Showing posts with label Barah (Kanser). Show all posts
Showing posts with label Barah (Kanser). Show all posts

Sunday, 17 July 2016

Promosi Shaklee Julai 2016: Vivix

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum~~

Perghh berhabuk! Kulat sawang dah tempat ni. Allah... istiqamah.. istiqamahnya mana?? Kata minat tapi tak sempat. Kata suka tapi asyik bertunda. Asyik je kalah dengan masa. Haru!

Tak mengapa. Perlahan-lahan kayuh. Orang kata, "better late than never". Ye kan?

Banyak nak kena bersih ni. Berkarat habis! Lumut, semut, habis dah merata. Sementara nak buang semua daki-daki ni, nak mop bagi licin licau, saya share info ni dulu.


Dah tau kan?

Ke tak tahu lagi?

Shaklee offer Vivix la bulan ni. Iyee produk yang world sangat tu. Ada promosi #buy6get1free dan #buy2discount5percent

Tapi kalau teringin nak try 1, nak rasa sendiri Vivix ni world ke tak world, tapi nak beli harga promosi, ada caranya. Tak payah kenyit-kenyit mata, mengintai di balik jendela, tersipu terkepit malu, roger-roger je saya. Saya bagi sampai jadi beli.

Tak percaya? 

Meh test tengok. ;-)

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 17 September 2015

Vivix jalan ikhtiar buat ayah

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah...


12.24 pagi

Semalam lebih kurang waktu macam ni, saya menerima pesanan melalui aplikasi whatsapp dari seorang adik, bertanyakan mengenai Vivix. Bersungguh adinda ni mesej saya tengah-tengah malam. Bila dirisik-risik rupanya adinda ni kata nak bagi pada ayahnya. 

Saya diberitahu doktor telah sahkan ayahnya menghidapi kanser peparu tahap 4. Bertahun-tahun lama sudah ayahnya pernah kena kanser (di tempat/organ lain) tapi alhamdulillah sel-sel kanser berjaya dibuang dan selepas beberapa rawatan susulan, ayahnya kembali jalani rutin harian seperti biasa.


Siapa yang tak sedih bila ayah yang dah kembali sihat tiba-tiba diserang semula dengan penyakit yang sangat digeruni ramai. Allahu... saya yang mendengarnya pun sebak, inikan pula mereka sekeluarga yang berdepan dengannya secara realiti. 

Namun begitu saya kagum dengan semangat mereka sekeluarga. Berusaha selagi boleh. Berikhtiar semampu mungkin. Kerana itu mereka pilih Vivix sebagai salah satu jalan ikhtiar untuk kesembuhan ayah.



Benar. Vivix tinggi antioksidan, bersifat anti penuaan dan anti kanser.

Benar juga, setiap keserasian, keberkesanan, kesembuhan semua datangnya dari Allah yang Maha Berkuasa.

Tapi hak kita adalah USAHA. Sentiasa ingat 5 huruf ni; U, S, A, H, dan A.



Saya dengan rendah diri memohon dengan sangat doa dari semua pengunjung blog saya, agar adinda sekeluarga ni diberikan ketabahan dan kecekalan mendepani ujian getir ini, dan sama-sama bermohon pada Allah agar ayahnya sembuh seperti sediakala.

Semoga Allah ganjarkan balasan setimpal dengan keikhlasan doa dari pembaca-pembaca budiman semua.

Semoga syurga buat anak-anak yang tak pernah putus asa berusaha untuk memastikan kesihatan terbaik buat ibu dan ayah.

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786