Friday 21 August 2015

Doa Senjata Mukmin.. JOM DOA!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...

*6 Zulkaedah 1436*


Pejam celik pejam celik sedar sedar dah masuk hari Jumaat dah hari ni. Rasa macam baru semalam Isnin. Pantas sungguh masa berlalu. Namun masih syukur Allah terus-terusan memberikan nikmat iman, Islam, kesihatan yang baik, keluarga yang baik, serta segala rezeki yang datang dari pelbagai sudut. 

Saya doakan kita semua tergolong bersama hamba-hambaNya yang bersyukur serta sentiasa diredhai Allah sepanjang usia kita.

Jom hantar doa pada Allah. Moga keberkatan Jumaat ini memberikan beribu-ribu sinar harapan buat kita, dengan izin Yang Maha Esa.      

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم 
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ 
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya الله , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Ya Allah kami memohon kepada-Mu Ya الله , berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat.

Ya Allah murahkan rezeki kami dan berilah kami rezeki yang halal.

Ya Allah berilah kami anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab dan hajat yang tertunai.

Ya Allah berilah kesihatan yang berterusan, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya الله kami memohon kepada Engkau agar kami dijauhkan dari segala mala petaka yang mungkin akan menimpa kami dan orang-orang tersayang kami.

Ya الله kurniakanlah pada kami kejayaan dunia akhirat dan selamatkan kami dari api neraka. 

Ya الله masukkanlah kami dan keluarga kami dalam golongan orang-orang yang beriman. 

Ya الله , kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati. 

Ya الله izinkan kami mengucapkan Dua kalimah syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir kami. 

Ya الله , satukan kami dalam Syurga Firdaus Mu dengan orang-orang yang kami sayangi semata-mata kerana Mu Ya الله .

Ya الله selamatkan kami daripada kejahatan dan kemungkaran. 

Ya الله terimalah amalan baik kami dan tingkatkan pahala dan rahmat Mu untuk kami. 

Ya الله ampunkan dosa-dosa kami dengan sepenuhnya dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari perhitungan nanti. 

Ya الله kurniakan kepada kami, ibu bapa kami,  keluarga dan anak-anak isteri kami bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman. 

Ya الله , masukkan kami dalam golongan  orang yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu. 

Ya الله janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami keatas keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu. 

Ya الله tingkatkanlah kecintaan kami kepada Mu dan kepada Nabi Mu Muhammad SAW. 

Ya الله , tingkatkanlah usaha kami dan penuhilah usia kami dengan kerja-kerja sadakatul jariah kami. 

Ya الله, berkati hidup kami dengan kesihatan yang baik, agar kami dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga ke akhir hayat kami. 

Ya الله selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini. 

Ya الله selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik. 

Ya الله tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. 

Ya الله berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Mu. َ
َ
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.     
                                                 
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

   وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ


p/s: Breakfast tau pagi ni <3

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: