Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Monday, 11 April 2016

Set Menyusu Shaklee (basic)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Sengaja nak share.


Set Shaklee yang atas ni dikatakan bagus untuk membantu menggalakkan kuantiti dan kualiti susu badan.

Dalam set asas ni ada:

1 canister ESP
  • Sumber protein dari Soya Non GMO yang membekalkan 9 asid amino. Keperluan protein adalah kunci kesihatan yang optimum. Ibu akan lebih bertenaga, kulit lebih anjal dan cantik, rasa kenyang lebih lama. Sumber protein terbaik akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti malah kuantitinya lebih meriah dan pekat. Bayi juga akan cepat kenyang.

1 botol Alfalfa Complex
  • Raja segala tumbuhan yang mengandungi mikronutrion yang kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai Milk Booster bagi ibu yang menyusukan, membantu dalam hal dalaman kewanitaan, berfungsi seperti "kacip fatimah" termasuklah membantu menyelesaikan masalah keputihan. Alfalfa juga baik untuk detox dan sistem penghadaman yang lancar.

1 botol Ostematrix.
  • Kalsium terbaik yang mengandungi Magnesium, Boron, Zink dan Vitamin D yang sangat diperlukan untuk membantu merangsang penyerapan kalsium dengan lebih baik. Kalsium sangat penting dalam pembina darah, pembentukan tulang dan gigi serta saraf dalam tubuh manusia. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan risiko osteoporosis (tulang rapuh), gigi mudah rosak, sakit tulang belakang, kebas kaki tangan, mudah letih dan lesu. Untuk penyaluran kalsium dari badan ibu kepada bayi. Ibu menyusu disarankan 1200mg kalsium sehari.

Tapi tahukah anda, set ini juga inshaaAllah bagus untuk keperluan lain, seperti:

1. Kesihatan asas seisi keluarga.

2. Kesihatan sistem penghadaman.

3. Kurangkan masalah gastrik.

4. Kawalan berat badan.

5. Kesihatan sendi dan tulang.

6. Elak masalah gout.

7. Kecantikan.

8. Energy booster.

9. Kesihatan jantung.
.
.
Dan banyak banyak banyak lagi. Setiap produk Shaklee ada manfaat dan kebaikan yang tersendiri.

Sila ingat ni. Shaklee bukan sekadar produk yang dicipta sebulan dua, kemudian bila dah dapat kelulusan dari KKM terus masuk pasaran dan claim dapat bagi kesan super FAST EFFECT.

Hati-hati!

Yang cepat tak semestinya selamat.
Yang tak selamat pastinya tak sihat.

Kesan yang pantas, selalunya ada rahsia disebalik cara penyediaan dan bahan yang digunakan.

Tiada FAST EFFECT dengan Shaklee.

Di belakang Shaklee, ada barisan saintis yang sentiasa lakukan R&D untuk pastikan kelangsungan produk sentiasa di'upgrade' mengikut keperluan manusia.

Shaklee sentiasa boleh dipercayai kerana ianya sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Jom Shaklee!

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Monday, 14 March 2016

17 Tips Mudah Tidur Malam

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...



Aikk awat tu?

Mata bengkak, ada eye bag.. dah macam panda nengoknya.

Tak cukup tidur? Dah kenapa tidur lambat?

Ni, baca ni.

"Semakin pendek waktu tidur seseorang, semakin tinggi risiko untuk dia alami masalah obesiti."

Tahu tak berjaga pada waktu malam sebenarnya boleh meningkatkan selera makan pada waktu malam dan ini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini.

Menurut Dr John Shneerson, salah seorang doktor pakar di pusat tidur Hospital Papworth, sel lemak badan menghasilkan hormon leptin yang berfungsi untuk menutup selera makan bagi mengekalkan berat badan. Tapi bila kita tak cukup tidur, tahap leptin akan berkurangan. Apa yang lebih memburukkan lagi, tabiat ini juga akan meningkatkan pengeluaran satu lagi jenis hormon dari bahagian perut iaitu ghrelin. Hormon inilah yang bertindak menaikkan nafsu dan selera makan.

Oleh kerana tertekan tak cukup tidur, kalenjar adrenal akan menghasilkan lebih banyak steroid yang mana akan membuatkan lebih banyak lemak tersimpan dalam badan.

Berdasarkan kajian yang dibuat di UK, Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Asia Timur, mereka yang mengamalkan tidur kurang dari 6 jam sehari mengalami 12% kebarangkalian untuk mati dalam masa 25 tahun berbanding mereka yang mendapat tidur cukup, iaitu sekitar 6 hingga 8 jam. 

Lebih teruk lagi, tak cukup tidur boleh membawa padah bunuh diri jika dibiarkan tabiat tersebut berterusan. Ini kerana tidur yang kurang membuatkan kita berasa lebih letih, pelupa, bersikap tidak peduli dan lebih mudah marah

Jom saya kongsikan semula cara mudah nak tidur malam. Sebelum ni rasanya pernah share tapi this time saya ada buat beberapa penambahan.

17 Tips Nak Mudah Tidur Malam

1. Tetapkan masa tidur yang sama setiap hari.


Bila kita set masa tertentu untuk tidur, sebenarnya kita tengah train badan kita untuk follow rules kita. Secara tak langsung kita akan jadi lebih berdisiplin towards time management. Jika konsisten, setiap hari kita force diri untuk tidur pada pada waktu yang sama, lama-kelamaan secara automatik badan kita juga akan mengikut kebiasaan dan mudah nak tidur - cukup masa mesti tidur.

2. Gunakan tilam yang sesuai.


Sebelum beli tilam mesti kena check sesuai atau tak dengan kita. Orang yang bertubuh berat memerlukan tilam yang lebih tebal. Macam mana nak tahu? Cuba telentang di tilam yang nak dibeli tu. Adakah posisi tubuh rasa selesa, tak ada bahagian tubuh yang mendapat tekanan berlebihan? Jika tidak ada tekanan pada bahagian tertentu - rasa dia macam seolah-olah kita tengah berdiri - maksudnya tilam tu dapat menampung tulang punggung dan lekukan tubuh sehingga ruas-ruas tulang punggung berada pada posisi neutral. Cara ini sekaligus dapat membantu mencegah gangguan tulang punggung.



3. Gunakan cahaya yang malap.

Tidur dalam keadaan terang menyebabkan sel badan confused. Pencahayaan yang betul boleh membantu kita mudah tidur. Gunakan lampu tidur. Kalau katil menghadap ke tingkap, make sure kita guna night curtain supaya boleh block cahaya dari lampu jalan atau pun terangnya bulan malam.


4. Jauhkan alatan elektronik 

Letakkan jauh-jauh apa sahaja alatan elektronik dan gadget yang boleh mengganggu tidur kita. Antaranya ialah TV, radio, laptop / pc dan handphone. Handphone ni lah yang paling bahaya. Memang kita tak mesej sesiapa tapi geng-geng dalam group whatsapp tu. Ada je benda nak disembangkan. Kadang-kadang bila pagi kita tengok handset, ada 999 mesej masuk! Diorang ni tak tahu tidur ke? So kalau mampu off handphone tu lagi bagus. Alarm nak kejut bangun pagi? Jam kan ada. Jangan guna jam berjarum tik tok tik tok tu. Guna yang digital. Itu lebih membantu.

5. Pastikan surrounding bilik kemas.

Jangan semakkan bilik kita - situlah nak tidur, situlah tempat nak buat kerja, situlah nak makan, kain baju yang dah basuh kita lepakkan je atas katil, towel yang dah guna terbiar atas katil, lepas sikat rambut campak sikat atas katil. Perghh pening! Tahu tak, katil atau tempat tidur yang kemas akan menyebabkan fikiran kita tak serabut. Kurang gangguan fikiran akan memudahkan proses relaksasi. Jadi, rajin-rajinkan diri kemas rumah.

Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa: "Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan namaMu jua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh."

(HR al-Bukhari)

6. Keluar beriadah waktu petang.

Bila kita keluar beriadah sebelah petang, tak kiralah berjoging, main basikal, pergi main playground dengan anak-anak, pusing-pusing supermarket window shopping, badan kita akan rasa letih. Bila dah letih, badan kita perlukan rehat untuk recharge semula energy yang dah dipakai. So aktiviti mampu membantu kita tidur lena pada waktu malam.


7. Bersosial dengan keluarga atau kawan-kawan.

Bila kita dapat jumpa dengan seseorang yang kita kenal, kita akan bersembang (berbual) banyak perkara. Semua benda kita akan cerita, dari benda yang baik-baik - naik pangkat, dapat attend usrah dekat ofis, dengar kuliah dekat youtube, sampailah kepada perkara-perkara unexpected yang kita alami hari ni - dapat hadiah dari secret admire, kena marah dengan bos, tumit kasut patah, tersepit pintu lift, dan lain-lain.

Bercerita boleh mengurangkan tekanan yang kita pendam dalam diri. Ini adalah terapi menceriakan diri. Dapat bercerita, kepala dah ringan, in shaa Allah kita akan mudah tidur.


OK enough on technical part. Saya nak share on spiritual (amalan rohani) pula. Ini lebih kepada memupuk rasa diri bertuhan (kebergantungan hamba kepada tuanNya, penciptaNya). Sebab kita perlu sedar kita adalah hamba Allah. Apa yang berlaku pada kita semua aturan dari Yang Maha Esa. Malah kita nak tidur ni pun Allah yang setkan. Tu sebab orang kata tidur tu nikmat. 

Jom baca tips selanjutnya - antara amalan rohani yang kita boleh amalkan; 

8. Ambil wudhu.

Orang tua-tua kata sebelum tidur kena cuci kaki. Kalau tak buat nanti malam mimpi bukan-bukan. Pakar kesihatan pula suruh cuci mulut (gosok gigi) dan muka. Tapi cuci kaki je tak dapat apa-apa. Nak dapat pahala sunnah, cuci tangan, muka, kepala sekali. Maksud saya berwudhu'lah.

Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu’) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan berucap "Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci"

(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)

9. Buat solat witir.

Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.

(HR al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

10. Baca surah al-Mulk / as-Sajadah.

Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihil mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. 

Rasulullah SAW bersabda: 

Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.

Dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata:

“Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” 

(HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)

11. Baca doa tidur.

Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. Berdasarkan hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah):

Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ 

Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati

12. Baca 4 Qul: al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas, al-Kaafirun

Selepas selesai baca, tiupkan ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. 

(Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:

Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.

13. Tidur hadap kiblat.

Tidur cara Rasulullah SAW adalah dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Dan dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya:

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ

Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.

Tapi, jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

14. Maafkan kesalahan orang lain pada kita.

Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Boleh ikut tips dari Prof Dr. Muhaya: 3 Perkara Kena Buat Sebelum / Sesudah Tidur.

15. Baca 'بسم الله الرحمن الرحيم' berulang kali sampai tertidur.


Dari segi kesihatan pula, antara cara yang boleh kita buat adalah seperti berikut.

16. Minum ESP sebelum tidur.


Kadang-kadang kita tak boleh tidur sebab perut rasa lapar. Instead of kita order "mee goreng mamak 1" atau pun kita gatal pergi rendam mee segera dalam air panas, lebih baik bancuh secawan ESP suam. ESP mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Salah satunya adalah tryptophan, berfungsi membantu kita tidur lebih lena. Trytophan juga booleh meningkatkan serotonin (brain-calming neurotransmitter) dan melatonin (sleep-inducing hormone) pada otak kita.

ESP turut mempunyai kadar indeks glisemik yang rendah. Maka ia akan melepaskan gula secara berperingkat mengikut keperluan tubuh. Ini secara tak langsung dapat mengawal dan mestabilkan gula dalam darah ketika kita tidur.

Bancuh light light je (1 sudu besar). Guna air suam. Amaran: JANGAN BANCUH PAKAI AIR PANAS.

17. Telan Ostematrix sebelum tidur.


Haa yang ni saya pernah share sebelum ni. Boleh baca kat sini: Ostematrix bantu atasi Insomnia


So total ada 17 tips kat sini. Selamat mencuba!~

Sumber:

Salam sayang,


Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 11 March 2016

GMO vs non-GMO, mana patut kita pilih?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..



Pernah dengar pasal GMO, non-GMO?

Pernah ambil kisah, ambil peduli mengenai pemakanan kita ni GMO ke tanpa GMO?


Apa itu GMO?

Genetically Modified Organism, organisma yang diubahsuai secara genetik. Istilah ini sebenarnya merujuk kepada tumbuh-tumbuhan (tanaman) atau organisma lain yang dicipta menggunakan teknik biologi molekul terkini. Teknologi GMO, melalui teknik-teknik makmal yang canggih, membolehkan manusia memanipulasi dan menggabungkan gen daripada organisma yang berbeza (teknologi recombinant DNA) dan organisma yang terhasil dikatakan "diubahsuai secara genetik", "Genetically engineered" atau "transgenic".

Pengubahsuaian genetik dan pewujudan GMO tidak terhad kepada tumbuhan sahaja, malah sebarang hidupan daripada sekecil virus dan bakteria sehinggalah haiwan dan manusia boleh dijadikan GMO. Tujuannya adalah untuk menghasilkan spesies tanaman yang tahan kepada serangan haiwan atau serangga perosak dan sumber makanan yang berkualiti tinggi, yang mana boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat.

Melalui teknik GM, manusia boleh tanam padi yang mengandungi ubat-ubatan dalam setiap sel pokok berkenaan, boleh grow soya, jagung juga boleh hidup (terselamat) walaupun bergelen-gelen bahan kimia 'dibuang' ke atasnya. Even, kita boleh paksa lembu untuk hasilkan susu 2 kali ganda iaitu dengan penggunaan antibiotik secara meluas untuk tangani jangkitan.

Nampak kan?

Tiada satu pun dilakukan dengan cara yang sihat, semulajadi dan sustainable. Semuanya nak mengangkat penggunaan lebih banyak bahan kimia dan ubat-ubatan.


Kenapa perlu ambik kisah (peduli)?

Terdapat lebih daripada satu perkaitan antara makanan GM dengan kesan kesihatan yang buruk. Makanan GM mampu menimbulkan risiko kesihatan yang serius terutamanya dalam toksikologi, allergy dan fungsi imun, kesihatan reproduktif (kesuburan), metabolik, fisiologi dan kesihatan genetik.


Ahli biologi terkenal di dunia, Pushpa M. Bhargava telah membuat kajian semula lebih daripada 600 jurnal saintifik dan membuat kesimpulan bahawa organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) merupakan penyumbang utama terhadap kemerosotan kesihatan secara mendadak di Amerika.

Seorang ahli Biologi dari Salk Institute, David Schubert, memberi amaran: "kanak-kanak adalah yang paling teruk terkesan oleh toksin dan masalah pemakanan yang lain" yang berkaitan dengan makanan GM. Beliau berkata jika tidak dikaji dengan teliti, anak-anak kita  ibarat "haiwan eksperimen" - macam 'kusmal' (istilah yang dipopularkan oleh Nabil).




Jadi, apa yang kita kena buat?

Di Malaysia, pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dah mewujudkan satu jawatankuasa yang akan memberi garis panduan dan khidmat nasihat mengenai GMO. Malangnya kita belum ada lagi undang-undang khas untuk membendung import dan penggunaan GMO.

Tapi sebagai pengguna kita boleh lebih selektif dalam memilih bahan masakan kita. Cuba elakkan beli barang-barang makanan yang mengandungi GMO. Ada beza antara bahan semulajadi dengan yang dah diubah secara genetik.





ESP, Protein Soya Bukan GMO



Protein Soya ESP Shaklee tidak diubah suai secara genetik. Pada tong canister ESP ada label "NON-GMO" (Non-Genetically Modified Organism).


Shaklee hanya mengekalkan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti, daripada biji benih sampai kepada penyimpanannya. Shaklee menggunakan Identity Preservation Program (IPP) untuk memastikan genetik kacang soya yang dihasilkan bebas daripada apa sahaja perubahan genetik. Semua proses menanam sehinggalah kepada penghasilan, semuanya dipantau dengan teliti dan dijaga secara rapi.

Tiada sebarang penggunaan bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangannya. Jika contohnya ia perlukan 9 bulan untuk jadi matang (sebelum dituai) maka 9 bulanlah masa yang diperuntukkan. Semuanya secara semulajadi.

Kacang soyanya diproses dengan suhu rendah dan hanya menggunakan air (tanpa campuran alkohol seperti soya lain). Disebabkan inilah ESP adalah protein non-GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino Perlu merupakan sumber protein soya terbaik kerana soya yang digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik. 

Jadi, dah tak perlu risau nak cari sumber protein bebas GMO. Shaklee dah hasilkan ESP untuk kita. :-)


In shaa Allah next entry saya share lagi kenapa ESP berbeza dengan kacang soya lain.
Dapatkan ESP anda dengan harga super jimat hari ini. Tawaran sah laku sepanjang bulan Mac 2016 sahaja.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Wednesday, 9 March 2016

10 Khasiat Protein Soya ESP Shaklee

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah.


Sebelum ni saya ni jenis coffee person tapi sebabkan dah ada kesedaran sikit mengenai peri penting penjagaan makanan seiring dengan pertambahan usia yang dah semakin banyak, saya tengah cuba untuk bertukar kepada fruit juices.

Sebabkan semalam dah shopping kat Hero Market, 'terbeli' pula banyak buah-buahan gara-gara mata tak boleh tahan tengok macam-macam jenis buah. Segar-segar plak tu. So akibatnya hari ni semua bekalan untuk sarapan, lunch, minum petang dan snack semuanya berasaskan buah-buahan.

Tengoklah ni.

For breakfast. Orange + Carrot + ESP Tak sempat ambil gambar dah tinggal sikit

Untuk lunch time. Sama resipi macam breakfast tadi. Senang sekali blend.

Snack super duper yummy sedap lagi sihat. Ada tembikai, kiwi, tomato madu, dan sour plum.
Resipi Carrot-Orange Juice mix with ESP

  • 1/2 batang carrot (kalau pakai carrot panjang yang biasa), atau segenggam baby carrot
  • 1 biji buah orange
  • 3 sudu ESP
  • air masak secukupnya
In case buah orange tu masam, nak maniskan atau nak buat extraordinary sikit, boleh pilih option ni:
  • 1 sudu teh madu
  • secubit brown sugar
  • secubit serbuk kulit kayu manis + garam sikit
Dan hasilnya... wallahhhh!~

10 Khasiat Energizing Soy Protein ESP

1. Mempunyai protein semulajadi yang tinggi.

2. Mengandungi kesemua asid amino yang penting untuk tubuh badan - 9 amino asid yang paling penting dan tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh.

3. Protein daripada kacang soya.
  • 2 kali lebih banyak daripada daging,
  • 4 kali ganda daripada telur
  • 12 kali ganda daripada susu
4. Tidak mengandungi kolesterol, tiada asid urik dan mudah untuk diserap oleh badan.

5. Mengandungi indeks glisemik yang rendah, penting untuk mengelakkan diabetes, dan membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.

6. Kadar kalori yang rendah iaitu hanya 105Kcal. Walaupun berdiet, kita still perlukan kalori (dalam kadar yang rendah) untuk supply tenaga berpanjangan.

7. Membekalkan kalsium yang tinggi untuk menjaga tulang, gigi, gusi, dan sendi.

8. Mengandungi Vitamin B yang penting untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga secara perlahan-lahan.

9. Memiliki jumlah lemak yang rendah bagi mengekalkan tenaga dalam badan.

10. Mempunyai Vitamin B12 untuk menaikkan selera makan. Namun, B12 berfungsi sebagai penaik selera makan hanya bagi mereka yang kekurangan B12 dalam badan iaitu mereka yang benar-benar kurus. B12 ini tidak akan menaikkan selera makan bagi mereka yang sudah mencukupi berat badan , sebaliknya ia bertindak sebagai penukar karbohidrat dan lemak kepada tenaga.

Boleh baca selanjutnya mengenai ESP, produk Shaklee terlajak laku di sini.


Sebenarnya mendidik diri untuk makan makanan yang sihat bukan perkara yang mudah.

1. Diri sendiri kena tahu kenapa kena makan sihat?

2. Kena ada tujuan yang besar so kita boleh keep the momentum.

3. Kebal untuk hadapi 'ujian' daripada orang sekeliling seperti keluarga, kawan-kawan, house mate terutamanya, sebab apa yang kita makan dia nampak dan apa yang dia makan kita nampak. Sama ada mereka menyindir new routine kita atau kita yang kalah tengok makanan yang mereka beli. Salah satunya pasti berlaku.

Saya doakan anda dan saya dapat lakukan perubahan yang baik untuk kesihatan diri dan keluarga. Semoga Allah redha.

Selamat berusaha!

Salam sayang, Nurul Aini || 013-720 0029 Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 8 March 2016

8 Fungsi Utama Protein

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah ...


Teringat sharing dari Prof Muhaya hari Rabu lepas tentang pemakanan sihat untuk ibu berpantang. Prof kata ketika tempoh berpantang, ibu-ibu ni jangan asyik makan nasi putih dengan ikan masin sahaja, kena banyakkan makan protein seperti sup brokoli.  

Dah kenapa kena makan protein?

Apa fungsi protein?

Meh sini saya share <3


Fungsi protein yang paling utama adalah untuk zat pembinaan tubuh. Protein sendiri merupakan sekelompok senyawa organik yang mana di dalamnya terdiri dari sulfur, hydrogen, fosfor, nitrogen, oksigen serta asid amino. Protein merupakan zat penting yang paling diperlukan oleh tubuh. Dalam ilmu gizi, protein diertikan sebagai suatu kelompok makromolekul berbentuk senyawa asid amino yang memiliki fungsi sebagai zat pendorong metabolisme dan zat pembangun tubuh. 

8 Fungsi Protein untuk Tubuh


  • Ia bertindak sebagai enzim dalam mempercepat reaksi biologi.
  • Protein yang terdapat pada hemoglobin bertanggungjawab dalam pembentukan sel darah merah. Manakala protein pada mioglobin akan mengangkut oksigen pada otot.
  • 4.1 kalori dapat dihasilkan oleh 1 gram protein. Protein merupakan sumber energy yang baik untuk menyokong tubuh dalam menjalankan aktiviti seharian. Dan bagi yang sedang mengamalkan diet sihat, pengambilan makanan tinggi protein lebih baik daripada karbohidrat.
  • Protein membantu pembinaan antibodi tubuh.
  • Protein diperlukan untuk penyembuhan luka dan meregenerasi sel terutama kulit.
  • Protein menjaga pH cecair yang ada di dalam tubuh.
  • Protein mengatur metabolisme tubuh.
  • Protein menghancur dan meneutralkan zat-zat asing yang terdapat dalam tubuh.
  • Protein membantu pembinaan otot, untuk menyokong pertumbuhan anak-anak serta remaja.

Apa pula yang terjadi kalau badan kita kekurangan protein?
  • Mengalami penyakit kwashiorkor
  • Menyebabkan pertumbuhan yang tidak sempurna
  • Masalah pada kulit, (contoh: albino)
  • Masalah pencernaan tak lancar
  • Rambut gugur
  • Sistem imunisasi tubuh menurun
  • Kerosakan hati
  • Dehidrasi (kekurangan air dalam badan)

Jom baca kupasan Dr Zubaidi mengenai Set Bersalin Shaklee dan kebaikan Energizing Soy Protein (ESP).

Jom dapatkan ESP hari ini!

"Out with the old, in with the new."



Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 4 March 2016

ESP ceriakan pagi semudah ABC!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum~

Salam sayyidul ayyam <3

Dah sarapan?


Semalam saya up kan poster ni dekat FB. Nak buat tapi tak cukup bahan plus Allah izin serta ringankan rasa untuk laksanakan puasa sunat semalam. So alhamdulillah masa berbuka semalam ambil peluang untuk beli sedikit barang dapur. So alang-alang dah shopping barang dapur, saya beli sekali barang-barang nak buat air best ni.

Konon nak buat semalam tapi sampai je rumah dah keletihan. Mata tak boleh buka, terasa ngantuk yang amat. Plan asal nak habiskan Al-Kahfi pun tertangguh.

SubhanaAllah pagi ni Allah berikan kelapangan untuk buat breakfast sihat ni. Saya olah sedikit. Ini bahan-bahan yang saya gunakan.
  • 1 cawan Fresh Milk
  • 1 cawan Yogurt Drink Low Fat
  • 3 scoop ESP
  • 1 biji buah pisang
  • 1 biji buah oren
Kalau ada slow juicer, boleh masukkan buah dulu. Lepas siap baru campurkan dengan susu, yogurt dan ESP. Shake shake shake dah siap. Tapi asbab saya tak ada lagi alat tu, saya masukkan semua bahan dalam blender. Sekali jalan je. Blend sampai lumat then terus tuang dalam cawan, tuang dalam botol air. Bekalan hari ni - cukup sampai ke tengahari nanti.

Simple breakfast idea :-)
Sebenarnya resipi ni simple je. Tapi renyah sikit sebab nak potong-potong buah tu. Tapi kalau nak dibandingkan dengan nak goreng nasi ke buat jemput-jemput ke saya lebih prefer yang ni. Senang pun senang. Sihat pun sihat. Tahu tak, minum ESP setiap pagi boleh membekalkan protein, kalsium, fiber dan iron untuk keperluan sel dalam badan kita. Mengandungi indeks glisemik yang rendah. Jadi gula dalam darah tak akan naik secara mendadak lepas minum. Sarapan yang cepat, mudah dan sihat yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Orang busy pun sempat sarapan. :-)

Alright, happy working!~

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 1 March 2016

Promosi Shaklee Mac 2016

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah.


Assalamu'alaikum~

Selamat pagi :-) :-)

Mood terlajak happy! Nak kasi tau promosi Shaklee bulan Mac 2016. Kalau bulan lepas sibuk dok tingkatkan imunisasi dan metabolisme dengan Nutriferon dan Zinc Complex. Bulan ni kita kasi slim, badan sihat, cegah diabetes dengan protein soya terhebat dari Shaklee, Energizing Soy Protein.


Mereka yang dah kenal Shaklee mesti tahu pasal ESP. Minuman protein soya terlebih laku. Sesuai untuk mereka yang ada masalah berikut:

kekurangan protein

lesu tak bertenaga

rambut gugur

berat badan berlebihan

tak cukup berat badan

kulit berjerawat

badan dan muka berparut

kencing manis

gastrik

Selain ESP, Shaklee turut panjangkan lagi tempoh promosi untuk vitamin kanak-kanak, Vita-Lea for Children. Multivitamin terbaik untuk anak-anak kerana mengandungi 18 jenis vitamin perlu yang tidak ditambah dengan perasa dan pewarna tiruan. 


Pembesaran minda, penghasilan tenaga dan daya tumpuan.

Membantu menguatkan tulang

Pertumbuhan normal dan penghasilan hormon

Sistem imunisasi dan merawat luka

Daya penglihatan

Mengekalkan sistem saraf dan otot yang normal

Gusi, gigi dan kulit yang sihat

Membantu penghasilan sel darah merah

Berapa harga?

Boleh pm di fb atau terus whatsapp saya.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Sunday, 13 December 2015

15 Resipi Masker Shaklee

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Lamanya tak buat masker. So malam ni merajinkan diri bancuh ESP dengan Sustained Release Vitamin C. Tak susah pun cuma kena buang 'miim aliif laam siin'.

Apa bahan-bahannya?
  • 1/3 tablet Vitamin C (Sustained Release), iaitu 1 biji dipatahkan kepada 3 bahagian, 2/3 lagi boleh disimpan untuk bancuhan masker seterusnya).
  • 1/2 sudu besar ESP
  • 3 sudu besar air kosong (untuk bancuhan yang tidak cair dan tidak terlalu pekat)


Macam mana nak buat?
  • Tumbuk halus 1/3 vit C tadi atau pun boleh juga dilarutkan dalam air sehingga kembang. 
  • Selepas vit c kembang, campurkan ESP.
  • Gaul rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  • Sapu bancuhan masker pada muka secara rata dan biarkan masker kering (cadangan durasi: 20-30 minit atau semalaman).
  • Bilas muka dengan air suam, atau boleh juga kopek masker tersebut sebelum basuh muka.

Kesan selepas buat beberapa kali, kulit wajah rasa lebih tegang, segar dan cerah. Boleh amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Sebenarnya bukan dua suplemen ini (ESP dan Sustained Release Vitamin C) sahaja boleh dimanfaatkan sebagai masker, Ada banyak lagi produk Shaklee boleh dijadikan masker:

1. ESP sahaja.

2. Vitamin C sahaja.

3. Vitamin E sahaja.

4. Alfalfa Complex sahaja.

5. Vivix sahaja.

6. ESP dan yogurt.

7. ESP dan Alfalfa Complex.

8. ESP dan Vitamin E.

9. ESP dan Vivix.

10. Collagen Powder dan Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener.

11. Vitamin E dan Vitamin C.

12. Collagen Powder dan Vivix. 

13. Vivix, Vitamin E, Collagen Powder, dicampur dengan air atau Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener.

14. Vitamin C dan Collagen Powder.


Nota: Bancuhan masker yang dicadangkan ini menggunakan suplemen Shaklee sepenuhnya. Andai customer atau pembaca artikel ini ingin mencampurkan produk Shaklee dengan brand lain untuk dijadikan masker, sejujurnya saya tidak pasti akan keberkesanannya.

Happy trying!~ :-) 











Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Wednesday, 11 November 2015

7 Makanan Yang Baik untuk Sarapan Pagi (Secara Umum)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum & Selamat Pagi <3


Saya ada dua quotes nak share dengan semua. Sebagai kick-start. Supaya kita sama-sama dapat mulakan hari dengan senyuman, dan bukannya muka yang kelat lagi ketat.

"Be pleasant until ten o’clock in the morning and the rest of the day will take care of itself."

[Elbert Hubbard]

"Morning is an important time of day, because how you spend your morning can often tell you what kind of day you are going to have."

[Lemony Snicket]

Dan yang pasti, mesti ambil sarapan. Sarapan yang baik adalah sarapan yang dapat menggabungkan 3 kelas makanan berikut:
  1. Karbohidrat
  2. Fiber / Serat
  3. Sedikit Protein
"Skipping breakfast can set you up for overeating later in the day."


7 Makanan Yang Bagus untuk Sarapan Pagi (secara umum)

1. Pisang
  • mengandungi karbohidrat yang dapat membantu perut kenyang dalam keadaan yang lama
  • juga mengandungi zat potasium yang berfungsi untuk menormalkan tekanan darah.
2. Telur ayam
  • mudah untuk disediakan
  • kaya dengan protein dan vitamin D

3. Tembikai
  • mempunyai kandungan air yang sangat banyak yang membantu mencukupkan keperluan air untuk tubuh kita.
  • kaya dengan likopen (membantu kesihatan mata dan jantung serta mengurangkan risiko penyakit kanser).

4. Strawberry
  • mengandungi sumber antioksidan.
  • kaya vitamin C, asam follat beserta seratnya
  • juga berfungsi membantu menstabilkan kesihatan jantung.

5. Segelas Kopi tanpa gula
  • minum kopi dalam jumlah yang teratur boleh mencegah risiko penyakit diabetes serta penyakit kanser prostat

6. Segelas Teh Panas
  • mengandungi sumber antioksidan yang berfungsi menstabilkan sistem kekebalan tubuh.

7. Tembikai susu / Honeydew
  • mempunyai kandungan air yang banyak yang boleh membantu mencukupkan keperluan air dalam tubuh kita pada waktu pagi.
  • juga mengandungi vitamin A dan vitamin C

Sumber: Tips Sehat Alami


Tapi disebabkan saya sedang mengamalkan healthy diet, saya pilih yang ni..

What inside: CINCH Shake Vanilla, CINCH Shake Chocolate & ESP

CINCH Shake 
  • mengandungi 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral serta 6 gram serat.
  • juga mengandungi leucine yang dapat membantu kita membakar lemak dan dalam masa yang sama memelihara otot badan kita
ESP
  • merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan
  • membantu kesihatan jantung
  • mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya
  • membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
Nota: Cinch dan ESP diambil sebagai meal replacement. Bancuhan (sukatan) yang betul mampu mengelakkan anda mencapai nasi lemak mengurangkan keinginan anda terhadap makanan selepasnya.


A healthy a.m. meal, can give you energy, satisfy your appetite, and set the stage for smart decisions all day long.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Monday, 2 November 2015

12 Info Penting berkaitan EKZEMA (ECZEMA)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..




Apakah itu EKZEMA (ECZEMA)?

Ekzema adalah penyakit kulit yang menyebabkan keradangan dan kegatalan. Tidak kira bahagian kulit yang mana pun terjejas, ekzema kebiasaannya mendatangkan kegatalan. Ada sesetengan keadaan, pesakit yang mengalami ekzema cenderung merasa gatal-gatal sebelum ruam muncul. Ruam biasanya menyerang di bahagian muka, belakang lutut, pergelangan tangan, tangan dan juga kaki. Namun begitu, ia juga boleh memberi kesan kepada bahagian badan yang lain juga.

1. Ekzema boleh terjadi disebabkan alahan, kosmetik, pakaian, cuaca, peluh, sabun, stress dan barang kemas.

2. Bayi yang lahir melalui kaedah cesarean (pembedahan) lebih cenderung mengalami alahan.

3. Memulakan makanan pejal seperti bubur nasi dan puree dapat mengurangkan risiko ekzema.

4. Tidak menvariasikan makanan atau dalam erti kata lain memilih hanya satu jenis makanan sahaja juga boleh menyebabkan alahan kerana tiada pendedahan kepada kumpulan makanan yang lain.

5. Air adalah rawatan terbaik kepada eczema. Bayi atau mereka yang ada ekzema, digalakkan mandi dengan air sahaja. Jangan gunakan sabun mandi yang mengandungi bahan kimia, banyak buih dan pewangi kerana ia boleh mengeringkan kulit.

6. Tiada ubat boleh mengubati masalah alahan 100%. Ia bukan seperti demam; makan paracetamol, terus sihat.



7. Cara mengurangkan alahan adalah dengan kawalan.

8. Mengambil probiotik boleh membantu masalah ekzema.  Probiotik adalah kuman yang memberikan manfaat kepada kita. Ia adalah bakteria yang bagus yang meregulasasikan usus supaya kita tak mudah kena alahan.

9. Mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin A, B dan C memberikan khasiat kepada tubuh serta boleh menguatkan sistem imun anda.

10. Minyak evening primrose, currant hitam dan minyak borage sangat berguna untuk mendapatkan lebih banyak EFA (asid lemak perlu) ke dalam sistem badan. EFA digunakan untuk mencipta interferon yang 'berjuang' menentang virus. Kekurangan EFA mengakibatkan badan kita lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis virus.

11. Omega-3 & 6 asid lemak dapat mencantikkan semula kulit yang terjejas kerana masalah ekzema dan ia juga boleh meningkatkan sistem imun badan.

12. Zink adalah mineral yang boleh membantu untuk mengurangkan jerawat ekzema. [PERHATIAN: Ambil zink TIDAK melebihi 30 miligram sehari]


Apakah langkah yang perlu diambil oleh mereka yang mengalami EKZEMA (ECZEMA)?

  • Tidur di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap dan mengeringkan badan.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.


Bagaimana nak ikhtiar dengan Shaklee?

Energizing Soy Protein
  • Protein tinggi boleh membantu menghasilkan sel kulit yang baru.
  • Meredakan alahan.
Omega Guard
  • Membantu mengawal keradangan kulit dan memastikan kulit kekal lembap.
  • Mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.

Vitamin E
  • Membantu merawat luka akibat ekzema.
  • Menghilangkan parut dan melicinkan kulit.
  • Mengelakkan jangkitan bakteria.

Nutriferon
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan sebarang jangkitan virus.

Herbal Blend
  • Mengurangkan rasa gatal dan pedih akibat masalah ekzema.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.

Basic H
  • Mengering dan merawat ekzema.
  • Sesuai untuk mandian.

Meal Shakes
  • Multivitamin, protein dan serat yang berkhasiat baik untuk meningkatkan antibodi.
  • Memulihkan luka dan membantu penghasilan sel baru yang sihat.
GLA
  • Membantu penghasilan lebih banyak EFA dalam badan.
  • Mengurangkan inflamasi kulit.

Pemakanan sangat penting. Banyak penyakit berpunca daripada pemakanan tetapi banyak juga penyakit boleh diubati dengan mengambil pemakanan yang betul.




Hidup dengan sihat. Cukupkan nutrisi anda bermula hari ini.

Berminat untuk mengetahui lebih banyak berkaitan produk dan cadangan suplemen yang bersesuaian, boleh hubungi saya di talian 013-720 0029.




Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786