Monday 17 October 2016

Jus Sayur: 12 Khasiat Bayam Merah

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Diam tak diam dah masuk 2 minggu dah amalkan jus sayur. Ambil inspirasi dari sharing Prof Muhaya yang pernah saya kongsi dalam artikel Stroke haba dan tips kesihatan dari Prof Dr. Muhaya

Light green dah. Dark green pun dah. Orange semua dah try. Esok kita cuba color baru pulak. 

Main item:

Bayam Merah
Malam ni cerita khasiat dulu. Esok kita tunjuk gambar.

12 Khasiat Bayam Merah

Bagus untuk melancarkan proses pencernaan

Bayam merah merupakan sumber serat yang sangat baik karena kandungan serat yang cukup tinggi.

Membantu mengubati masalah Anemia

Kekurangan zat besi di dalam tubuh menyebabkan kita mengalami anemia atau kekurangan darah merah. Kandungan zat besi yang cukup tinggi dalam bayam merah membolehkan ia menjadi alternatif sayuran yang boleh digunakan sebagai ubat anemia.

Membantu menyembuhkan masalah ginjal

Kandungan yang ada di dalam bayam merah juga bermanfaat untuk menyembuhkan gangguan atau masalah pada ginjal. Bayam merah terbukti dapat membersihkan ginjal dan mengembalikan fungsi ginjal seperti sedia kala.

Membantu membersihkan sistem reproduksi wanita

Rahsia untuk mereka yang baru bersalin, bayam merah dapat digunakan sebagai detox. Dengan pengambilan jus bayam merah secara teratur, kandungan di dalam bayam akan membantu proses detoksifikasi kotoran yang ada di dalam organ reproduksi.

Membantu menyihatkan rambut

Bayam merah boleh mencantikkan dan menyihatkan rambut. Cukup diamalkan dua ke tiga kali seminggu. Boleh diminum atau jadikannya sebagai masker untuk rambut. Kandungan mineral dan vitamin yang tinggi membuatkan bayam sangat bermanfaat untuk menyihatkan rambut sehingga ke akarnya.

Membantu menyembuhkan gigitan haiwan berbisa

Tahu tak bayam merah dapat mengubati luka akibat gigitan haiwan atau pun serangga yang beracun? Caranya: tumbuk halus kemudian sapu pada tempat gigitan tersebut. 

Membantu meningkatkan kesihatan mata

Bayam merah mengandungi vitamin A yang sangat tinggi iaitu 248% untuk memenuhi keperluan harian tubuh kita. Vitamin A bagus untuk memperbaiki sel – sel yang rosak disamping memperbaiki masalah atau gangguan pada mata.

Makanan diet paling baik

Tahu tak bayam merah boleh menurunkan berat badan? Bagi sesiapa yang mengikuti program diet, pengambilan bayam merah membantu mengurangkan berat badan dengan cepat. Bayam merah kaya dengan serat, tetapi ia rendah lemak trans dan rendah karbohidrat.

Sumber antioksidan yang baik

Bayam merah yang mengandungi hampir lebih dari keseluruhan keperluan harian tubuh akan vitamin A atau sekitar 248%, menjadikan bayam sebagai sumber antioksidan yang jauh lebih baik dari sayuran lain. Antioksidan bermanfaat untuk menghalang radikal – radikal bebas yang mengakibatkan penyakit berbahaya seperti kanser.

Meningkatkan 'kekebalan' tubuh

Sistem imunisasi tubuh yang rendah dapat menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Makan bayam merah boleh membantu kita menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap stabil.

Mengubati demam

Bayam merah sangat baik untuk meredakan suhu badan yang tinggi dan dapat mengembalikan suhu tubuh menjadi normal.

Membantu perkembangan janin

Bayam merah juga mengandungi folic dan betaine. Apa kegunaan Folic dan Betaine? Kedua-dua unsur ini sangat berguna dalam proses perkembangan dan pertumbuhan janin dalam kandungan.

Cukup dah 13. Can't wait to try it tomorrow.

Let's blend! Ehhhh... let's sleep~

Assalamu'alaikum~ :-)

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: