Friday 11 March 2016

GMO vs non-GMO, mana patut kita pilih?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..



Pernah dengar pasal GMO, non-GMO?

Pernah ambil kisah, ambil peduli mengenai pemakanan kita ni GMO ke tanpa GMO?


Apa itu GMO?

Genetically Modified Organism, organisma yang diubahsuai secara genetik. Istilah ini sebenarnya merujuk kepada tumbuh-tumbuhan (tanaman) atau organisma lain yang dicipta menggunakan teknik biologi molekul terkini. Teknologi GMO, melalui teknik-teknik makmal yang canggih, membolehkan manusia memanipulasi dan menggabungkan gen daripada organisma yang berbeza (teknologi recombinant DNA) dan organisma yang terhasil dikatakan "diubahsuai secara genetik", "Genetically engineered" atau "transgenic".

Pengubahsuaian genetik dan pewujudan GMO tidak terhad kepada tumbuhan sahaja, malah sebarang hidupan daripada sekecil virus dan bakteria sehinggalah haiwan dan manusia boleh dijadikan GMO. Tujuannya adalah untuk menghasilkan spesies tanaman yang tahan kepada serangan haiwan atau serangga perosak dan sumber makanan yang berkualiti tinggi, yang mana boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat.

Melalui teknik GM, manusia boleh tanam padi yang mengandungi ubat-ubatan dalam setiap sel pokok berkenaan, boleh grow soya, jagung juga boleh hidup (terselamat) walaupun bergelen-gelen bahan kimia 'dibuang' ke atasnya. Even, kita boleh paksa lembu untuk hasilkan susu 2 kali ganda iaitu dengan penggunaan antibiotik secara meluas untuk tangani jangkitan.

Nampak kan?

Tiada satu pun dilakukan dengan cara yang sihat, semulajadi dan sustainable. Semuanya nak mengangkat penggunaan lebih banyak bahan kimia dan ubat-ubatan.


Kenapa perlu ambik kisah (peduli)?

Terdapat lebih daripada satu perkaitan antara makanan GM dengan kesan kesihatan yang buruk. Makanan GM mampu menimbulkan risiko kesihatan yang serius terutamanya dalam toksikologi, allergy dan fungsi imun, kesihatan reproduktif (kesuburan), metabolik, fisiologi dan kesihatan genetik.


Ahli biologi terkenal di dunia, Pushpa M. Bhargava telah membuat kajian semula lebih daripada 600 jurnal saintifik dan membuat kesimpulan bahawa organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) merupakan penyumbang utama terhadap kemerosotan kesihatan secara mendadak di Amerika.

Seorang ahli Biologi dari Salk Institute, David Schubert, memberi amaran: "kanak-kanak adalah yang paling teruk terkesan oleh toksin dan masalah pemakanan yang lain" yang berkaitan dengan makanan GM. Beliau berkata jika tidak dikaji dengan teliti, anak-anak kita  ibarat "haiwan eksperimen" - macam 'kusmal' (istilah yang dipopularkan oleh Nabil).




Jadi, apa yang kita kena buat?

Di Malaysia, pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dah mewujudkan satu jawatankuasa yang akan memberi garis panduan dan khidmat nasihat mengenai GMO. Malangnya kita belum ada lagi undang-undang khas untuk membendung import dan penggunaan GMO.

Tapi sebagai pengguna kita boleh lebih selektif dalam memilih bahan masakan kita. Cuba elakkan beli barang-barang makanan yang mengandungi GMO. Ada beza antara bahan semulajadi dengan yang dah diubah secara genetik.





ESP, Protein Soya Bukan GMO



Protein Soya ESP Shaklee tidak diubah suai secara genetik. Pada tong canister ESP ada label "NON-GMO" (Non-Genetically Modified Organism).


Shaklee hanya mengekalkan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti, daripada biji benih sampai kepada penyimpanannya. Shaklee menggunakan Identity Preservation Program (IPP) untuk memastikan genetik kacang soya yang dihasilkan bebas daripada apa sahaja perubahan genetik. Semua proses menanam sehinggalah kepada penghasilan, semuanya dipantau dengan teliti dan dijaga secara rapi.

Tiada sebarang penggunaan bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangannya. Jika contohnya ia perlukan 9 bulan untuk jadi matang (sebelum dituai) maka 9 bulanlah masa yang diperuntukkan. Semuanya secara semulajadi.

Kacang soyanya diproses dengan suhu rendah dan hanya menggunakan air (tanpa campuran alkohol seperti soya lain). Disebabkan inilah ESP adalah protein non-GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino Perlu merupakan sumber protein soya terbaik kerana soya yang digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik. 

Jadi, dah tak perlu risau nak cari sumber protein bebas GMO. Shaklee dah hasilkan ESP untuk kita. :-)


In shaa Allah next entry saya share lagi kenapa ESP berbeza dengan kacang soya lain.
Dapatkan ESP anda dengan harga super jimat hari ini. Tawaran sah laku sepanjang bulan Mac 2016 sahaja.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: