Sunday 26 July 2015

Basic H - Cucian Jadi Lebih Mudah

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Sebelum ni saya tepek (baca: letak) testimoni orang lain. Geram tengok gambar mereka, jadinya cuti raya minggu lalu, saya 'lenjan' Basic H untuk cuci satu rumah.

1. Kerak degil pada kuali & periuk

Mula-mula saya guna Basic H untuk basuh periuk dan kuali yang berkerak. Kalau biasa-biasa dulu kita rendamkan dengan air untuk 10-30 minit supaya kerak tu lembut sikit dan senang nak sental dengan berus dawai. Tapi bila dengan Basic H, titiskan berapa titik sahaja, lepas seminit, terus basuh. Senang betul. Tak perlu nak sental beriya sangat,

2. Minyak atas lantai

Satu hari tu, ketika sibuk nak siapkan kuih raya. Minyak mazola tertumpah tanpa sedar. Habis melambak satu dapur. Selepas lap minyak tersebut dengan kertas tisu, saya titiskan beberapa titik Basic H atas lantai. Kemudian kesat pada kawasan yang terkena minyak. Alhamdulillah, bersih. Tiada rasa melekit dan tidak licin.

3. Darah pada tikar buluh

Tempoh hari, kaki ayah terluka kerana terkena serpihan kaca. Darah pekat meleleh sampai terkena tikar buluh. Mula-mula saya bersihka dulu darah tersebut. Cuci dengan air. Tetapi kesan darah masih melekat pada bebenang tikar berkenaan. Saya ambil Basic H dan tuangkan beberapa titik pada kesan darah berkenaan. Alhamdulillah, warna benang kembali kepada asal. Tiada lagi kesan darah - bau, warna atau rasa.


4. Warna kunyit pada blender (mesin pengisar)

Ingat kan gambar yang saya share dalam entri sebelum ni? (klik sini) Pengguna tu basuh blender dengan menggunakan Basic H. Teruja nak cuba. Selepas blend bahan-bahan nak menumis rendang (diantaranya adalah kunyit), saya rendamkan blender berkenaan dalam besen berisi air yang juga telah dititiskan beberapa titik Basic H. Sementara nak tumis dan kacau rendang atas dapur, saya biarkan blender tu terendam seketika, Amazingly!~ Alhamdulillah kesan kunyit dan lada berjaya dihilangkan. Baik kesan baru dan yang lama, semua telah tiada. Dah macam blender baru!

5. Tompokan najis cicak atas lantai

Pagi Syawal baru sempat nak mengemop lantai. Excited nak mop dengan Basic H. Saya gunakan beberapa titis Basic H sahaja. Mula-mula saya perasan, kesan degil atas lantai sangat mudah nak ditanggalkan, Di kawasan penjuru pintu biasanya adalah kawasan cicak 'melepas hajat'. Kalau dulu, nak kena guna berus untuk hilangkan najis yang dah melekat lama pada lantai. Tetapi, dengan Basic H, sekali mop sahaja, kesan najis pun hilang. Alhamdulillah!~

6. Gatal-gatal pada tangan

Ada satu hari tu, tangan kakak saya gatal-gatal. Tangan tu memang ada rashes - on and off. Tapi kakak kata, sekali datang memang merenyam rasa. Jadinya, masa rasa gatal-gatal hari tu, saya suruh kakak rendamkan tangan yang gatal tu dalam air yang dicampurkan dengan beberapa titis Basic H. Alhamdulillah, berkurangan sikit rasa gatal tu.

Setakat ini, hanya ini sahaja yang sempat saya try. InshaAllah balik hujung minggu nanti, kita cuba basuh kereta pula.

Sungguh, pelbagai guna dan cucian jadi lebih mudah! Siapa nak, jom order~



Salam sayang, 

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: