Thursday 4 June 2015

Cerita Semalam & Baby Sya'aban

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

04.06.15 ~ 17 Sya'aban 1436H

Perancangan awal nak pergi ziarah 'Izzati & Nik Amin semalam. Tapi bakal ummi tu tengah tahan contraction yang datang setiap 5 minit sekali, tak sampai hati pula nak ganggu. Makanya, beralih arah - pergi jumpa dengan si comel 'Aleef Arsyad' dan umminya untuk ambil stok ESP dan Gentle Action Makeup Remover. Tak tahan layan keletah si kecik tu. Konon mula-mula jual mahal tak mahu orang lain dukung. Nak dengan ummi dia je. Tup...tup.. eh nak pulak dia. Dah serasi agaknya lepas main-main dengan dia. Siap nak ikut 'kakak' jalan lagi! Mujurlah umminya pandai memujuk.

Ralit bersembang sampai tak sedar jam menghampiri pukul 11 malam~ Sekali-sekala berjumpa dengan 'mak tok' - absorb lah ilmu seberapa banyak yang mungkin. Gitu-gini dalam pukul 12 lebih jugalah saya dan kakak sampai rumah. 

Itu cerita kami.

Lain pula ceritanya di tempat lain. Tak sangka masa kami sampai rumah tu, 'mak buyung' tu dah ditolak masuk labour room rupanya. Dapat mesej dalam aplikasi whatsapp bagitahu baby dah lahir~

MasyaAllah TabarakaAllah. Alhamdulillah...

Sambil siap-siap nak ke tempat kerja, sambil itu juga hati meronta-ronta nak pergi melawat. Tak tahu lagi macam mana perjalanannya. Cuma tangan dah capai siap-siap stokin kaki berjari untuk dihadiahkan pada ibu muda tu beserta dengan Set Bersalin Shaklee. Dengan harapan dapatlah diserahkan kepada mereka secepat mungkin.

LUA: Jadi mesti kasi jadi!~

Alhamdulillah sampai juga akhirnya di SALAM Shah Alam Specialist Hospital. Tingkat 2, bilik 201.
.
.
.
.
Tiada kata terbit di bibir. Cuma puji-pujian syukur kepada Yang Maha Esa memenuhi segenap ruang hati.

Seronok menatap wajah si kecil ni. Kebahagiaan dan kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah ummi dan abahnya. Bila dah berjumpa barulah dapat bercerita panjang lebar. Alkisah rupanya dia dah mula sakit sejak pukul 3 petang semalam (03.06.15). Semakin lama semakin kerap. Semakin dibiar semakin sakit. Cepat juga prosesnya. Admit selepas Maghrib, masuk bilik bersalin pukul 12 tengah malam, 12.40 baby dah keluar - jalan biasa (normal). Baby tak sabar nak jumpa ummi dengan abahnya la tu. Lewat 40 minit je dari tarikh jangkaan. Pengalaman pertama buat mereka.

'Ala kulli hal, dah selamat semuanya. Ummi dan baby kedua-duanya sihat-sihat belaka.

Stokin dan Set Bersalin Shaklee pun dah berpindah tangan. Semoga bermanfaat buat mereka sekeluarga <3

Selamat bermanja dan berkasih sayang dengan si comel~


Nak tahu ada apa dalam Set Bersalin Shaklee tu?

1. Zinc Complex


  • membantu penyembuhan luka
  • membantu bayi membesar dengan optimum
  • mengelakkan masalah keguguran rambut

2. Vitamin C


  • membaik pulih sel dan tisu yang rosak
  • meningkatkan sistem pertahanan badan
  • membantu pembentukan kolagen dan menganjalkan kulit.
  • mengurangkan stretch mark dan parut

3. Vita-Lea Iron Formula


  • membekalkan vitamin dan mineral yang sangat diperlukan dalam badan
  • membantu penghasilan darah merah bagi menggantikan darah yang hilang semasa bersalin
  • mengelakkan pucat dan tidak bermaya

4. Alfalfa Complex


  • melegakan sakit sendi dan sakit belakang
  • bertindak seperti kacip fatimah
  • melegakan sembelit
  • memerangkap lemak berlebihan dalam badan
  • milkbooster
  • mengurangkan angin dalam badan
  • membantu mengatasi masalah keputihan

*Nota: Ini hanya sebahagian sahaja daripada Set Bersalin & Set Berpantang Shaklee. 


Tahu tak apa yang best tentang Set Bersalin Shaklee ni?

Semua suplemen ni bukan setakat untuk si ibu yang baru lepas bersalin sahaja, suami yang menjadi peneman setia si isteri berpantang pun boleh ambil makanan tambahan ni. Khasiat yang terkandung dalam setiap suplemen ni sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Khasiat tambahan untuk lelaki/suami:

1. Zinc Complex: memperbaiki sperma, mengelakkan masalah pada prostat dan mengurangkan risiko mati pucuk.

2. Vitamin C: meningkatkan sistem ketahanan tubuh

3. Vita-Lea: membantu memori dan daya fokus

4. Alfalfa Complex: menambah stamina

Bolehlah makan sama-sama. Saling meneman, saling mengingatkan. Semakin eratlah ikatan hati inshaAllah.

Bagi yang nak cuba Set Bersalin Shaklee, atau apa-apa makanan tambahan Shaklee yang lain, boleh hubungi saya.

Sepanjang Jun 2015 ada promosi Vitamin C & Vitamin E. Juga bermanfaat untung lelaki dan perempuan.

~ vitamin cantik
~ vitamin pengerat cinta

Siapa mahu, meh pm saya di fb. Nak sms/whatsapp pun boleh.

Salam sayang.

Nurul Aini || 013.720.0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: