Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Saturday, 13 February 2016

Insomnia masalah susah tidur

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Dah pukul 3 pagi. Belum tidur lagi?

Susah nak tidur ke?

Kenapa? 

Insomnia

Insomnia merupakan sejenis gangguan tidur yang mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah untuk tidur. Secara fisiologinya, insomnia bukanlah sejenis penyakit. Ia berlaku kepada hampir semua orang, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Namun begitu, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihadapi mengganggu rutin harian individu terbabit.

3 Ciri-ciri Insomnia

Gejala insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut:

1.  Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

2. Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

3. Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)


3 Tahap Insomnia

1. Ringan

Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

2. Sederhana

Masalah ini berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah (senang) rasa tersinggung.

3. Kronik

Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Menurut National Sleep Foundation (NSF), hampir 6 dari 10 orang warga US mengalami insomia dan masalah tidur. 

Kebanyakan yang mengalami insomnia akan mengambil ubat tidur untuk tidur. Ubat tidur memberi kesan tidak baik untuk jangka masa panjang. Kesan dadah dalam badan boleh menyebabkan khayal dan boleh meningkatkan risiko kemalangan. Ia juga mengganggu ingatan dan keberkesanan kerja di tempat kerja dan rumah.

Tahu tak?

Kesukaran untuk tidur malam ada kaitan dengan kekurangan Kalsium dan Magnesium dalam nutrisi harian.

Dari pandangan pakar nutrisi, beberapa kajian mendapati terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam. 

James F. Balch, seorang doktor dan juga penulis yang bertanggungjawab menghasilkan buku "Prescription for Nutritional Healing" memberitahu:

"Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh tidur semula sekiranya terjaga"

Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur. Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan berada pada paras paling tinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement).


Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

Willian Sears, seorang doktor memberitahu

"Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur"

Kurang Magnesium punca Insomnia

Sebab utama insomnia yang kronik adalah kerana kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota.

Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.


Ostematrix Pilihan Terbaik atasi Insomnia


Kenapa kita memilih Ostematrix untuk tidur yang lebih lena dari jenama lain?

Kerana ia mengandungi:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Ramai yang percaya bahawa keperluan untuk tidur akan berkurangan apabila usia semakin meningkat. Sebenarnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur, tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.

Tidur yang 'sihat' dan 'berkualiti' penting untuk tubuh, terutamanya otak serta organ-organ  lain supaya kesemuanya dapat berfungsi secara optimum.

Ambil wudhu'.

Baca 3 Qul.

Ulangkali baca lafaz basmalah.

Cubalah tutup matamu.



Selamat malam~

Nurul Aini || 013-720 002
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 4 February 2016

5 Sebab Ostematrix & B Complex Elak Susah Tidur Malam

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah..

Si comel dah standby nak tidur :-)

Assalamu'alaikum :-)

Alhamdulillah baru dapat update blog. Semalam waktu macam ni tak sampai lagi rumah. Dari balik kerja, terus singgah Alamanda cari hadiah CNY untuk kawan. Lepas dinner dan solat, terus ke rumah 'toh puan' (Haha.. jangan marah. Nanti kena jual).

Cik 'toh puan' a.k.a Kak Leen (sebelah kiri) dengan maknya.
Juga merupakan pengguna Shaklee B Complex.
(Sumber: facebook Kak Leen - dengan izin)
Cik kak ni kawan kakak saya. Kitorang rapat sejak belajar kat MMU lagi. Baik dan peramah orangnya. Sahabat kami ni lagi seminggu je nak bergelar isteri. Mohon sahabat-sahabat pun sama-sama doakan yang baik-baik untuk Kak Leen ni ye. Biar majlis berjalan lancar, bahagia dunia akhirat. Family gembira, Allah pun suka. <3 

Jadi semalam aktivitinya ialah menginfaqkan diri membantu apa yang patut. Sampai pukul 12.30 pagi baru gerak balik. Memang ngantuk tahap gaban teramat sangat. Boleh pulak tertinggal Cinch Tea kat rumah. Sudahnya bawa kereta tapi mata steam je. Alhamdulillah syukur selamat sampai rumah. Dah siap basuh baju, gosok gigi, basuh muka terus landing. Sambil baring tu la, ingat nak up status kat fb. Harapan~ mata lagi laju terlelap. Sebaik dah telan Ostematrix dan B Complex semalam. 

Tahu tak apa kebaikan ambil Ostematrix dan B Complex sebelum tidur?

Gabungan hebat untuk tidur yang berkualiti 

Mudah bangun pagi

Istimewanya Ostematrix ni ialah ia bantu otot kita fully relax masa tidur tu. Semua tekanan dan stress yang kita lalui waktu siang tadi akan diredakan masa kita tidur. Sebabnya kalsium Ostematrix Shaklee ni ada sifat natural tranquilizer. Bila kita tidur dengan otot yang benar-benar rehat, bangun pagi pun jadi mudah. 

Bantu atasi kekejangan dan kebas-kebas

Pengambilan Ostematrix sebelum tidur dapat membantu mengurangkan rasa kebas-kebas, cramp, sakit sendi dan gejala osteoarthritis. Seharian kita bekerja, bergerak ke sana sini. Kita paksa kaki menampung beban kita untuk berjalan ke sana ke mari; pergi site, jumpa client, turun naik tangga, main dengan anak-anak dan sebagainya. Kalau berat ideal, OK lah. Tapi kalau badan kita ni jenis terlebih 'sihat dan gebu', maka sengsaralah si kaki di hayak mengikut perintah. Jadi, Ostematrix berfungsi meredakan rasa sakit yang kaki kita alami.

Kurangkan stress

Ostematrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, serta membantu mencegah mood swing dan rasa sakit kepala. Ada orang bila stress tak boleh tidur. Apa yang diorang buat? Telan pil tidur!

Ini tidak sihat. Ubat tidur hanyalah 'penolong' untuk atasi masalah susah nak tidur. Kesan ubat tidur boleh menjadi kurang dalam masa beberapa hari digunakan. Ini akan menyebabkan seseorang akan teruja untuk tambah dos. 

Ubat tidur boleh menyebabkan seseorang hilang tumpuan. Ini boleh mengganggu aktiviti harian yang memerlukan tumpuan seperti memandu kenderaan, buat eksperimen, mengendalikan mesin berat dan sebagainya.

Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan dan tolerans apabila diambil pada masa yang panjang dan ini boleh menyebabkan kesukaran untuk menghentikan rawatan ubat berkenaan. Apabila ubat tidur diberhentikan secara mengejut, ketahuilah ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kemurungan, menggigil dan halusinasi.



Apa pula peranan B Complex untuk tidur?

Tidur nyenyak

Antara jenis vitamin B yang terdapat dalam B Complex Shaklee ialah vitamin B9 (Asid Folik). Antara fungsi Asid folik adalah membantu mengawal perasaan dan nafsu makan serta memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak.

Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika kita rasa penat, berat badan menurun dan anemia berkemungkinan kita kekurangan folic dalam darah. Antara sumber makanan untuk meningkan kadar folik anda ialah susu, sayuran hijau, tembikai susu dan juga hati.


Mudah Tidur

Selain vitamin B9, B Complex juga mengandungi vitamin B6 (Piridoksin). Vitamin B6 ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak. B6 juga membantu pemecahan karbohidrat menjadi tenaga. Ia penting untuk penyerapan vitamin B12 serta bagus untuk sistem saraf.

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf dan otot serta menyebabkan kita susah nak tidur. Sumber Piridoksin boleh ditemui dari daging lembu muda, kentang, ikan, pisang, tomato, sayuran hijau dan buah-buahan berwarna ungu.

Tapi..................

Pengambilan secara berlebihan (1000 mg sehari) boleh mengakibatkan kerosakan saraf. So, berapa banyak vitamin B6 yang kita perlukan? 

Lelaki: 1.4 mg sehari
Wanita: 1.2 mg sehari

Baca khasiat dan manfaat lain Ostematrix dan B Complex

Inilah rahsia kenapa ramai orang yang makan Ostematrix dan B Complex bagitahu diorang senang nak bangun pagi. Even tidur 4 jam je tapi bangun pagi alhamdulillah rasa segar.

Dah tiba masanya beralih kepada alternatif yang lebih selamat dan berkesan.


Selamat malam & salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 31 July 2015

Kerana 2 biji B Complex, mata berjaga hingga 6 pagi!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Lepas dinner semalam, saya telan B Complex Shaklee 2 biji. Macam selalu. Lepas tu terus sambung kerja. Kebetulan ada report nak disiapkan cepat. Sedar tak sedar, saya berjaga sampai pukul 6 pagi tadi! Tak ada pun minum kopi atau nescafe. Layan air masak je. Tapi mata ni segar sampailah kerja tu siap.

Alhamdulillah, tenaga extravaganza!

Fikir-fikir balik... Kalaulah dapat kenal B Complex ni masa belajar dulu. Student kan memang terkenal sebagai 'burung hantu'. Aktif sampai ke tengah malam. Study la, meeting persatuan, meeting program, usrah, tamrin dan sebagainya.

Bila nak berjaga sampai lewat malam mestilah ada pemangkinnya, dan kebiasaannya saya akan minum nescafe bertin-tin sekaligus. Hah lepas tu tanggunglah akibatnya. 

~ sakit kepala
~ mata dah jadi mata panda
~ badan lesu
~ letih

dan macam-macam lagi.


So, student sekalian~ Tips nak stay up tanpa bahayakan kesihatan - ambil Vitamin B Complex. Ini pilihan yang sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Berhenti ambil kafein. Sekali sekala kalau rasa nak hilangkan tekak kempunan tu, bolehlah. Tapi sekali sekala sahaja ye. Jangan selalu.

**********************

Last day offer untuk B Complex. Nak beli dengan harga murah, beli sekarang. 12.01 pagi nanti, harga back to normal.

Masuk order cepat-cepat ye.

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Wednesday, 29 July 2015

Shaklee 'teman' saya pergi beraya~

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Hampir setiap malam ada 'date' dengan saudara mara. Ziarah sambil beraya. Habis kerja sahaja, terus 'shoot' ke rumah makcik dan pakcik. Hari hari sebelum ni dah ke Bukit Jelutong dan Kota Damansara. Malam ni giliran orang Senawang pula.

Nama pun datang rumah sedara, mana boleh sekejap-sekejap, ye tak? Koman-koman, pukul 10 baru angkat punggung. Mesti lewat malam baru sampai rumah. 

Rasa seronok dan puas hati dapat datang jumpa mereka, beramah mesra, bertanya khabar, bertukar cerita dan bergurau senda. Ye lah, bukan selalu dapat jumpa. Masing-masing ada komitmen tersendiri. Waktu raya ni lah, berpeluang memanfaatkan kesempatan yang ada.

Penat?

Memanglah. Ikut rasa penat, baik duduk rumah je, layan cerita hindustan. Nak melayan penat ni, sampai bila-bila pun tak 'terubat'. Tidur 10 jam pun belum tentu dapat hilangkan rasa penat.

Tapi saya backup dengan suplemen. Bila nak travel, Cinch Tea memang tak boleh tinggal - bantu saya sentiasa segar dan sedar sepanjang pemanduan. 


Sampai rumah pula, saya telan B Complex - untuk recover energy dan memberikan tidur yang lena. 


Untuk kakak saya, bab-bab pil ni, dia kurang sikit. Dia lebih prefer Vivix - the best supplement for head-to-toe.


Alhamdulillah, ia (Shaklee) amat sangat membantu. Memang jadi 'penyelamat' setiap kali nak buat plan (aktiviti) mengejut.

Sekarang, rasa penat bukan lagi alasan. Kita mampu jika kita mahu. Pilihan, kita yang tentukan.

Belajar hargai mereka yang ada di sekeliling kita. Raikan mereka yang masih ada. Ruang & peluang tak akan menunggu kita. Manfaatkan selagi berkesempatan.

Inikan raya!~

Selamat malam semua…

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 28 July 2015

Dah ada B Complex ke? Kalau belum, mesti kena dapatkan sekarang.

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Sebelum ni saya dah cerita kebaikan Shaklee B-Complex. Tetapi persoalannya, siapakah yang memerlukannya?

Dan promosi B-Complex ni berbaloi untuk siapa?

