Wednesday 16 March 2016

Rezeki

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

السلام عليكم

Selamat pagi~

Apa yang saya nak share bawah ni bukan tulisan saya. Saya dapat dari group whatsapp dan saya rasa ia bagus untuk dibaca bersama.

Cawan dah kosong. Masa untuk ESP lagi secawan~ 

Semoga bermanfaat :-)

Renungan hidup

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat. Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan. Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian. Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna. Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung. Ternyata dia selalu tunduk pada Allah SWT untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.  Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah SWT.

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah SWT tak pernah mengurangkan ketetapan-NYA. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi... rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah SWT telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah SWT menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja. Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-NYA.

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-NYA adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah SWT menaruh sekehendak-NYA.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail A.H. 

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik".....

Halalnya dihisab dan haramnya diahzab....

Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain. 

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

Subhanallah!


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: