Monday 14 March 2016

17 Tips Mudah Tidur Malam

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...



Aikk awat tu?

Mata bengkak, ada eye bag.. dah macam panda nengoknya.

Tak cukup tidur? Dah kenapa tidur lambat?

Ni, baca ni.

"Semakin pendek waktu tidur seseorang, semakin tinggi risiko untuk dia alami masalah obesiti."

Tahu tak berjaga pada waktu malam sebenarnya boleh meningkatkan selera makan pada waktu malam dan ini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini.

Menurut Dr John Shneerson, salah seorang doktor pakar di pusat tidur Hospital Papworth, sel lemak badan menghasilkan hormon leptin yang berfungsi untuk menutup selera makan bagi mengekalkan berat badan. Tapi bila kita tak cukup tidur, tahap leptin akan berkurangan. Apa yang lebih memburukkan lagi, tabiat ini juga akan meningkatkan pengeluaran satu lagi jenis hormon dari bahagian perut iaitu ghrelin. Hormon inilah yang bertindak menaikkan nafsu dan selera makan.

Oleh kerana tertekan tak cukup tidur, kalenjar adrenal akan menghasilkan lebih banyak steroid yang mana akan membuatkan lebih banyak lemak tersimpan dalam badan.

Berdasarkan kajian yang dibuat di UK, Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Asia Timur, mereka yang mengamalkan tidur kurang dari 6 jam sehari mengalami 12% kebarangkalian untuk mati dalam masa 25 tahun berbanding mereka yang mendapat tidur cukup, iaitu sekitar 6 hingga 8 jam. 

Lebih teruk lagi, tak cukup tidur boleh membawa padah bunuh diri jika dibiarkan tabiat tersebut berterusan. Ini kerana tidur yang kurang membuatkan kita berasa lebih letih, pelupa, bersikap tidak peduli dan lebih mudah marah

Jom saya kongsikan semula cara mudah nak tidur malam. Sebelum ni rasanya pernah share tapi this time saya ada buat beberapa penambahan.

17 Tips Nak Mudah Tidur Malam

1. Tetapkan masa tidur yang sama setiap hari.


Bila kita set masa tertentu untuk tidur, sebenarnya kita tengah train badan kita untuk follow rules kita. Secara tak langsung kita akan jadi lebih berdisiplin towards time management. Jika konsisten, setiap hari kita force diri untuk tidur pada pada waktu yang sama, lama-kelamaan secara automatik badan kita juga akan mengikut kebiasaan dan mudah nak tidur - cukup masa mesti tidur.

2. Gunakan tilam yang sesuai.


Sebelum beli tilam mesti kena check sesuai atau tak dengan kita. Orang yang bertubuh berat memerlukan tilam yang lebih tebal. Macam mana nak tahu? Cuba telentang di tilam yang nak dibeli tu. Adakah posisi tubuh rasa selesa, tak ada bahagian tubuh yang mendapat tekanan berlebihan? Jika tidak ada tekanan pada bahagian tertentu - rasa dia macam seolah-olah kita tengah berdiri - maksudnya tilam tu dapat menampung tulang punggung dan lekukan tubuh sehingga ruas-ruas tulang punggung berada pada posisi neutral. Cara ini sekaligus dapat membantu mencegah gangguan tulang punggung.



3. Gunakan cahaya yang malap.

Tidur dalam keadaan terang menyebabkan sel badan confused. Pencahayaan yang betul boleh membantu kita mudah tidur. Gunakan lampu tidur. Kalau katil menghadap ke tingkap, make sure kita guna night curtain supaya boleh block cahaya dari lampu jalan atau pun terangnya bulan malam.


4. Jauhkan alatan elektronik 

Letakkan jauh-jauh apa sahaja alatan elektronik dan gadget yang boleh mengganggu tidur kita. Antaranya ialah TV, radio, laptop / pc dan handphone. Handphone ni lah yang paling bahaya. Memang kita tak mesej sesiapa tapi geng-geng dalam group whatsapp tu. Ada je benda nak disembangkan. Kadang-kadang bila pagi kita tengok handset, ada 999 mesej masuk! Diorang ni tak tahu tidur ke? So kalau mampu off handphone tu lagi bagus. Alarm nak kejut bangun pagi? Jam kan ada. Jangan guna jam berjarum tik tok tik tok tu. Guna yang digital. Itu lebih membantu.

5. Pastikan surrounding bilik kemas.

Jangan semakkan bilik kita - situlah nak tidur, situlah tempat nak buat kerja, situlah nak makan, kain baju yang dah basuh kita lepakkan je atas katil, towel yang dah guna terbiar atas katil, lepas sikat rambut campak sikat atas katil. Perghh pening! Tahu tak, katil atau tempat tidur yang kemas akan menyebabkan fikiran kita tak serabut. Kurang gangguan fikiran akan memudahkan proses relaksasi. Jadi, rajin-rajinkan diri kemas rumah.

Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa: "Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan namaMu jua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh."

(HR al-Bukhari)

6. Keluar beriadah waktu petang.

Bila kita keluar beriadah sebelah petang, tak kiralah berjoging, main basikal, pergi main playground dengan anak-anak, pusing-pusing supermarket window shopping, badan kita akan rasa letih. Bila dah letih, badan kita perlukan rehat untuk recharge semula energy yang dah dipakai. So aktiviti mampu membantu kita tidur lena pada waktu malam.


7. Bersosial dengan keluarga atau kawan-kawan.

Bila kita dapat jumpa dengan seseorang yang kita kenal, kita akan bersembang (berbual) banyak perkara. Semua benda kita akan cerita, dari benda yang baik-baik - naik pangkat, dapat attend usrah dekat ofis, dengar kuliah dekat youtube, sampailah kepada perkara-perkara unexpected yang kita alami hari ni - dapat hadiah dari secret admire, kena marah dengan bos, tumit kasut patah, tersepit pintu lift, dan lain-lain.

Bercerita boleh mengurangkan tekanan yang kita pendam dalam diri. Ini adalah terapi menceriakan diri. Dapat bercerita, kepala dah ringan, in shaa Allah kita akan mudah tidur.


OK enough on technical part. Saya nak share on spiritual (amalan rohani) pula. Ini lebih kepada memupuk rasa diri bertuhan (kebergantungan hamba kepada tuanNya, penciptaNya). Sebab kita perlu sedar kita adalah hamba Allah. Apa yang berlaku pada kita semua aturan dari Yang Maha Esa. Malah kita nak tidur ni pun Allah yang setkan. Tu sebab orang kata tidur tu nikmat. 

Jom baca tips selanjutnya - antara amalan rohani yang kita boleh amalkan; 

8. Ambil wudhu.

Orang tua-tua kata sebelum tidur kena cuci kaki. Kalau tak buat nanti malam mimpi bukan-bukan. Pakar kesihatan pula suruh cuci mulut (gosok gigi) dan muka. Tapi cuci kaki je tak dapat apa-apa. Nak dapat pahala sunnah, cuci tangan, muka, kepala sekali. Maksud saya berwudhu'lah.

Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu’) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan berucap "Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci"

(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)

9. Buat solat witir.

Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.

(HR al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

10. Baca surah al-Mulk / as-Sajadah.

Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihil mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. 

Rasulullah SAW bersabda: 

Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.

Dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata:

“Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” 

(HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)

11. Baca doa tidur.

Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. Berdasarkan hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah):

Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ 

Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati

12. Baca 4 Qul: al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas, al-Kaafirun

Selepas selesai baca, tiupkan ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. 

(Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:

Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.

13. Tidur hadap kiblat.

Tidur cara Rasulullah SAW adalah dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Dan dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya:

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ

Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.

Tapi, jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

14. Maafkan kesalahan orang lain pada kita.

Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Boleh ikut tips dari Prof Dr. Muhaya: 3 Perkara Kena Buat Sebelum / Sesudah Tidur.

15. Baca 'بسم الله الرحمن الرحيم' berulang kali sampai tertidur.


Dari segi kesihatan pula, antara cara yang boleh kita buat adalah seperti berikut.

16. Minum ESP sebelum tidur.


Kadang-kadang kita tak boleh tidur sebab perut rasa lapar. Instead of kita order "mee goreng mamak 1" atau pun kita gatal pergi rendam mee segera dalam air panas, lebih baik bancuh secawan ESP suam. ESP mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Salah satunya adalah tryptophan, berfungsi membantu kita tidur lebih lena. Trytophan juga booleh meningkatkan serotonin (brain-calming neurotransmitter) dan melatonin (sleep-inducing hormone) pada otak kita.

ESP turut mempunyai kadar indeks glisemik yang rendah. Maka ia akan melepaskan gula secara berperingkat mengikut keperluan tubuh. Ini secara tak langsung dapat mengawal dan mestabilkan gula dalam darah ketika kita tidur.

Bancuh light light je (1 sudu besar). Guna air suam. Amaran: JANGAN BANCUH PAKAI AIR PANAS.

17. Telan Ostematrix sebelum tidur.


Haa yang ni saya pernah share sebelum ni. Boleh baca kat sini: Ostematrix bantu atasi Insomnia


So total ada 17 tips kat sini. Selamat mencuba!~

Sumber:

Salam sayang,


Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: