Showing posts with label Vita-C Plus. Show all posts
Showing posts with label Vita-C Plus. Show all posts

Saturday, 20 August 2016

Friday swimming day!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Kick. Tangan. Glide.
Kick. Tangan. Glide.
Kick. Tangan. Glide.

Ni la padahnya bila 2 bulan cuti swimming. Untuk mereka yang memang dah pandai berenang, tak turun kolam lama pun mungkin tak ada masalah bagi mereka. Tapi untuk beginner macam saya ni, dah la baru nak 'bertatih', kena pulak cuti swimming masa bulan Ramadhan, dan 'tanpa sengaja' extend kan sendiri cuti sampai ke bulan raya, memang kena la.

Terabur habis step yang cikgu ajar. Kaki keras, badan bengkok, tangan melentik, mana nak kick, mana nak glide, mana nak curi nafas. Mujurlah (alhamdulillah) tak tenggelam. Haha ampun cikgu!


Cerita pasal berenang ni sebenarnya saya rasa ia antara nikmat yang Allah bagi kat saya. Tak pernah terlintas langsung yang saya akan join swimming class. Dulu pandang je swimming pool. Nak mandi tak boleh. Satu, sebab kena pakai proper attire which is swimming suit (yang sememangnya tak pernah ada dalam shopping list saya). Kedua, dan sebenarnya punca utama tak mandi kolam tu sebab ia dalam, dan saya tak pandai berenang! Kalau terasa nak main air, samada pergi mandi air terjun atau laut. Tak pun, kalau tak ada masa sangat nak pergi outdoor, bila balik rumah mak ayah, berendam je dalam bath tub. Haha lol!

Saya selalu fikir swimming ni hanya untuk orang kurus. Yelah time tu tak pernah lagi jumpa selain daripada golongan slim ni dalam kolam dekat hotel atau tempat yang saya pergi. Siap fikir ada ke baju renang plus size??

Haha tu dulu. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba macam mana nak tahu. 

Tak tahulah bila saya start nekad nak register swimming class. Maybe sebab saya kenal trainer tu rasanya - penguat faktor nak belajar berenang. Bila dah masuk kolam, baru perasan "eh ramainya big big size swimming kat sini". Mereka berkali ganda lebih pandai dari saya. Tak ada masalah pun. Tak ada yang tenggelam pun. The best part is, fakta yang saya sedar sendiri: mereka yang berbadan besar lagi senang nak terapung. Serius. Tak percaya? Try la sendiri.

Pengalaman saya sendiri: Ada satu hari tu, trainer nak latih saya supaya tak takut dengan kawasan dalam (air). Trainer kata lepaskan tangan, biarkan badan tenggelam ke bawah. Bila kaki dah cecah dasar kolam, terus lompat bintang untuk naik ke permukaan. Masalahnya kaki saya tak dan nak pijak lantai pun. Half way dah terapung semula. Banyak kali buat. Sama jugak. Kaki tak pernah dapat sentuh lantai. Mudah sangat nak terapung.


Orang kata berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

So sekarang memang tengah main kat tepi-tepi je la ni. Dah level berani takat tu je. Agak-agak rasa semput, senang nak capai dinding. Hehe. Oklah tu. Nama pun beginner. Slow and steady. Macam dialog Dory, "just keep swimming". Mana tau esok boleh masuk Olimpik. (Over!)

Seronok sebenarnya swimming ni. Boleh floating, main-main air, sambil berenang tengok langit. Yang paling penting - boleh bakar kalori. Kena gaya boleh turun berkilo-kilo. Tu yang fat fighters suka tu. Tapi tu la, asal berendam lama sikit mesti kena selsema. Sampai berair-air hidung ni. Tu yang habis je swimming terus telan Vitamin C Shaklee.

Tak sabar nak tunggu next week, nak terjun kolam lagi. Sakit dada sebab salah landing tapi best. Sekali buat, gian nak buat lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Ini pun tips nak lawan rasa takut tempat dalam.

Pergh best best!

Oppss! Cerita pasal swimming sampai tak perasan dah terlajak waktu tidur.

Alright selamat malam.

Jangan lupa wudhu', al-Mulk, witir dan Oste.


Night night.
Sleep tight!

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 1 April 2016

Promosi Shaklee April 2016

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


سبحان الله
الحمد لله
الله اكبر

Dah masuk bulan baru dah kan. Ahlan ya April. Terima kasih Allah untuk setiap nikmat yang tak pernah putus. Memberikan ruang dan peluang untuk saya sentiasa memperbaharui niat, memperbaiki amal dan berusaha meningkatkan iman.

Setiap hujung bulan pasti rasa semangat nak check website Shaklee2U. Teruja nak check produk mana pula yang Shaklee nak offer. Fyi, dekat Shaklee ni, lain bulan, lain offer, lain produk. Apa yang di offer bulan ni tak akan di offer bulan depan. 

Jadi kena bijak rancang perbelanjaan. Bila beli time promo, dah tentu kita boleh beli dengan harga yang lebih rendah. Kalau jadi ahli pula, kalau cukup nilai UV (unit value) dah boleh siap-siap tunggu duit bonus masuk akaun pada 15hb bulan berikutnya. Tak kira lah ekonomi naik ke jatuh ke, Shaklee tak pernah pun skip, tangguh atau potong bonus tu. Berapa banyak bonus yang kita nak, kita plan sendiri. Berkat doa, usaha dan tawakal ان شاء الله kita boleh dapat ikut apa yang kita nak.

Ok cerita pasal offer bulan ni, Shaklee tawarkan 2 produk super awesome:

1. Omega Guard


Siapa yang perlukan suplemen ni:
  • Mereka yang nak turunkan berat badan
  • Pencegahan dan melegakan sakit-sakit sendi
  • Kawalan alahan dan masalah kulit
  • Meredakan masalah asma / semput
  • Mengawal kolesterol dalam badan
  • Mencegah penyakit gout
  • Menggalakkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan daya fokus dan perkembangan minda yang sihat

2. Sustained Release Vita-C Plus


Siapa yang patut amalkan suplemen ni:
  • Mereka yang pregnant - kawalan stretchmark diperingkat awal
  • Meningkatkan kesihatan gigi dan gusi
  • Mengurangkan masalah selsema waktu pagi
  • Kawalan penyakit resdung
  • Meningkatkan kesihatan tulang dan otot
  • Meningkatkan imunisasi tubuh
  • Memperbaiki masalah kulit
  • Menggalakkan proses penuaan yang sihat.

Berminat nak beli 1 ke 2 ke 10 botol ke boleh pm saya di fb atau terus whatsapp ke nombor telefon di bawah.

Alright, tidur dulu.

سلامت مالم
اسلام عليكم

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Sunday, 13 December 2015

15 Resipi Masker Shaklee

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Lamanya tak buat masker. So malam ni merajinkan diri bancuh ESP dengan Sustained Release Vitamin C. Tak susah pun cuma kena buang 'miim aliif laam siin'.

Apa bahan-bahannya?
  • 1/3 tablet Vitamin C (Sustained Release), iaitu 1 biji dipatahkan kepada 3 bahagian, 2/3 lagi boleh disimpan untuk bancuhan masker seterusnya).
  • 1/2 sudu besar ESP
  • 3 sudu besar air kosong (untuk bancuhan yang tidak cair dan tidak terlalu pekat)


Macam mana nak buat?
  • Tumbuk halus 1/3 vit C tadi atau pun boleh juga dilarutkan dalam air sehingga kembang. 
  • Selepas vit c kembang, campurkan ESP.
  • Gaul rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  • Sapu bancuhan masker pada muka secara rata dan biarkan masker kering (cadangan durasi: 20-30 minit atau semalaman).
  • Bilas muka dengan air suam, atau boleh juga kopek masker tersebut sebelum basuh muka.

Kesan selepas buat beberapa kali, kulit wajah rasa lebih tegang, segar dan cerah. Boleh amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Sebenarnya bukan dua suplemen ini (ESP dan Sustained Release Vitamin C) sahaja boleh dimanfaatkan sebagai masker, Ada banyak lagi produk Shaklee boleh dijadikan masker:

1. ESP sahaja.

2. Vitamin C sahaja.

3. Vitamin E sahaja.

4. Alfalfa Complex sahaja.

5. Vivix sahaja.

6. ESP dan yogurt.

7. ESP dan Alfalfa Complex.

8. ESP dan Vitamin E.

9. ESP dan Vivix.

10. Collagen Powder dan Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener.

11. Vitamin E dan Vitamin C.

12. Collagen Powder dan Vivix. 

13. Vivix, Vitamin E, Collagen Powder, dicampur dengan air atau Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener.

14. Vitamin C dan Collagen Powder.


Nota: Bancuhan masker yang dicadangkan ini menggunakan suplemen Shaklee sepenuhnya. Andai customer atau pembaca artikel ini ingin mencampurkan produk Shaklee dengan brand lain untuk dijadikan masker, sejujurnya saya tidak pasti akan keberkesanannya.

Happy trying!~ :-) 











Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 2 July 2015

Berbuka dengan 'Kepsi' & Shaklee :-)

Teks: Nurul Aini binti Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Asbab hari ni berbuka puasa 'atas jalan', benda yang paling mudah, cepat dan senang untuk grab dan makan sambil bawa kereta adalah fast food. Sila jangan tiru ye.. hehe. InshaAllah dah berazam - makanan rupa ni tak boleh nak hadap selalu.

1. kos (mahal)
2. not a healthy food
3. menggemukkan

Sekali sekala, setakat sebulan sekali ok lah. Melepaskan gian makan 'atok' (baca: kfc) which is one of my favorite food sejak dulu. Tapi ini pun gigih juga nak pastikan X < Y.

X : pengambilan kalori harian (jumlah kalori yang kita makan)

Y: jumlah kalori yang kita gunakan

Selesai buka terus telan Omega Guard, Lecithin, Vitamin C dan B Complex, dengan air teh Cinch.

Omega & Lecithin ~ bakar lemak-lemak yang kita makan

Vitamin C ~ control tekanan darah

Cinch Tea ~ energy booster 

B Complex ~ menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga, juga anti stress

Cakap pasal stress ni, saya rasa saya adalah antara orang yang akan cepat tertekan bila bawa kereta. Bukan stress sebab lambat sampai, tetapi stress dengan pengguna jalan raya. Macam-macam perangai!~

So, nak elak 'meroyan' tengah-tengah highway ni, better telan B Complex. Memang membantu. Terkawal jiwa. Cewah! Of course dengan iringan zikir dan selawat. Semua pun dengan izin Allah juga kan.

Inilah ikhtiar saya untuk terus rasa cergas ketika memandu jarak jauh.

Ok nak gerak dulu. Baru lepas berhenti solat kat R&R Pagoh.

Nak order, nak tanya, nak consult mengenai produk boleh whatsapp saya. Sampai rumah mak ayah nanti saya reply satu satu.

Take care!

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 4 June 2015

Cerita Semalam & Baby Sya'aban

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

04.06.15 ~ 17 Sya'aban 1436H

Perancangan awal nak pergi ziarah 'Izzati & Nik Amin semalam. Tapi bakal ummi tu tengah tahan contraction yang datang setiap 5 minit sekali, tak sampai hati pula nak ganggu. Makanya, beralih arah - pergi jumpa dengan si comel 'Aleef Arsyad' dan umminya untuk ambil stok ESP dan Gentle Action Makeup Remover. Tak tahan layan keletah si kecik tu. Konon mula-mula jual mahal tak mahu orang lain dukung. Nak dengan ummi dia je. Tup...tup.. eh nak pulak dia. Dah serasi agaknya lepas main-main dengan dia. Siap nak ikut 'kakak' jalan lagi! Mujurlah umminya pandai memujuk.

Ralit bersembang sampai tak sedar jam menghampiri pukul 11 malam~ Sekali-sekala berjumpa dengan 'mak tok' - absorb lah ilmu seberapa banyak yang mungkin. Gitu-gini dalam pukul 12 lebih jugalah saya dan kakak sampai rumah. 

Itu cerita kami.

Lain pula ceritanya di tempat lain. Tak sangka masa kami sampai rumah tu, 'mak buyung' tu dah ditolak masuk labour room rupanya. Dapat mesej dalam aplikasi whatsapp bagitahu baby dah lahir~

MasyaAllah TabarakaAllah. Alhamdulillah...

Sambil siap-siap nak ke tempat kerja, sambil itu juga hati meronta-ronta nak pergi melawat. Tak tahu lagi macam mana perjalanannya. Cuma tangan dah capai siap-siap stokin kaki berjari untuk dihadiahkan pada ibu muda tu beserta dengan Set Bersalin Shaklee. Dengan harapan dapatlah diserahkan kepada mereka secepat mungkin.

LUA: Jadi mesti kasi jadi!~

Alhamdulillah sampai juga akhirnya di SALAM Shah Alam Specialist Hospital. Tingkat 2, bilik 201.
.
.
.
.
Tiada kata terbit di bibir. Cuma puji-pujian syukur kepada Yang Maha Esa memenuhi segenap ruang hati.

Seronok menatap wajah si kecil ni. Kebahagiaan dan kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah ummi dan abahnya. Bila dah berjumpa barulah dapat bercerita panjang lebar. Alkisah rupanya dia dah mula sakit sejak pukul 3 petang semalam (03.06.15). Semakin lama semakin kerap. Semakin dibiar semakin sakit. Cepat juga prosesnya. Admit selepas Maghrib, masuk bilik bersalin pukul 12 tengah malam, 12.40 baby dah keluar - jalan biasa (normal). Baby tak sabar nak jumpa ummi dengan abahnya la tu. Lewat 40 minit je dari tarikh jangkaan. Pengalaman pertama buat mereka.

'Ala kulli hal, dah selamat semuanya. Ummi dan baby kedua-duanya sihat-sihat belaka.

Stokin dan Set Bersalin Shaklee pun dah berpindah tangan. Semoga bermanfaat buat mereka sekeluarga <3

Selamat bermanja dan berkasih sayang dengan si comel~


Nak tahu ada apa dalam Set Bersalin Shaklee tu?

1. Zinc Complex


  • membantu penyembuhan luka
  • membantu bayi membesar dengan optimum
  • mengelakkan masalah keguguran rambut

2. Vitamin C


  • membaik pulih sel dan tisu yang rosak
  • meningkatkan sistem pertahanan badan
  • membantu pembentukan kolagen dan menganjalkan kulit.
  • mengurangkan stretch mark dan parut

3. Vita-Lea Iron Formula


  • membekalkan vitamin dan mineral yang sangat diperlukan dalam badan
  • membantu penghasilan darah merah bagi menggantikan darah yang hilang semasa bersalin
  • mengelakkan pucat dan tidak bermaya

4. Alfalfa Complex


  • melegakan sakit sendi dan sakit belakang
  • bertindak seperti kacip fatimah
  • melegakan sembelit
  • memerangkap lemak berlebihan dalam badan
  • milkbooster
  • mengurangkan angin dalam badan
  • membantu mengatasi masalah keputihan

*Nota: Ini hanya sebahagian sahaja daripada Set Bersalin & Set Berpantang Shaklee. 


Tahu tak apa yang best tentang Set Bersalin Shaklee ni?

Semua suplemen ni bukan setakat untuk si ibu yang baru lepas bersalin sahaja, suami yang menjadi peneman setia si isteri berpantang pun boleh ambil makanan tambahan ni. Khasiat yang terkandung dalam setiap suplemen ni sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Khasiat tambahan untuk lelaki/suami:

1. Zinc Complex: memperbaiki sperma, mengelakkan masalah pada prostat dan mengurangkan risiko mati pucuk.

2. Vitamin C: meningkatkan sistem ketahanan tubuh

3. Vita-Lea: membantu memori dan daya fokus

4. Alfalfa Complex: menambah stamina

Bolehlah makan sama-sama. Saling meneman, saling mengingatkan. Semakin eratlah ikatan hati inshaAllah.

Bagi yang nak cuba Set Bersalin Shaklee, atau apa-apa makanan tambahan Shaklee yang lain, boleh hubungi saya.

Sepanjang Jun 2015 ada promosi Vitamin C & Vitamin E. Juga bermanfaat untung lelaki dan perempuan.

~ vitamin cantik
~ vitamin pengerat cinta

Siapa mahu, meh pm saya di fb. Nak sms/whatsapp pun boleh.

Salam sayang.

Nurul Aini || 013.720.0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 2 June 2015

Suplemen sebagai 'support-system' sepanjang kehamilan

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah ..

Masa saya pergi training tempoh hari, dapatlah berkenalan dengan seorang ibu muda ni. Cantik orangnya. Lemah lembut sahaja bila bercakap, sangat peramah. Kami bertukar cerita mengenai pengalaman masing-masing dalam Shaklee.

Adik ni kongsikan pengalamannya mengandung bersama suplemen Shaklee. Ikut ceritanya, tak banyak pun yang dia consume. Cuma ESP, B Complex dan Vitamin C. Dia fokus dan maintain 3 suplemen ni sahaja. Semuanya untuk tambah tenaga dan menguatkan sistem imunisasi badan.


Sampai waktu untuk bersalin pun disempatkan juga untuk minum ESP dan Vitamin C. Dengan izin Allah, sesuatu yang menakjubkan berlaku. Dia langsung tak rasa sakit semasa proses kelahiran. Tak rasa sakit perut, tak rasa sakit pinggang dan contraction pun tak ada. Tau tau 'jalan' dah terbuka 8 - 9 cm dah! Masa nak push baby keluar pun dia tak rasa sakit langsung. Bertuah kan~

Dia pun tak sangka dipermudahkan sehingga begitu sekali. Sahabat-sahabat Shaklee yang ada berhampiran kami yang terdengar perbualan kami pun turut terkejut. 


Maha Hebat kuasaMu ya Allah. Setiap yang berlaku semua dengan kehendakNya. Kita manusia hanya mampu berusaha, berikhtiar dan berdoa. Natijah atau ganjaran selepasnya hanya Allah layak menentukanNya.

Asal yang penting, kena usaha dulu.

So ibu-ibu yang sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil, bolehlah mula makan Vitamin C.


Alang-alang tengah ada promosi ni, baik beli sekarang. Suami isteri, ayah mak, anak semua pun boleh makan.


Berminat, boleh hubungi saya.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013.720.0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 9 January 2015

Misi bantuan pasca banjir

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Time update blog ni, saya baru selesai sorting dan packing barang masuk beg. InshaAllah, dengan izin Allah, pagi nanti saya bersama rombongan 4 buah bas akan bertolak ke Kelantan untuk misi bantuan pasca banjir.

Sibuk-sibuk lengkapkan checklist, baru perasan Cinch Tea dah tinggal 3 peket je! Aihh balik nanti kene restock ni ;-)


Tengok tu. Saya tak lupa untuk bawa Vita-C Plus. Dalam bekas hijau tu untuk saya. Yang botol tu pula saya khususkan untuk sukarelawan, mana tahu ada yang perlukan vitamin c. Boleh share! Sharing is caring~ ;-)

Bawa Vitamin C nak buat ape??

Di sana nanti, persekitarannya mungkin diliputi habuk. Kesihatan boleh terjejas dan pernafasan juga boleh terganggu. Sakit seperti lelah, asma, batuk dan barah mula menyerang. Jadi, kat sinilah kita perlukan vitamin C. Tujuannya adalah untuk meningkatkan sistem imun dalam badan kita kerana kita sememangnya terdedah dengan pencemaran udara ini. Vitamin C Shaklee juga adalah satu-satunya oksidan yang berkuasa,mampu melawan sel-sel kanser dan mengusir bahan kimia berbahaya dari tubuh kita.

Semoga kehadiran kami dapat memberikan kegembiraan buat mereka di sana.

Semoga Allah permudahkan semuanya.

Doakan kami selamat pergi, selamat kembali ye.

Orang Tanah Merah, tunggu kami ye~


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

Thursday, 8 January 2015

Sayang Rasulullah, TINGGALKAN ROKOK

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Saya nak share sikit antara input dalam majlis ilmu yang saya hadir tempoh hari ;-)

Antara sunnah Rasulullah s.a.w.~

Memakai wangi-wangian (khususnya bagi kaum lelaki), jangan dekati benda yang busuk.

Rokok tu benda busuk. Maaf saya kata, mereka yang merokok, dari segi perbuatan tak cantik, bau badan pun tak sedap.

Sumber: Google

Sumber: Google

Jika kamu kata kamu sayang Rasulullah, mari mulakan dari sekarang.

Sumber: Ianparita


Rasulullah penting ke rokok yang penting?
Siapa bagi syafaat time akhirat nanti?

Kalau sungguh cintakan Allah, cintakan Rasulullah, ayuh bertindak!


Nurul Aini Mohd Noor || 013-720 0029
Sahabat SID anda: 1103786

Thursday, 18 December 2014

Jerawat cerminan dalaman kita?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Mai nak kongsi sikit pasal JERAWAT ;-)

Sumber: Google


Perempuan. Normal kan menjerit, risau, gundah-gulana kalau muka timbul jerawat. Time ni lah komited cuci muka dengan segala pembersih muka. Sapu muka dengan toner, tepek jerawat tu dengan krim jerawat, segala bagai. Masa muka bersih, takdenye bersungguh jaga muka..

Sumber: Google


Tapi, ketahui sesuatu, jerawat bukan semata-mata kerana masalah muka. Boleh jadi jerawat yang timbul tu menunjukkan ada masalah lain dalam sistem badan kita. Cuba tengok ni..

Sumber: Fai Nardir

Cuba periksa gambar yang saya kongsikan di atas ni. Ketahui punca jerawat anda, dapatkan nasihat pakar dan pilih suplemen/produk yang bersesuaian.

Ingat ye, bukan semua produk kecantikan yang ada di pasaran menggunakan bahan semulajadi dalam 'ramuan' asas mereka. Jangan main beli je produk-produk kecantikan. Nanti jerawat tak hilang, yang dalam badan pun semakin melarat.


Jadi pengguna yang bijak!~


Nurul Aini Mohd Noor || 013-720 0029
Sahabat SID anda: 1103786


p/s: Shaklee ada pelbagai suplemen dan vitamin yang bagus-bagus, pelbagai manfaat dan kegunaan. Apa yang pasti, semua produk Shaklee berasaskan bahan semulajadi. Hanya yang terbaik untuk kita ;-)

Sumber: Ajuyarashid


* Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnos' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.

Rokok melemahkan minda!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Sumber: Google

Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Don dalam rancangannya, 30 Minit Ustaz Don, sebentar tadi,

"bagi mereka yang ... (ustaz meletakkan dua baris jarinya di mulut, menggayakan seperti seorang perokok), boleh melemahkan minda mereka"
-merokok boleh mengakibatkan otak/minda menjadi lemah-

Sumber: Google


Rokok adalah RACUN kepada diri..

Sumber: Google

Rokok mengandungi 4,000 bahan-bahan kimia yang bertoksik dan 37 daripadanya telah dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser, antaranya ialah, 
  • aseton (bahan untuk menanggalkan pengilat kuku)
  • asid asetik (cuka)
  • ammonia (bahan pencuci tandas)
  • arsenik (racun)
  • butana (cecair alat pemetik api)
  • kadmium (bateri)
  • karbon monoksida (asap dari ekzos kereta)
  • DDT / dieldrin (alat pembunuh pepijat)
  • etanol (arak)
  • formaldehid (bahan pengawet katak mati)
  • hexamine (alat pemetik api untuk majlis jamuan)
  • hidrogen sianida (racun)
  • naftalena (ubat gegat)
  • nikotin (bahan pembunuh serangga)
  • asid stearik (lilin) 
  • toluena (bahan pelarut di industri).

Allah.. banyaknya benda mengarut! Kenapa mereka nak sangat hisap benda alah ni. Tahu tak..selain bahan-bahan atas ni, rokok juga mengandungi sejenis dadah berbahaya, iaitu nikotin. BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar pengawasan dan tindakan yang lebih tegas diambil untuk mengawal ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Apabila seseorang menghisap rokok, nikotin menyerap masuk ke dalam darahnya dan mempengaruhi otak di dalam masa hanya 7 saat dan apabila amalan ini berterusan, ketagihan menguasai dirinya.


“Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu.” 
Surah an-Nisa ayat 29


Kesan rokok kepada PEROKOK..
  • barah paru-paru 
  • penyakit jantung
  • radang saluran pernafasan (chronic bronchitis)
  • kanser (kanser mulut, kerongkong, esofagus dan peti suara)
  • bagi mereka yang mengandung boleh mengakibatkan
    • kelahiran bayi pramatang (tidak cukup bulan)
    • berisiko untuk keguguran 
    • bayi mati sebelum atau selepas dilahirkan
  • bengkak atau gelembung pada pembuluh darah arteri
  • penyakit selaput mata atau katarak
  • barah serviks
  • barah buah pinggang
  • barah pankreas
  • barah perut
  • radang paru-paru (pneumonia)
  • radang tisu serta struktur yang mengelilingi gigi (periodontitis)


Kesan kepada PENGHIDU asap rokok (secondhand smoker)..

Saya cukup tak suka bau asap rokok ni. Bukan setakat bau yang kurang menyenangkan, hidung saya juga sangat sensitif kepada bau rokok. Setiap kali terbau, saya mesti selsema. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Surgeon General Amerika, iaitu The Health Consequences of Involuntary Exposure to Tobacco Smoke: A Report of the Surgeon General ada memfokuskan kesan negatif asap rokok (sama ada yang dihembus keluar oleh perokok atau asap daripada puntung rokok) ke atas mereka yang tidak merokok. Asap rokok yang mengandungi lebih daripada 250 bahan kimia bertoksik ini boleh menyebabkan kanser dan berisiko menjadi punca kematian kepada ramai bayi dan golongan dewasa yang terdedah kepada asap rokok ini.

“Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin dan menipunya.”
(Riwayat Tirmizi)




SHAKLEE boleh bantu mereka yang nak BERHENTI..

Bagi mereka yang nak berhenti merokok, saya dengan besar hati nak suggest suplemen berikut:

1. Vitamin C || anti-oksida (merokok mengurangkan kadar vitamin C dalam badan secara mendadak)



2. B-Complex || sangat diperlukan dalam sistem selular enzim perokok yang rosak

Sumber: Duniafarisya


3. Carotomax || pemulihan membran mukosa, bagus untuk perlindungan peparu

Sumber: Ummiadni


4. Alfalfa Complex || detoksifikasi bagi melindungi peparu, hati, otak dan tisu

Sumber: Mummyfiffy


5. DTX Complex || juga untuk tujuan detoksifikasi



6. Vivix || mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular



7. Nutriferon || merangsang sistem imun

Sumber: Celik Vitamin


Kita ikhtiar dan usaha dulu ye, mudah-mudahan Allah izinkan agar dapat berhenti merokok untuk selama-lamanya. Maaflah entry kali ini agak panjang kerana saya cukup risau dengan mereka yang merokok. Kehidupan saya juga dikelilingi oleh mereka yang merokok.

Kalaulah mereka tahu saya risaukan kesihatan mereka..
Kalaulah mereka tahu mereka sedang membahayakan orang di sekeliling mereka..

Saya mohon kita semua panjatkan doa agar ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan masyarakat kita bebas dari belenggu rokok. Doa sungguh-sungguh ye semua! *


Nurul Aini Mohd Noor || 013-720 0029
Sahabat SID anda: 1103786


p/s: testimoni pengguna set 'Quit Smoke with Shaklee'



* Sumber rujukan: tulisan Dr. Danial b. Zainal Abidin M.B.Ch.B., Universiti Iskandariah

* Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnos' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.

Wednesday, 17 December 2014

Anda ada masalah rambut?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Sahabat-sahabat ada masalah rambut?


Sumber: Google


~ kering dan bercabang?
~ berkelemumur?
~ beruban?
~ keguguran rambut?
~ botak?

Orang kita biasanya beranggapan shampu dapat selesaikan masalah rambut yang mereka hadapi. Kita seronok beli shampu itu dan ini, pilih sebab terpengaruh pada iklan, botol yang cantik, bau yang wangi dan sebagainya. Tanpa sedar, rambut kita mungkin sensitif dengan bahan kimia yang digunakan dalam produk berkenaan, dan mengakibatkan masalah menjadi lebih teruk.

Tahu tak?


Sumber: Aina Suraya

Vitamin C mampu menyelesaikan masalah rambut kita. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam pemakanan seharian kita boleh membantu daripada berlakunya radikal bebas.

Radikal bebas merupakan molekul yang terhasil hasil tindakan biologi semula jadi tubuh terhadap bahan kimia yang terdapat dalam bahan bertoksin daripada alam sekitar, asap rokok, cahaya matahari, radiasi kosmik, radiasi buatan manusia (sinar-X mesin imbasan mamografi, sinar-X dan CT scan) dan ubat-ubatan moden.

Radikal bebas ini boleh mengakibatkan rambut menjadi nipis dan rapuh.


Sumber: AnakSihat



Apa kesan pengambilan Vitamin C kepada rambut?

~ rambut menjadi sihat, kuat dan lebat
~ membuang kelemumur kerana vitamin C bertindak sebagai anti viral
~ mengurangkan keguguran rambut
~ mengekalkan warna asal rambut dan melambatkan kesan penuaan pada rambut.


Sumber: Google


Apakah kesan lain bagi pengambilan Vitamin C yang mencukupi?

  • melindungi badan dari jangkitan penyakit
  • memelihara kesihatan tulang dan gigi
  • meningkatkan daya tahan tubuh badan kepada penyakit (penting untuk bina kolagen dalam badan)

Sumber: ariefasha

  • mengurangkan simptom demam
  • mengawal alergi
  • anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan
  • merendahkan tekanan darah tinggi
  • membantu saluran darah mengembang dengan baik (membantu menghindarkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada)
  • membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah
  • membantu untuk kurus dan mengekalkan berat badan yang ideal
  • membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi
  • menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata
  • boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi, dan seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang



Sumber: MadamVitamin

  • meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan (meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah)
  • meningkatkan tenaga dalam badan
  • mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada
  • mencegah dari serangan asma
  • melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari
  • mengurangkan kesan sun burn
  • menjadikan kulit gebu dan menyeimbangkan warna tona pada muka
  • mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut
  • mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.



Alang-alang tengah promosi ni, bagus kalau nak jadikan stok untuk bekalan sendiri dan keluarga.  Lagi baik kalau jadi ahli. Penjimatan berbaloi-baloi!~

Nurul Aini Mohd Noor || 013-720 0029
Sahabat SID anda: 1103786


P/s: Jom tengok testimoni mereka yang dah cuba Vita-C Shaklee ;-)




*Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan merawat,  mencegah, men'diagnos' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.