1. Ibu yang sedang menyusukan anak.



2. Mereka yang menghadapi kesukaran membuang air besar - sembelit.


3. Wanita yang mengalami hormon yang tak stabil - ikhtiar untuk hamil.


4. Mereka yang menghadapi berat badan berlebihan.


5. Mereka yang mengalami kekurangan berat badan.


6. Ikhtiar kesuburan pasangan suami & isteri.


7. Mereka yang mempunyai lelah/athma - mengurangkan simptom asthma.

8. Mereka yang terkena ulser mulut - kekurangan vitamin B menyebabkan berlakunya ulser mulut.

9. Mereka yang mengalami sakit tekak/ tonsilitis - membantu mengurangkan bengkak.

10. Mereka yang berdepan dengan masalah pencernaan - membantu pencernaan secara normal.

11. Mereka yang mempunyai masalah pundi hempedu - membantu metabolisme kolesterol, hati dan fungsi pundi hempedu.

12. Mereka yang menghidapi Hepatitis - untuk fungsi hati yang normal.

13. Mereka yang kurang selera makan - menggalakkan selera makan.

14. Mereka yang mengalami Fatty Liver - membantu mengurangkan stress.

15. Mereka yang mengalami Hemorrhoids/ Piles - memperbaiki pencernaan, mengurangkan stress pada rektum.

16. Mereka yang mempunyai anemia (kurang darah) - membantu penghasilan sel darah merah (B12, asid folik).

17. Mereka yang menghadapi penyakit jantung/ hypertensi, strok - menurunkan stress dan fungsi kitaran.

18. Mereka yang mengalami masalah tekanan darah rendah - mengurangkan stress, dan membantu penghasilan tenaga.

19. Mereka yang mempunyai masalah Hipoglisemia / tahap gula rendah - penting untuk metabolisme karbohidrat (gula).

20. Mereka yang menghidapi Diabetes - membantu metabolisme gula dan pembebasan tenaga.

21. Mereka yang berdepan dengan masalah Gout - asid folik penting dalam metabolisme nukleoprotin.

22. Mereka yang mempunyai Hiperthyroidisma - memperbaiki sistem imun dan kelenjar tiroid.

23. Mereka yang mengalami Hipothyroidisma - memperbaiki 'pengoksijenan' & tenaga (lesu).

24. Mereka yang mempunyai batu karang - diambil dengan Magnesium (OsteMatrix), dapat menurunkan oksalat (garam mineral).

25. Mereka yang mempunyai masalah ginjal dan pundi kencing - menurunkan retensi cecair.

26. Mereka yang mengalami kebas-kebas dan kekejangan kaki - menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi dengan baik.

27. Mereka yang mempunyai penyakit Alzheimer/ lemah daya ingatan - mempertingkatkan peredaran serebral.

28. Mereka yang mengalami masalah sukar tidur/ Imsomnia - mengurangkan stress dan kegelisahan.

29. Mereka yang ada Migrain/ pening kepala - menambah aliran darah ke otak, anti-stress, dan menambah simpanan tenaga dalam sel otak.

30. Mereka yang mempunyai penyakit Lupus SLE - memelihara kesihatan kulit, membrane mukosa, darah, saraf dan sendi.

31. Mereka yang mengalami Arthritis - menghalang kerosakan saraf dan mengurangkan sakit.

.
.
.
.

Banyak lagi fungsi dan manfaat Shaklee B Complex. Memang semua wajib ada - sekurang-kurangnya 1 rumah 1 botol.

Jom order sementara tengah offer ;-)

p/s: 3 hari lagi je~

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Wednesday, 22 July 2015

Penangan CINCH Tea berjaga sampai ke Subuh!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

0505 pagi

Aduhai ~~~ 

I am still awake at this hour.. 

Penangan CINCH Energy Tea Mix la ni!


Sampai Sungai Besi tadi around 2 am. Hantar kawan kakak dekat TBS, then on the way balik dapat call, motor kawan kakak yang kami hantar tadi rosak tengah jalan. Apa lagi, berpatah balik la jawabnya. 

Gedebak gedebuk, kehulu-hilir cari lokasi 'kejadian', jumpa dengan brother yang 'shows-up-from-nowhere' sudi berhenti tengokkan motor, towing motor sampai bengkel,  gitu-gini dalam pukul 4 lebih kami sampai rumah. 

Dah jejak kaki di rumah pun mata ni bukan reti nak tidur. Sempat lagi kemas rumah, sapu lantai, lipat baju, mata masih 'terang' dengan jayanya.

Kalau ada B-Complex dengan OsteMatrix ni memang nyenyak tidur, tak mimpi-mimpi. Tetapi apakan daya, dua-dua pun tertinggal dekat Kluang. 

Berdikir zikirlah kita sampai terlena.

:-)

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 14 July 2015

Shaklee B-Complex

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Adakah anda mendapat bekalan Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, pengambilan alkohol dan preskripsi ubat - ubatan berunsurkan dadah boleh meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B dalam tubuh. 

Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi...
  • kesihatan jantung
  • sintesis DNA
  • menguruskan tekanan
  • penyaluran tenaga bagi proses metabolisme

The Perfect B


Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kita bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu, dan organ-organ penting yang lain.


Kenapa mesti Shaklee?


Shaklee B-Complex mempunyai sistem penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.




Jadi sudahkah anda cuba Shaklee B-Complex?

Tengah promosi tau. Jom grab 2-3 botol!

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Monday, 13 July 2015

Tidur lebih lena dengan Perfect B (B Complex Shaklee)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Anda stress??

Banyak sangat 'masalah dunia' yang anda fikirkan??

Tak lena tidur??

Cuba makan B Complex & OsteMatrix Shaklee.


Bangun pagi nanti pun inshaAllah tak letih. Bagi yang ada migrain, set ni memang sesuai untuk anda.

Harga runcit: RM 53.75 (kandungan: 120 biji)

Harga runcit: RM 61 (kandungan: 120 biji)

-------------------------------------------

Vitamin B Complex tengah ada offer bulan ni. Kalau namanya tengah offer, mestilah lagi rendah harganya kan?

Tunggu apa lagi??

Grab now!~


Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 2 July 2015

Berbuka dengan 'Kepsi' & Shaklee :-)

Teks: Nurul Aini binti Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Asbab hari ni berbuka puasa 'atas jalan', benda yang paling mudah, cepat dan senang untuk grab dan makan sambil bawa kereta adalah fast food. Sila jangan tiru ye.. hehe. InshaAllah dah berazam - makanan rupa ni tak boleh nak hadap selalu.

1. kos (mahal)
2. not a healthy food
3. menggemukkan

Sekali sekala, setakat sebulan sekali ok lah. Melepaskan gian makan 'atok' (baca: kfc) which is one of my favorite food sejak dulu. Tapi ini pun gigih juga nak pastikan X < Y.

X : pengambilan kalori harian (jumlah kalori yang kita makan)

Y: jumlah kalori yang kita gunakan

Selesai buka terus telan Omega Guard, Lecithin, Vitamin C dan B Complex, dengan air teh Cinch.

Omega & Lecithin ~ bakar lemak-lemak yang kita makan

Vitamin C ~ control tekanan darah

Cinch Tea ~ energy booster 

B Complex ~ menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga, juga anti stress

Cakap pasal stress ni, saya rasa saya adalah antara orang yang akan cepat tertekan bila bawa kereta. Bukan stress sebab lambat sampai, tetapi stress dengan pengguna jalan raya. Macam-macam perangai!~

So, nak elak 'meroyan' tengah-tengah highway ni, better telan B Complex. Memang membantu. Terkawal jiwa. Cewah! Of course dengan iringan zikir dan selawat. Semua pun dengan izin Allah juga kan.

Inilah ikhtiar saya untuk terus rasa cergas ketika memandu jarak jauh.

Ok nak gerak dulu. Baru lepas berhenti solat kat R&R Pagoh.

Nak order, nak tanya, nak consult mengenai produk boleh whatsapp saya. Sampai rumah mak ayah nanti saya reply satu satu.

Take care!

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Wednesday, 1 July 2015

Promosi Shaklee Julai 2015 Dahsyat!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismilah wa alhamdulillah..

Sharing dari mak tok, promosi bulan ni memang dahsyat habis. Promosi hebat untuk produk hebat! 



Ada hikmah rupanya tak jadi beli Vivix dengan B Complex semalam. Rupa-rupanya nak dapat rezeki beli stok dengan penjimatan berganda-ganda.

Ok boleh tidur sambil tersenyum! 

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 2 June 2015

Suplemen sebagai 'support-system' sepanjang kehamilan

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah ..

Masa saya pergi training tempoh hari, dapatlah berkenalan dengan seorang ibu muda ni. Cantik orangnya. Lemah lembut sahaja bila bercakap, sangat peramah. Kami bertukar cerita mengenai pengalaman masing-masing dalam Shaklee.

Adik ni kongsikan pengalamannya mengandung bersama suplemen Shaklee. Ikut ceritanya, tak banyak pun yang dia consume. Cuma ESP, B Complex dan Vitamin C. Dia fokus dan maintain 3 suplemen ni sahaja. Semuanya untuk tambah tenaga dan menguatkan sistem imunisasi badan.


Sampai waktu untuk bersalin pun disempatkan juga untuk minum ESP dan Vitamin C. Dengan izin Allah, sesuatu yang menakjubkan berlaku. Dia langsung tak rasa sakit semasa proses kelahiran. Tak rasa sakit perut, tak rasa sakit pinggang dan contraction pun tak ada. Tau tau 'jalan' dah terbuka 8 - 9 cm dah! Masa nak push baby keluar pun dia tak rasa sakit langsung. Bertuah kan~

Dia pun tak sangka dipermudahkan sehingga begitu sekali. Sahabat-sahabat Shaklee yang ada berhampiran kami yang terdengar perbualan kami pun turut terkejut. 


Maha Hebat kuasaMu ya Allah. Setiap yang berlaku semua dengan kehendakNya. Kita manusia hanya mampu berusaha, berikhtiar dan berdoa. Natijah atau ganjaran selepasnya hanya Allah layak menentukanNya.

Asal yang penting, kena usaha dulu.

So ibu-ibu yang sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil, bolehlah mula makan Vitamin C.


Alang-alang tengah ada promosi ni, baik beli sekarang. Suami isteri, ayah mak, anak semua pun boleh makan.


Berminat, boleh hubungi saya.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013.720.0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Wednesday, 25 February 2015

Set Tambah Tenaga: Vita-Lea & B-Complex

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah.. 

Seharian bekerja, perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas, dibebani kerja yang bertimbun-timbun, perlu berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan pelbagai jenis manusia, adakalanya boleh meletihkan diri sendiri. 

Letih badan, senang nak uruskan. Jika otak (minda) kita yang letih, boleh 'jammed' satu badan. Silap-silap, tak sempat nak recover sebelum datangnya hari baru.

Cuba try ni~ 




Yang Vita-Lea ni ada offer sampai Sabtu, 28 Februari ni. Memang berbaloi sangat kalau beli sekarang.

Meh pakat order cepat-cepat. 

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

* Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Thursday, 18 December 2014

Jerawat cerminan dalaman kita?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Mai nak kongsi sikit pasal JERAWAT ;-)

Sumber: Google


Perempuan. Normal kan menjerit, risau, gundah-gulana kalau muka timbul jerawat. Time ni lah komited cuci muka dengan segala pembersih muka. Sapu muka dengan toner, tepek jerawat tu dengan krim jerawat, segala bagai. Masa muka bersih, takdenye bersungguh jaga muka..

Sumber: Google


Tapi, ketahui sesuatu, jerawat bukan semata-mata kerana masalah muka. Boleh jadi jerawat yang timbul tu menunjukkan ada masalah lain dalam sistem badan kita. Cuba tengok ni..

Sumber: Fai Nardir

Cuba periksa gambar yang saya kongsikan di atas ni. Ketahui punca jerawat anda, dapatkan nasihat pakar dan pilih suplemen/produk yang bersesuaian.

Ingat ye, bukan semua produk kecantikan yang ada di pasaran menggunakan bahan semulajadi dalam 'ramuan' asas mereka. Jangan main beli je produk-produk kecantikan. Nanti jerawat tak hilang, yang dalam badan pun semakin melarat.


Jadi pengguna yang bijak!~


Nurul Aini Mohd Noor || 013-720 0029
Sahabat SID anda: 1103786


p/s: Shaklee ada pelbagai suplemen dan vitamin yang bagus-bagus, pelbagai manfaat dan kegunaan. Apa yang pasti, semua produk Shaklee berasaskan bahan semulajadi. Hanya yang terbaik untuk kita ;-)

Sumber: Ajuyarashid


* Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnos' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.

Rokok melemahkan minda!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Sumber: Google

Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Don dalam rancangannya, 30 Minit Ustaz Don, sebentar tadi,

"bagi mereka yang ... (ustaz meletakkan dua baris jarinya di mulut, menggayakan seperti seorang perokok), boleh melemahkan minda mereka"
-merokok boleh mengakibatkan otak/minda menjadi lemah-

Sumber: Google


Rokok adalah RACUN kepada diri..

Sumber: Google

Rokok mengandungi 4,000 bahan-bahan kimia yang bertoksik dan 37 daripadanya telah dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser, antaranya ialah, 
  • aseton (bahan untuk menanggalkan pengilat kuku)
  • asid asetik (cuka)
  • ammonia (bahan pencuci tandas)
  • arsenik (racun)
  • butana (cecair alat pemetik api)
  • kadmium (bateri)
  • karbon monoksida (asap dari ekzos kereta)
  • DDT / dieldrin (alat pembunuh pepijat)
  • etanol (arak)
  • formaldehid (bahan pengawet katak mati)
  • hexamine (alat pemetik api untuk majlis jamuan)
  • hidrogen sianida (racun)
  • naftalena (ubat gegat)
  • nikotin (bahan pembunuh serangga)
  • asid stearik (lilin) 
  • toluena (bahan pelarut di industri).

Allah.. banyaknya benda mengarut! Kenapa mereka nak sangat hisap benda alah ni. Tahu tak..selain bahan-bahan atas ni, rokok juga mengandungi sejenis dadah berbahaya, iaitu nikotin. BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar pengawasan dan tindakan yang lebih tegas diambil untuk mengawal ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Apabila seseorang menghisap rokok, nikotin menyerap masuk ke dalam darahnya dan mempengaruhi otak di dalam masa hanya 7 saat dan apabila amalan ini berterusan, ketagihan menguasai dirinya.


“Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu.” 
Surah an-Nisa ayat 29


Kesan rokok kepada PEROKOK..
  • barah paru-paru 
  • penyakit jantung
  • radang saluran pernafasan (chronic bronchitis)
  • kanser (kanser mulut, kerongkong, esofagus dan peti suara)
  • bagi mereka yang mengandung boleh mengakibatkan
    • kelahiran bayi pramatang (tidak cukup bulan)
    • berisiko untuk keguguran 
    • bayi mati sebelum atau selepas dilahirkan
  • bengkak atau gelembung pada pembuluh darah arteri
  • penyakit selaput mata atau katarak
  • barah serviks
  • barah buah pinggang
  • barah pankreas
  • barah perut
  • radang paru-paru (pneumonia)
  • radang tisu serta struktur yang mengelilingi gigi (periodontitis)


Kesan kepada PENGHIDU asap rokok (secondhand smoker)..

Saya cukup tak suka bau asap rokok ni. Bukan setakat bau yang kurang menyenangkan, hidung saya juga sangat sensitif kepada bau rokok. Setiap kali terbau, saya mesti selsema. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Surgeon General Amerika, iaitu The Health Consequences of Involuntary Exposure to Tobacco Smoke: A Report of the Surgeon General ada memfokuskan kesan negatif asap rokok (sama ada yang dihembus keluar oleh perokok atau asap daripada puntung rokok) ke atas mereka yang tidak merokok. Asap rokok yang mengandungi lebih daripada 250 bahan kimia bertoksik ini boleh menyebabkan kanser dan berisiko menjadi punca kematian kepada ramai bayi dan golongan dewasa yang terdedah kepada asap rokok ini.

“Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin dan menipunya.”
(Riwayat Tirmizi)




SHAKLEE boleh bantu mereka yang nak BERHENTI..

Bagi mereka yang nak berhenti merokok, saya dengan besar hati nak suggest suplemen berikut:

1. Vitamin C || anti-oksida (merokok mengurangkan kadar vitamin C dalam badan secara mendadak)



2. B-Complex || sangat diperlukan dalam sistem selular enzim perokok yang rosak

Sumber: Duniafarisya


3. Carotomax || pemulihan membran mukosa, bagus untuk perlindungan peparu

Sumber: Ummiadni


4. Alfalfa Complex || detoksifikasi bagi melindungi peparu, hati, otak dan tisu

Sumber: Mummyfiffy


5. DTX Complex || juga untuk tujuan detoksifikasi



6. Vivix || mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular



7. Nutriferon || merangsang sistem imun

Sumber: Celik Vitamin


Kita ikhtiar dan usaha dulu ye, mudah-mudahan Allah izinkan agar dapat berhenti merokok untuk selama-lamanya. Maaflah entry kali ini agak panjang kerana saya cukup risau dengan mereka yang merokok. Kehidupan saya juga dikelilingi oleh mereka yang merokok.

Kalaulah mereka tahu saya risaukan kesihatan mereka..
Kalaulah mereka tahu mereka sedang membahayakan orang di sekeliling mereka..

Saya mohon kita semua panjatkan doa agar ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan masyarakat kita bebas dari belenggu rokok. Doa sungguh-sungguh ye semua! *


Nurul Aini Mohd Noor || 013-720 0029
Sahabat SID anda: 1103786


p/s: testimoni pengguna set 'Quit Smoke with Shaklee'



* Sumber rujukan: tulisan Dr. Danial b. Zainal Abidin M.B.Ch.B., Universiti Iskandariah

* Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnos' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.