Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts
Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts

Wednesday, 11 November 2015

7 Makanan Yang Baik untuk Sarapan Pagi (Secara Umum)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum & Selamat Pagi <3


Saya ada dua quotes nak share dengan semua. Sebagai kick-start. Supaya kita sama-sama dapat mulakan hari dengan senyuman, dan bukannya muka yang kelat lagi ketat.

"Be pleasant until ten o’clock in the morning and the rest of the day will take care of itself."

[Elbert Hubbard]

"Morning is an important time of day, because how you spend your morning can often tell you what kind of day you are going to have."

[Lemony Snicket]

Dan yang pasti, mesti ambil sarapan. Sarapan yang baik adalah sarapan yang dapat menggabungkan 3 kelas makanan berikut:
  1. Karbohidrat
  2. Fiber / Serat
  3. Sedikit Protein
"Skipping breakfast can set you up for overeating later in the day."


7 Makanan Yang Bagus untuk Sarapan Pagi (secara umum)

1. Pisang
  • mengandungi karbohidrat yang dapat membantu perut kenyang dalam keadaan yang lama
  • juga mengandungi zat potasium yang berfungsi untuk menormalkan tekanan darah.
2. Telur ayam
  • mudah untuk disediakan
  • kaya dengan protein dan vitamin D

3. Tembikai
  • mempunyai kandungan air yang sangat banyak yang membantu mencukupkan keperluan air untuk tubuh kita.
  • kaya dengan likopen (membantu kesihatan mata dan jantung serta mengurangkan risiko penyakit kanser).

4. Strawberry
  • mengandungi sumber antioksidan.
  • kaya vitamin C, asam follat beserta seratnya
  • juga berfungsi membantu menstabilkan kesihatan jantung.

5. Segelas Kopi tanpa gula
  • minum kopi dalam jumlah yang teratur boleh mencegah risiko penyakit diabetes serta penyakit kanser prostat

6. Segelas Teh Panas
  • mengandungi sumber antioksidan yang berfungsi menstabilkan sistem kekebalan tubuh.

7. Tembikai susu / Honeydew
  • mempunyai kandungan air yang banyak yang boleh membantu mencukupkan keperluan air dalam tubuh kita pada waktu pagi.
  • juga mengandungi vitamin A dan vitamin C

Sumber: Tips Sehat Alami


Tapi disebabkan saya sedang mengamalkan healthy diet, saya pilih yang ni..

What inside: CINCH Shake Vanilla, CINCH Shake Chocolate & ESP

CINCH Shake 
  • mengandungi 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral serta 6 gram serat.
  • juga mengandungi leucine yang dapat membantu kita membakar lemak dan dalam masa yang sama memelihara otot badan kita
ESP
  • merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan
  • membantu kesihatan jantung
  • mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya
  • membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
Nota: Cinch dan ESP diambil sebagai meal replacement. Bancuhan (sukatan) yang betul mampu mengelakkan anda mencapai nasi lemak mengurangkan keinginan anda terhadap makanan selepasnya.


A healthy a.m. meal, can give you energy, satisfy your appetite, and set the stage for smart decisions all day long.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Saturday, 29 August 2015

Chocolate Strawberry Protein Shake

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillahirrahmanirrahim..


Boleh bayangkan bila coklat campur dengan strawberry? Manis, masam, bergabung dalam satu hidangan. Bila masuk mulut,  melebar senyum sampai ke langit Ilahi ;-)

Buah strawberry ni cantik. Dengan warna merah menyala, berbintik-bintik hitam, daun-daun hijau di tampuk tu memang menambahkan lagi serinya. Setiap kali terjumpa, mesti tergoda nak beli.


Seperkara yang saya suka tentang strawberry ialah khasiatnya yang kaya dengan Vitamin C. Vitamin C bertindak sebagai perisai kepada sel tubuh serta memberi nutrisi bagi sistem imun bertindak dengan berkesan.

Dari aspek kecantikan, strawberry bagus dalam mendetoksifikasi kulit, menghaluskan rambut dan mengecilkan pori. Kandungan vitamin C yang tinggi akan membersihkan kulit. Selain itu strawberry juga mengandungi asam salicylic yang boleh menyingkirkan sel kulit mati dan mengecilkan pori. Sementara sifat antioksidannya membantu kulit meregenerasi sel-selnya sehingga tetap kelihatan awet muda.

Bila nak makan, saya suka mix & blend dengan Cinch Shake. Minuman yang kaya dengan protein, serat, serta 24 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Tu yang bila minum, mesti cepat rasa kenyang. Sangat bagus untuk sesiapa yang nak berdiet secara sihat.


Benda baik campur dengan benda baik, khasiatnya tentulah berganda-ganda. 

Rugi siapa tak cuba.

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 20 August 2015

7 Why - Reason Not to Skip Breakfast!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum & Morning sunshine~~


Have you eat your breakfast?

Never work before breakfast, if you have to work before breakfast, eat your breakfast first.

All happiness depends on a leisurely breakfast.


7 Reasons Why You Should Not Skip Breakfast:

[1] Why?? >>>>> Good for your overall health

[2] Why?? >>>>> Improves your memory

[3] Why?? >>>>> Boosts energy

[4] Why?? >>>>> Improves your mood

[5] Why?? >>>>> Consumes more nutrients

[6] Why?? >>>>> Helps burn calories

[7] Why?? >>>>> Improves concentration


Therefore, DO NOT SKIP BREAKFAST! Learn to love your breakfast. <3

Get some idea for your breakfast here >>>> BuzzFeed Life


Lots of love,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Saturday, 13 June 2015

Jom Fit!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Cerita Betul

Bukan Lagi Beruang yang Tembam


Transformasi selepas menggunakan produk Shaklee. Saya yang dahulunya 'tembam-tembam beruang' dah susut dengan banyak.
Terus terang saya katakan saya memang ragu-ragu terhadap 'ubat kurus' di luar sana sebab sebelum mengambil supplement kesihatan Shaklee, saya pernah dapat kesan sampingan yang teruk akibat makan 3 jenama produk pelangsingan - berak darah, kulit kepala kering dan menggelupas, panas baran dan macam-macam lagi.  
Ingin ditegaskan bahawa supplement Shaklee bukan ubat kurus ya! Supplemen Shaklee membantu memperbaiki kesihatan badan agar kondusif untuk penurunan berat badan. 
Maka tak ada kesan sampingan yang buruk seperti 'ubat-ubat kurus' di luar sana yang rata-ratanya memaksa air keluar dari badan dengan kadar berlebihan. 
Betul, kawal pengambilan makanan dan senaman amat penting untuk menurunkan berat badan. Dan pengambilan set Lose Weight Shaklee memudahkan lagi usaha untuk saya turun berat badan. 
Tukarlah niat anda. Turun badan mestilah untuk meningkatkan mutu kesihatan kita. Tengok lah sendiri. Dalam 6 bulan saya boleh turun 31 kilogram. 
Bukan saja berat saya turun, tapi rambut saya semakin sihat, ruam-ruam di lengan dan belakang badan sudah berkurangan, dan tahap kolestrol pun turun.

Kalau orang lain boleh, kita MESTI BOLEH

Kegemukan dan obesiti bukan lagi perkara gurauan. Ia mungkin tak mendatangkan masalah pada diri kita sekarang. Sebab kita rasa kita sihat, boleh jalan, boleh makan. Tetapi kita tak pernah ambil tahu apa yang berlaku dalam badan kita. Jangan sampai yang dalam badan tu 'menampakkan wajah mereka'.


Faham maksud saya?

Bukan jin, bukan syaitan, bukan benda mistik tetapi penyakit yang kita 'bela' dalam badan kita sendiri. Hari-hari kita bina ia dalam badan kita. Sedikit-sedikit sampailah satu masa ia menjadi wabak dan menguasai badan kita. Bila kita dah rasa keberadaannya dalam badan, masa itu dah tiada apa yang kita boleh lakukan. Tiada jalan untuk berpatah balik. Apa yang kita boleh lakukan, hanyalah kawalan untuk melambatkan prosesnya menjadi teruk.

Jangan terus bermimpi.

Badan inilah yang menjadi perantara kita menjalani alam dunia. Perlu jaga sebaiknya. Supaya ia tak menjadi beban dan membatasi kehidupan harian kita.

Jalani pemeriksaan kesihatan.

Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor dan pakar kesihatan.

Ketahui apa yang kita perlu buat dan apa yang kita perlu kurang/tinggalkan.

Ketahui jenis senaman yang bersesuaian dengan kita.

Buat jadual makan.

Ambil makanan tambahan bersesuaian untuk membantu penurunan berat badan yang lebih sihat.

Dan yang penting, dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan pilih kawan yang boleh beri galakan dan semangat untuk kita sihat.

InshaAllah, kita semua boleh. 

Saya boleh!

Anda boleh, kita boleh!~

Jom masuk kelas~~ #Jomfitkevinzahri


Saya dah mula, anda bila lagi?

Jom Sihat Bersama Shaklee ❤

Salam sayang,

Nurul Aini || 013 720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Wednesday, 10 June 2015

Persediaan menuju Ramadhan

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


7 hari lagi menuju Ramadhan kareem.


Moga ada rezeki, ada peluang, ada kesempatan untuk sampai ke madrasah Ramadhan yang dinanti-nanti.


Saya nak tanya.. 

Ada rasa apa-apa tak dalam hati? Gembira ke, sedih ke... Ke tak rasa apa-apa. Alahai ruginya tak ada perasaan langsung. Sepatutnya kena rasa gembira. Sebab apa? sebab kita nak masuk bulan yang mana kita semua berpeluang nak pulun sebanyak-banyaknya ganjaran pahala yang Allah sediakan. Bulan inilah semua orang pakat-pakat buat solat sunat, tadabbur alquran dan maknanya, memperbanyakkan zikrullah, keluarkan sedekah, zakat, menghidupkan malam dan sebagainya.

In terms of kesihatan pula, masa ini lah semua orang berazam nak turunkan berat badan, nak kempiaskan perut, nak slim, nak buang toksin dalam badan, nak cantik. Bukan tak pernah buat diluar bulan Ramadhan, tapi bila masuk bulan puasa ni, niat, azam dan tindakan kita pasti terlebih sikit semangatnya. Bergantunglah pada niat masing-masing. Kita akan dapat seperti apa yang kita niatkan. So niatlah yang baik-baik, buat yang baik-baik, yang Allah pun suka.


Sudah bersediakah tubuh kita untuk hadapi Ramadhan nanti? Dah hampir setahun lepas asyik makan, makan, dan makan. Kalau tak praktis dengan puasa sunat saya khuatir mungkin ada segelintir yang perutnya mudah terkejut nanti.


Amaran:

Jangan jadikan GASTRIK sebagai alasan nak skip puasa. Ini bukan ibadah sunat. Ini wajib. Semua orang Islam kena laksanakan. Ikhtiarlah untuk sempurnakannya sebaik mungkin. 

Meh, saya nak ajak berpuasa dengan SET BERPUASA yang hebat ni. InshaAllah~~
  • tiada gastrik
  • tiada sakit perut
  • badan bertenaga
  • tidak lesu
  • tidak mengantuk

Ada apa dalam set ni?
  • 2 CINCH SHAKE - boleh pilih nak perisa apa setiap satu canister
  • 1 kotak CINCH Energy Tea Mix
  • 1 botol Lecithin
  • 1 botol Vita-Lea Iron Formula
  • 1 botol Herb-Lax


Banyaknya~~ Boleh tak beli asing-asing??

Boleh aje~~ tapi RUGILAH sikit.
  • tak dapat Vita-Lea free
  • tak ada bonus tunai
  • tiada harga discount 10% - 30%
  • tak dapat harga tanpa GST
  • tak dapat jana duit raya
Semua atas ni tak dapat. Rugi sangat kan~~

Buat apa nak bayar lebih kalau kita boleh berjimat cermat? Tambah - tambah lagi, satu set ni boleh dikongsi bersama satu keluarga. Semua boleh guna. Kan bagus dapat berkongsi sesuatu yang hebat dengan mereka yang tersayang. Tak jimat ke macam ni??

Jimat sangat kan!~~


Tapi berkesan ke?

Meh nak cerita. Semua produk yang Shaklee keluarkan telah melalui proses dan kajian yang sangat ketat. Semuanya untuk memastikan pengguna mendapat produk yang SENTIASA
  • SELAMAT
  • BERKESAN 
  • MESRA ALAM
Hubungi saya. Saya guide satu demi satu, sampai pelanggan berpuas hati.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013 720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 9 June 2015

CINCH Shake 'kick start' pagi anda.

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Sahabat-sahabat dah sarapan pagi ni?

Tahukah kita, kunci kejayaan mendapatkan berat badan yang ideal bergantung pada jadual pemakanan harian kita. Bukan kena ikat perut, kena tahan lapar dan sebagainya. Cukup sekadar makan pada masa yang betul dengan menu yang betul. Tidak berlebihan. Sebelum ni saya pernah berkongsi mengenai jadual makan. Waktu sarapan terbaik adalah sekitar pukul 7 pagi hingga 8.30 pagi.

Tak sempat? 

Perlu keluar awal untuk ke tempat kerja?

Jom cuba CINCH Shake~


Senang dan mudah sahaja nak sediakan. Tak perlu guna air panas, tak perlu nak susah payah. Cukup sekadar guna air mineral atau air suam.


Manfaat Bersarapan dengan CINCH Shake Shaklee:
  • Indeks glisemik rendah - sesuai untuk mereka yang ada penyakit kencing manis
  • Mengandungi Leucine untuk memelihara otot.
  • Mempunyai kandungan serat dan protein yang tinggi yang mana ianya sangat membantu kita rasa kenyang lebih lama.
  • Selamat kerana tiada perasa, pemanis dan pewarna tiruan serta soya bebas GMO (Genetically Modified Organism).

Perbezaan antara CINCH Shake dan Energizing Soy Protein:

Kedua-duanya pun bagus. ESP mengandungi protein yang tinggi, begitu juga dengan CINCH Shake. Perbezaan diantara kedua minuman berkhasiat ini adalah CINCH Shake mempunyai kelebihan berikut:
  • Tinggi Leucine
  • Tinggi serat
  • Didatangkan dengan 3 pilihan perisa
    • Coklat
    • Vanilla
    • Cafe Latte

Kenapa Leucine penting untuk tubuh kita:

Leucine adalah satu-satunya asid amino yang mempunyai kebolehan menggalakkan sintesis protein otot. Ia boleh dihasilkan sendiri oleh tumbuhan dan mikroorganisma tetapi tidak bagi manusia dan haiwan. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Leucine. Disebabkan itulah kita perlu mengambilnya daripada makanan. Mereka yang mahu menurunkan berat badan atau berkeinginan mendapatkan bentuk badan yang ideal, pejal, tidak menggeleber sana sini sangat digalakkan untuk minum CINCH Shake kerana ianya membantu menghilangkan berat daripada lemak, di samping mengekalkan otot untuk mengelakkan metabolisme merudum. Maka nanti tiadalah bahagian badan yang menggeleber khususnya di bahagian tangan, perut, peha dan betis. 

Sesuai untuk semua 'saiz badan'. Tak semestinya orang bertubuh gempal sahaja perlu minum. Mereka yang terlalu kurus pun bagus jadikan CINCH Shake sebahagian daripada menu harian.

Bagus kan? Kalau dah bagus, mesti kena cuba.


Ibarat kata mak tok saya:

Kata orang, tak kenal memang tak cinta. Jika ada yang mampu membantu nilai kesihatan kita, mengapa tidak mencuba?



Salam sayang,

Nurul Aini || 013.720.0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786


Friday, 15 May 2015

Kita adalah penentu saiz tubuh sendiri

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Cuba tengok jap ;-)


Yang mana satu kita.. Kalau belah kanan yang chubby chubby tu, bermakna ..

YOU HAVE TO DO SOMETHING.

YOU NEED TO DO SOMETHING~

YOU MUST DO SOMETHING~~

Tapi nak buat macam mana??

Kurangkan makan?

~ otot mengecut
~ air dalam badan berkurangan
~ kadar metabolisme turun mendadak

Kesannya: Anda memang boleh kurus. Kurus SEKEJAP. Badan berpotensi tinggi naik kembali dan lebih teruk, ia boleh mendatangkan gastrik.

-----------------------------------

Pil pelangsingan?

~ selera makan hilang
~ kerap loya
~ selalu pening kepala
~ boleh memudaratkan kesihatan

Kesannya: Berat badan akan turun pada peringkat awal, jika berhenti makan pil, badan akan kembali naik. Naik secara mendadak.

------------------------------------

Makan buah-buahan sahaja?

~ badan tidak bertenaga
~ nutrisi tidak lengkap
~ gizi tak seimbang

Kesannya: Berat badan akan turun. Tapi diet ini tidak kekal dan anda akan cepat putus asa kerana anda memang mudah dan cepat rasa lapar.

-------------------------------------

So nak pilih yang mana??

1. Jaga makan
Faktor gemuk atau kurusnya badan kita, 70% datangnya dari pemakanan seharian kita. So, kena jaga makan. Ambil menu yang seimbang. Sentiasa awasi jumlah kalori yang kita ambil. Pastikan pembahagian makanan dalam pinggan kita juga betul. Lebihkan sayur-sayuran, lebihkan buah-buahan. Karbohidrat dan protein hanya 1/4 bahagian saja atas pinggan makan kita.

2. Kena bersenam
Senaman mempengaruhi saiz badan kita sebanyak 30%. Mahu atau tidak kita kena juga melakukan aktiviti senaman. Buat sesuatu yang menyihatkan badan. Kena keluarkan peluh. Minimum untuk kita bersenam adalah 30 minit sehari.

3. Lebihkan minum air masak
Badan kita memang memerlukan banyak air. Lebih-lebih lagi jika kita selalu terdedah kepada cuaca panas. So, pastikan kita minum air secukupnya. Jangan risau. Air masak mengandungi 0 kalori. Tiada masalah untuk ambil lebih.

4. Ambil vitamin/ suplemen/ makanan tambahan

Anda perlu ambil. Kena ambil.

Sebab??

Badan kita perlukan banyak mineral, zat, vitamin, dan sebagainya. Punca masalah di sini adalah tak semua zat-zat dan vitamin yang badan kita perlukan boleh dapat dalam makanan harian kita. Itu sebabnya mahu atau tidak, memang kita kena ambil makanan tambahan untuk cukupkan semua yang kita kurang. Dalam hal ini, kena pandai pilih suplemen yang betul. Pastikan ia sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Perlu rujuk doktor atau pakar nutrisi. Dapatkan khidmat nasihat dari mereka jika perlu. 

Jika sahabat-sahabat berminat memilih Shaklee, ini adalah suplemen/ vitamin yang suka untuk saya syorkan untuk kesihatan tubuh:

1. Lecithin & Omega Guard


  • membantu pembakaran lemak
  • menurunkan paras kolesterol
  • mengurangkan selera makan

2. Alfalfa atau Herb-Lax


  • membantu proses penghadaman
  • mengurangkan angin dalam badan
  • membuang toksin dari dalam badan
  • mencuci usus
  • mengempiskan perut yang buncit

3. ESP atau CINCH Shake


  • memelihara otot supaya tidak menggeleber
  • membekalkan tenaga harian
  • boleh dijadikan pengganti menu harian
  • kenyang, tahan lebih lama

4. Vita-Lea Iron Formula

  • suplemen terpenting untuk diet, menurunkan berat badan 
  • membantu badan rasa bertenaga
  • mengelak rasa lesu
  • menjadikan kulit sentiasa tegang


Ini hanyalah sebahagian sahaja dari khasiatnya. Setiap produk Shaklee mempunyai kelebihan dan manfaat yang berderet-deret. Memang berbaloi habis~~

Semoga entri ni bermanfaat kepada sahabat-sahabat semuanya. 

Saya doakan saya dan anda semua berjaya dapatkan berat badan yang ideal serta sihat sempurna.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Sunday, 19 April 2015

Gabungan Terbaik Menu Pagi Hari

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Assalamu'alaikum.. Morning all~~ ;-)


Fefeeling best bermenu baru pagi ni: CINCH SHAKE & ESP. Ambil 1 scoop setiap satu. Campur air suam atau sejuk, kemudian boleh blend atau shake atau kacau gitu je pun ok. Try minum... Hmmmmmm sedap! :-D


Tengok gambar nampak putih tapi sebenarnya warna coklat cair cair, warna latte ;-) Betul, memang ada caffein, tapi sangat sangat sedikit dan semestinya lebih selamat berbanding minuman berkafein yang lain.

Wajib cuba. Dah cuba terus jatuh cinta!

Salam hujung minggu~

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 17 April 2015

Berat Badan Ideal

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Tak perlu sampai macam ni kot kalau nak kurus. Sebenarnya kita tak perlu pun kurus. Cukup setakat kita memiliki bentuk dan berat badan yang ideal. Ada orang sanggup ikat perut, tahan lapar untuk elak dirinya bertambah gemuk. Itu bukan cara yang betul. Tindakan begitu hanya akan memudaratkan kesihatan kita kelak.

Bagi yang nak ikhtiar untuk dapatkan bentuk badan yang ideal, sesuai dengan ketinggian yang kita miliki, boleh cuba Set Shape Up Shaklee.


Ingat ni..

1. Tak perlu tahan lapar
2. Ambil makanan yang seimbang
3. Amalkan vitamin dan makanan tambahan
4. Lebihkan minum air masak
5. Buat senaman 30 minit sehari.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

* Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Meh tunjuk sikit testimoni mereka yang dah rasa.



Wednesday, 8 April 2015

Jangan sampai jadi kon terbalik!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Semua orang tahu bagaimana bentuk kon. Bahagian atas berbentuk muncung dan tajam. Menurun ke bawah mengikut bentuk fizikal kon tersebut, diameternya semakin bertambah hingga ke tapak kon. Keluasan tapak berperanan menyokong struktur kon berkenaan supaya tidak jatuh.

Cuba bayangkan kalau kon ini diterbalikkan? Pasti ia tidak boleh 'berdiri' dengan kukuh. Setiap kali cubaan untuk menegakkannya, pasti ia tak akan ambil masa yang lama untuk terjatuh semula.

Cuba letak analogi ini pada badan kita. Apa berlaku apabila badan lebih besar dari saiz kaki? Tak stabil bukan?

Hari ini kita pasti boleh berjalan seperti biasa. Kita hidup, makan, minum, bekerja seperti biasa. Dalam diam, kaki yang selama ini mengikut sahaja kemana kita bergerak, dah tak mampu lagi menampung saiz badan kita yang makin membesar. Kita mula rasa lenguh-lenguh kaki, lutut pun dah berbunyi setiap kali nak bangun dan duduk, pergelangan kaki pun terasa beralih.


Selesakah begini? 

Inilah yang saya alami beberapa bulan sebelum ini. Sekarang saya sedang berusaha untuk dapatkan semula berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian saya.

Jom bersama-sama saya, kita cabar diri!

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda. 1103786


p/s: Sekarang saya sedang consume Cinch (pembinaan otot supaya tiada bahagian yang menggeleber), Lecithin (untuk pembakaran lemak dalam badan), Herb-Lax dan Alfalfa (sebagai agen detox-pembuangan toksin dari dalam badan).

Sunday, 5 April 2015

Set Turun Berat Badan Shaklee

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Alang-alang Shaklee dah bagi promosi macam-macam ni, jom pakat-pakat turunkan berat badan bulan ni. Kalau sampai slim tu kira bonus la untuk kita. Tapi fokus utamanya:

~ Badan sihat
~ Tak sakit lutut (sebab badan besar, kaki kecik)
~ Senang nak solat
~ Badan tak berbau (badan besar sebabkan kita kerap berpeluh
~ Tak nak obesiti
~ Tak nak diabetes
~ Tak nak gout
~ Senang nak cari baju

Saya sediakan set seperti berikut :-)





Mai pilih...mai pilih~~

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

* Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Wednesday, 1 April 2015

GST: Great Sales Today [Promosi Shaklee April 2015]

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah

01.04.2015 ~~ 

Semua gerun tunggu tarikh ni kan?? Tapi Shaklee ada promosi best untuk semua. Jom tengok..


GLA Complex:
  • Beli 6 PERCUMA 1
  • Beli 2 DISCOUNT 5%

Lecithin: 
  • Beli 6 PERCUMA 1
  • Beli 2 DISCOUNT 5%

Vita-Lea for Children: 
  • Beli 3 PERCUMA 1

DTX Complex:
  • Beli 3 PERCUMA 1

Cinch Chocolate/ Cafe Latte
  • Beli 3 PERCUMA 1

GST ~ Get Shaklee Today
GST ~ Great Sales Today

Psst.. Jangan risau. Tiada KENAIKAN HARGA untuk SEMUA produk Shaklee. So, boleh beli dengan harga seperti selalu ;-)

Sms/whatsapp saya untuk pertanyaan lanjut ye.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786