Wednesday 23 March 2016

[Update] Stroke haba dan Tips kesihatan dari Prof Dr Muhaya

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum & selamat pagi~ :-)

Syukur pada Allah. Hari ni dapat lagi dengar sharing dari Prof di radio Ikim. Sambil bawa kereta sambil dengar. Best.

Seronoknya pasal Prof ni, setiap kali datang Ikim beliau akan share resipi jus yang beliau buat. Bila dah dapat resipi baru, mulalah petang nanti 'mengecek' dengan akak nak pergi grocery beli barang dapur sebab nak try resipi jus sedap Prof ni. Hehe.

So ini resipi jus sedap Prof pagi ni:


Dapatkan jus daripada:

+ Apple hijau 
+ Tomato 
+ Carrot
+ Timun 

Kemudian blend dengan:

+ Bayam 
+ Pucuk ubi 
+ Sedikit halia 
+ Daun pudina

Dah lumat, tambahkan:

+ Perahan kulit limau sedikit
+ Sedikit oat

Bolehlah cuba buat nanti :-)

So ini antara input yang saya sempat catat semula. Macam biasalah, saya kongsi in point form ya.
  • Pucuk ubi sangat berkhasiat. Lagi kuat daun hijau lagi kuat vitamin fitonutrien.
  • Untuk atasi heat stroke, antara saranannya adalah minum air putih atau jus sayur dan buah-buahan. 
  • Air segala-segalanya dalam kehidupan kita, dari segi kesihatan. Dalam badan kita, 70% adalah air.
  • Sel haiwan ada membran sahaja tetapi sel tumbuhan ada sel dinding. Apabila kita makan, belum kunyah lumat kita dah telan, khasiat (yang kita dapat) tak banyak. Beza bila kita blend, kita akan pecahkan semua sel wall tu. Kita tak dapat sel wall dan fiber tetapi daripada air tumbuh-tumbuhan itu kita akan dapat khasiat fitonutrien - yang sel kita suka.
  • (Tips mudah minum jus sayur) Ambil jus (kemanisan) daripada buah kemudian blend dengan fiber daripada sayur. Tujuan buah-buahan adalah untuk kesedapan. Baru rasa sedap dan kita boleh enjoy dengan apa yang kita minum. :-)
  • Kita ada 50 trillion sel. Setiap sel tu komponen air ada 70%. Kalau berkurangan, kita tak sihat.
  • Heat stroke yang membawa maut berpunca disebabkan oleh dehydration. Bila tak cukup air, organ failure, sistem saraf akan rosak - sebab tu mereka akan pengsan, sawan, boleh meninggal dan sebagainya. 
  • Lagi kurang dehydration boleh menyebabkan buah pinggang semua boleh 'shut down'.
  • Metabolisme dalam sel semua perlukan air. Air yang yang kurang menyebabkan salur darah berjalan perlahan.
  • Air yang banyak bagus untuk buah pinggang. Buah pinggang tak sama macam organ lain. Kalau organ lain, too much work organ tu boleh fail. Berbeza dengan buah pinggang, lagi kuat dia bekerja lagi dia sihat, lagi bagus. Sebab itulah orang yang derma buah pinggang dia kena minum air banyak.
  • Bila core body temperature kita lebih daripada 40 darjah celcius, itu bahaya. Function sel akan rosak.


Langkah Pencegahan Heat Stroke:

(dari segi fizikal)

1. Waktu siang hari, tutup langsir.

2. Minum air banyak.

3. Pakai baju yang longgar.

4. Jangan expose.

5. Sekolah tutup (kalau cuaca terlalu panas).

6. Jangan keluar rumah.

Pukul 12 tengahari sampai 3 petang UV sangat tinggi, paling panas. Rancang aktiviti harian kita sebelum UV keluar. Nak exercise, sebaiknya keluar waktu pagi selepas Subuh. Sebelum pukul 9 pagi kita dah selesai aktiviti luar (outdoor).

Apa yang Allah beri kat luar itu tiada benda yang tak baik. Kita mesti kena beriman, percaya apa yang Allah beri tiada yang sia-sia, tiada accident. Semua dah disukat.

Perkara negatif yang berlaku kepada kita tetapi mendekatkan kita kepada Allah, itu nikmat.

Jika peristiwa positif berlaku kepada kita tetapi kita lagi jauh daripada Allah, itu musibah.

Contoh:

Kita tak ada heat stroke, hidup aman damai, cuaca elok, makanan melimpah ruah, anak sihat, baik semuanya, maka kita akan lalai (sebab rasa selesa), solat pun lambat, tak tutup aurat, tak jujur dalam kerja, tapi kita OK sahaja, itu istidraj.

Kita dapat nikmat tetapi buat maksiat pun senang, tak rasa berdosa, hati buta, tak rasa apa-apa. Buat dosa tapi sihat je, berjaya je, perniagaan pun maju je dan sebagainya.

Jangan iri hati pada kekayaan orang. Kita mesti iri hati pada ketaqwaan orang. Nikmat kekayaan berada di tangan orang yang beriman.

(dari segi rohani)

7. Banyakkan berdoa dan bertaubat.

Kalau kita nak makeup, jangan terus makeup atas kulit yang kotor. Mesti bersihkan dulu baru kita letakkan foundation dan makeup lawa.

Sebelum solat hajat, kena mula dengan solat taubat dulu.

Cuaca ini dalam genggaman Allah. Patutnya panas tapi tiba-tiba hujan. SubhanaAllah itu doa. Hujan itu rahmat. 

Dont under estimate the power of one person.

8. Pakai topi.

9. Sentiasa pakai sunblock more than 30 spf - all the time, terutamanya anak-anak.

10. Jangan pergi swimming between 12 to 3 pm, sebab sangat panas.

Banyak lagi nak share ni. Prof share banyak tips. Kalau sempat saya sambung lagi petang nanti. In shaa Allah.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: