Thursday 3 December 2015

BMI & BMR: Apa dan Kenapa?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Kalau seseorang nak diet, nak turunkan berat badan, biasanya coach atau trainer yang guide kita dalam program diet mesti suruh kita kira BMI dan BMR. Diorang pasti akan tanya berapa BMI kita, berapa BMR kita.

Tapi, persoalannya kenapa perlu kira?

Apa tu BMI dan apa pula BMR?

Jom ambil tahu serba sikit.


BMI: Apa dan Kenapa?


BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index atau Indeks Jisim Badan, iaitu kadar berat berbanding ketinggian (isipadu).

Cara paling asas untuk menjaga kesihatan tubuh adalah dengan berdiet mengikut keperluan badan. Di sinilah kita memerlukan BMI. 

BMI merupakan benchmark atau titik ukur bagaimana kita menentukan diet harian yang betul. Setiap daripada kita tidak akan memiliki diet harian yang sama kerana semua orang ada berat ideal masing-masing yang perlu dicapai. Pentingnya berat badan ideal adalah bagi menjaga kesihatan yang sewajarnya diamalkan oleh semua orang jika ingin sihat. Berat berlebihan lebih mudah 'mengundang' berbagai macam penyakit seperti:
  • gangguan pernafasan, 
  • jantung koroner, 
  • tekanan darah tinggi,
  • diabetes, 
  • stroke 
  • gangguan hormon. 

Apa lagi, ambil pensil, capai buku nota, dan kalkulator. Jom kira sama-sama.

Formula pengiraan BMI = Berat / (Tinggi x Tinggi)

Unit pengiraan:
Berat (kilogram)
Tinggi (meter)

Saya bagi contoh:
---------------------
(Individu A)
Berat 80 kg
Tinggi 165 cm

Berapa BMI untuk A?

BMI = berat / (tingi x tinggi)
BMI = 80 / (1.65 x 1.65)
BMI = 80 / 2.7225
BMI = 29.38 <<<< Cuba check ni termasuk dalam kategori mana?


Klasifikasi untuk nilai BMI 29.38 : Overweight (berlebihan berat badan) dan risiko untuk A terkena penyakit semakin meningkat.


Sebenarnya daripada BMI tadi kita boleh tahu samada kita tergolong dalam kelompok kurang berat badan, overweight, normal (ideal) atau obes.

Jadi kita boleh target,
- kalau dari obes >> (usaha ke arah) >> overweight >> normal.
- kalau dari overweight >> normal.

Kalau dari normal??

Kena terus maintain normal lah. Hanya perlu mantapkan otot dan maintain.

Jelas tak?

Ok now it's your turn. Sila kira BMI anda sekarang! 

Kira dan tulis dalam buku nota khas: PROJEK KURUS SIHAT.

Move to the next step..


BMR: Apa dan Kenapa?

BMR adalah singkatan untuk Basal Metabolisme Rate, iaitu jumlah tenaga yang digunakan ketika berehat dalam persekitaran yang neutral dan sederhana.

Pelepasan tenaga pada keadaan ini hanya cukup untuk fungsi organ-organ penting dalam badan seperti jantung, paru-paru, otak dan seluruh sistem saraf, hati, buah pinggang, otot dan kulit. Kadar BMR akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia dan juga kehilangan jisim badan. Pertambahan jisim otot akan meningkatkan jumlah BMR.

Dalam erti kata lain BMR adalah kadar pembakaran kalori dalam badan kita seharian . Ketika kita tidur atau tak buat apa-apa aktiviti, selama 24 jam itu BMR tetap berjalan.

Oleh itu, untuk kawalan makanan yang efektif, kita perlu ambil tahu berapa kadar pembakaran kalori untk badan kita.

Setakat yang saya tahu ada dua cara nak tahu dan kira BMR:

1. Menggunakan mesin / alat penimbang Karada Scan. Bacaannya lebih tepat.


Skrin akan menunjukkan bacaan berikut:
  • Berat badan
  • Peratus lemak badan
  • Resting metabolism
  • Visceral fat level (lemak badan yang tersimpan dalam rongga perut dan sekitar beberapa organ-organ dalaman yang penting seperti hati, pankreas dan usus).
  • Usia badan (dalaman) kita

Tetapi kekurangan alat ini adalah ia tak boleh nak ukur secara tepat dalam keadaan berikut:
  • Kanak-kanak sedang membesar
  • Warga emas / wanita selepas menopause
  • Orang sakit
  • Pesakit yang menjalani dialisis
  • Wanita mengandung
  • Pesakit Osteoporosis
  • Mereka yang mengalamibengkak pada anggota badan
  • Body builder

2. Menggunakan kaedah pengiraan Harris Benedict Equation.

Formula BMR untuk LELAKI 

[(13.7516 x berat) + (5.0033 x tinggi) - (6.755 x umur) + 66.473] kcal/hari

Formula BMR untuk WANITA

[(9.5634 x berat) + (1.8496 x tinggi) - (4.6756 x umur) + 655.095] kcal/hari

Saya ambil contoh tadi:
----------------------------
(Individu A)
Berat 80 kg
Tinggi 165 cm
Umur 30 tahun

Jika individu ini adalah lelaki, Encik A:

BMR = [(13.7516 x berat) + (5.0033 x tinggi) - (6.755 x umur) + 66.473] kcal/hari
BMR = [(13.7516 x 80) + (5.0033 x 165) - (6.755 x 30) + 66.473] kcal/hari
BMR = [1100.128 + 825.5445 - 202.65 + 66.473] kcal/day
BMR = 1789.496 kcal/hari

Jika individu ini adalah perempuan, Puan A:

BMR = [(9.5634 x berat) + (1.8496 x tinggi) - (4.6756 x umur) + 655.095] kcal/hari
BMR = [(9.5634 x 80) + (1.8496 x 165) - (4.6756 x 30) + 655.095] kcal/hari
BMR = [765.072 + 305.184 - 140.268 + 655.095] kcal/hari
BMR = 1585.083 kcal/hari

Ini adalah kadar pembakaran kalori untuk Encik A dan Puan A. Lihat pada perbezaan jumlah BMR antara Encik A dan Puan A.

Kenapa berbeza?

BMR lelaki akan lebih tinggi daripada wanita disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, sementara wanita lebih banyak lemak. Oleh itu kebiasaannya, jika perempuan, kadar BMR adalah sekitar 1500, sementara untuk lelaki lebih kurang 1700 kcal sehari.

Faham kan?

Sekarang, cuba kira BMR sendiri pula.
.
.
.
.

Ok, dah kira BMI dan BMR ni lepas tu nak buat apa?

Apa kaitan BMI & BMR dengan diet harian?

Macam mana BMI & BMR membantu dalam proses pertambahan atau penurunan berat badan kita?


Sabar dulu~

Nanti saya kongsi dalam artikel seterusnya. Jangan marah, kira dulu nanti saya bagi tahu. ;-)

Bagi gambar semangat sikit.




Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786
Juga Geng Fat Fighter Anda!

No comments: