Tuesday 8 March 2016

Selamat Hari Wanita~

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat si cantik manis~


Suka nak share bait kata dari Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin melalui slot Pesona D'Zahra di IKIMfm yang dicatat semula oleh Puan Hajah Mazlina Ismail di website IKIMfm mengenai 8 golongan uatama pembangun ummah.

Siapa mereka?

  • Pemimpin yang bijaksana
  • Ilmu para mujtahid
  • Peluh para ‘amilin (pekerja)
  • Doa para solihin
  • Darah para syuhada’
  • Harga para aghniya’ (orang yang kaya)
  • Kehebatan para daie (pendakwah)
  • Rahim wanita yang solehah

Peranan wanita amat penting di dalam membangunkan ummah. Ini kerana dari rahim wanita yang solehah inilah generasi yang hebat akan dapat dilahirkan. Bak kata pepatah, tangan yang menghayun buaian akan dapat menggoncang dunia.

Boleh baca selanjutnya di sini.

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.




"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"


Selamat Hari Wanita sekali lagi dari saya untuk semua wanita istimewa di mana sahaja anda berada.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: