Sunday 20 March 2016

6 Hari, Kejutan & Kekuatan dari Dia

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah ...

Seminggu yang penuh dengan kejutan.

Hari Isnin lepas terima berita ayah ex-housemate kakak saya masuk hospital. Kena stroke. Saya dan kakak decide nak pergi ziarah. Then lepas kerja kami gerak ke Melaka, bertiga, sekali dengan sorang lagi kawan kakak. Saya drive asbab kawan kakak tak sihat. Lewat malam pukul 12 lebih kurang, kami gerak balik ke Putrajaya.

Hari Selasa masuk kerja seperti biasa. Sebelah petang tu ingat nak ke rumah mak cik lepas balik kerja, nak hantar barang tapi tapi tiba-tiba dapat berita mengejut, pakcik yang kami ziarah semalam dah 'tak ada'. Inn lillahi wa inna ilaihi roji'un. Cancel pergi rumah makcik, kami turun ke Melaka ziarah pakcik untuk kali terakhir. Selepas selesai semua, jenazah dah dibawa untuk dikebumikan, kami minta diri balik ke Putrajaya.

Rabu sebelum pergi kerja kami shoot pergi rumak Mak Yah dulu. Dah janji nak hantar barang semalam tapi tak dapat nak pergi. Pukul 7 pagi 'mengukur jalan' ke Bukit Jelutong. Alhamdulillah sempat sampai ofis. Sempatlah Mak Yah siapkan bekal untuk kami breakfast. So sweet! Ok dah habis cerita pagi, tengahari tu teringat esok mak ada majlis graduasi khatam al-Quran. Saya whatsapp kakak: 'boleh cuti tak esok? jom balik Kluang.'

Guess what?

Lepas habis kerja kami terus shoot balik Kluang. Tak singgah rumah, tak packing barang pun, kami balik gitu je. Saja nak buat surprise untuk mak. So Khamis tu khusus untuk mak dan family. Dah settle semua, dah siap ambil gambar keluarga, malam tu kami balik. Sebab janji dengan boss cuti sehari je. Dalam pukul 12 kot gerak. Alhamdulillah sebelum pukul 4 pagi kami sampai rumah.

Jumaat lain plak kisahnya. Kami plan nak ziarah nenek kawan yang tak sihat. Umur dah hampir sebaya dengan atok saya. Dengar cerita dah beberapa hari dah tak sihat, masuk wad. Allahu Akbar! Allah lebih sayangkan nenek. Tak sempat ziarah, nenek pergi menyambut panggilan Ilahi. Malam tu kami hanya dapat lihat wajah kaku nenek. Sungguh saya terbayangkan masa atok pergi dulu. 

Nenek dikebumikan pagi Sabtu. Pagi tu alhamdulillah Allah berikan kelapangan dan kudrat untuk gerak ke Gombak - bersama-sama dengan yang lain untuk menyempurnakan solat jenazah hingga selesai pengkebumian.

Alhamdulillah selesai dah semua.

Semoga tenang roh mereka di sana.

6 hari penuh tragedi dan plan mengejut. Syukur Allah pinjamkan kekuatan untuk melestarikan semua perancangan. La hawla wala quwwata illa billah. Semoga Allah redha <3

Kawan kakak tanya kat saya, "tak penat ke?"

Alhamdulillah. Tiada daya upaya melainkan rahmat dan kasih sayang dariNya. Manusia ni suka plan macam-macam. Budget tangan kita macam sotong. Ini nak buat, itu nak buat. Tapi kudrat yang kita ada hakikatnya tak lah sekuat mana. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Kalau Allah kata kita boleh buat, inshaaAllah everything gonna work smoothly. Allah bagi kemudahan. Allah bagi kekuatan. Kita doa, kena yakin Allah akan bagi (dengan cintaNya).

Saya hanya berikhtiar dengan Shaklee. Telan itu dan ini sambil berharap Allah izinkan ianya (supplement) berkesan untuk saya dan Allah lancarkan semuanya.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: