Friday 4 March 2016

Nota pendek buat hati..

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


SubhanaAllah. Sekarang saya dah on the way balik Kluang. Short escape kononnya. Haha tak ada lah nak escape bagai. Nak balik lepaskan rindu pada keluarga. Manfaatkan setiap masa yang berharga. 

"Think of your family today and every day thereafter, don't let the busy world of today keep you from showing how much you love and appreciate your family."

Kebetulan hari Ahad ni ayah ada appointment dekat klinik. So alang-alang balik boleh teman ayah pergi jumpa doktor. Lepas selesai boleh pergi pekena roti arab sedap depan Hotel Merdeka. Dah pergi sekali tapi order menu lain. Kalau dapat pergi ni, saya nak order roti arab cheese. Hmmm bayangkan je pun dah menyelerakan.

Sebenarnya nak share short note junior saya ni. Beliau up kan di facebook. Kata-kata yang sangat best. Teruja saya nak kongsikan di sini.

Dengan bertaubat, jiwa terubat.
Dengan bersabar, nafsu tercabar.
Dengan bersyukur, ego tersungkur.

SubhanaAllah. Sangat deep! Semoga hati yang terjentik sentiasa beringat. Sentiasa utuh dan kukuh dengan Tuhan yang Satu. Andai tersilap langkah, pulanglah kepadaNya kerana Dia setia di situ.

Ya Hayyu Ya Qayyum~~

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: