Showing posts with label Testimoni Pengguna. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Pengguna. Show all posts

Thursday, 28 January 2016

Bermula hanya dengan Set Bajet!

Bismillah wa alhamdulillah..

Sharing dari Puan Siera Haiyi:



"Tula siera dah kata. Kalau makan ikut cara yang siera guide..insyaAllah memang menjadi!"


One of my satistified customer. Bermula hanya dengan set bajet sahaja bawah RM 100. Lepas tu tengok berat dah mula susut walaupun hanya dengan set bajet.

Then beliau terus up ambil FULL SET. Terus lagi banyakk kilo turun. Memang puas hati lah katanya.

Now dah sign up member pulak. Katanya bila balik dah ramai yang tegur dan ramai berminat nak lose weight cara akak ni. Dan akak ni berjaya pulak guide orang-orang kampungnya sampai lose 10kg jugak!

Haaa...dasyat tak dasyat la kann..haha

Tahniah kak!! 



Saya seronok tengok perubahan akak. Saya harap akak bertambah sihat, dapat serve famili dengan baik dan dapat beribadat dengan cergas.


It's not about cutting your food. It's about EATING SMART. :-)

.
.
.
.
.

Best kan!

Nak tahu apa set bajet dan apa pulak set lengkap, pm saya. Kita story mory morning glory. Hanya untuk mereka yang serius nak sihat. <3

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Kasih anak buat abah

Teks: Nurul Aini Mohd Noor 

Bismillah wa alhamdulillah.


Sempena promosi Vivix yang berbaki 3 hari sahaja lagi ni, saya suka nak share testimoni mereka yang dah cuba dan amalkannya sehingga hari ni.

Sumber: Puan Nur Nitra

Bila kita dapat bantu orang lain, sama ada menjadi semakin sihat atau dari sudut material, kepuasannya pasti tak tergambar.
Hari ni saya nak share kegembiraan seorang anak. Ayahnya mengalami luka di bahagian kaki. Disebabkan ayahnya seorang pesakit kencing manis, lama-kelamaan luka tersebut menjadi semakin teruk. Dari luka kecil, merebak menjadi semakin besar dari sehari ke sehari sehingga kemuncaknya dah boleh nampak daging dan tulang kaki!
Kerana kasihkan bapa, anaknya menghubungi saya dan bertanyakan mengenai produk Shaklee yang bagus dan sesuai untuk ayahnya.
Alhamdulillah... 
Walaupun mengalami healing crisis, ayahnya tetap sabar dan konsisten dengan Shaklee. Daripada hanya mampu berbaring, ayahnya mula menjadi semakin segar dan bertenaga.
Membaca al-Quran selepas solat subuh bukan lagi perkara yang berat sejak sakit. Malah sekarang dah mampu turun ke kebun!
Saya sendiri yang mengikuti perjalanan ‪#‎ShakleeEffect‬ ayahnya turut tersentuh hati. Melihatkan kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya. Sungguh duit bukanlah penghalang hatinya kuat nak lihat ayahnya kembali sihat. Di samping terharu memikirkan ketabahan si ayah yang ingin kembali sihat seperti dahulu. Umur 70-an, tidaklah sekuat mana. Tapi kesungguhan nak pulih seperti sediakala, kuat berdepan dengan ujian cukup memberi kesan kepada hati.
Dengan izin Allah, berkat kesabaran si ayah dan juga kasih sayang si anak, alhamdulillah luka yang dialami oleh ayahnya sudah semakin pulih. Daging sudah menutupi tulang, tinggal kulit sahaja yang belum tumbuh sepenuhnya.
Semestinya atas izin Allah juga, Vivix dan Zinc Complex membantu memulihkan luka tadi.
Syukur! 
Semoga pakcik sentiasa sihat dan cergas seperti sedia kala.

Untuk mereka yang 'sekapal' atau pun 'sekasut', ada mengalami masalah yang sama, sila dapatkan Vivix sekarang. Produk premium dengan kualiti terhebat. Sama ada memulihkan kesihatan atau mengekalkan kesihatan, Dengan tawaran harga super jimat, pembelian pastinya lebih berbaloi.
Yang sihat, tak perlu tunggu sakit untuk memulakan.
Yang sakit, tak perlu tunggu parah untuk mencarinya.

<3

Nota:
Shaklee sekadar membantu secara natural sebagai makanan tambahan untuk kita. Selebihnya kuasa Allah jua yang mengizinkan kesembuhan.

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 21 January 2016

Ini cerita Kak Za...

Teks: Nurul Aini Mohd Noor


Ini kisah Kak Za (Rosliza Ismail)

Kak Za dah berkeluarga.
Kak Za nak turunkan berat badan.
Kak Za sangat disiplin dan sentiasa follow cakap mentor.
Sekarang Kak Za dah cantik.

Jadilah seperti Kak Za.

(Haha pengaruh Rashid sangat ni..)

Sebulan Kak Za join group kurus dengan mentornya, Wanie. Tempoh hari terkejut mentor Kak Za ni tengok perubahan ketara pada Kak Za.

Muka Kak Za dah panjang. Love handle dah kurang banyak. Seluar dah longgar. Semua kena jahit pinggang. Baju kena alter kecikkan. Seluar dari saiz 31 sekarang dah jadi size 28. Punggung pulak ukuran sebelum ni 42 sekarang dah tinggal 38. 

Wah wah Kak Za ni baru kurang 1kg (57kg turun ke 56kg) tapi inci dah susut banyak!

Kemain Kak Za ni. Hehe.

Memang nampak Kak Za slim sangat dari sebelum ni. Ramai yang tegur. Jiran-jiran pun ramai dah perasan. Paling best bila suami Kak Za sendiri pun nampak perubahan tu!

Kak Za sangat disiplin buat senaman HIIT. Kak Za cakap enjoy dan best dapat join group kurus sebab still enjoy makan 5 kali sehari. Masih makan nasi. Kadang-kadang pukul 9 malam masih makan nasi.

Tips lain yang Kak Za buat adalah mengamalkan Shaklee dengan disiplin iaitu ESP + LECITHIN + HERBLAX.

Rutin Kak Za:

Breakfast dengan ESP & buah. Kenyang sampai pukul 1 petang. Antara waktu tu Kak Za minum air masak.


Sebelum breakfast Kak Za telan Lecithin dulu. Berpeluh-peluh Kak Za kata bila dia makan Lecithin ni. Macam baru lepas exercise. Terbakar "lemaks" semua. Semalam Kak Za repeat order Lecithin. Sayang nak tinggal katanya. Hehe

Lepas tu Kak Za kata Herb-Lax ni best teramat sangat. Kak Za ni jenis yang tak lawas. 3 hari sekali baru membuang. Kak Za cerita awal-awal ambil Herb-Lax hasil buangan sangat bertoksin, bau sangat busuk! Tapi rasa bersih usus. Yang kerak-kerak dalam usus keluar habis Kak Za kata. Perut dah tak sebuncit dulu. Sekarang ni membuang sehari 2 kali. Lega sangat kata Kak Za.

Tahu tak, salah satu punca perut buncit adalah proses 'pembuangan' kita tak lawas!

Alhamdulillah syukur dan seronok dengar orang lain dapat turunkan berat dengan sihat tanpa perlu berdiet ketat. Masih dapat menikmati nikmat dunia ----->>> makan!

Update terbaru! Berat Kak Za 54kg hasil timbangan pagi ni. Alhamdulillah dan tahniah kak Rosliza Ismail!

Jom follow macam Kak Za.

#AdaApaDenganShaklee

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 19 January 2016

Botol merah buat makcik.

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat positif kesayangan Allah.

Saya nak share cerita makcik ni. Sangat tersentuh. Syukur Allah datangkan jalan kesembuhan untuk beliau.

-------

Sumber: Hawatif Ali

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebakan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. 

“Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” 

Jawap saya - InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. 

“Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” 

InsyaAllah - jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga lebih RM400. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. 

“Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif.

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.


“Tidaklah segala hal itu dapat berjalan sesuai dengan yang kita mahu, tetapi semua hal berjalan atas kehendak Tuhan, jadi pasrahkanlah urusanmu kepada Tuhan Pencipta segenap alam”. 

-Ustaz Yusuf Mansur-


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 29 January 2015

Testimoni Pengguna Alfalfa Complex

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Hari ni nak belanja testimoni pegguna Alfalfa Complex dulu. Sebelum ni saya dah share manfaat Alfalfa dan testimoni saya sendiri, tapi hari ni, kita tengok apa kata pengguna yang lain...










Amacam? Teruja tak nak cuba sendiri? Whatsapp saya ok ;-)

Salam sayang, 

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786


p/s: hari ni dah masuk 29hb. Tak banyak masa dah tinggal untuk Promosi Januari 2015. Harga runtuh tak hingat. Baik order cepat-cepat!~



*Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.