Thursday 3 December 2015

BMI & BMR Menentukan Jumlah Kalori Harian

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah..


Dalam entry sebelum ni, saya dah share macam mana nak kira BMI dan BMR melalui artikel BMI & BMR: Apa dan Kenapa?

Kali ni nak kongsi bagaimana kiraan itu boleh membantu proses menyihatkan badan melalui penjagaan berat badan.

Bila kita tanya diri: "berapa banyak (berat) aku nak turun?"

10 KG?

20 KG?

50 KG?

Boleh ke sesenang gitu nak aim untuk tentukan jumlah berat badan yang kita nak turunkan?

Sesuai ke berat yang tinggal dengan fizikal badan kita?

Ingat tak saya suruh kira BMI dalam artikel lepas?

Inilah tujuan sebenar BMI. Kita kira untuk tahu berapa berat ideal yang bersesuaian dengan ketinggian kita. Daripada situ lah nanti kita akan tentukan target, berapa berat kita kena capai. Tak boleh main 'taram', hentam 'kromo' je ye..

Tahukah anda?

Kekurangan berat badan boleh mengundang pelbagai simptom seperti masalah pencernaan, stress, lelah, rasa gelisah selain berisiko menghidapi penyakit Anorexia, Bulimia, Osteoporosis dan sebagainya.

Oleh sebab inilah kita kena pastikan target yang kita nak capai itu betul dan bersesuaian dengan fizikal semasa kita. Tak kurang dan tak melampau.

Siapa belum kira (BMI & BMR), sila buat sekarang.


Kawalan Kalori


Ada orang kata, nak cepat kurus kena tahu jumlah kalori dalam setiap makanan dan minuman yang kita ambil. Sebenarnya penjagaan kalori harian bukanlah hanya sebab nak turun berat badan. Kita hanya perlu tahu konsep dan kita boleh apply samada nak turun atau naikkan berat badan.

----

Apa itu Kalori ? 

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga yang sangat penting untuk rutin seharian. Untuk kurus atau menurunkan berat badan, kalori yang masuk mesti lebih rendah daripada kalori yang keluar. 

Jika kita terlebih makan atau makan terlalu banyak melebihi keperluan tubuh, ianya tidak akan dibakar, seterusnya bertukar menjadi lemak yang tersimpan di dalam badan. Akibatnya, berat badan akan bertambah dan sekiranya tidak dikawal ia akan membahayakan kesihatan kita pula. 

Keperluan kalori mengikut jantina

Lelaki : 2000 – 2500 kcal sehari 
Perempuan : 1600 – 2000 kcal sehari 

Kena faham, kalori bukan datang dari karbohidrat semata-mata, tetapi juga datang dari protein dan lemak : 

1gm karbohidrat = 4 kalori 
1gm protein = 4 kalori 
1gm lemak = 9 kalori 

Di bawah adalah purata ringkas pengambilan kalori harian untuk diet kalori : 

Tambah berat : 2000-2200 kcal/hari
Maintain berat : 1700-1800 kcal/hari 
Kurangkan berat : 1300-1500 kcal/hari


----

Tahukah anda?

Untuk hilangkan 1 kg, kita perlu bakar 7,700 kalori


Jadinya, selepas kira BMI, BMR, dah set target berapa banyak KG (kilogram) kena turunkan, agak-agak boleh tahu berapa kalori kena dibakar?

Kalau 10 kg >>>> 77,000 kalori

Jika 20 kg >>>> 154,000 kalori

Banyak ke sikit??

Nampak menggerunkan tapi pasti boleh jika disertakan dengan kesungguhan. Daripada situ kita boleh set berapa maksimum kalori yang kita boleh makan setiap hari.


Nak TURUNKAN berat badan, pengambilan kalori mesti KURANG daripada BMR

Nak TAMBAHKAN berat badan, pengambilan kalori mesti LEBIH daripada BMR


Dalam kes seperti saya (fat fighter), pastinya saya perlu makan kurang daripada jumlah BMR. Daripada BMI dan BMR, saya dah tahu berapa jumlah kalori yang saya perlu makan setiap hari. Dan saya juga tahu jika saya ambil jumlah kalori ni, berapa lama (tempoh masa jangkaan) diperlukan untuk capai berat badan ideal. Semua melalui pengiraan.

Serius memang lama. Ikut perkiraan, saya perlukan 6 bulan untuk capai target (berat idaman).

Lama kan?

Cepat atau lambat bukan isunya. Apa yang penting adalah kita dapat capai bentuk badan ideal dengan cara yang sihat dan selamat. Sebab tu jika nak kurus perlu ada MOTIVASI, KESUNGGUHAN dan DISIPLIN, supaya kita dapat maintain berat ideal tu selama-lamanya.

Saya nak tanya, boleh tak kita kurus (dengan sihat) tanpa senaman?

Rasa-rasanya boleh tak?

Nanti saya sambung dalam perkongsian seterusnya, inshaAllah.


Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786
Juga Geng Fat Fighter Anda!

No comments: