Nak share sini. Bukan niat membantutkan selera. Yelah nak lunch ni kan. Cuma nak ajak review pemakanan kita, sihat ke idok ?? ;-)
Jom baca.
Tahukah anda negara Malaysia mendahului tempat pertama dalam senarai obesiti di Asia Tenggara ?
AMARAN: INI BUKAN IKLAN MENU RESTORAN.
Nasi Lemak
Mengandungi 450-500 kalori. Lebih menggemukkan apabila dimakan bersama ayam goreng (240 kalori) dan sambal sotong (170 kalori) atau lauk lain.
Roti Canai
Sekeping roti canai bersamaan 300 kalori. Ini tidak termasuk kuah dalca, kuah kari, kuah dal dan sebagainya.
Nasi Goreng
Mengandungi lebih kurang 630 kalori. Menjadi tidak seimbang apabila digoreng bersama minyak, ditambah dengan ayam/ telur dan sedikit sayur.
Aiskrim
Mempunyai gula,lemak dan kalori yang tinggi. Tahukah anda, 2 scope aiskrim mengandugi 380 kalori.
Burger
Satu hidangan burger bersama sos cili, keju, mayonis dan telur mengandungi lebih kurang 475 kalori.
Mee Kari
Mengandungi lebih kurang 500 kalori. Seeloknya pilihlah mee sup yang mengandungi 380 kalori. Mee goreng mamak mengandungi 680 kalori.
Makanan Bergoreng
Sekeping pisang goreng mempunyai 170 kalori. Nilai kalori akan meningkat sekiranya digoreng menggunakan minyak yang sama.
Susu Pekat Manis
Satu sudu susu pekat manis bersamaan 60 kalori. Seeloknya gantikan dengan susu rendah lemak.
Roti Manis / Donut
Satu biji donut bersamaan 200 kalori.
Mayonis
Suku cawan mayonis mengandungi 340 kalori bersamaan 40 g lemak.
Makanan anda menentukan kesihatan anda~
.
.
.
.
Berbual dengan kawan lepas dhuha tadi kebetulan time tu dia tengah cari idea nak beli apa untuk jamuan birthday dekat sekolah anak dia nanti. Ada yang cadangkan bagi gula-gula. Tapi kakak ni kata ada parents yang tak setuju sebab tak sihat katanya; takut anak-anak ni nanti sugar rush. So OK lah. Lepas tu, bila saya tanya apa menu berat yang diorang (the parents) dah decide? Pizza.
Pizza???
Hmmm sihatnya!
.....
Salam sayang,
Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786
No comments:
Post a Comment