Saturday 13 February 2016

Insomnia masalah susah tidur

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Dah pukul 3 pagi. Belum tidur lagi?

Susah nak tidur ke?

Kenapa? 

Insomnia

Insomnia merupakan sejenis gangguan tidur yang mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah untuk tidur. Secara fisiologinya, insomnia bukanlah sejenis penyakit. Ia berlaku kepada hampir semua orang, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Namun begitu, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihadapi mengganggu rutin harian individu terbabit.

3 Ciri-ciri Insomnia

Gejala insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut:

1.  Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

2. Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

3. Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)


3 Tahap Insomnia

1. Ringan

Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

2. Sederhana

Masalah ini berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah (senang) rasa tersinggung.

3. Kronik

Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Menurut National Sleep Foundation (NSF), hampir 6 dari 10 orang warga US mengalami insomia dan masalah tidur. 

Kebanyakan yang mengalami insomnia akan mengambil ubat tidur untuk tidur. Ubat tidur memberi kesan tidak baik untuk jangka masa panjang. Kesan dadah dalam badan boleh menyebabkan khayal dan boleh meningkatkan risiko kemalangan. Ia juga mengganggu ingatan dan keberkesanan kerja di tempat kerja dan rumah.

Tahu tak?

Kesukaran untuk tidur malam ada kaitan dengan kekurangan Kalsium dan Magnesium dalam nutrisi harian.

Dari pandangan pakar nutrisi, beberapa kajian mendapati terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam. 

James F. Balch, seorang doktor dan juga penulis yang bertanggungjawab menghasilkan buku "Prescription for Nutritional Healing" memberitahu:

"Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh tidur semula sekiranya terjaga"

Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur. Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan berada pada paras paling tinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement).


Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

Willian Sears, seorang doktor memberitahu

"Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur"

Kurang Magnesium punca Insomnia

Sebab utama insomnia yang kronik adalah kerana kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota.

Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.


Ostematrix Pilihan Terbaik atasi Insomnia


Kenapa kita memilih Ostematrix untuk tidur yang lebih lena dari jenama lain?

Kerana ia mengandungi:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Ramai yang percaya bahawa keperluan untuk tidur akan berkurangan apabila usia semakin meningkat. Sebenarnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur, tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.

Tidur yang 'sihat' dan 'berkualiti' penting untuk tubuh, terutamanya otak serta organ-organ  lain supaya kesemuanya dapat berfungsi secara optimum.

Ambil wudhu'.

Baca 3 Qul.

Ulangkali baca lafaz basmalah.

Cubalah tutup matamu.



Selamat malam~

Nurul Aini || 013-720 002
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: