Tuesday 15 September 2015

AMARAN: Jangan Bancuh Soya dengan Air Panas

Teks olahan: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..



Tahukah anda?

Energizing Soy Protein (ESP) tidak boleh sama sekali dibancuh dengan air panas.

Persoalannya, KENAPA?

Biasa kalau beli ESP ni, mesti SID akan bagitahu: 

"Jangan bancuh ESP dengan air panas ye. Guna air sejuk atau suam-suam kuku je.."


Wajah asal Protein Soya ESP

Persoalannya, KENAPA?

Meh nak share info ni. Sebenarnya bukan ESP sahaja, semua jenis vitamin yang mengandungi protein (tidak kisah apa-apa brand sekalipun) tidak boleh di bancuh dengan air panas melebihi 40 darjah celsius. Susu yang dipam dan telah disejukbeku pun tak boleh simply reboil atas dapur. Even susu formula juga tidak dibancuh terus dengan air panas. Untuk suplemen Shaklee, produk lain yang juga tidak boleh dibancuh dengan air panas adalah Mealshakes dan Cinch Shake



Jika kita campurkan protein dengan air yang panas, ia akan menyebabkan proses “protein denaturation” ataupun “penyahaslian/denaturasi protein” berlaku. Proses ini melibatkan perubahan sifat struktur protein akibat terdedah kepada suhu yang tinggi dan lain-lain. Kesannya, khasiat dalam vitamin atau makanan tambahan itu akan berkurangan. 

Proses Denaturasi Protein

Sebenarnya protein soya sangat sensitif kepada haba. Sekiranya ia diproses pada suhu yang tinggi, protein penting yang terkandung di dalamnya akan termusnah. Sebenarnya soya yang baik adalah soya yang dimasak pada suhu yang rendah dan tidak merosakkan molekul asid amino.




Tahukah anda?

Air soya yang dijual di pasar malam mahupun soya kotak, soyanya dimasak pada suhu yang sangat tinggi.

Sudah dimaklumkan seperti di atas bahawa protein sangat sensitif pada haba. Oleh yang demikian, bila ia diproses dengan cara yang salah (menggunakan air bersuhu tinggi), ia boleh merosakkan rantaian asal molekul asid amino yang terdapat dalam soya tersebut. 

Apabila perkara ini berlaku, tanpa disedari kita mengundang kehadiran radikal bebas dan tanpa sedar sel-sel yang tidak normal telah terbentuk. Inilah berkemungkinan kenapa timbulnya isu orang kaitkan soya dengan kanser. Allahu'alam. 

Oleh sebab inilah, ESP tidak boleh dibancuh dengan air panas. Bukan sekadar risau akan hilangnya zat tetapi kita khuatir suhu yang panas dan tinggi akan menyebabkan rantaian ikatan molekul asid amino akan berubah dan lama-kelamaan ia akan menyebabkan terhasilnya radikal bebas di dalam sel badan kita.

ESP Berkualiti Tinggi

Untuk pengetahuan anda, ESP Shaklee ialah protein soya berkualiti tinggi yang diiktiraf di seluruh dunia. ESP sangat berbeza dengan susu soya yang lain kerana ia merupakan merupakan produk yang telah melalui pelbagai ujian klinikal yang sangat ketat. Bahan utamanya ialah kacang soya non-GMO (yang tidak diubahsuai secara genetik) dan ianya diproses menggunakan suhu yang rendah. 

Jadi, jika anda ambil (minum) soya untuk khasiat dan manfaatnya bagi tujuan kesihatan, anda perlu fikir 2-3 kali, pertimbangkan semula soya mana yang patut anda minum.


Tak nak rugi, buat seperti yang dibagi. Bancuh ESP dengan air sejuk atau suam. Yang penting bawah dari 40 darjah celcius.

 :-)

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Sumber: 
  • myfawa.com
  • authoritynutrition.com

No comments: