Friday 5 June 2015

Rasa Bersalah Pemangkin Saya Cari Duit 'Extra'

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Sharing oleh saudara terdekat:
Pernah tak, ada dalam situasi ni??
  • Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..
  • Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..
  • Mak ayah pegang pape (apa-apa barang untuk dibeli) tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling-guling kita berontak nak juga sesuatu tu..
  • Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis-nangis nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja..
  • Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung.. padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..
  • Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit belanja..
Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah.. waktu seronok, waktu senang, insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita. Raikan bersama, tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...
Mak ayah kita tak pernah berfikir 2 kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu... tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit, panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...
Persoalannya BILA????
Kita nak mampu beri balik. Bukan soal wang sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit. Ingat, setiap kali alasan yang kita beri, umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu" dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah, ia bukan alasan untuk kita berhenti memberi pada mereka..
Renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang...(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)

Rasa bersalah kan?

Kebetulan semalam pun bersembang dengan rakan ngaji (pengajian al-Quran) mengenai topik ini. Ibu bapa kita dulu sentiasa berusaha nak mencukupkan segala keperluan kita. Hatta sampai kita dah besar panjang, dah kahwin sekalipun, dirasakan anak-anaknya macam kesempitan, dihulurkannya duit buat belanja, buat bayar duit kereta. Bukan mereka bekerja pun. Harapkan duit pencen bulan-bulan sahaja. Padahal anaknya bukan tak bekerja, bukan anaknya tak bergaji. Tapi diberikannya juga. Si anak pula jarang betul nak menghulur pada mak ayah...

Sayu hati...


Dulu di awal permulaan saya bersama Shaklee, itu jugalah niat saya. Nak jadi ahli supaya dapat belikan suplemen untuk mak dan ayah dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa. Tapi saya rasa masih tak cukup. Saya belum boleh bagi duit kocek pada mak dan ayah secara konsisten. Saya belum boleh bawa mak dan ayah tunaikan haji dan umrah. Saya belum dapat renovate rumah mak dan ayah cantik-cantik. Saya sendiri belum dapat nak belikan kereta auto untuk kemudahan mak ke surau.

Oleh kerana itu, saya nekad untuk usaha cari duit tambahan. Ya, memang saya sedang bekerja makan gaji. Malangnya ia masih belum mencukupi untuk keperluan saya dan keperluan keluarga. Bukan saya tak bersyukur dengan apa yang ada. Tapi saya nak lebih lagi. Nampak seperti saya seorang yang tamak kan?

Ya, memang saya tamak. Apa salahnya kalau saya tamak untuk cukupkan keperluan keluarga saya sendiri. Saya rasa tak salah kalau saya tamak untuk sampaikan mak dan ayah saya (atau mungkin kami sekeluarga) di tanah suci Mekah. Saya rasa tak salah juga kalau saya tamak untuk wujudkan kemampuan diri untuk jadi manusia pemberi, bukan lagi manusia yang hanya menerima. Kan nikmat rasanya jika kita boleh membantu orang lain, membahagia dan menceriakan mereka tanpa perlu berkira-kira berapa ringgit tinggal dalam beg duit.

Disebabkan rasa tamak inilah saya mula berjinak-jinak berniaga dengan Shaklee. Saya dah mula share di facebook, di whatsapp, juga dalam blog. Saya tahu sangat ramai orang buat biz (perniagaan) Shaklee, tetapi saya yakin banyak lagi di luar sana yang masih belum tahu dan cuba kebaikan produk Shaklee.

Saya yakin rezeki Allah itu luas. Pasti ada rezeki buat saya, keluarga saya dan anda juga.


Kita hanya perlu MULA.
Semat dalam hati JANGAN PUTUS ASA.
Yakin dalam hati KITA BOLEH BERJAYA.
Percaya bahawa ALLAH MAHA BERKUASA.
KEJAYAAN pasti milik kita!


Anda rasa bersalah?

Anda seorang yang tamak?

Ingin cari duit belanja lebih?

Ingin beli keperluan sekolah anak-anak?

Nak beli handbag mahal-mahal?

Nak pergi holiday ke luar negara?

Nak jadi manusia pemberi?

Boleh hubungi saya, kita sembang-sembang, kita cerita panjang-panjang.




Salam sayang,

Nurul Aini || 013.720.0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: