Wednesday 6 May 2015

Makanan - Selamatkah untuk tubuh kita?

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah...


Hmm~~ Sedapkan ayam!

Selain sotong, saya memang akan pilih ayam berbanding daging (lembu/kambing). Siapa yang tak suka ayam kan? Lagi besar lagi sedap. Dimasak pula dalam masakan yang sedap.. Hmm memang marvellous!~ Yang sedap, yang marvellous ni lah yang buatkan badan makin 'mok mok'.

Tapi tahukah kita ayam dahulu dengan ayam sekarang tak sama?


Cuba tengok gambar kat atas ni. Bandingkan usia dan juga saiz antara kedua-duanya. Sangat berbeza kan? Ayam sekarang kebanyakkannya disuntik dengan hormon bagi mempercepatkan proses tumbesarannya. Itulah sebab walaupun usianya muda, tapi fizikalnya..kus semangat! Tapi itu yang kita suka pun kan~ ;-)


Tidak diketahui bahan dalam suntikan berkenaan. Tapi bahan suntikan ini tak akan hilang begitu sahaja. Ia akan tinggal dalam badan ayam. Kemudian bila kita makan ayam ni, bahan suntikan tadi akan menjadi toksin dalam badan kita. Akibatnya makanan yang kita makan tak mendatangkan manfaat kepada tubuh kita. Lebih teruk lagi jika pemakanan kita menyumbang kepada kemerosotan tahap kesihatan kita. Patutlah makin banyak penyakit pelik-pelik sekarang ni.

Oleh sebab itulah kita kena selalu buat detoks. Jika ada banyak masa, bolehlah cuba pelbagai resipi yang membantu kepada proses nyahtoksin. Tapi kalau tak sempat, boleh ikhtiar dengan Herbal Blend Shaklee atau pun Alfalfa Complex Shaklee. Kedua-duanya memang sangat membantu membuang toksin dalam badan.


Tak kisahlah cara mana sekalipun. Yang penting buat. Jangan bertangguh-tangguh. Jika dibiar lama nanti takut toksin tu berkumpul jadi penyakit pula. Masa tu, kena tanggung kos perubatan sahajalah gamaknya.

Elak sebelum kena, cegah sebelum terlambat!~

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee anda, 1103786

* Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan merawat, mencegah, men'diagnose' apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

No comments: