Monday 29 February 2016

Berhujung minggu dengan keluarga

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Aktiviti weekend kali ni adalah attend wedding di JB. 3 minggu berturut-turut! 2 minggu sudah turun padang wedding kawan. Kali ni kenduri kahwin family pulak.

Untuk sahabat-sahabat, apa yang best time kenduri?

Dapat bergaya? Pakai baju cantik-cantik lip lap lip lap? Bagi saya bab berpakaian tu tak berapa sangat sebab saya suka yang simple je. Ringkas, selesa dan paling penting cover semua. Tapi kalau tanya saya benda paling best pergi kenduri ni adalah fooooooooodddddd!!~~

Makanan sedap-sedap kan. Ada nasi minyak beras panjang, lauk macam-macam; ayam sweet sour, daging kurma, kambing golek, laksa, sup gear box dan banyak lagi. Memang macam-macam pilihan masakan. Dari hujung ke hujung meja, siap dengan kudap-kudap pemanis mulut sekali. Ikut kita la nak makan mana dulu.

Kalori? Toksah cerita la. Kalau akal sentiasa di paras 'terkawal' pasti kita boleh control portion dan jenis makanan yang masuk ke mulut. Tapi kalau kecundang dihenyak nafsu, maka selamatlah semuanya beratur 'check in' badan kita. Berjoget-joget kalori masuk dalam badan. 

Ok lupakan bab makan. Sebenarnya ada yang lebih menyeronokkan. Apa dia?

Keluarga Tok Saayan
Dapat berkumpul dengan saudara-mara. 

The incomplete cousins
Memang meriah kalau semua dapat turun sekali. Boleh jumpa pelbagai generasi. Cuma masalahnya bila jumpa sekali-sekala ni, kita tak ingat nama dan tak ingat dia anak siapa (Hehe...) Setakat adik beradik mak dan ayah ok la. Still close lagi. Tapi bila masuk sepupu, dua pupu, kupu-kupu mak, ayah semua, mana nak ingat. Time ni lah boleh jumpa mak sedara, pak sedara lagi muda dari kita. Tok sedara saya pun umur 51 tahun. Lagi muda dari usia mak dan ayah.

Team red!ll
Apa-apa pun bila dapat jumpa memang happening. Bersembang gamat sekampung sampai tak perasan jarum jam dah mendekati 2.30 pagi!

Dah balik rumah, baru terasa letih satu badan. Dah ready semua, macam biasalah; 4 biji Ostematrix untuk ikhtiar tidur yang lena. Charger badan semulajadi yang terbaik lagi berkualiti.

Nota:
--------
5 perisai utama kalau nak pergi majlis kenduri-kendara:
  1. Lecithin
  2. Phytocol-ST
  3. Omega Guard
  4. B Complex
  5. Alfalfa Complex
Oh ye. Sebelum tido, jom buat ni. Prof Muhaya share dekat facebook.

3 perkara kena buat sebelum atau selepas bangun tidur

1. Letak tangan kanan di dada kiri

2. Berdialog dengan diri.
(Mulakan dengan lafaz basmalah)

"Wahai diriku, maafkan aku, maafkan juga orang lain yang selama ini menyakitimu sama ada mereka sedar atau tidak. Mereka juga manusia biasa sepertimu; ada kekurangan dan tidak sempurna.

Wahai diriku, marilah kita sama-sama berlapang dada terima redha ikhlas dan pasrah untuk segala perkara yang telah berlaku.

Maafkan aku andai selama ini mengabaikanmu secara mental, spiritual dan fizikal.

Ya Allah ya Hayyu ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan, baikilah segala urusanku dan janganlah Kau serahkan diriku kepadaku walau dalam sekelip mata. Aturkanlah diri melakukan perkara yang buat Kau redha ke atasku. Sesungguhnya Kau ya Baari, yang maha mengatur alam ini.

Mulai saat ini, aku terima, aku redha, aku ikhlas, aku pasrah atas segala perkara negatif yang pernah berlaku dalam hidupku.

Sekarang aku lepaskan segala emosi-emosi negatifku daripada hati, minda, sel-sel, DNA hingga tulang sulbiku. Lalu aku kembali stabil, luar biasa positif, optimis, tenang, jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya."

3. Tarik nafas panjang melalui hidung. Kemudian lepaskan ikut mulut sambil bayangkan nafas yang keluar seperti kepulan asap hitam (bayangan emosi-emosi negatif). Akhir sekali, sebut: Alhamdulillah ya Syakur.

Ulang 3 kali.

Pasti selepasnya anda akan rasa lebih tenang, santai, lebih positif, optimis daripada yang tadi.

Ikhtiar jadi insan luat biasa hebat! 

Selamat malam~ :-)

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: