Friday 4 March 2016

Cuci Hati Elak Masalah Boroi?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah.

Pejam celik pejam celik dah masuk Mac kan. Bajet semalam macam baru tengok bunga api new year. Haha daaaa~ 

So amacam? 

Visi misi tahun ni dah bergerak belum? 

Ada ke yang plan nak kurus tahun ni? :-)

Tak kisahlah. Asalkan semua kena buat dengan betul dan sihat. Jangan berdiet bukan-bukan. Jaga makan, exercise, fikir baik-baik inshaAllah semua mesti OK. Surely, it takes time tapi jika kita konsisten, apa yang dirancang pasti menjadi. Stay calm and eat healthy food.

Tapi kan .. perasan tak ada satu masalah bila nak turun berat badan ni - berat badan berkurang tapi perut maintain buncit.

Kenapa?

Tahu tak ia sebenarnya ada kaitan dengan hati. Hati berfungsi (salah satunya) untuk menghasilkan hempedu.  Hempedu terlibat secara langsung dalam membantu mengawal berat badan - memecahkan lemak. So, nak tak nak, kalau ada impian nak sihat, nak turunkan berat badan, kena jaga hati. Kena cuci. Kena kasi bersih.

Macam mana nak buat?

2 cara nak bersihkan hati: Pemakanan & Suplemen Herba

Pemakanan
  • Buah sitrus seperti lemon, limau dan grapefruits boleh bantu cuci hati sebab buah-buah ini tinggi dengan vitamin C dan ia juga membantu penghasilan enzim yang membantu kepada penyingkiran toksin dalam badan. 
  • Sayur-sayuran juga sangat digalakkan. Boleh pilih sama ada nak makan bawang putih ke, sayur-sayuran hijau ke, atau pun sayur-sayuran cruciferous (seperti kobis, kobis bunga, brokoli dan sebagainya). Kesemua ini bagus untuk kesihatan kita.
  • Walnut dan Avocado, kedua-duanya membantu penghasilan glutathione - sebatian yang dihasilkan untuk menyahkan toksin dari dalam badan.
  • Whole grain boleh menyingkirkan toksin yang terhasil bila kita makan tepung gandum. Tahu tak tepung gandum antara sumber paling banyak toksin.
  • Teh hijau yang sememangnya terkenal dengan sifat antioksidannya sangat berkhasiat bukan sahaja untuk kesihatan hati malah ia juga meningkatkan fungsi hati tu sendiri.

Suplemen Herba

Suka makan kunyit? 

Haa sebenarnya kunyit boleh bantu singkirkan toksin dari hati kita. Boleh diambil melalui pemakanan kita atau pun makan suplemen yang mengandungi kunyit. Haa cakap pasal ni Shaklee pun ada suplemen berasaskan kunyit, namanya: DTX Complex.




So, change your lifestyle!

Ada sesetengah perkara yang kita lakukan setiap hari boleh memberi kesan kepada hati kita. Kurangkan pengambilan makanan seperti daging dan susu. Elakkan makan makanan yang diproses dan jangan makan fast food. Itu mungkin perkara paling teruk yang kita lakukan untuk kesihatan tubuh kita. Saje cari penyakit namanya. Serius tak mudah kalau dari kecil dah dibiasakan dengan makanan macam tu. Tapi usahalah demi kesihatan diri sendiri dan keluarga.

Makanan jenis macam ni mengandungi banyak bahan kimia (MSG dan sebagainya) dan ia menghasilkan toksin yang mana akan menyebabkan hati terbeban dan tak dapat mengekalkan momentum semasa dalam proses nak singkirkan toksin.

Apa yang kita perlu buat adalah minum banyak banyak banyaaakkk air sebab ia boleh membantu untuk eliminate toksin tu dari badan kita.

Selain tu, cuba kurangkan stress. Elakkan apa sahaja perkara yang boleh menyebabkan kita tertekan. Jangan main-main. Stress boleh kacau sistem pencernaan kita. Try la compare beza bila kita tenang dengan bila kita naik angin. Hee~

Ok, take care! :-)

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: