Monday, 17 October 2016

Jus Sayur: 12 Khasiat Bayam Merah

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Diam tak diam dah masuk 2 minggu dah amalkan jus sayur. Ambil inspirasi dari sharing Prof Muhaya yang pernah saya kongsi dalam artikel Stroke haba dan tips kesihatan dari Prof Dr. Muhaya

Light green dah. Dark green pun dah. Orange semua dah try. Esok kita cuba color baru pulak. 

Main item:

Bayam Merah
Malam ni cerita khasiat dulu. Esok kita tunjuk gambar.

12 Khasiat Bayam Merah

Bagus untuk melancarkan proses pencernaan

Bayam merah merupakan sumber serat yang sangat baik karena kandungan serat yang cukup tinggi.

Membantu mengubati masalah Anemia

Kekurangan zat besi di dalam tubuh menyebabkan kita mengalami anemia atau kekurangan darah merah. Kandungan zat besi yang cukup tinggi dalam bayam merah membolehkan ia menjadi alternatif sayuran yang boleh digunakan sebagai ubat anemia.

Membantu menyembuhkan masalah ginjal

Kandungan yang ada di dalam bayam merah juga bermanfaat untuk menyembuhkan gangguan atau masalah pada ginjal. Bayam merah terbukti dapat membersihkan ginjal dan mengembalikan fungsi ginjal seperti sedia kala.

Membantu membersihkan sistem reproduksi wanita

Rahsia untuk mereka yang baru bersalin, bayam merah dapat digunakan sebagai detox. Dengan pengambilan jus bayam merah secara teratur, kandungan di dalam bayam akan membantu proses detoksifikasi kotoran yang ada di dalam organ reproduksi.

Membantu menyihatkan rambut

Bayam merah boleh mencantikkan dan menyihatkan rambut. Cukup diamalkan dua ke tiga kali seminggu. Boleh diminum atau jadikannya sebagai masker untuk rambut. Kandungan mineral dan vitamin yang tinggi membuatkan bayam sangat bermanfaat untuk menyihatkan rambut sehingga ke akarnya.

Membantu menyembuhkan gigitan haiwan berbisa

Tahu tak bayam merah dapat mengubati luka akibat gigitan haiwan atau pun serangga yang beracun? Caranya: tumbuk halus kemudian sapu pada tempat gigitan tersebut. 

Membantu meningkatkan kesihatan mata

Bayam merah mengandungi vitamin A yang sangat tinggi iaitu 248% untuk memenuhi keperluan harian tubuh kita. Vitamin A bagus untuk memperbaiki sel – sel yang rosak disamping memperbaiki masalah atau gangguan pada mata.

Makanan diet paling baik

Tahu tak bayam merah boleh menurunkan berat badan? Bagi sesiapa yang mengikuti program diet, pengambilan bayam merah membantu mengurangkan berat badan dengan cepat. Bayam merah kaya dengan serat, tetapi ia rendah lemak trans dan rendah karbohidrat.

Sumber antioksidan yang baik

Bayam merah yang mengandungi hampir lebih dari keseluruhan keperluan harian tubuh akan vitamin A atau sekitar 248%, menjadikan bayam sebagai sumber antioksidan yang jauh lebih baik dari sayuran lain. Antioksidan bermanfaat untuk menghalang radikal – radikal bebas yang mengakibatkan penyakit berbahaya seperti kanser.

Meningkatkan 'kekebalan' tubuh

Sistem imunisasi tubuh yang rendah dapat menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Makan bayam merah boleh membantu kita menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap stabil.

Mengubati demam

Bayam merah sangat baik untuk meredakan suhu badan yang tinggi dan dapat mengembalikan suhu tubuh menjadi normal.

Membantu perkembangan janin

Bayam merah juga mengandungi folic dan betaine. Apa kegunaan Folic dan Betaine? Kedua-dua unsur ini sangat berguna dalam proses perkembangan dan pertumbuhan janin dalam kandungan.

Cukup dah 13. Can't wait to try it tomorrow.

Let's blend! Ehhhh... let's sleep~

Assalamu'alaikum~ :-)

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Saturday, 1 October 2016

Subuh akhir Zulhijjah 1437H

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

View cantik Subuh tadi.

Berpagi-pagian sambil memasang niat:

"Sahaja aku berniaga Shaklee untuk memberi manfaat kepada orang lain hanya kerana Allah SWT"

If we can't eat green then just drink it! ;)

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 26 August 2016

Aurat dan Kesihatan

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah. 

Hari ni cuti sebab ada appointment untuk sesi fisioterapi. So tak dapat nak swimming, kita layan kaki pulak hari ni.


Bila buat fisio (fisioterapi) ni, ada rezeki baik dapat physioterapist yang baik. Yang mulia hati dan peka serba serbi. Peka dengan karakter kita. Peka dengan cara pakaian kita. Peka dengan pilihan kita untuk tidak mendedahkan aurat sesuka hati hatta dalam urusan berkaitan kesihatan sekalipun. No compromy (sebolehnya).

First time dulu, saya yang leka. Saya yang alpa. Sepatutnya saya bawa towel atau kain kecil untuk tutup bahagian kaki yang terbuka. Yang nak dilihat, yang nak dirawat tu kaki. Bukannya muka, mata, mulut atau pun tapak tangan yang sedia ada terbuka. Kaki. Mestilah kena buka. 

Macam mana nak check tang mana yang sakit kalau tak ditunjuk? 

Macam mana nak nampak kalau ia disorok disebalik sarung kaki yang tebal? 

Silap saya. Bukan salah mereka.

Sepatutnya kaki ini hanya ditunjuk pada yang perlu; pada individu yang merawat kita. Bukan selainnya - pemerhati yang tak minta pun ditunjuk, even ditayang 'free show' pun 'tak sio nak nengok'. 

Kali kedua saya datang, saya lebih alert dan berhati-hati. Saya dah standby siap-siap towel kecik untuk tutup aurat kaki yang terdedah. 

SubhanaAllah. 

Maha suci Allah yang sentiasa Maha Mengetahui apa dalam hati. 

Tanpa duga, Allah hadirkan physioterapist lain untuk handle kes saya. Belum pun sempat saya buka stokin, dia lebih dulu dah standby dengan towel, nak bantu tutupkan kaki saya. Bila kena masuk bilik pakai wax, dia pastikan pintu bertutup sepanjang prosedur dijalankan. Masa nak buat ultrasound, dia tarik kemas tirai tu supaya orang lain tak nampak saya yang tengah meniarap ni.

Bertuah betul badan. Rezeki. Sungguh, ini juga rezeki daripada Yang Maha Pemberi. 

Terima kasih Allah.

Terima kasih para jelitawan physioterapist Unit Rehabilitasi, Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya sebab sensitif dengan perkara ni.
.
.
.

Samada kita yang menjaga atau Allah yang menggerakkan hati mereka untuk bantu kita menjaga aurat sebaiknya.

Sebelum kita jatuhkan semuanya dalam kategori 'darurat', usahalah dulu. Apa cara sekalipun. 

Jika berkemampuan, boleh pilih tempat dan dengan siapa kita nak dapatkan rawatan. Kalau dalam hal bersalin, pembedahan dan seumpamanya, sekarang dah ada dah pakaian khas yang lebih terjaga. 

Kita ada pilihan. Kita tentukan kot mana pilihan yang terbaik untuk diri dan orang sekeliling kita.

Kalau segan nak minta bantuan, kita lah yang dulu kena cari alternatif tambahan, elak aurat sendiri yang terkorban.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Sunday, 21 August 2016

10 Tanda Toksin Berlebihan dalam Badan

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Seronok tengok diorang yang baru lepas selesai jalani 7-Days-Detox-Challenge. Ada yang turun 2kg, ada yang turun 5kg, ada tu sampai 8kg lose weight! Dahsyat dahsyat. Tak kisah la berapa jumlah berat yang turun, yang penting semuanya semakin sihat. Dah tak ada sakit-sakit badan, sakit-sakit kaki, yang kolesterol tinggi, dah semakin terkawal. Mana yang kencing manis tu semua kata bacaan gula dah jadi cantik belaka. Alhamdulillah thummal hamdulillah!

Apa lagi, tak kepingin ke nak detox? 

Tak yah cucuk-cucuk pun. Just jaga makan. Follow je menu yang dicadangkan. Bak kata kakak-kakak ni, jangan derhaka. Haha.

Ni saya nak kongsi lagi.

10 tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan: 
========================================

Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan,
  • Badan rasa letih tanpa sebarang sebab
  • Susah bangun tidur
  • Bahagian keliling mata jadi gelap
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  • Banyak angin
  • Alahan
  • Inflamasi, sakit-sakit pada sendi
  • Sinus / selesema
  • Selulit
  • Masalah jerawat, .... dan banyak lagi.

Jangan fikir lama sangat. Jom detox!

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Saturday, 20 August 2016

Friday swimming day!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Kick. Tangan. Glide.
Kick. Tangan. Glide.
Kick. Tangan. Glide.

Ni la padahnya bila 2 bulan cuti swimming. Untuk mereka yang memang dah pandai berenang, tak turun kolam lama pun mungkin tak ada masalah bagi mereka. Tapi untuk beginner macam saya ni, dah la baru nak 'bertatih', kena pulak cuti swimming masa bulan Ramadhan, dan 'tanpa sengaja' extend kan sendiri cuti sampai ke bulan raya, memang kena la.

Terabur habis step yang cikgu ajar. Kaki keras, badan bengkok, tangan melentik, mana nak kick, mana nak glide, mana nak curi nafas. Mujurlah (alhamdulillah) tak tenggelam. Haha ampun cikgu!


Cerita pasal berenang ni sebenarnya saya rasa ia antara nikmat yang Allah bagi kat saya. Tak pernah terlintas langsung yang saya akan join swimming class. Dulu pandang je swimming pool. Nak mandi tak boleh. Satu, sebab kena pakai proper attire which is swimming suit (yang sememangnya tak pernah ada dalam shopping list saya). Kedua, dan sebenarnya punca utama tak mandi kolam tu sebab ia dalam, dan saya tak pandai berenang! Kalau terasa nak main air, samada pergi mandi air terjun atau laut. Tak pun, kalau tak ada masa sangat nak pergi outdoor, bila balik rumah mak ayah, berendam je dalam bath tub. Haha lol!

Saya selalu fikir swimming ni hanya untuk orang kurus. Yelah time tu tak pernah lagi jumpa selain daripada golongan slim ni dalam kolam dekat hotel atau tempat yang saya pergi. Siap fikir ada ke baju renang plus size??

Haha tu dulu. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba macam mana nak tahu. 

Tak tahulah bila saya start nekad nak register swimming class. Maybe sebab saya kenal trainer tu rasanya - penguat faktor nak belajar berenang. Bila dah masuk kolam, baru perasan "eh ramainya big big size swimming kat sini". Mereka berkali ganda lebih pandai dari saya. Tak ada masalah pun. Tak ada yang tenggelam pun. The best part is, fakta yang saya sedar sendiri: mereka yang berbadan besar lagi senang nak terapung. Serius. Tak percaya? Try la sendiri.

Pengalaman saya sendiri: Ada satu hari tu, trainer nak latih saya supaya tak takut dengan kawasan dalam (air). Trainer kata lepaskan tangan, biarkan badan tenggelam ke bawah. Bila kaki dah cecah dasar kolam, terus lompat bintang untuk naik ke permukaan. Masalahnya kaki saya tak dan nak pijak lantai pun. Half way dah terapung semula. Banyak kali buat. Sama jugak. Kaki tak pernah dapat sentuh lantai. Mudah sangat nak terapung.


Orang kata berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

So sekarang memang tengah main kat tepi-tepi je la ni. Dah level berani takat tu je. Agak-agak rasa semput, senang nak capai dinding. Hehe. Oklah tu. Nama pun beginner. Slow and steady. Macam dialog Dory, "just keep swimming". Mana tau esok boleh masuk Olimpik. (Over!)

Seronok sebenarnya swimming ni. Boleh floating, main-main air, sambil berenang tengok langit. Yang paling penting - boleh bakar kalori. Kena gaya boleh turun berkilo-kilo. Tu yang fat fighters suka tu. Tapi tu la, asal berendam lama sikit mesti kena selsema. Sampai berair-air hidung ni. Tu yang habis je swimming terus telan Vitamin C Shaklee.

Tak sabar nak tunggu next week, nak terjun kolam lagi. Sakit dada sebab salah landing tapi best. Sekali buat, gian nak buat lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Ini pun tips nak lawan rasa takut tempat dalam.

Pergh best best!

Oppss! Cerita pasal swimming sampai tak perasan dah terlajak waktu tidur.

Alright selamat malam.

Jangan lupa wudhu', al-Mulk, witir dan Oste.


Night night.
Sleep tight!

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Sunday, 17 July 2016

Promosi Shaklee Julai 2016: Vivix

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum~~

Perghh berhabuk! Kulat sawang dah tempat ni. Allah... istiqamah.. istiqamahnya mana?? Kata minat tapi tak sempat. Kata suka tapi asyik bertunda. Asyik je kalah dengan masa. Haru!

Tak mengapa. Perlahan-lahan kayuh. Orang kata, "better late than never". Ye kan?

Banyak nak kena bersih ni. Berkarat habis! Lumut, semut, habis dah merata. Sementara nak buang semua daki-daki ni, nak mop bagi licin licau, saya share info ni dulu.


Dah tau kan?

Ke tak tahu lagi?

Shaklee offer Vivix la bulan ni. Iyee produk yang world sangat tu. Ada promosi #buy6get1free dan #buy2discount5percent

Tapi kalau teringin nak try 1, nak rasa sendiri Vivix ni world ke tak world, tapi nak beli harga promosi, ada caranya. Tak payah kenyit-kenyit mata, mengintai di balik jendela, tersipu terkepit malu, roger-roger je saya. Saya bagi sampai jadi beli.

Tak percaya? 

Meh test tengok. ;-)

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Monday, 11 April 2016

Set Menyusu Shaklee (basic)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Sengaja nak share.


Set Shaklee yang atas ni dikatakan bagus untuk membantu menggalakkan kuantiti dan kualiti susu badan.

Dalam set asas ni ada:

1 canister ESP
  • Sumber protein dari Soya Non GMO yang membekalkan 9 asid amino. Keperluan protein adalah kunci kesihatan yang optimum. Ibu akan lebih bertenaga, kulit lebih anjal dan cantik, rasa kenyang lebih lama. Sumber protein terbaik akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti malah kuantitinya lebih meriah dan pekat. Bayi juga akan cepat kenyang.

1 botol Alfalfa Complex
  • Raja segala tumbuhan yang mengandungi mikronutrion yang kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai Milk Booster bagi ibu yang menyusukan, membantu dalam hal dalaman kewanitaan, berfungsi seperti "kacip fatimah" termasuklah membantu menyelesaikan masalah keputihan. Alfalfa juga baik untuk detox dan sistem penghadaman yang lancar.

1 botol Ostematrix.
  • Kalsium terbaik yang mengandungi Magnesium, Boron, Zink dan Vitamin D yang sangat diperlukan untuk membantu merangsang penyerapan kalsium dengan lebih baik. Kalsium sangat penting dalam pembina darah, pembentukan tulang dan gigi serta saraf dalam tubuh manusia. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan risiko osteoporosis (tulang rapuh), gigi mudah rosak, sakit tulang belakang, kebas kaki tangan, mudah letih dan lesu. Untuk penyaluran kalsium dari badan ibu kepada bayi. Ibu menyusu disarankan 1200mg kalsium sehari.

Tapi tahukah anda, set ini juga inshaaAllah bagus untuk keperluan lain, seperti:

1. Kesihatan asas seisi keluarga.

2. Kesihatan sistem penghadaman.

3. Kurangkan masalah gastrik.

4. Kawalan berat badan.

5. Kesihatan sendi dan tulang.

6. Elak masalah gout.

7. Kecantikan.

8. Energy booster.

9. Kesihatan jantung.
.
.
Dan banyak banyak banyak lagi. Setiap produk Shaklee ada manfaat dan kebaikan yang tersendiri.

Sila ingat ni. Shaklee bukan sekadar produk yang dicipta sebulan dua, kemudian bila dah dapat kelulusan dari KKM terus masuk pasaran dan claim dapat bagi kesan super FAST EFFECT.

Hati-hati!

Yang cepat tak semestinya selamat.
Yang tak selamat pastinya tak sihat.

Kesan yang pantas, selalunya ada rahsia disebalik cara penyediaan dan bahan yang digunakan.

Tiada FAST EFFECT dengan Shaklee.

Di belakang Shaklee, ada barisan saintis yang sentiasa lakukan R&D untuk pastikan kelangsungan produk sentiasa di'upgrade' mengikut keperluan manusia.

Shaklee sentiasa boleh dipercayai kerana ianya sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Jom Shaklee!

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786