Showing posts with label Quote. Show all posts
Showing posts with label Quote. Show all posts

Thursday, 1 October 2015

Promosi Shaklee untuk Oktober 2015 sahaja

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

Udara masih berjerebu. 'Ala kulli hal, bersyukur sebab terdapat banyak lagi nikmat yang Allah berikan untuk kita pagi ni; masih bernyawa, boleh bernafas lagi, melihat orang-orang yang tersayang, boleh berjalan, boleh bersolat sebagainya.

Alhamdulillah.. selamat datang Oktober.

Sumber: Google
Bulan baru, semangat baru, azam baru dan amal yang baru.

Mesti semua tertunggu-tunggu kan. Shaklee buat promosi apa bulan ni? Vitamin apa yang turun harga? :-)

Ni lah ni nak share. Konon nak kongsi lewat malam semalam. Tunggu punya tunggu, mata yang tertutup dulu. Dah Allah hadiahkan malam untuk kita rehat, jadi memang tidurlah yang lebih nikmat. :-D

So apa offer bulan ni??

Tadaa~

GLA, minyak ikan Omega Guard dan vitamin cinta Vitamin E serta sambungan promosi Vita-Lea for Kids.


Promosi BELI 6 PERCUMA 1

GLA
OMEGA GUARD



Promosi BELI 3 PERCUMA 1

VITA-LEA FOR KIDS



Promosi BELI 2 DISCOUNT 5%

GLA
OMEGA GUARD


Promosi BELI 2 DISCOUNT 50% (CLEARANCE SALE)

VITAMIN E 



Uihh banyak-banyak.. Juling mata jadinya! 

Oh satu lagi. Promosi YES PACK hanya sampai bulan ni sahaja ye. Pembelian SET dengan tawaran harga DISCOUNT 5%, UV (POINT) LEBIH, dan REBATE LEBIH.




Hanya di Shaklee. Tempat lain tak dapat.

Apa lagi... Jom Shaklee!


Salam sayang~

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Tuesday, 8 September 2015

Salam Subuh~

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..


Subuh
----------
Tirai hari dikuak tenang. Kokokan ayam bersahut-sahutan disusuli azan yang mencarik kesunyian. Air wudhu' menitis dari wajah.

Ya Allah, berkati hariku seadanya. Solatku, hidupku, matiku seluruhnya hanya buatMu, sangPencipta.

#diagnosis

7 tips mudah bangun Subuh awal:


6.25 pagi di bandaraya Miri, Sarawak. Kenderaan dah penuh atas jalan.
Kalau di Semenanjung, masing-masing baru terpisat-pisat nak bangun Subuh.

Salam sayang dari Miri,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Friday, 4 September 2015

Ujian Membangkitkan.. Dipilih bukan Disisih!

Bismillah wa alhamdulillah..


Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” 

Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji:

Innalillah wa inna ilahihi raji'un

“kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.”

Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…  
Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata:

“Belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”


Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba 
dengan ujian-Nya.” 

Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Setiap kita adalah pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”

Sumber: genta-rasa.com


Ya, kita bukan umat anti uji. 

Kita sudah terpilih. 
Terpilih untuk dilatih. 
Dilatih untuk jadi orang yang Allah kasih!

Juma'ah Mubarak~


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

Thursday, 3 September 2015

Inspirasi pagi.

Teks olahan: Nurul Aini Mohd Nooh

Bismillah wa alhamdulillah..


Pagi adalah waktu terbaik untuk merenung, karena pagi membuatkan tubuh bertenaga, suasana mendukung untuk merenung, 
dan fikiran mengalir dengan deras.


Kesejukan pagi memang terasa dingin, tapi ia mampu membakar semangat sesiapapun yang menikmatinya.


Tariklah nafas dalam-dalam, biarkan udara pagi memberimu motivasi untuk menyelesaikan segala pekerjaanmu.


Pagi adalah hari baru, awal baru. Kerana itulah Allah ciptakan pagi dengan suasana yang sejuk dan membahagiakan.


Isi pagi dengan olahraga, sehingga tubuh dan jiwa terbakar semangatnya.


Kenikmatan pagi terlalu indah untuk ditukar dengan tidur pagi-pagi.


Ketenangan malam membuatkan kita lupa beban seharian bekerja. Kesejukan pagi membangkitkan semangat untuk kembali beraktiviti.


Kualiti hari anda ditentukan oleh kualiti semangat anda di pagi hari.


Sekelam apapun hari ini, kesejukan esok pagi akan tetap setia menanti, Karena itu lepaskanlah bebanmu, bangkitkan semangatmu sekali lagi.


Kesejukan pagi menjadi sumber energi dalam memulai hari-hari kita.


Udara pagi mampu membuatkan kita lupa segala beban semalam. Karena itu jangan lupa untuk menikmatinya setiap pagi.


Selamat pagi semua! <3

Salam sayang,

Nurul Aini || 0137200029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786