Friday 29 January 2016

Breakfast dengan menu yang salah?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

Assalamu'alaikum~

Selamat pagi :-) :-) :-)


Pagi yang indah.
Langit terang.
Cuaca elok.
Awan-awan terbentuk cantik.

SubhanaAllah. Alhamdulillah.

Awak dah breakfast? Makan apa?

"Goreng telur, nugget, fries, sosej dengan air coklat satu mug."

Nugget? 

Fries??

Sosej???
.
.
.
.

Alahai sayang....

Ambil breakfast molek dah. Tapi pemilihan menu tu yang kena betulkan.

Awasi 8 P Dalam Makanan Proses

Makanan yang diproses ialah apa saja makanan yang dikotakkan, dibungkusan dalam plastik, tin atau botol kaca dan mempunyai senarai bahan-bahan campuran tertentu. Kaedah yang digunakan termasuklah mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik.

Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi atas alasan keselamatan dan memudahkan pengguna. Cuba tengok sendiri, adalah lebih senang nak buat kek dengan hanya buka kotak tepung membuat kek, campur dengan telur, kemudian tuangkan sedikit minyak berbanding memulakannya daripada zero. Dengan hanya tuang air panas dalam semangkuk mi segera, dalam beberapa minit, dah 'ready to eat' katanya.

Namun memudahkan penyediaan bukanlah satu-satunya 'nikmat' yang kita dapat. Terdapat banyak bahan lain yang dicampurkan oleh pihak pengeluar. Tahu tak apa yang dicampur sekali?
  • Pewarna untuk berikan warna kilauan neon pada soda oren.
  • Penstabil untuk pastikan kuah yang dimakan kurang berair.
  • Peluntur untuk tujuan menyahjangkitan bakteria.
  • Pengemulsi untuk mencampurkan air dan minyak.
  • Pelembut, dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim.
  • Pengawet untuk membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan!
  • Pemanis (gula manis, tetapi saccharin dan aspartame lebih manis).
  • Perisa untuk variasi rasa.

Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi bahan hampir serupa macam setin tong cat. Ia tidak semudah seperti mencampurkan sedikit jus lemon dalam adunan skon. Cuba perhatikan senarai bahan berikut bermula daripada perisa strawberi dalam susu kocak di restoran makanan segera:

Amil asetat, amil butirat, amil valerate, anetol, anisil format, benzil asetat, benzil isobutirat, asid butirik, cinnamil isobutirat, cinnamylvalerate, diasetil, dipropil keton, etil butirat, etil heptanoat, etil laktat, etil metilfenilglisidat, etil Nitrat, etil propionate, etil valerbate, heliotropin, a-ionone, isobutyl anthranilate, isobutyl butrate, minyak pati lemon, metil anthranilat, metil benzoate, metil silsilat, minyak pati pudina dan pelarut.


Ini ke yang dikatakan sedap? 

Tapi percayalah, ini hanya sebahagian. Terdapat hampir 6,000 bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang diproses. Tetapi kajian oleh Universiti UCLA ke atas kehidupan harian 32 keluarga termasuklah rutin makan malam selama 3 tahun mendapati walaupun 70 peratus keluarga memasak dan makan di rumah, namun kebanyakannya menggunakan makanan yang diproses.




3 Penyakit Akibat Makanan Diproses

Kanser

Sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen. Kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik Universiti Hawaii ke atas 200, 000 responden mendapati individu yang kerap makan daging yang diproses (hot dog dan bologna) berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.

Obesiti

Makanan yang diproses biasanya tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan yang diproses adalah punca peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik di seluruh dunia.

Obesiti boleh berlaku di kalangan orang dewasa, remaja, juga kanak-kanak. Awasi anak-anak yang (katanya) comel, 'gebus gebas', 'bam bam'. Mereka mungkin berisiko.

Penyakit Jantung

Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung.




5 Fakta mengenai Lemak Trans

(Petikan dari tulisan Dr. Helmy Hazmi)
  • Penambahan lemak trans di dalam diet harian menambahkan faktor risiko menjejaskan kesihatan yang sedia ada pada setiap individu. Lemak trans terbukti mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL (kolesterol jahat). HDL merupakan faktor lemak yang paling tepat dalam meramal kebarangkalian seseorang individu untuk mendapat serangan jantung. Lebih rendah paras HDL, lebih tinggi kebarangkalian serangan jantung.
  • Lemak trans itu sendiri mampu mengakibatkan kerosakan terhadap lapisan dalam salur darah. Bayangkan lemak trans seakan peluru berpandu yang menyerang kubu pertahanan badan atau sel-sel lapisan dalam salur darah manusia. Serpihan yang terhasil akibat serangan ini mampu menyekat laluan darah yang diperlukan oleh jantung, maka meningkatkan kebarangkalian serangan jantung.
  • Lemak trans turut menyebabkan insulin, sejenis hormon yang mengawal aras glukosa dalam darah, menjadi tidak efektif. Akibatnya, lemak trans menjadi faktor risiko diabetes. Bagi pesakit diabetik, terutamanya pesakit obes, kawalan aras glukosa menjadi lebih sukar meskipun dengan ubat dengan pengambilan lemak trans.
  • Lemak trans merupakan nutrien yang tidak mempunyai Saranan Kuantiti Pengambilan (RDA). WHO menyarankan pengambilan lemak trans kurang daripada 1% sehari. Kuantiti yang lebih rendah adalah lebih baik. Sebenarnya, tidak mengambil lemak trans langsung adalah yang terbaik.





Sumber: 
1. Majalah iSIHAT

Waspadalah dengan apa yang kita makan.

Siti cun.
Obesiti tak cun.

Reset menu sarapan pagi kita. <3




Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: