Showing posts with label Sakit Pinggang. Show all posts
Showing posts with label Sakit Pinggang. Show all posts

Wednesday, 4 March 2015

Ibu direhatkan sepenuhnya hari ni..

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Simptom yang ibu lalui dikenali sebagai Siatika. Boleh baca lanjut di sini.

Makanya, hari ni hari rehat untuk ibu. Kami sepakat untuk ambil cuti kecemasan. Mujur orang di ofis sangat memahami. Moga Allah permudahkan semua urusan di ofis.

Sebelum sarapan pagi tadi ibu dah telan Vivix. Lepas siap semua, saya bagi AJHT dan OsteMatrix pula dan sekarang ibu tengah rehat. Moga surut sakit belakang tu nanti.

Untuk kami pula, haruslah minum Cinch Tea dan Performance Drink supaya tak cepat letih. 'Bekerja' di rumah tak sama macam di pejabat. Memang terbaiklah mereka yang menjadi surirumah sepenuh masa.

Semoga ibu cepat-cepat sihat.

Salam sayang,

Nurul Aini
Putrajaya 1246

Kesihatan Mereka Keutamaan Saya

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Petang tadi, dalam perjalanan pulang ibu sms meminta saya belikan panadol muscle pain. Hati saya tak sedap. Setiap kali berhenti di lampu isyarat merah, tiap kali tulah saya sms ibu. Ibu mengadu sakit pinggang. Saya minta ibu makan OsteMatrix. Ikhtiar saya untuk elakkan ibu bergantung harap pada panadol.

Sampai di rumah, saya lihat ibu tak senang duduk. Terbatas semua pergerakannya. Nak duduk sakit, nak bersila sakit, nak baring pun sakit. Nak bawa ke klinik, ibu tak nak, khuatir caj rawatan menjadi 2 kali ganda.

Selesai makan malam, saya minta ibu makan Omega Guard, dengan harapan, andai Allah izinkan, ia boleh membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi, di samping menjadi pelincir untuk memudahkan pergerakan.

Sebak saya tengok ibu solat duduk. Allah sahaja tahu perasaan yang terpendam. Usai solat, saya dan kakak bersilih ganti menggosokkan pinggang ibu sambil bacakan Surah al-Thariq, ayat 1-7. 

Sebelum tidur, saya suapkan sesudu besar Vivix. Semoga pagi nanti, sakit tersebut hilang sepenuhnya. Kami ikhtiarkan melalui suplemen dan juga perubatan melalui ayat al-Quran. Both ways. Usaha tetap perlu, doa sebagai penguat, hakikat kesembuhan itu dari Allah.

Alhamdulillah.. mujur juga Allah datangkan kesakitan tu tatkala ibu berada di sini. Kebiasaannya hanya ada ibu, ayah, nenek, dan along (abang) di rumah Kluang. Ibu lah yang akan menguruskan nenek sendirian. Bila ada di sini bersama kami (saya dan kakak), dapatlah kami bergilir-gilir jaga nenek; memandikan, menyediakan ubat, menyuap makan, menukar alas tilam dan sebagainya.

Ada seperkara lagi yang membuatkan saya bersyukur bila ibu, ayah dan nenek ada di sini. Jika mereka kurang sihat, saya ada stok suplemen tambahan sentiasa tersedia untuk mereka. Inilah niat utama saya memilih Shaklee. Saya nak beli makanan tambahan terbaik untuk keluarga. Bila saya capai target, bonus saya untuk mereka. 

Saya nak kaya!
Saya nak sediakan kos rawatan untuk keluarga!
Saya mahu bawa mereka tunaikan umrah dan haji walaupun cuma sekali!
Saya nak sentiasa ada untuk mereka bila sahaja mereka memerlukan!
Saya tak nak berhutang dengan sesiapa!
Saya nak jadi orang yang memberi bukan menerima!

Ini cerita cita saya. Ini impian saya. Moga Allah kabulkannya~ 

p/s: Doakan ibu saya cepat-cepat sihat ye. Hati saya tak keruan untuk bekerja pagi nanti. Antara mahu jaga ibu di rumah atau berada di ofis untuk urusan penting berkaitan projek yang perlu disegerakan. Allah~

Salam sayang,

Nurul Aini 
Putrajaya 0313