Showing posts with label Kegatalan (Rashes). Show all posts
Showing posts with label Kegatalan (Rashes). Show all posts

Monday, 14 September 2015

Jerebu melanda negara lagi!

Teks olahan: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Jerebu, semakin hari semakin teruk, semakin hari semakin kabur penglihatan, semakin hari semakin susah untuk bernafas dengan nyaman.

Pencemaran udara tidak boleh dipandang ringan atau 'dilayan' secara sambil lewa. “Jika air yang tercemar, kita mempunyai pilihan untuk mencari sumber yang bersih tetapi apabila udara tercemar kita masih perlu bernafas seperti biasa.

“Air yang diminum melalui beberapa proses di dalam badan sebelum diserap ke dalam darah dan keluar sebagai air kencing dan peluh, sedangkan udara yang disedut terus masuk melalui hidung dan diserap di paru-paru.

Kajian menunjukkan jerebu bukan sahaja membawa asap tetapi juga bahan-bahan lain semasa bertiup dari kawasan pembakaran seperti
  • partikel
  • mikrob
  • toksik (bahan kimia)
  • alahan

“Bahan-bahan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti:
  • asma
  • bronkitis
  • batuk
  • demam
  • selesema
  • penyakit kulit
  • sinus

Semasa jerebu, kita tidak digalakkan keluar rumah tetapi adakah persekitaran di dalam bangunan sihat?

Orang ramai perlu memastikan persekitaran di dalam bangunan, rumah serta kereta bersih bagi mengurangkan kesan jerebu. “Jika air, kita menggunakan penapis air, bagaimana pula dengan udara?

Apabila berada di dalam rumah, kita perlu pastikan keadaan persekitaran rumah yang bersih. Pastikan:
  • aliran udara yang baik
  • penghawa dingin diservis dan berfungsi dengan baik
  • permaidani perlu sentiasa dibersihkan
  • minum air yang banyak
  • pakaian dicuci dengan bersih 
  • keadaan dalaman kereta yang bersih.



Pencemaran udara adalah campuran antara bahan semulajadi dan perbuatan manusia termasuk pembakaran hutan dan lain-lain yang menghasilkan partikel kecil, ozon dan gas seperti nitrogen oksida, karbon monoksida dan bahan-bahan kimia yang berada di udara yang disedut oleh manusia.

Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan:
  • kegatalan pada kulit
  • rasa pedih pada mata
  • lelah
  • bronkitis
  • resdung 
Jika berpanjangan boleh mengakibatkan penyakit:
  • kardiovaskular
  • darah tinggi 
  • kematian

Terdapat juga bukti yang menunjukkan pendedahan udara tercemar secara berpanjangan juga boleh membantut perkembangan paru-paru di kalangan kanak-kanak.


“------------------
AWAS
------------------

Kita masih terdedah kepada jerebu bila berada di dalam bangunan tertutup kerana udara tercemar masih boleh masuk melalui saluran udara luar (fresh air) yang masuk ke dalam unit penghawa dingin sepusat (Air Handling Unit). “Oleh itu langkah berjaga-jaga masih perlu di ikuti sebagaimana berada di luar bangunan.


Langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya masalah jerebu:
  • Gunakan topeng hidung dan mulut yang bersesuaian
  • Hadkan penggunaan jalan raya
  • Elakkan makan di tempat terbuka atau makan makanan yang terdedah (contoh: gerai-gerai tepi jalan), dikhuatiri ia turut tercemar dengan bahan pencemar yang ada dalam jerebu.


Biasanya makanan yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya yang ada dalam jerebu dikhuatiri akan memberikan kesan negatif kepada pengguna.

  • Kurangkan aktiviti luar (contoh: sukan)


Ramai yang tidak sedar mengenai bahan kimia dalam jerebu yang masuk ke dalam tubuh badan dan kesan jangka panjang akibat pendedahannya.


Jerebu sebenarnya menyebabkan masalah kesihatan awam dan kesihatan pekerjaan secara tidak langsung. “Ini melibatkan mereka yang bekerja di luar seperti petani, ranjer, polis, posmen, pegawai penguatkuasa dan pekerja binaan.

Perlu diingatkan bahawa, bahan-bahan pencemar yang ada dalam udara bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan manusia tetapi juga kepada haiwan dan tumbuhan serta didapati mengurangkan nilai estetika bangunan (menjadikannya pudar).


Apa vitamin Shaklee yang boleh dicadangkan untuk meningkatkan imunisasi badan semasa berlakunya jerebu?

  1. Vivix: memastikan kesihatan yang optimum
  2. Nutriferon: berperanan sebagai antibiotik semulajadi kepada badan
  3. Chewable Vita-C Plus: menyokong proses detox yang berkesan
  4. Garlic Complex: komponen terbaik untuk memastikan badan yang sihat
  5. CoQ Health Plus: menyokong pengawalan antioksidan dalam badan
  6. Performance Drink (PD): memberikan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
  7. Omega Guard: membantu sistem pertahanan badan.




Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya, Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.

Lindungi keluarga kita hari ini.

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Sumber: Utusan

Semakan bacaan IPU terkini: APIMS DOE Malaysia
Bacaan IPU hari ini setakat jam 11 pagi tadi

Bacaan IPU hari ini setakat jam 11 pagi tadi
Bacaan IPU hari ini setakat jam 11 pagi tadi

Sunday, 26 July 2015

Basic H - Cucian Jadi Lebih Mudah

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Sebelum ni saya tepek (baca: letak) testimoni orang lain. Geram tengok gambar mereka, jadinya cuti raya minggu lalu, saya 'lenjan' Basic H untuk cuci satu rumah.

1. Kerak degil pada kuali & periuk

Mula-mula saya guna Basic H untuk basuh periuk dan kuali yang berkerak. Kalau biasa-biasa dulu kita rendamkan dengan air untuk 10-30 minit supaya kerak tu lembut sikit dan senang nak sental dengan berus dawai. Tapi bila dengan Basic H, titiskan berapa titik sahaja, lepas seminit, terus basuh. Senang betul. Tak perlu nak sental beriya sangat,

2. Minyak atas lantai

Satu hari tu, ketika sibuk nak siapkan kuih raya. Minyak mazola tertumpah tanpa sedar. Habis melambak satu dapur. Selepas lap minyak tersebut dengan kertas tisu, saya titiskan beberapa titik Basic H atas lantai. Kemudian kesat pada kawasan yang terkena minyak. Alhamdulillah, bersih. Tiada rasa melekit dan tidak licin.

3. Darah pada tikar buluh

Tempoh hari, kaki ayah terluka kerana terkena serpihan kaca. Darah pekat meleleh sampai terkena tikar buluh. Mula-mula saya bersihka dulu darah tersebut. Cuci dengan air. Tetapi kesan darah masih melekat pada bebenang tikar berkenaan. Saya ambil Basic H dan tuangkan beberapa titik pada kesan darah berkenaan. Alhamdulillah, warna benang kembali kepada asal. Tiada lagi kesan darah - bau, warna atau rasa.


4. Warna kunyit pada blender (mesin pengisar)

Ingat kan gambar yang saya share dalam entri sebelum ni? (klik sini) Pengguna tu basuh blender dengan menggunakan Basic H. Teruja nak cuba. Selepas blend bahan-bahan nak menumis rendang (diantaranya adalah kunyit), saya rendamkan blender berkenaan dalam besen berisi air yang juga telah dititiskan beberapa titik Basic H. Sementara nak tumis dan kacau rendang atas dapur, saya biarkan blender tu terendam seketika, Amazingly!~ Alhamdulillah kesan kunyit dan lada berjaya dihilangkan. Baik kesan baru dan yang lama, semua telah tiada. Dah macam blender baru!

5. Tompokan najis cicak atas lantai

Pagi Syawal baru sempat nak mengemop lantai. Excited nak mop dengan Basic H. Saya gunakan beberapa titis Basic H sahaja. Mula-mula saya perasan, kesan degil atas lantai sangat mudah nak ditanggalkan, Di kawasan penjuru pintu biasanya adalah kawasan cicak 'melepas hajat'. Kalau dulu, nak kena guna berus untuk hilangkan najis yang dah melekat lama pada lantai. Tetapi, dengan Basic H, sekali mop sahaja, kesan najis pun hilang. Alhamdulillah!~

6. Gatal-gatal pada tangan

Ada satu hari tu, tangan kakak saya gatal-gatal. Tangan tu memang ada rashes - on and off. Tapi kakak kata, sekali datang memang merenyam rasa. Jadinya, masa rasa gatal-gatal hari tu, saya suruh kakak rendamkan tangan yang gatal tu dalam air yang dicampurkan dengan beberapa titis Basic H. Alhamdulillah, berkurangan sikit rasa gatal tu.

Setakat ini, hanya ini sahaja yang sempat saya try. InshaAllah balik hujung minggu nanti, kita cuba basuh kereta pula.

Sungguh, pelbagai guna dan cucian jadi lebih mudah! Siapa nak, jom order~



Salam sayang, 

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786