Friday 5 February 2016

Balik kampung! Selamat bercuti~

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Alhamdulillah selamat dah sampai rumah. Hujan non stop, all the way from Bangi sampai ke Kluang. Dari renyai, lebat, renyai, lebat balik tapi hujan tak juga berhenti.

Tadi rasa mengantuk sangat. Standard lah kan balik dari kerja. Plan asal nak lelapkan mata 5 ke 10 minit lepas isi minyak dan sementara nak tunggu akak balik. Huuuu.. tak sempat. Shell full house! Kereta beratur sampai ke luar jalan. Semua semangat nak balik kampung la tu. OK tak jadi isi minyak, terus pergi ofis akak, boleh tidur. Handset bersiul, mesej whatsapp masuk:

"Adik, adik dah ready ke?"

"Boleh je kot adik gerak.."

Huahhh akak dah siap kerja. Tak dapatlah nak tidur. Jemput akak, kemudian singgah Putrajaya Sentral ambil kawan akak. Kebetulan dia pun nak balik Kluang juga. So sekali jalan.

Alhamdulillah rezeki petang Jumaat. Kawan akak belanja honeydew ice blended with rainbow jelly. Sedap! Tiba-tiba terkeluar idea nak campurkan ice blended tu dengan Cinch Tea. Sesuka hati, sesedap rasa tekak sendiri :-) Yelah kalau bancuh berasingan kang dah kena minum 2 botol air pulak. Habis semua hentian nanti kena singgah buat 'lawatan sambil belajar'. Haru!

Sejak kenal Cinch Tea memang dah tak pandang dah air tin Nescafe tu. Kalau dulu, sampai 3 tin saya beli buat standby dalam kereta. 2 original flavor, 1 lagi nescafe ais, yang tin biru tu.

Kenapa sampai 3?

Sebab lepas habis tin ke-3 baru hilang rasa mengantuk. Haaaa tapi lepas tu bersedialah. Natures call! Kecik, besar, semua keluar. Tu gayanya kalau syndrome terlebih kafein. Rasa perut macam kena putar.

Nak tahu lebih lagi mengenai kesan terlebih kafein, boleh baca sini: Awas Bahaya Terlebih Kafein.

Berbeza dengan teh hijau Shaklee ni. Minum 1 sachet tapi 'power' dia sama macam saya dah telan 3 tin nescafe. Energy boost dia lain macam. Susah nak translate into words. Siapa dah pernah minum mesti tahu macam mana rasa dan kesan dia. Apa yang penting, kita tak akan overdose kafein kerana kandungan kafein di dalamnya sangat sedikit dan selamat.

Selain campuran beberapa jenis teh yang eksklusif, Cinch Tea juga mengandungi Taurina.

Taurina (Taurine): Apa dan untuk apa?

Taurina atau pun 2-aminoethanesulfonic acid, adalah kompaun yang dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh manusia. Ia juga boleh bersumber dari rumpai laut, cendawan dan bakteria.

Hasil kajian secara meluas telah membuktikan taurina ni berkesan meningkatkan kecerdasan, tenaga dan stamina tubuh.

Taurina menjadikan teh hijau Shaklee ini lebih super eksklusif kerana ia menggalakkan metabolisme, menyebabkan kita lebih bertenaga dan meningkatkan ketahanan badan. Taurina juga berfungsi melarutkan lemak dan membantu menghasilkan otot tanpa lemak

Seriously. Jika kita nak kan something yang boleh kekalkan kecergasan tubuh, maka ini lah pilihan alternatif terbaik untuk gantikan kopi, nescafe, air bergas atau air manis yang lain. Ramuan istimewa tanpa pewarna, perisa dan pemanis tiruan serta bebas gluten

Sekali cuba, sekali rasa, pasti nak repeat order. Haha sungguh! Tak tipu.

Nak tahu banyak lagi pasal Cinch Energy Tea Mix ni boleh klik sini.

Wah hujan kat luar tu makin lebat. Kena tidur dulu. Esok nak bangun Subuh.

Selamat malam semua~ <3


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: