Monday 2 November 2015

12 Info Penting berkaitan EKZEMA (ECZEMA)

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..




Apakah itu EKZEMA (ECZEMA)?

Ekzema adalah penyakit kulit yang menyebabkan keradangan dan kegatalan. Tidak kira bahagian kulit yang mana pun terjejas, ekzema kebiasaannya mendatangkan kegatalan. Ada sesetengan keadaan, pesakit yang mengalami ekzema cenderung merasa gatal-gatal sebelum ruam muncul. Ruam biasanya menyerang di bahagian muka, belakang lutut, pergelangan tangan, tangan dan juga kaki. Namun begitu, ia juga boleh memberi kesan kepada bahagian badan yang lain juga.

1. Ekzema boleh terjadi disebabkan alahan, kosmetik, pakaian, cuaca, peluh, sabun, stress dan barang kemas.

2. Bayi yang lahir melalui kaedah cesarean (pembedahan) lebih cenderung mengalami alahan.

3. Memulakan makanan pejal seperti bubur nasi dan puree dapat mengurangkan risiko ekzema.

4. Tidak menvariasikan makanan atau dalam erti kata lain memilih hanya satu jenis makanan sahaja juga boleh menyebabkan alahan kerana tiada pendedahan kepada kumpulan makanan yang lain.

5. Air adalah rawatan terbaik kepada eczema. Bayi atau mereka yang ada ekzema, digalakkan mandi dengan air sahaja. Jangan gunakan sabun mandi yang mengandungi bahan kimia, banyak buih dan pewangi kerana ia boleh mengeringkan kulit.

6. Tiada ubat boleh mengubati masalah alahan 100%. Ia bukan seperti demam; makan paracetamol, terus sihat.



7. Cara mengurangkan alahan adalah dengan kawalan.

8. Mengambil probiotik boleh membantu masalah ekzema.  Probiotik adalah kuman yang memberikan manfaat kepada kita. Ia adalah bakteria yang bagus yang meregulasasikan usus supaya kita tak mudah kena alahan.

9. Mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin A, B dan C memberikan khasiat kepada tubuh serta boleh menguatkan sistem imun anda.

10. Minyak evening primrose, currant hitam dan minyak borage sangat berguna untuk mendapatkan lebih banyak EFA (asid lemak perlu) ke dalam sistem badan. EFA digunakan untuk mencipta interferon yang 'berjuang' menentang virus. Kekurangan EFA mengakibatkan badan kita lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis virus.

11. Omega-3 & 6 asid lemak dapat mencantikkan semula kulit yang terjejas kerana masalah ekzema dan ia juga boleh meningkatkan sistem imun badan.

12. Zink adalah mineral yang boleh membantu untuk mengurangkan jerawat ekzema. [PERHATIAN: Ambil zink TIDAK melebihi 30 miligram sehari]


Apakah langkah yang perlu diambil oleh mereka yang mengalami EKZEMA (ECZEMA)?

  • Tidur di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap dan mengeringkan badan.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.


Bagaimana nak ikhtiar dengan Shaklee?

Energizing Soy Protein
  • Protein tinggi boleh membantu menghasilkan sel kulit yang baru.
  • Meredakan alahan.
Omega Guard
  • Membantu mengawal keradangan kulit dan memastikan kulit kekal lembap.
  • Mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.

Vitamin E
  • Membantu merawat luka akibat ekzema.
  • Menghilangkan parut dan melicinkan kulit.
  • Mengelakkan jangkitan bakteria.

Nutriferon
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan sebarang jangkitan virus.

Herbal Blend
  • Mengurangkan rasa gatal dan pedih akibat masalah ekzema.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.

Basic H
  • Mengering dan merawat ekzema.
  • Sesuai untuk mandian.

Meal Shakes
  • Multivitamin, protein dan serat yang berkhasiat baik untuk meningkatkan antibodi.
  • Memulihkan luka dan membantu penghasilan sel baru yang sihat.
GLA
  • Membantu penghasilan lebih banyak EFA dalam badan.
  • Mengurangkan inflamasi kulit.

Pemakanan sangat penting. Banyak penyakit berpunca daripada pemakanan tetapi banyak juga penyakit boleh diubati dengan mengambil pemakanan yang betul.




Hidup dengan sihat. Cukupkan nutrisi anda bermula hari ini.

Berminat untuk mengetahui lebih banyak berkaitan produk dan cadangan suplemen yang bersesuaian, boleh hubungi saya di talian 013-720 0029.




Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: