Showing posts with label Garlic. Show all posts
Showing posts with label Garlic. Show all posts

Saturday, 9 January 2016

8 waktu terbaik untuk Detox

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah..

Assalamu'alaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat dirahmati Allah semuanya.


Bila bercakap pasal soal nak turunkan berat badan, perkara utama yang tak boleh nak elak adalah proses detoksifikasi (detox). Tahu tak dalam tubuh kita setiap hari setiap jam tanpa henti menghasilkan racun. Yang kita duduk sebut toksin toksin tu lah racun. Racun ni jangan buat main. Jika tak detox dengan baik ia boleh mengundang pelbagai penyakit. Saya pernah kongsi dalam artikel "Kenali Badan Bertoksin".

Jangan jadikan alasan "saya sibuk", "tak ada masa" sebagai batu penghalang. Sibuk atau tidak, ada masa atau tidak, proses detox tetap kena buat. Ini soal badan sendiri, kesihatan tubuh badan kita. Kurang detox boleh mengakibatkan kematian. Naudzubillah!

8 Waktu Terbaik Untuk Detox

05:00 - 07:00 pagi Detox Usus

Apabila racun dalam usus besar berkumpul sampai had tertentu, ia akan menimbulkan spot (tompokan) di kulit. Tahu tak itu adalah salah satu petanda risiko untuk kena kanser kolorektal (kanser usus) semakin meningkat. Itu sebablah, kita kena pastikan dalam tempoh masa ni (5 - 7 pagi) mesti ada sekali kita buang air besar, barulah usus besar dapat detox dan dibaik pulih secara maksimum.

07:00 - 09:00 pagi Detox Perut

Perut adalah organ pencernaan manusia yang terbesar, ada fungsi-fungsi penyimpanan, transit dan pencernaan makanan. Dalam tempoh waktu ini (7 - 9 pagi), method detox terbaik adalah penggunaan posisi berlutut untuk berlatih pernafasan perut. Tahu tak cara ini dapat meningkatkan pengaliran darah di bahagian perut, meningkatkan metabolisme dan menguatkan daya pencernaan perut.

11:00 pagi - 1:00 tengahari Detox Jantung

Ambil menu lunch yang bernutrisi yang baik untuk kesihatan jantung dan limpa. Waktu ini jantung kita berdegup pada tahap maksimum. Ambil peluang untuk berqailullah (tidur sebentar sebelum masuk waktu solat Zuhur). Percayalah ia sangat bagus untuk proses detox jantung.


1:00 - 5:00 petang Detox Usus Kecil dan Bladder 

Ambil peluang untuk lakukan senaman ringan untuk merangsang usus kecil supaya agar otot dalam usus kecil dapat berfungsi dengan baik. Minum air secukupnya. Ia bagus untuk mempercepatkan proses detox. Jika kurang air, pergerakan otot dalam usus kecil akan berkurangan, maka proses penyaluran cecair ke pundi kencing jadi tidak lancar, sisa buangan tidak dapat dipindahkan ke usus besar dan bekalan nutrisi ke limpa juga terhalang.

5:00 - 7:00 petang Detox Ginjal

Apabila terdapat toksin dalam ginjal, tubuh akan mudah rasa penat. Pada waktu ini kita sibuk nak balik kerja. Berlari, berjalan cepat atau melakukan senaman pinggang beberapa ketika dapat membantu mempercepatkan detox ginjal. Cendawan hitam dan rumpai laut (seaweed) dalam menu dinner sangat membantu proses detox dan memberi nutrisi pada ginjal.

7:00 - 9:00 malam Detox Pericardium

Rasa pedih ulu hati boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Kita akan rasa sesak di bahagian dada - macam kena tusuk. Waktu ini peredaran darah sangat produktif . Tepukan secara keras pada selaput jantung atau di bahagian lekukan siku untuk melakukan detoks. Ini dapat membantu menguatkan bekalan darah pada jantung secara efektif dan meningkatkan peredaran darah yang akan memasuki otak besar. Urutan di bahagian jari tengah (di titik selaput jantung) juga mungkin boleh membantu.

Sumber: Google

9:00 - 11:00 malam Detox Sistem Limfatik dan Endokrin

Ketika proses detox sistem-sistem ini berjalan, pastikan kita dalam keadaan santai, fikiran, fizikal dan hati kita juga gembira. Urutan pada bahagian leher atau mengurut titik akupuntur di lubang di bahagian ketiak akan sangat membantu proses detox ini.

Sumber: Google

Sumber: Google

11:00 malam - 5:00 pagi Detox Hempedu, Hati dan Peparu

Proses detox hempedu, hati dan peparu mesti dilakukan dalam keadaan tidur yang baik. Oleh sebab itu, kena praktis tidur sebelum pukul 11 malam. Antara pukul 11 malam hingga 2 pagi adalah waktu terbaik untuk detox.

Sumber: izinshare.com

Amacam?

Lebih spesifik dan terfokus kan?

Tahu apa nak buat?

Jom detoks. Yoshhh~
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cop...cop...

Nak kan sesuatu yang lebih mudah?

Saya ajar sahabat-sahabat detox dengan lebih ringkas dan selamat dengan bantuan Shaklee.

Detox hati ----->>>>> DTX Complex / Garlic Complex / Alfalfa Complex
Detox usus ----->>>>> Peppermint Ginger Plus / Herb-Lax / Alfalfa Complex
Detox darah ----->>>>> Alfalfa Complex / Phytocol-ST / Vivix

Boleh baca selanjutnya dalam artikel "Detoks sihat Semulajadi dengan Shaklee".



Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Monday, 14 September 2015

Jerebu melanda negara lagi!

Teks olahan: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Jerebu, semakin hari semakin teruk, semakin hari semakin kabur penglihatan, semakin hari semakin susah untuk bernafas dengan nyaman.

Pencemaran udara tidak boleh dipandang ringan atau 'dilayan' secara sambil lewa. “Jika air yang tercemar, kita mempunyai pilihan untuk mencari sumber yang bersih tetapi apabila udara tercemar kita masih perlu bernafas seperti biasa.

“Air yang diminum melalui beberapa proses di dalam badan sebelum diserap ke dalam darah dan keluar sebagai air kencing dan peluh, sedangkan udara yang disedut terus masuk melalui hidung dan diserap di paru-paru.

Kajian menunjukkan jerebu bukan sahaja membawa asap tetapi juga bahan-bahan lain semasa bertiup dari kawasan pembakaran seperti
  • partikel
  • mikrob
  • toksik (bahan kimia)
  • alahan

“Bahan-bahan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti:
  • asma
  • bronkitis
  • batuk
  • demam
  • selesema
  • penyakit kulit
  • sinus

Semasa jerebu, kita tidak digalakkan keluar rumah tetapi adakah persekitaran di dalam bangunan sihat?

Orang ramai perlu memastikan persekitaran di dalam bangunan, rumah serta kereta bersih bagi mengurangkan kesan jerebu. “Jika air, kita menggunakan penapis air, bagaimana pula dengan udara?

Apabila berada di dalam rumah, kita perlu pastikan keadaan persekitaran rumah yang bersih. Pastikan:
  • aliran udara yang baik
  • penghawa dingin diservis dan berfungsi dengan baik
  • permaidani perlu sentiasa dibersihkan
  • minum air yang banyak
  • pakaian dicuci dengan bersih 
  • keadaan dalaman kereta yang bersih.



Pencemaran udara adalah campuran antara bahan semulajadi dan perbuatan manusia termasuk pembakaran hutan dan lain-lain yang menghasilkan partikel kecil, ozon dan gas seperti nitrogen oksida, karbon monoksida dan bahan-bahan kimia yang berada di udara yang disedut oleh manusia.

Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan:
  • kegatalan pada kulit
  • rasa pedih pada mata
  • lelah
  • bronkitis
  • resdung 
Jika berpanjangan boleh mengakibatkan penyakit:
  • kardiovaskular
  • darah tinggi 
  • kematian

Terdapat juga bukti yang menunjukkan pendedahan udara tercemar secara berpanjangan juga boleh membantut perkembangan paru-paru di kalangan kanak-kanak.


“------------------
AWAS
------------------

Kita masih terdedah kepada jerebu bila berada di dalam bangunan tertutup kerana udara tercemar masih boleh masuk melalui saluran udara luar (fresh air) yang masuk ke dalam unit penghawa dingin sepusat (Air Handling Unit). “Oleh itu langkah berjaga-jaga masih perlu di ikuti sebagaimana berada di luar bangunan.


Langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya masalah jerebu:
  • Gunakan topeng hidung dan mulut yang bersesuaian
  • Hadkan penggunaan jalan raya
  • Elakkan makan di tempat terbuka atau makan makanan yang terdedah (contoh: gerai-gerai tepi jalan), dikhuatiri ia turut tercemar dengan bahan pencemar yang ada dalam jerebu.


Biasanya makanan yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya yang ada dalam jerebu dikhuatiri akan memberikan kesan negatif kepada pengguna.

  • Kurangkan aktiviti luar (contoh: sukan)


Ramai yang tidak sedar mengenai bahan kimia dalam jerebu yang masuk ke dalam tubuh badan dan kesan jangka panjang akibat pendedahannya.


Jerebu sebenarnya menyebabkan masalah kesihatan awam dan kesihatan pekerjaan secara tidak langsung. “Ini melibatkan mereka yang bekerja di luar seperti petani, ranjer, polis, posmen, pegawai penguatkuasa dan pekerja binaan.

Perlu diingatkan bahawa, bahan-bahan pencemar yang ada dalam udara bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan manusia tetapi juga kepada haiwan dan tumbuhan serta didapati mengurangkan nilai estetika bangunan (menjadikannya pudar).


Apa vitamin Shaklee yang boleh dicadangkan untuk meningkatkan imunisasi badan semasa berlakunya jerebu?

  1. Vivix: memastikan kesihatan yang optimum
  2. Nutriferon: berperanan sebagai antibiotik semulajadi kepada badan
  3. Chewable Vita-C Plus: menyokong proses detox yang berkesan
  4. Garlic Complex: komponen terbaik untuk memastikan badan yang sihat
  5. CoQ Health Plus: menyokong pengawalan antioksidan dalam badan
  6. Performance Drink (PD): memberikan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
  7. Omega Guard: membantu sistem pertahanan badan.




Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya, Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.

Lindungi keluarga kita hari ini.

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Sumber: Utusan

Semakan bacaan IPU terkini: APIMS DOE Malaysia
Bacaan IPU hari ini setakat jam 11 pagi tadi

Bacaan IPU hari ini setakat jam 11 pagi tadi
Bacaan IPU hari ini setakat jam 11 pagi tadi

Thursday, 23 July 2015

Jangan Gemuk Selepas Raya!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Beraneka juadah yang dihidangkan - kuih raya, lemang, ketupat, rendang ayam, daging, paru, kuah lode, sambal kacang~ siapa yang tahan kan? Memang laju sahaja tangan tu mencapai pinggan, ceduk semua makanan yang ada atas meja.

Tinggi kalori masing-masing. Risiko penyakit nak datang menyerang pun sama tinggi.
Boleh sahaja nak makan. Tapi sekadarnya. Ceduk buat rasa.
 

Memang semua makanan atas meja tu kita boleh telan. Selagi rasa 'ada space', selagi tu kita sumbat mulut kita dengan makanan. Ye kan? Makan memang sedap. Nikmat hidup yang tiada siapa boleh nafikan. Tapi kalau berat bertambah, saiz badan makin mengembang, sendiri yang susah hati. Kemudian menyesal?

Adakah anda mengalaminya?

Tak usah nak menyesal sangat lah. Sendiri yang buat :-)


Tahukah kita?

Kita akan rasa kenyang hanya selepas 20 minit kita makan. Bukannya bila kita 'terdampar', kemengahan, sampai rasa dah tak boleh nak masuk makanan lagi.


Jaga makan, ambil suplemen.

Set favourite ketika raya. Mesti ambil!
Bagi saya bila dah ada Shaklee, saya tak risau sangat bila nak makan. Kawal tetap kena kawal. Tapi suplemen ni saya takrifkan sebagai agen talian hayat untuk servis sistem dalaman badan. Bila makan 'merapu' banyak sangat, kenalah detoks, kena bakar lemak-lemak tu. Jadinya, Shaklee bantu saya untuk lakukan semua tu. Tak perlu nak tumbuk lesung batu, reneh akar kayu dan sebagainya untuk 'cuci' sistem dalaman tubuh kita. Shaklee kan ada. Semuanya semulajadi. Sentiasa selamat, berkesan, dan mesra alam.


Tips nak maintain atau kurangkan sedikit berat badan selepas raya:

  • Makan dan nikmati juadah raya secara slow & steady. Kunyah lumat setiap suapan. Jangan terburu-buru untuk masukkan suapan seterusnya. Enjoy the food.
  • Minum air masak / plain water secukupnya.
    • Bila bosan dengan air kosong, boleh try buat infused water. Mix buah 2-3 jenis. Ini lebih baik daripada minum air bergula.
  • Kurangkan air berkarbonat dan segala air manis. Boleh minum. 1 gelas share 2 orang atau tuang setengah gelas sahaja.
  • Mulakan qadha' puasa & puasa 6 seawal mungkin.
  • Ketika beraya, park kenderaan kita jauh sedikit dari rumah yang kita nak ziarah. Pertama, dapat bakar kalori apabila kita berjalan (salah satu cara nak bersenam). Keduanya, langkah ini adalah cara yang bagus untuk elak rasa riak kita pakai kereta baru :-)
  • Kerapkan senaman. Gunakan apa sahaja yang ada di rumah sebagai alat bantuan senaman.
    • Contohnya: 
      • botol air yang diisi penuh boleh dijadikan sebagai pemberat
      • naik turun tangga dalam tempoh 20 - 30 minit
  • Kalau ada bajet lebih, boleh join kelas dengan Kevin Zahri.


Yang penting buat!


Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Sunday, 1 February 2015

Detoks Sihat Semulajadi dengan Shaklee

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa Alhamdulillah... 

Nak tahu sesuatu?

Shaklee ada banyak suplemen khusus untuk bantu bersihkan sistem dalaman badan kita. Terdapat pelbagai 'agen detoks' untuk diperkenalkan kepada semua. Meh tengok satu-satu ;-)

Alfalfa Complex
Ni suplemen favorite saya. Pelbagai manfaat dengan pelbagai kegunaan. "Jamu Moden" terbaik untuk semua. Meneutralkan darah yang berasid. Mencuci usus dan menyingkirkan lemak serta kolesterol jahat. Mengembalikan tahap normal badan yang berasid.

Cinch Energy Tea Mix
Energy booster yang menjadi peneman terbaik semasa pemanduan jarak jauh. Alternatif terbaik menggantikan minuman berkafein yang memudaratkan kesihatan. Dihasilkan daripada teh hijau yang boleh membantu meningkatkan metabolisme dan memberi tubuh nutrisi dengan kandungan serat dan potasium di dalamnya.

Herb-Lax
"Julap" yang selamat. Bagus untuk usus dan proses penghadaman kita. Membantu proses pergerakan semulajadi usus dan merangsang usus melakukan proses pembersihan. Mengatasi masalah sembelit. Membantu mengempiskan perut.

DTX Complex
Menyahtoksin hati dan menggalakkan fungsi hati yang sihat. Juga membantu pengaliran hempedu yang normal. Bertindak sebagai penapis toksin dalam badan serta menyingkirkan racun yang berkumpul dalam hati.

Garlic
Antibiotik yang selamat dan semulajadi. Alternatif terbaik bagi menggantikan panadol dan paracetamol. Mengeluarkan raksa dengan pantas. Menghalang kerosakan hati akibat pengumpulan sisa bahan kimia dalam badan.

Peppermint Ginger Plus
Melegakan senak perut. Membuang angin dalam badan serta menenangkan perut. Juga membantu proses penghadaman dan mencuci usus.


Banyak kan?

Apa yang pasti semuanya SELAMAT, BERKESAN, dan MESRA ALAM.

Mana-mana yang berkenan, boleh hubungi saya ye.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786


*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Monday, 26 January 2015

Set Detox Super Power

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah.. 

Set DETOX super hebat. 

Sumber: Shaklee 1209

p/s: toksin dalam badan kita tak akan keluar sendiri kalau kita tak usaha untuk keluarkannya dari badan kita. 

Tak rugi buat pelaburan untuk kesihatan diri dan keluarga.

Tengah diskaun ni, berbaloi sangat untuk dapatkannya sekarang.

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786


*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.