Wednesday 20 May 2015

Doa pembuka hari


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu            
2  Syaban 1436H
20 May 2015.

                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Ya Allah,  panjangkanlah umur kami,  kurniakan kami kesihatan yang baik.

Ya Allah terangilah hati kami dengan Nur pancaran iman-Mu.

Ya Allah dekatkan kami dengan kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan. 

Ya Allah kurniakan kami kesenangan,  ketenangan dan hidayah dari-Mu,  

Ya Allah,  dalam menempuh cabaran kehidupan,  berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. 

Ya Allah  tidak ada sesuatu yang mudah kecuali yang Engkau mudahkan dan Engkaulah yang menjadikan segala sesuatu yang sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki.  

Ya Allah mudahkanlah urusan kami.

Ya Allah bantulah kami mengigatiMu, mensyukuri nikmat Mu dan memperbaiki ibadah kami kepada Mu.

Ya Allah semoga hari ini kami dilimpahkan kebaikan dan dijauhkan dari segala keburukan.

Ya Allah kami memohon kehadratMu agar Engkau merahmati kami dalam setiap pekerjaan dan urusan kami. 

Ya Allah jauhkan kami dari segala bencana yang turun dari langit dan yang melata dibumi dengan perlindungan Mu.

Ya Allah lancarkanlah perjalanan kami dan semoga kami sentiasa beringat untuk mensyukuri segala nikmat yang Engkau berikan.

Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaban dan temuilah kami dengan bulan Ramadan.

Ya Allah bilamana sampai  kepada  kami gosip tentang seseorang, maka biarlah gosip itu terhenti setakat kami sahaja agar kami mendapat pahala merana menutup aib orang dan semoga Engkau menutup aib kami

Ya Allah, kami memohon dengan Mu pengakhiran yang baik. 

Ya Allah, kurnialah kepada kami taubat nasuha sebelum kami mati. 

Ya Allah yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah hati kami diatas agamaMu.

Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .  
                                                  
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ


No comments: