Showing posts with label Misi Turun Berat Badan. Show all posts
Showing posts with label Misi Turun Berat Badan. Show all posts

Sunday, 21 August 2016

10 Tanda Toksin Berlebihan dalam Badan

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Seronok tengok diorang yang baru lepas selesai jalani 7-Days-Detox-Challenge. Ada yang turun 2kg, ada yang turun 5kg, ada tu sampai 8kg lose weight! Dahsyat dahsyat. Tak kisah la berapa jumlah berat yang turun, yang penting semuanya semakin sihat. Dah tak ada sakit-sakit badan, sakit-sakit kaki, yang kolesterol tinggi, dah semakin terkawal. Mana yang kencing manis tu semua kata bacaan gula dah jadi cantik belaka. Alhamdulillah thummal hamdulillah!

Apa lagi, tak kepingin ke nak detox? 

Tak yah cucuk-cucuk pun. Just jaga makan. Follow je menu yang dicadangkan. Bak kata kakak-kakak ni, jangan derhaka. Haha.

Ni saya nak kongsi lagi.

10 tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan: 
========================================

Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan,
  • Badan rasa letih tanpa sebarang sebab
  • Susah bangun tidur
  • Bahagian keliling mata jadi gelap
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  • Banyak angin
  • Alahan
  • Inflamasi, sakit-sakit pada sendi
  • Sinus / selesema
  • Selulit
  • Masalah jerawat, .... dan banyak lagi.

Jangan fikir lama sangat. Jom detox!

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Sunday, 17 July 2016

Promosi Shaklee Julai 2016: Vivix

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum~~

Perghh berhabuk! Kulat sawang dah tempat ni. Allah... istiqamah.. istiqamahnya mana?? Kata minat tapi tak sempat. Kata suka tapi asyik bertunda. Asyik je kalah dengan masa. Haru!

Tak mengapa. Perlahan-lahan kayuh. Orang kata, "better late than never". Ye kan?

Banyak nak kena bersih ni. Berkarat habis! Lumut, semut, habis dah merata. Sementara nak buang semua daki-daki ni, nak mop bagi licin licau, saya share info ni dulu.


Dah tau kan?

Ke tak tahu lagi?

Shaklee offer Vivix la bulan ni. Iyee produk yang world sangat tu. Ada promosi #buy6get1free dan #buy2discount5percent

Tapi kalau teringin nak try 1, nak rasa sendiri Vivix ni world ke tak world, tapi nak beli harga promosi, ada caranya. Tak payah kenyit-kenyit mata, mengintai di balik jendela, tersipu terkepit malu, roger-roger je saya. Saya bagi sampai jadi beli.

Tak percaya? 

Meh test tengok. ;-)

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 4 March 2016

ESP ceriakan pagi semudah ABC!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum~

Salam sayyidul ayyam <3

Dah sarapan?


Semalam saya up kan poster ni dekat FB. Nak buat tapi tak cukup bahan plus Allah izin serta ringankan rasa untuk laksanakan puasa sunat semalam. So alhamdulillah masa berbuka semalam ambil peluang untuk beli sedikit barang dapur. So alang-alang dah shopping barang dapur, saya beli sekali barang-barang nak buat air best ni.

Konon nak buat semalam tapi sampai je rumah dah keletihan. Mata tak boleh buka, terasa ngantuk yang amat. Plan asal nak habiskan Al-Kahfi pun tertangguh.

SubhanaAllah pagi ni Allah berikan kelapangan untuk buat breakfast sihat ni. Saya olah sedikit. Ini bahan-bahan yang saya gunakan.
  • 1 cawan Fresh Milk
  • 1 cawan Yogurt Drink Low Fat
  • 3 scoop ESP
  • 1 biji buah pisang
  • 1 biji buah oren
Kalau ada slow juicer, boleh masukkan buah dulu. Lepas siap baru campurkan dengan susu, yogurt dan ESP. Shake shake shake dah siap. Tapi asbab saya tak ada lagi alat tu, saya masukkan semua bahan dalam blender. Sekali jalan je. Blend sampai lumat then terus tuang dalam cawan, tuang dalam botol air. Bekalan hari ni - cukup sampai ke tengahari nanti.

Simple breakfast idea :-)
Sebenarnya resipi ni simple je. Tapi renyah sikit sebab nak potong-potong buah tu. Tapi kalau nak dibandingkan dengan nak goreng nasi ke buat jemput-jemput ke saya lebih prefer yang ni. Senang pun senang. Sihat pun sihat. Tahu tak, minum ESP setiap pagi boleh membekalkan protein, kalsium, fiber dan iron untuk keperluan sel dalam badan kita. Mengandungi indeks glisemik yang rendah. Jadi gula dalam darah tak akan naik secara mendadak lepas minum. Sarapan yang cepat, mudah dan sihat yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Orang busy pun sempat sarapan. :-)

Alright, happy working!~

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 29 January 2016

Breakfast dengan menu yang salah?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Assalamu'alaikum~

Selamat pagi :-) :-) :-)


Pagi yang indah.
Langit terang.
Cuaca elok.
Awan-awan terbentuk cantik.

SubhanaAllah. Alhamdulillah.

Awak dah breakfast? Makan apa?

"Goreng telur, nugget, fries, sosej dengan air coklat satu mug."

Nugget? 

Fries??

Sosej???
.
.
.
.

Alahai sayang....

Ambil breakfast molek dah. Tapi pemilihan menu tu yang kena betulkan.

Awasi 8 P Dalam Makanan Proses

Makanan yang diproses ialah apa saja makanan yang dikotakkan, dibungkusan dalam plastik, tin atau botol kaca dan mempunyai senarai bahan-bahan campuran tertentu. Kaedah yang digunakan termasuklah mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik.

Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi atas alasan keselamatan dan memudahkan pengguna. Cuba tengok sendiri, adalah lebih senang nak buat kek dengan hanya buka kotak tepung membuat kek, campur dengan telur, kemudian tuangkan sedikit minyak berbanding memulakannya daripada zero. Dengan hanya tuang air panas dalam semangkuk mi segera, dalam beberapa minit, dah 'ready to eat' katanya.

Namun memudahkan penyediaan bukanlah satu-satunya 'nikmat' yang kita dapat. Terdapat banyak bahan lain yang dicampurkan oleh pihak pengeluar. Tahu tak apa yang dicampur sekali?
  • Pewarna untuk berikan warna kilauan neon pada soda oren.
  • Penstabil untuk pastikan kuah yang dimakan kurang berair.
  • Peluntur untuk tujuan menyahjangkitan bakteria.
  • Pengemulsi untuk mencampurkan air dan minyak.
  • Pelembut, dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim.
  • Pengawet untuk membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan!
  • Pemanis (gula manis, tetapi saccharin dan aspartame lebih manis).
  • Perisa untuk variasi rasa.

Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi bahan hampir serupa macam setin tong cat. Ia tidak semudah seperti mencampurkan sedikit jus lemon dalam adunan skon. Cuba perhatikan senarai bahan berikut bermula daripada perisa strawberi dalam susu kocak di restoran makanan segera:

Amil asetat, amil butirat, amil valerate, anetol, anisil format, benzil asetat, benzil isobutirat, asid butirik, cinnamil isobutirat, cinnamylvalerate, diasetil, dipropil keton, etil butirat, etil heptanoat, etil laktat, etil metilfenilglisidat, etil Nitrat, etil propionate, etil valerbate, heliotropin, a-ionone, isobutyl anthranilate, isobutyl butrate, minyak pati lemon, metil anthranilat, metil benzoate, metil silsilat, minyak pati pudina dan pelarut.


Ini ke yang dikatakan sedap? 

Tapi percayalah, ini hanya sebahagian. Terdapat hampir 6,000 bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang diproses. Tetapi kajian oleh Universiti UCLA ke atas kehidupan harian 32 keluarga termasuklah rutin makan malam selama 3 tahun mendapati walaupun 70 peratus keluarga memasak dan makan di rumah, namun kebanyakannya menggunakan makanan yang diproses.




3 Penyakit Akibat Makanan Diproses

Kanser

Sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen. Kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik Universiti Hawaii ke atas 200, 000 responden mendapati individu yang kerap makan daging yang diproses (hot dog dan bologna) berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.

Obesiti

Makanan yang diproses biasanya tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan yang diproses adalah punca peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik di seluruh dunia.

Obesiti boleh berlaku di kalangan orang dewasa, remaja, juga kanak-kanak. Awasi anak-anak yang (katanya) comel, 'gebus gebas', 'bam bam'. Mereka mungkin berisiko.

Penyakit Jantung

Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung.




5 Fakta mengenai Lemak Trans

(Petikan dari tulisan Dr. Helmy Hazmi)
  • Penambahan lemak trans di dalam diet harian menambahkan faktor risiko menjejaskan kesihatan yang sedia ada pada setiap individu. Lemak trans terbukti mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL (kolesterol jahat). HDL merupakan faktor lemak yang paling tepat dalam meramal kebarangkalian seseorang individu untuk mendapat serangan jantung. Lebih rendah paras HDL, lebih tinggi kebarangkalian serangan jantung.
  • Lemak trans itu sendiri mampu mengakibatkan kerosakan terhadap lapisan dalam salur darah. Bayangkan lemak trans seakan peluru berpandu yang menyerang kubu pertahanan badan atau sel-sel lapisan dalam salur darah manusia. Serpihan yang terhasil akibat serangan ini mampu menyekat laluan darah yang diperlukan oleh jantung, maka meningkatkan kebarangkalian serangan jantung.
  • Lemak trans turut menyebabkan insulin, sejenis hormon yang mengawal aras glukosa dalam darah, menjadi tidak efektif. Akibatnya, lemak trans menjadi faktor risiko diabetes. Bagi pesakit diabetik, terutamanya pesakit obes, kawalan aras glukosa menjadi lebih sukar meskipun dengan ubat dengan pengambilan lemak trans.
  • Lemak trans merupakan nutrien yang tidak mempunyai Saranan Kuantiti Pengambilan (RDA). WHO menyarankan pengambilan lemak trans kurang daripada 1% sehari. Kuantiti yang lebih rendah adalah lebih baik. Sebenarnya, tidak mengambil lemak trans langsung adalah yang terbaik.





Sumber: 
1. Majalah iSIHAT

Waspadalah dengan apa yang kita makan.

Siti cun.
Obesiti tak cun.

Reset menu sarapan pagi kita. <3




Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 28 January 2016

Bermula hanya dengan Set Bajet!

Bismillah wa alhamdulillah..

Sharing dari Puan Siera Haiyi:



"Tula siera dah kata. Kalau makan ikut cara yang siera guide..insyaAllah memang menjadi!"


One of my satistified customer. Bermula hanya dengan set bajet sahaja bawah RM 100. Lepas tu tengok berat dah mula susut walaupun hanya dengan set bajet.

Then beliau terus up ambil FULL SET. Terus lagi banyakk kilo turun. Memang puas hati lah katanya.

Now dah sign up member pulak. Katanya bila balik dah ramai yang tegur dan ramai berminat nak lose weight cara akak ni. Dan akak ni berjaya pulak guide orang-orang kampungnya sampai lose 10kg jugak!

Haaa...dasyat tak dasyat la kann..haha

Tahniah kak!! 



Saya seronok tengok perubahan akak. Saya harap akak bertambah sihat, dapat serve famili dengan baik dan dapat beribadat dengan cergas.


It's not about cutting your food. It's about EATING SMART. :-)

.
.
.
.
.

Best kan!

Nak tahu apa set bajet dan apa pulak set lengkap, pm saya. Kita story mory morning glory. Hanya untuk mereka yang serius nak sihat. <3

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Saturday, 16 January 2016

Spa kereta cairkan kalori?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum sahabat - sahabat yang dikasihi fillah (kerana Allah).

Buat apa hari ni? 

Jalan-jalan makan angin dengan family?

:-)

Fiuhhh~ alhamdulillah baru selesai cuci kereta. Kesian kat kereta tu dapat tukang bawa macam saya. Haha. Nak basuh kereta, cuaca tak menentu. Nak bawa cuci kat kedai, diorang buat kerja tak senonoh. Bayar mahal tapi tak bersih juga. Nak basuh sendiri, tunggu balik kampung la jawabnya.

Minggu ni bila dapat balik Kluang, bolehlah cuci sendiri. Puas hati.

Tapi ada something yang lebih best nak share. Tahu tak bila kita cuci kereta dengan tangan sendiri, kalori dalam badan boleh terbakar tanpa sengaja! 


Bila kita basuh, gosok, bilas dan lap kereta tu kita mampu membakar hampir 250 kalori setiap jam. Nak power lagi buat sekali hand drying, wax, basuh tayar, bersihkan sekali bahagian dalam kereta. Pokoknya lagi bersih kereta tu lagi banyak kalori yang kita bakar.

So next time bila terasa nak bawa kereta kita pergi tempat cuci kereta berbayar, keep in mind kita akan terlepas peluang besar nak blast kalori.

Jom tengok ni berapa banyak kalori boleh dicairkan dengan hanya memanjakan kereta.

(Jumlah pembakaran kalori dengan aktiviti mencuci kereta berdasarkan berat badan dan tempoh masa mencuci)

Berat = 120 Pounds (~55kg)

5 Minit – 20 kalori
10 Minit – 41 kalori
20 Minit – 82 kalori
30 Minit – 122 kalori
60 Minit – 244 kalori

Berat = 150 Pounds (~68kg)

5 Minit – 26 kalori
10 Minit – 50 kalori
20 Minit – 101 kalori
30 Minit – 150 kalori
60 Minit – 300 kalori

Berat = 200 Pounds (~91kg)

5 Minit – 34 kalori
10 Minit – 68 kalori
20 Minit – 130 kalori
30 Minit – 200 kalori
60 Minit – 400 kalori

Berat = 250 Pounds (~113kg)

5 Minit – 42 kalori
10 Minit – 84 kalori
20 Minit – 168 kalori
30 Minit – 250 kalori
60 Minit – 500 kalori

Berbaloi kan?

Kereta cantik. Tuannya pun cantik! Eh??? Haha~


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029 
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 14 January 2016

8 Tabiat Punca Metabolisme Rendah

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah.


Salah satu penyebab gagalnya diet adalah disebabkan metabolisme tubuh yang rendah.

Metabolisme rendah, bermaksud kemampuan tubuh untuk membakar kalori juga lebih sedikit. Sekuat mana pun kita bersukan, atau seketat apa pun diet yang kita amalkan, tidak akan 'berkesan' mengurangkan kegemukan jika metabolisme tubuh rendah.

Tahukah anda diet yang salah boleh menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun dan membuatkan sesuatu program diet itu gagal. Pengurangan kalori secara mendadak boleh menyebabkan metabolisme semakin lemah dan tubuh sukar untuk menjalankan proses pembakaran lemak dengan baik.

Biarpun mungkin anda berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh masa yang singkat, namun ia terus menjadi statik dan berkemungkinan akan kembali meningkat dalam tempoh tertentu.

Tubuh kita mendapat tenaga daripada kalori yang kita makan, dan tahap metabolisme kita pula menentukan berapa cepat pula kalori itu tadi dibakar. Individu bermetabolisme tinggi akan membakar tenaga lebih cepat, dengan itu membawa kepada penurunan berat badan.


8 Punca Metabolisme Rendah

KURANG MAKAN

Makanan penting bagi membakar kalori. Pengambilan makanan secara salah boleh memberi kesan buruk pada tubuh. Jika tubuh kekurangan bahan bakar untuk menjalankan fungsinya (sekitar 1200 kalori bagi wanita dan 1800 kalori bagi lelaki), tubuh akan menekan metabolisme. Ini akan menyebabkan pemecahan jaringan otot yang diperlukan tubuh untuk membakar kalori. Tidak perlu mengambil makanan yang banyak, cukuplah sekitar 430 kalori setiap kali waktu makan dan diselangi dengan 150 kalori kudapan untuk memastikan metabolisme tubuh berfungsi dengan sempurna.

MENGHINDARI KAFEIN

Kafein dianggap sesuatu yang membahayakan tubuh. Namun, kafein yang terdapat dalam kopi misalnya, boleh meningkatkan metabolisme sekitar 174 kalori per hari. Manakala, satu kajian yang dijalankan di Jepun menunjukkan, secawan teh hijau dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 12 peratus. Para penyelidik percaya, zat antioksidan yang terkandung dalam teh dapat mempercepatkan metabolisme.

MENGURANGKAN PENGAMBILAN SERAT

Tidak menggemari sayuran dan buah-buahan merupakan punca metabolisme tubuh menjadi lemah. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan tingkatkan pengambilan serat seperti roti gandum, pasta dan buah-buahan serta sayuran. kajian menunjukkan, penambahan serat boleh meningkatkan pembakaran lemak sehingga 30 peratus. Wanita yang banyak mengambil serat berupaya memperlahankan kenaikan berat badan ketika usia mulai meningkat.

KURANG MINUM AIR PUTIH

Suka minum air berperisa berbanding air putih? Jika ini tabiat anda, cuba hentikan. Kajian dari Jerman menunjukkan individu yang minum sekurang-kurangnya enam gelas air putih (sekitar 1.4 liter) setiap hari, boleh meningkatkan metabolisme dan membakar sekitar 2.5 kilogram setahun.

KURANG PROTEIN

Tubuh memerlukan protein bagi pembentukan otot selain bertindak sebagai molekul penting dalam proses metabolisme. tambahkan sekitar tiga auns daging bebas lemak, dua senduk makan kacang atau lapan auns yogurt rendah lemak ke dalam makanan seharian anda. Kajian membuktikan protein boleh membantu membakar kalori sekitar 35 peratus.

MENGURANGKAN SUMBER ZAT BESI

Makanan yang kaya dengan zat besi mampu menyebarkan oksigen ke otot. Oksigen sememangnya diperlukan untuk proses pembakaran lemak. Setiap bulan wanita akan kehilangan zat besinya sehinggalah mencapai menopaus. Jika tidak mengambil makanan yang mengandungi zat besi seperti kerang, daging tanpa lemak, bayam dan kekacang, tubuh boleh kehilangan tenaga dan menurunkan kadar metabolisme.

KURANG SUMBER VITAMIN PENTING

Vitamin D penting untuk menjaga jaringan otot untuk bekerja. Kita jarang mengambil makanan yang mengandungi vitamin D padahal tubuh memerlukan sekitar 400 IU per hari. Vitamin D boleh didapati dalam tauhu, susu yang diperkaya dengan vitamin D, salmon dan telur.

KURANG AMBIL SUSU

Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun. Terdapat kajian yang menunjukkan, pengambilan kalsium daripada susu tanpa lemak atau yogurt rendah lemak mampu mengurangkan penyerapan lemak daripada makanan lain.


7 Cara Nak Kenal Metabolisme Rendah

1. Berat lagi senang naik daripada turun

Petanda nombor satu metabolisme lembap: Your old weight loss tricks simply don’t seem to work anymore.  (Nota: kalau anda mempunyai penambahan dan penurunan berat badan yang tak menentu, saya cadangkan anda jumpa doktor dan buat pemeriksaan kesihatan untuk memastikan tiada isu berkaitan perubatan)

2. Berat badan tak turun-turun walaupun dah banyak exercise

Kita pernah dengar banyak kali: Menurunkan berat badan adalah berkaitan dengan kalori yang masuk dan keluar dari badan kita. Jadi secara teorinya, apa pun yang kita makan tak akan jadi masalah selagi mana kita bakar lebih kalori semasa bersenam. Tahu tak, pernah ada kes ada orang berlari 10 batu sehari tapi tak berjaya turunkan berat badan. Sebenarnya ia bukan soal kalori, tapi yang penting adalah apa makanan yang kita supply pada badan sendiri. Ye, senaman boleh membantu, tapi dengan syarat kita kena amalkan tabiat pemakanan yang betul. Jangan buat kerja gila seksa diri buat workout 2 jam tetapi makan tak jaga. Tak berbaloi.

3. Berat naik walaupun hampir tak makan langsung

Sesuatu yang buruk akan berlaku jika anda menyekat diet anda. Badan kita akan melalui emergency mode. Disebabkan ia tidak mendapat bekalan makanan yang mencukupi, metabolisme kita akan mula beranggapan; “eh kita dah tak banyak makan. jadi lebih baik mula menyimpan."

Badan kita sebenarnya cuba menyelamatkan nyawa kita. Daripada kebiasaannya membakar lemak untuk bahan pembakaran, ia simpan lemak untuk masa depan. Itu bukan apa yang kita inginkan. Kita hanya perlu memberi makan kepada badan dan metabolisme kita untuk turunkan berat badan. 

The key is feeding it the right foods that stoke your metabolic fire!

4. Ada benjolan lemak baru yang tak pernah ada sebelum ini

Kita semua mungkin ada 'benjolan berlemak' di bahagian tertentu yang menyebabkan kita nak turunkan berat badan. Tapi bila kita terperasan dah 'timbul' lemak dekat kawasan baru, ini mungkin petanda metabolisme kita lembap. Badan kita mencari tempat baru untuk simpan lemak. Lemak di sekitar bahagian tengah anda , misalnya, boleh bermakna tahap kortisol anda telah rosak. Apabila metabolisme kita over-taxed atau kita sedang stress, badan akan mengepam keluar lebih banyak kortisol, hormon yang akan beritahu badan kita untuk simpan lemak di sekitar perut kita. 

5. Muncul selulit di kawasan baru.

40% wanita - termasuklah wanita-wanita yang fit - mempunyai selulit di belakang peha dan pinggul mereka. Tapi kalau kita perasan ia dah muncul dekat bahagian depan peha - itu petanda metabolic red flag! Apabila badan kita mula memerangkap otot untuk bahan pembakaran, lemak lembut akan tertinggal di bahagian belakang, dikenali sebagai selulit. Kita juga akan kehilangan kolagen dan elastin, dan meninggalkan kulit anda kelihatan seperti diregangkan. Ini juga menyebabkan selulit lebih senang kelihatan, This can also make cellulite more noticeable, dan mana-mana lemak badan mula kelihatan lumpy dan distorted.

6. Tumit pecah dan kering. Rambut juga banyak gugur

Tiroid bukan sahaja superstar metabolik, tetapi ia juga berkongsi tanggungjawab untuk memastikan kesihatan kulit, rambut dan kuku. Kulit yang kering dan pecah - pecah - terutamanya di bahagian tumit - adalah satu petunjuk bahawa tiroid se'efficient' seperti yang diharapkan . Rambut gugur, terutamanya bagi wanita pada mahkota kepala mereka juga boleh menunjukkan ketidakseimbangan hormon.

7. Ketagihan gula yang dahsyat pada waktu petang

Kelenjar adrenal kita bertanggungjawab untuk memberitahu badan untuk melepaskan lemak yang tersimpan untuk bahan pembakaran, terutamanya ketika menjelang sebelah petang. Apabila hal ini tidak berlaku, paras gula dalam darah akan jatuh dan mengisyaratkan badan untuk ambil makanan yang dapat membekalkan tenaga dengan cepat - gula dan karbohidrat ringkas. Tetapi ini adalah satu kitaran yang ganas kerana makanan-makanan tersebut tidak akan memberi tenaga yang berpanjangan. Berbeza keadaanya kalau kita mempunyai metabolisme yang tinggi. Ia boleh mengawal gula dalam darah dan memberi kita tenaga sepanjang hari, tanpa jatuh secara mengejut.

Jadi, macam mana nak tingkatkan metabolisme tubuh?

Kita sambung nanti inshaAllah. :-)


Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 18 December 2015

Bagaimana Nak Pilih Teh?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Terdapat pelbagai jenis teh. Ada lima jenis teh asas: putih, hijau, oolong, hitam, dan pu-erh. Meskipun berbeza jenis tetapi ketahuilah semua jenis teh ini bermula dengan daun teh dari pokok yang sama, Camellia sinensis.



Jom baca tips panduan memilih teh yang mungkin anda juga boleh cuba nanti:

Cari jenis teh yang kita suka.

Walaupun banyak kajian hanya berfokus pada teh hijau, mencari teh yang sedap dan kita suka akan rasanya (baik teh hijau atau bukan) pun adalah hal yang sangat penting. Sebahagian teh hijau mempunyai rasa yang cukup tajam dan susah untuk kita minum jika belum terbiasa. Ada juga teh hijau yang mempunyai rasa yang cukup ringan walaupun bagi mereka yang baru sekali meminumnya.

Ketahui beberapa jenis teh yang mungkin anda juga boleh cuba nanti:

Teh Hijau
  • Teh hijau beraneka rasa. Baik teh hijau mahupun teh putih (juga berkhasiat sebagai antioksidan, tapi harganya lebih mahal) terdapat dalam berbagai pilihan rasa. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, boleh consider untuk pilih teh hijau atau teh putih yang mengandungi kafein kerana berdasarkan kajian, teh yang mengandung kafein dapat membakar kalori secara maksimum.
Teh Herba
  • Teh herba. Teh herba terdapat dalam pelbagai pilihan rasa, mulai dari rasa lemon hingga melati. Rooibos (teh merah) adalah salah satu pilihan teh herba yang bagus. Teh herba secara umumnya tidak mengandungi kafein. Teh jenis ini boleh diminum pada waktu malam, atau di antara waktu (selingan) minum teh berkafein.
Teh Hitam
  • Teh hitam. Teh ini sebenarnya berasal dari tanaman yang sama dengan teh hijau, cuma cara pemprosesannya sahaja yang berbeza. Akibatnya, campuran kimia yang berkhasiat menurunkan berat badan (theaflavin dan thearubogin) lebih kompleks dalam teh hitam. Walaupun masih terkandung dalam teh hitam, gabungan tersebut lebih berkhasiat jika berbentuk molekul sederhana. Dengan kata lain, teh hijau lebih berpotensi cepat menurunkan berat badan, walaupun baik teh hitam mahupun teh hijau kedua-duanya sama-sama berkhasiat. Walaupun ada pilihan teh hitam yang tidak berkafein, pasti tak banyak sikit mesti ada kafein di dalamnya, yang mana ia boleh mengganggu masa tidur di malam hari.

Teh Oolong
  • Teh Oolong (jenis teh cina) juga dikenali dengan nama Wulong atau teh Wu Long dikatakan mampu meningkatkan metabolisme tubuh hingga 10%. Sebagai perbandingan, teh hijau dilaporkan hanya dapat meningkatkan metabolisme tubuh sehingga 4%. Walaupun begitu, keduanya sama-sama berkhasiat

Waspada dengan teh diet.

Walaupun rasa teh diet seakan-akan rasa teh hitam atau teh herba, sebenarnya teh diet mengandung laksatif, menyebabkan kita tidak boleh minum terlalu banyak terutamanya jika teh diet tersebut mengandungi senna, lidah buaya, kayu gaharu, akar kelembak, buckthorn, atau minyak jarak. Para pakar menyarankan agar elakkan ambil teh diet berlebihan, kerana dapat menyebabkan rasa mual, muntah, diarrhea terus-menerus, perut cram, dehidrasi dan boleh pitam secara tiba-tiba.

Konsep teh "diet" yang dipromosikan di pasaran sebenarnya agak meragukan. Secara asasnya teh semulajadi yang tidak ditambah dengan sebarang pemanis apa pun boleh membantu menurunkan berat badan. Teh diet dikatakan mengandungi campuran jenis teh tertentu, bertindak sebagai laksatif atau penghalang pembentukan lemak, dan inilah alasan teh ini dipromosikan untuk tujuan menurunkan berat badan. Namun, fakta yang perlu diketahui umum, laksatif hanya akan mengeluarkan kotoran dari kolon hanya selepas kalorinya diserap oleh tubuh. Pada peringkat awal berat badan akan turun kerana berkurangnya air dalam badan, namun bila minum semula, isipadu air tersebut akan kembali lagi. Satu cawan teh diet sahaja sudah cukup. Sungguh. Anda akan menyesal jika minum lebih banyak dari itu.


Baca label kandungan bahan pada pembungkus teh. 

Ada pelbagai jenis teh yang tersedia di pasaran, dan mungkin susah nak pilih. Biasakan melihat label bahan yang tertera pada bungkusan teh. Jika ada gula atau tambahan bahan pemanis, letakkan semula dekat rak. Jangan ambil!


Ini bukanlah bermaksud anda tak boleh minum teh hijau dengan perasa tertentu. Memang, beberapa brand mungkin menambahkan gula ke dalamnya, namun ada juga yang tidak. Sebaiknya, pilihlah produk yang dibuat seluruhnya dari bahan semulajadi, yang lebih bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita.

Penyediaan teh lebih mudah. 

Salah satu sebab yang buat ramai orang tak nak minum teh adalah kerana proses penyediannya. Ia memang tidak terlalu rumit, tetapi mungkin tidak semudah yang mereka inginkan. Walaupun boleh sahaja panaskan teh dengan cepat dalam microwave (tuangkan air dalam cawan seramik dan panaskannya selama 2 minit sehingga mendidih, kemudian masukkan uncang teh), tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah lagi:
  • Cerek teh elektronik. Tak susah pun nak cari. Ada pelbagai pilihan harga, design dan sangat mudah untuk digunakan. Kita hanya perlu isi air, kemudian tekan button untuk panaskannya. Kemudian bila air dah mendidih, terpulang pada kita nak buat secawan teh sahaja atau masukkan terus uncang teh dalam cerek berkenaan. Jika ada baki air panas, boleh masuk dalam termos. Mudah sahaja. Isi air, masukkan teh hijau, dan letakkan cerek berhampiran dengan meja supaya senang nak ambil bila rasa nak minum.
  • Alat pembuat teh sejuk. Ketika matahari memancar terik, tak akan ramai yang pilih untuk minum air panas. Tapi kita masih boleh minum teh dengan menggunakan alat pembuat teh sejuk. Sama seperti cerek elektronik, kita hanya perlu isi alat tersebut dengan air, dan tambahkan ais (sesuai dengan panduan penggunaannya) dan uncang teh. Biarkan beberapa minit dan nikmati teh ais segar.
  • Sediakan teh waktu malam sebelum tidur. Cara ni boleh diguna pakai sekiranya anda memang selalu tak sempat nak sediakan sarapan waktu pagi dan sentiasa rushing nak ke tempat kerja atau pun kelas. Caranya mudah - sebelum tidur, rendamkan teh dalam bekas minuman berisi air panas (contoh: flask atau termos). Pagi esoknya, just grab dan boleh minum ketika dalam perjalanan ke ofis dan sebagainya. Kalau nak sejuk, lepas rendamkan teh, biar sekejap, kemudian masukkan dalam fridge. Biarkan semalam. Bangun pagi nanti dah boleh nikmatinya. Pertimbangkan semula, daripada bawa minuman bergas atau minuman bergula ke pejabat, baik gantikan dengan termos besar berisi teh ais, dan bawa ke mana pun anda pergi sepanjang hari.

Cinch tea: Pilihan yang Selamat & Mudah Disediakan.


Teh Cinch luar biasa hebat

Tahukah anda Cinch Energy Tea Mix mengandungi semua jenis teh yang baik seperti yang dinyatakan di atas - Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada oomph!
Teh Hijau Matcha
  • Teh Hijau Matcha. Merupakan teh hijau premier yang biasanya hanya disediakan untuk majlis keramaian di Jepun. Dihasilkan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat di dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.
Teh Merah
  • Teh Merah. Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol – pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu pembaikkan kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak. 
Teh Putih
  • Teh Putih. Dikenali sebagai teh hijau bayi dengan kandungan antioksidan yang yang lebih tinggi berbanding teh hijau. 
Teh Rooibos
  • Rooibos. Tumbuhan unik yang juga dipanggil teh merah Afrika kerana berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatin polifenol – antioksidan. 

Teh putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun untuk menghasilkan minuman yang sungguh menyihatkan. Ia merangsang tenaga secara semula jadi, meningkatkan kesihatan dan mententeramkan minda. Bertindak dengan cara yang selamat untuk menambahkan tenaga semula jadi. Juga mengandungi taurina, yang telah dikaji secara meluas dan terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan, tenaga dan stamina. Ramuan T-Lift® eksklusif daripada teh hijau, putih dan merah. Bebas gluten; tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan.



Penyediaan yang sangat mudah: Dibungkus dalam paket kecil yang ringkas, mudah dibawa kemana-mana sahaja. Hanya tuang dalam air panas atau air sejuk, mudah dikacau atau digoncang (shake). Sedia diminum. Sesuai dinikmati ketika cuaca dingin dan juga panas. Alternatif yang sempurna kepada snek manis dan kopi untuk boost tenaga dengan cepat.

Pilihan selamat!
Pilihan tepat!

Cuba sekali pasti nak lagi~

Jom order sekarang.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 17 December 2015

Minum teh untuk turunkan berat badan?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah ...


Banyak kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang mengambil teh, terutamanya teh hijau, dapat menurunkan berat badan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Jadi, boleh tangguhkan dulu nak beli alatan exercise mahal-mahal dan siapkan sepeket teh!

Bagaimana nak buat?

Pilih jenis teh berdasarkan keberkesanannya dan selera kita.

Dapat minum secawan teh yang kita suka, rasanya memang 'nikmat'. Sejujurnya tiada perkataan untuk gambarkan perasaan tu. Apa yang pasti, 'feeling' tu memang best! Tapi anda perlu tahu, tak semua teh dapat membantu menurunkan berat badan. Hanya jenis-jenis teh tertentu sahaja yang sangat efektif untuk proses ini (lose weight).


  • teh hijau, teh putih, dan teh oolong adalah pilihan yang dianggap paling efektif, walaupun teh hitam juga banyak maanfaatnya. Keberkesanan teh herba lebih kecil, tetapi masih banyak digunakan.

  • pilih teh yang mengandungi kafein (dengan kuantiti yang selamat) kerana ia lebih efektif berbanding teh tanpa kafein. 
  • Jangan minum terlalu banyak teh yang dijual sebagai 'Teh Diet'.


Minum setiap hari dan jadikan sebagai rutin harian.

Biasakan minum teh setiap hari. Gunalah apa cara sekalipun sampai terbiasa. Masukkan 'waktu minum teh' dalam jadual harian supaya kita rasa tak lengkap kalau kita tak buat. Minum secawan teh waktu pagi, waktu tengahari dan malam pula minum secawan teh tanpa kafein. Gantikan kopi/nescafe anda setiap pagi tu dengan secawan teh. Boleh juga minum teh (yang disejukkan bukannya ditambah ais) ketika cuaca panas.


Jangan tambah apa-apa dalam teh anda.

Krimer dan gula akan hanya menghilangkan manfaat teh dalam menurunkan berat badan. Biasakan diri untuk minum teh tawar, tanpa sebarang tambahan bahan pemanis.


Minum teh untuk mengurangkan rasa lapar.

Minum teh adalah langkah yang tepat untuk membantu menguruskan metabolisme tubuh. Namun untuk dapatkan hasil yang terbaik, cuba minum teh setiap kali kita teringin nak makan sesuatu yang manis atau makanan merapu tidak sihat. Secawan teh panas mampu menenangkan perut dan melawan nafsu makan.


Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029 
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 3 December 2015

BMI & BMR Menentukan Jumlah Kalori Harian

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah..


Dalam entry sebelum ni, saya dah share macam mana nak kira BMI dan BMR melalui artikel BMI & BMR: Apa dan Kenapa?

Kali ni nak kongsi bagaimana kiraan itu boleh membantu proses menyihatkan badan melalui penjagaan berat badan.

Bila kita tanya diri: "berapa banyak (berat) aku nak turun?"

10 KG?

20 KG?

50 KG?

Boleh ke sesenang gitu nak aim untuk tentukan jumlah berat badan yang kita nak turunkan?

Sesuai ke berat yang tinggal dengan fizikal badan kita?

Ingat tak saya suruh kira BMI dalam artikel lepas?

Inilah tujuan sebenar BMI. Kita kira untuk tahu berapa berat ideal yang bersesuaian dengan ketinggian kita. Daripada situ lah nanti kita akan tentukan target, berapa berat kita kena capai. Tak boleh main 'taram', hentam 'kromo' je ye..

Tahukah anda?

Kekurangan berat badan boleh mengundang pelbagai simptom seperti masalah pencernaan, stress, lelah, rasa gelisah selain berisiko menghidapi penyakit Anorexia, Bulimia, Osteoporosis dan sebagainya.

Oleh sebab inilah kita kena pastikan target yang kita nak capai itu betul dan bersesuaian dengan fizikal semasa kita. Tak kurang dan tak melampau.

Siapa belum kira (BMI & BMR), sila buat sekarang.


Kawalan Kalori


Ada orang kata, nak cepat kurus kena tahu jumlah kalori dalam setiap makanan dan minuman yang kita ambil. Sebenarnya penjagaan kalori harian bukanlah hanya sebab nak turun berat badan. Kita hanya perlu tahu konsep dan kita boleh apply samada nak turun atau naikkan berat badan.

----

Apa itu Kalori ? 

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga yang sangat penting untuk rutin seharian. Untuk kurus atau menurunkan berat badan, kalori yang masuk mesti lebih rendah daripada kalori yang keluar. 

Jika kita terlebih makan atau makan terlalu banyak melebihi keperluan tubuh, ianya tidak akan dibakar, seterusnya bertukar menjadi lemak yang tersimpan di dalam badan. Akibatnya, berat badan akan bertambah dan sekiranya tidak dikawal ia akan membahayakan kesihatan kita pula. 

Keperluan kalori mengikut jantina

Lelaki : 2000 – 2500 kcal sehari 
Perempuan : 1600 – 2000 kcal sehari 

Kena faham, kalori bukan datang dari karbohidrat semata-mata, tetapi juga datang dari protein dan lemak : 

1gm karbohidrat = 4 kalori 
1gm protein = 4 kalori 
1gm lemak = 9 kalori 

Di bawah adalah purata ringkas pengambilan kalori harian untuk diet kalori : 

Tambah berat : 2000-2200 kcal/hari
Maintain berat : 1700-1800 kcal/hari 
Kurangkan berat : 1300-1500 kcal/hari


----

Tahukah anda?

Untuk hilangkan 1 kg, kita perlu bakar 7,700 kalori


Jadinya, selepas kira BMI, BMR, dah set target berapa banyak KG (kilogram) kena turunkan, agak-agak boleh tahu berapa kalori kena dibakar?

Kalau 10 kg >>>> 77,000 kalori

Jika 20 kg >>>> 154,000 kalori

Banyak ke sikit??

Nampak menggerunkan tapi pasti boleh jika disertakan dengan kesungguhan. Daripada situ kita boleh set berapa maksimum kalori yang kita boleh makan setiap hari.


Nak TURUNKAN berat badan, pengambilan kalori mesti KURANG daripada BMR

Nak TAMBAHKAN berat badan, pengambilan kalori mesti LEBIH daripada BMR


Dalam kes seperti saya (fat fighter), pastinya saya perlu makan kurang daripada jumlah BMR. Daripada BMI dan BMR, saya dah tahu berapa jumlah kalori yang saya perlu makan setiap hari. Dan saya juga tahu jika saya ambil jumlah kalori ni, berapa lama (tempoh masa jangkaan) diperlukan untuk capai berat badan ideal. Semua melalui pengiraan.

Serius memang lama. Ikut perkiraan, saya perlukan 6 bulan untuk capai target (berat idaman).

Lama kan?

Cepat atau lambat bukan isunya. Apa yang penting adalah kita dapat capai bentuk badan ideal dengan cara yang sihat dan selamat. Sebab tu jika nak kurus perlu ada MOTIVASI, KESUNGGUHAN dan DISIPLIN, supaya kita dapat maintain berat ideal tu selama-lamanya.

Saya nak tanya, boleh tak kita kurus (dengan sihat) tanpa senaman?

Rasa-rasanya boleh tak?

Nanti saya sambung dalam perkongsian seterusnya, inshaAllah.


Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786
Juga Geng Fat Fighter Anda!

BMI & BMR: Apa dan Kenapa?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Kalau seseorang nak diet, nak turunkan berat badan, biasanya coach atau trainer yang guide kita dalam program diet mesti suruh kita kira BMI dan BMR. Diorang pasti akan tanya berapa BMI kita, berapa BMR kita.

Tapi, persoalannya kenapa perlu kira?

Apa tu BMI dan apa pula BMR?

Jom ambil tahu serba sikit.


BMI: Apa dan Kenapa?


BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index atau Indeks Jisim Badan, iaitu kadar berat berbanding ketinggian (isipadu).

Cara paling asas untuk menjaga kesihatan tubuh adalah dengan berdiet mengikut keperluan badan. Di sinilah kita memerlukan BMI. 

BMI merupakan benchmark atau titik ukur bagaimana kita menentukan diet harian yang betul. Setiap daripada kita tidak akan memiliki diet harian yang sama kerana semua orang ada berat ideal masing-masing yang perlu dicapai. Pentingnya berat badan ideal adalah bagi menjaga kesihatan yang sewajarnya diamalkan oleh semua orang jika ingin sihat. Berat berlebihan lebih mudah 'mengundang' berbagai macam penyakit seperti:
  • gangguan pernafasan, 
  • jantung koroner, 
  • tekanan darah tinggi,
  • diabetes, 
  • stroke 
  • gangguan hormon. 

Apa lagi, ambil pensil, capai buku nota, dan kalkulator. Jom kira sama-sama.

Formula pengiraan BMI = Berat / (Tinggi x Tinggi)

Unit pengiraan:
Berat (kilogram)
Tinggi (meter)

Saya bagi contoh:
---------------------
(Individu A)
Berat 80 kg
Tinggi 165 cm

Berapa BMI untuk A?

BMI = berat / (tingi x tinggi)
BMI = 80 / (1.65 x 1.65)
BMI = 80 / 2.7225
BMI = 29.38 <<<< Cuba check ni termasuk dalam kategori mana?


Klasifikasi untuk nilai BMI 29.38 : Overweight (berlebihan berat badan) dan risiko untuk A terkena penyakit semakin meningkat.


Sebenarnya daripada BMI tadi kita boleh tahu samada kita tergolong dalam kelompok kurang berat badan, overweight, normal (ideal) atau obes.

Jadi kita boleh target,
- kalau dari obes >> (usaha ke arah) >> overweight >> normal.
- kalau dari overweight >> normal.

Kalau dari normal??

Kena terus maintain normal lah. Hanya perlu mantapkan otot dan maintain.

Jelas tak?

Ok now it's your turn. Sila kira BMI anda sekarang! 

Kira dan tulis dalam buku nota khas: PROJEK KURUS SIHAT.

Move to the next step..


BMR: Apa dan Kenapa?

BMR adalah singkatan untuk Basal Metabolisme Rate, iaitu jumlah tenaga yang digunakan ketika berehat dalam persekitaran yang neutral dan sederhana.

Pelepasan tenaga pada keadaan ini hanya cukup untuk fungsi organ-organ penting dalam badan seperti jantung, paru-paru, otak dan seluruh sistem saraf, hati, buah pinggang, otot dan kulit. Kadar BMR akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia dan juga kehilangan jisim badan. Pertambahan jisim otot akan meningkatkan jumlah BMR.

Dalam erti kata lain BMR adalah kadar pembakaran kalori dalam badan kita seharian . Ketika kita tidur atau tak buat apa-apa aktiviti, selama 24 jam itu BMR tetap berjalan.

Oleh itu, untuk kawalan makanan yang efektif, kita perlu ambil tahu berapa kadar pembakaran kalori untk badan kita.

Setakat yang saya tahu ada dua cara nak tahu dan kira BMR:

1. Menggunakan mesin / alat penimbang Karada Scan. Bacaannya lebih tepat.


Skrin akan menunjukkan bacaan berikut:
  • Berat badan
  • Peratus lemak badan
  • Resting metabolism
  • Visceral fat level (lemak badan yang tersimpan dalam rongga perut dan sekitar beberapa organ-organ dalaman yang penting seperti hati, pankreas dan usus).
  • Usia badan (dalaman) kita

Tetapi kekurangan alat ini adalah ia tak boleh nak ukur secara tepat dalam keadaan berikut:
  • Kanak-kanak sedang membesar
  • Warga emas / wanita selepas menopause
  • Orang sakit
  • Pesakit yang menjalani dialisis
  • Wanita mengandung
  • Pesakit Osteoporosis
  • Mereka yang mengalamibengkak pada anggota badan
  • Body builder

2. Menggunakan kaedah pengiraan Harris Benedict Equation.

Formula BMR untuk LELAKI 

[(13.7516 x berat) + (5.0033 x tinggi) - (6.755 x umur) + 66.473] kcal/hari

Formula BMR untuk WANITA

[(9.5634 x berat) + (1.8496 x tinggi) - (4.6756 x umur) + 655.095] kcal/hari

Saya ambil contoh tadi:
----------------------------
(Individu A)
Berat 80 kg
Tinggi 165 cm
Umur 30 tahun

Jika individu ini adalah lelaki, Encik A:

BMR = [(13.7516 x berat) + (5.0033 x tinggi) - (6.755 x umur) + 66.473] kcal/hari
BMR = [(13.7516 x 80) + (5.0033 x 165) - (6.755 x 30) + 66.473] kcal/hari
BMR = [1100.128 + 825.5445 - 202.65 + 66.473] kcal/day
BMR = 1789.496 kcal/hari

Jika individu ini adalah perempuan, Puan A:

BMR = [(9.5634 x berat) + (1.8496 x tinggi) - (4.6756 x umur) + 655.095] kcal/hari
BMR = [(9.5634 x 80) + (1.8496 x 165) - (4.6756 x 30) + 655.095] kcal/hari
BMR = [765.072 + 305.184 - 140.268 + 655.095] kcal/hari
BMR = 1585.083 kcal/hari

Ini adalah kadar pembakaran kalori untuk Encik A dan Puan A. Lihat pada perbezaan jumlah BMR antara Encik A dan Puan A.

Kenapa berbeza?

BMR lelaki akan lebih tinggi daripada wanita disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, sementara wanita lebih banyak lemak. Oleh itu kebiasaannya, jika perempuan, kadar BMR adalah sekitar 1500, sementara untuk lelaki lebih kurang 1700 kcal sehari.

Faham kan?

Sekarang, cuba kira BMR sendiri pula.
.
.
.
.

Ok, dah kira BMI dan BMR ni lepas tu nak buat apa?

Apa kaitan BMI & BMR dengan diet harian?

Macam mana BMI & BMR membantu dalam proses pertambahan atau penurunan berat badan kita?


Sabar dulu~

Nanti saya kongsi dalam artikel seterusnya. Jangan marah, kira dulu nanti saya bagi tahu. ;-)

Bagi gambar semangat sikit.




Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786
Juga Geng Fat Fighter Anda!