setiap hari. Buang air besar secara rutin setiap hari dan setiap pagi membolehkan kotor-kotoran dalam tubuh dapat dikeluarkan. Badan akan rasa lebih segar dan sihat.

.
.
.
.

Sembelit atau susah nak buang air besar bukan masalah kecik. Jika hari ni kita kena (sembelit), tapi kita tak buat apa-apa pun untuk elakkan masalah ni berulang, maka berhati-hatilah, ia mungkin sedang membina sel kanser dalam badan kita, tanpa kita sedar.

Sembelit adalah pergerakan usus yang tidak normal yang diiringi dengan gejala-gejala berikut:
  • sakit meneran
  • najis keras
  • kurang buang air besar
  • rasa tak puas walaupun dah buang air besar


Bagi mereka yang ada masalah ni, cuba ikut 5 Tips ni sebagai pencegahan awal menghindarkan masalah sembelit yang berterusan.

Sembelit. 

Jangan ambil mudah.

Jangan tutup sebelah mata.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: