Wednesday 6 April 2016

Magika Istighfar

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

بسم الله و الحمد لله

اسلام عليكم

Selamat pagi.
Senyum sikit.
Pagi ni Allah bagi rezeki saya membaca tulisan indah mengenai magika istighfar. Jom sama-sama baca dan amalkan. Semoga menjadi asbab untuk kebaikan semua.

"Cleansing dahulu sebelum reprogram"

Dalam apa-apa pun penting 'cleansing' terlebih dahulu. Barulah program baru akan mudah masuk. Konsep mudah, fikir tandas; Adakah mahu sekadar sembur perfume atau basuh tandas, berus sekali semua, secara tidak langsung tandas tu akan wangi. 

Berbanding sekadar 'programming' tetapi pembersihan dalam diri tidak diusahakan. Hasilnya seperti tandas yang disembur minyak wangi. 

Apabila kita berhajat, sebenarnya kita sedang program diri dengan perkara-perkara yang positif. Kuncinya, ia akan lebih mudah masuk apabila cleansing dilakukan.

Konsep yang lain. Biasanya kalau seorang pendosa nak berubah menjadi seorang baik, dia buat apa dulu? Bertaubat, betul? Menyesali masa lalu dan berazam tidak lakukan lagi.

Sebab itu pendosa yang benar-benar memaknai taubatnya ('cleansing' sebenar-benarnya), apabila dia berubah, dia berubah dengan sebenar-benarnya.

Sebab apa? 

Sebab dia dah cleansing tadi. Apabila dalam diri dah bersih daripada energi / programming negatif, maka apabila dimasukkan program yang positif, ia akan mudah tertanam.

Sebab itu kalau ikut hukum logik, apabila kita baca hadis ini,

Barang siapa memperbanyak istighfar; niscaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka

(HR. Ahmad dari Ibnu Abbas dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim serta Ahmad Syakir)

Konsepnya sama seperti kita bersihkan tandas sekaligus akan berbau wangi. Sebab guna sabun kan? Maka yang tinggal hanya bau wangi.

Apabila kita beristighfar, kita menjana energi positif, sekaligus membersihkan energi negatif. Apabila energi positif dijana, secara tidak langsung, kita akan menjadi magnet positif yang sangat besar. 

Sebab itu semakin istighfar, rezekinya semakin lapang, semakin deras, mewah dan lancar. Alhamdulillah. 

Apabila beristighfar, energi positif dijana, maka pasti diri akan gembira.

Nah! Benar kan? 

Istighfar mengikut hadis itu menjadi penawar kepada kesedihan. Menjadi penawar kepada kesempitan.

Kesempitan ini boleh ditakrifkan sebagai keserabutan dalam diri. Apabila semak samun ditebang, maka senang dan clearlah nampak apa dia depan. 

Maka bertemulah rezeki dan tuannya dengan mudah. Kerana...

"Rezeki tidak pernah salah alamat."


Jom perbanyakkan istighfar. Bukan sekadar hanya 3 kali selepas solat. Usaha untuk buat lebih lagi. 

Banyakkan taubat.
Banyakkan istigfar.

استغفر الله العظيم

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: