Tuesday 9 June 2015

CINCH Shake 'kick start' pagi anda.

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Sahabat-sahabat dah sarapan pagi ni?

Tahukah kita, kunci kejayaan mendapatkan berat badan yang ideal bergantung pada jadual pemakanan harian kita. Bukan kena ikat perut, kena tahan lapar dan sebagainya. Cukup sekadar makan pada masa yang betul dengan menu yang betul. Tidak berlebihan. Sebelum ni saya pernah berkongsi mengenai jadual makan. Waktu sarapan terbaik adalah sekitar pukul 7 pagi hingga 8.30 pagi.

Tak sempat? 

Perlu keluar awal untuk ke tempat kerja?

Jom cuba CINCH Shake~


Senang dan mudah sahaja nak sediakan. Tak perlu guna air panas, tak perlu nak susah payah. Cukup sekadar guna air mineral atau air suam.


Manfaat Bersarapan dengan CINCH Shake Shaklee:
  • Indeks glisemik rendah - sesuai untuk mereka yang ada penyakit kencing manis
  • Mengandungi Leucine untuk memelihara otot.
  • Mempunyai kandungan serat dan protein yang tinggi yang mana ianya sangat membantu kita rasa kenyang lebih lama.
  • Selamat kerana tiada perasa, pemanis dan pewarna tiruan serta soya bebas GMO (Genetically Modified Organism).

Perbezaan antara CINCH Shake dan Energizing Soy Protein:

Kedua-duanya pun bagus. ESP mengandungi protein yang tinggi, begitu juga dengan CINCH Shake. Perbezaan diantara kedua minuman berkhasiat ini adalah CINCH Shake mempunyai kelebihan berikut:
  • Tinggi Leucine
  • Tinggi serat
  • Didatangkan dengan 3 pilihan perisa
    • Coklat
    • Vanilla
    • Cafe Latte

Kenapa Leucine penting untuk tubuh kita:

Leucine adalah satu-satunya asid amino yang mempunyai kebolehan menggalakkan sintesis protein otot. Ia boleh dihasilkan sendiri oleh tumbuhan dan mikroorganisma tetapi tidak bagi manusia dan haiwan. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Leucine. Disebabkan itulah kita perlu mengambilnya daripada makanan. Mereka yang mahu menurunkan berat badan atau berkeinginan mendapatkan bentuk badan yang ideal, pejal, tidak menggeleber sana sini sangat digalakkan untuk minum CINCH Shake kerana ianya membantu menghilangkan berat daripada lemak, di samping mengekalkan otot untuk mengelakkan metabolisme merudum. Maka nanti tiadalah bahagian badan yang menggeleber khususnya di bahagian tangan, perut, peha dan betis. 

Sesuai untuk semua 'saiz badan'. Tak semestinya orang bertubuh gempal sahaja perlu minum. Mereka yang terlalu kurus pun bagus jadikan CINCH Shake sebahagian daripada menu harian.

Bagus kan? Kalau dah bagus, mesti kena cuba.


Ibarat kata mak tok saya:

Kata orang, tak kenal memang tak cinta. Jika ada yang mampu membantu nilai kesihatan kita, mengapa tidak mencuba?



Salam sayang,

Nurul Aini || 013.720.0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786


No comments: