Tuesday 25 August 2015

It's a PAY DAY! Gaji sudah masuk~

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Dengar-dengar ada yang dah terima gaji hari ni?

Kalau betul, dah plan?


- nak guna untuk apa?
- nak beri pada siapa?
- nak bayar kepada siapa?
- nak beli barang apa?
- nak simpan berapa?

Pengurusan wang secara betul tentukan keadaan masa hadapan


Saya tertarik dengan artikel dalam Harian Metro bertarikh 18 Ogos 2015, bertajuk: Urus Kewangan Pada Usia Muda. Saya kongsikan petikannya di sini. Jom baca~

................................

Sememangnya usia 20-an dinanti-nantikan ramai remaja. Apa tidaknya, di usia inilah kita berdikari sepenuhnya apabila mula mendapat pendapatan sendiri. Banyak yang hendak diteroka dan dilakukan di usia ini. Hendak mengembara ke sana sini, mahu beli gajet yang sudah lama diingini dan membeli kereta idaman hati.

Ada yang mengatakan cara kita mengurus kewangan dan berbelanja pada usia 20-an akan menentukan keadaan kewangan kita pada usia 30-an dan berikutnya kecualilah kita ‘terpijak’ duit. Sememangnya pada usia ini banyak dugaanya apabila mula memegang duit sendiri. Namun, ia semua bergantung pada diri sendiri untuk menentukan bagaimana situasi kewangan kita pada masa hadapan dengan cara kita menguruskannya hari ini.

Umum tahu simpanan asas seperti 1/5 daripada gaji adalah penting, namun apakah langkah mengurus kewangan lain yang perlu kita amalkan pada usia muda ini? 

[1] Jimatkan kos tempat tinggal
  • Duduk sahaja di rumah sewa yang tidak mahal seperti di pangsapuri kos rendah atau luar sedikit dari kota kerana ia lebih murah. 
  • Kongsi bilik dengan rakan juga lebih menjimatkan kerana kos sewa bilik dikongsi bersama.
  • Duduk bersama keluarga, jika tempat kerja berhampiran dengan rumah (keluarga). Yang penting, tetap kena hulurkan wang kepada ibu atau bapa sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka.

[2] Buat caruman KWSP
  • Pastikan gaji kita mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Potongan adalah sebanyak 11% daripada gaji kita dan 13% daripada majikan. Ia adalah simpanan untuk kita gunakan pada hari tua apabila mencapai tahap umur minimum. Selain simpanan sendiri, caruman KWSP bagaikan jaringan keselamatan untuk hari tua kita.
[3] Wujudkan simpanan kecemasan

  • Wang kecemasan adalah wang yang kita simpan untuk kita gunakan apabila berlaku perkara kecemasan atau yang tidak dijangka berlaku kepada kita. Contohnya seperti ganti tayar kereta yang pecah, bayar rawatan kecemasan kerana jatuh sakit atau seumpamanya.
  • Ada pakar kewangan menyarankan supaya anak muda memulakan simpanan dengan nilai yang tidak terlalu banyak seperti RM100 dan meneruskannya dengan RM50 atau lebih setiap bulan.




[4] Jimatkan perbelanjaan untuk hiburan
  • Usia 20-an tempoh seronok untuk berhibur, namun perlu berpada-pada terutamanya dalam soal kewangan. Tentukan bajet tetap untuk aktiviti riadah dan hiburan, serta cuba untuk tidak melebihi bajet. Ini penting supaya kita tidak terpakai wang untuk perkara lain yang lebih penting.

................................

Adakah gaji anda MELEBIHI KOMITMEN yang anda ada sekarang? atau hanya CUKUP-CUKUP MAKAN?

Jom JANA PENDAPATAN TAMBAHAN bersama Shaklee.

>> tiada had masa
>> tiada had umur
>> bebas, boleh buat dimana-mana sahaja anda berada
>> offline atau online, atau kedua-duanya sekali





Berminat? Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: